kepincangan keluarga dan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga akan mencorakkankehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkankepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormatimereka.Institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiahanak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwaremaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasanaharmonis.
1.3PERNYATAAN MASALAH
Banyak gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, maksiat, isu 'mat rempit',kemerosotan disiplin, ponteng sekolah dan sebagainya yang selalunya dikaitkan denganremaja. Lebih mengejutkan ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG),Kementerian Pelajaran, Datuk Abdullah Abdul Kadir bahawa purata kes ponteng di pedalaman cecah 40 peratus sehari. (Berita Harian, 17 Ogos 2005). Lebihmembimbangkan lagi, beliau berkata, kadar itu meningkat pada waktu tertentu, terutamaketika musim buah-buahan atau hujan. Apabila gejala-gejala seperti ini berlaku institusikeluarga sering dipersalahkan dan menjadi tempat tunding jari pihak-pihak tertentu.(Lim, 2005)Ini bertepatan dengan ulasan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dalamisu kajian masalah sosial remaja di mana beliau menyarankan supaya berhentimenyalahkan remaja sahaja. Sebaliknya orang tua yang selalu menghukum remaja juga perlu menilai semula peranan mereka dalam hal ini. (Berita Harian, 1.3.2007)Sementara itu, lima aspek personaliti dikenal pasti punca utama jenayahmembabitkan kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun yang semakin kerap berlaku.Kajian seorang pensyarah dan pelajar peringkat kedoktoran Pusat Pengajian Psikologidan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama dua tahun2