Di samping itu, dapatan juga menunjukkan bahawa :1.Guru-gurunya tidak berpengalaman, kurang daya saing, tidak bermotivasi dan baru ditempatkan di sekolah itu.2.Persepsi pentadbir terhadap sekolah sebagai 'transit' kepada penempatan baruyang lebih baik.
Ulasan
Berdasarkan kajian yang dilaporkan di dalam artikel ini, saya beranggapanketerasingan yang berlaku disebabkan juga oleh sikap semua pihak yang menjadikanBahasa Inggeris itu asing. Oleh kerana ada segelintir guru yang menganggap penempatannya di kawasan terpencil itu sesuatu yang membebankan dan tidak menerimasecara positif dan mengambilkira kepentingan pelajar terhadap penguasaan BahasaInggeris lebih-lebih lagi bila pengajaran Sains dan Matematik juga di dalam bahasa itu.Sikap ini menjadikan mereka tidak inovatif, kurang inisiatif dan sentiasa hilang harapanterutama kepada murid-murid.
Cadangan
Sikap pelajar terhadap Bahasa Inggeris boleh dibentuk oleh guru dengan berbagai-bagai kaedah yang mudah dan menarik seperti penggunaan suratkhabar,ilustrasi-ilustrasi dan yang lebih penting ialah sentiasa berkomunikasi menggunakanBahasa Inggeris di mana sahaja dimulakan oleh guru-guru Bahasa Inggeris sendiri.Dasar pendidikan guru juga boleh memainkan peranan di dalam hal ini, di managuru-guru muda perlu didedahkan dengan suasana sebenar tempat mereka akan bertugas,yang terdiri daripada berbagai corak masyarakat sama ada di pedalaman, di tengah bandar besar yang sibuk, di pulau dan lain-lain lagi. Tujuannya ialah untuk mengelakkan persepsi yang negatif terhadap klien semasa memulakan tugas, kerana persepsi guru akanturut mempengaruhi minat, kesungguhan dan prestasi murid keseluruhannya.
Leave a Comment