(See for Yourself)
Datang dan Lihatlah Sendiri
seperti yang
diceritakan oleh
Joao Quintas da Silva
Sihir adalah suatu amalan yang sudah sebati dalam diri orang-orang dikebanyakan wilayah di Negara Angola. Mereka sangat fanatik dan begitu mempercayai pengamal ilmu sihir. Apabila suatu ketika ibu saya jatuh sakit, dia mengatakan bahawasakitnya itu adalah disebabkan oleh sumpahan ahli sihir, lalu ibu saya menganjurkan agar kami sekeluarga berpindah jauh untuk mengelakkan daripada kuasa sumpahan ini. Ketikadia jatuh sakit sekali lagi setelah berpindah ke tempat baru di mana tiada hospital ataudoktor untuk merawat, kami terpaksa membawanya semula kepada dukun atau pengamalsihir.Kehidupan kami adik-beradik sangatlah sukar sehingga ibu saya mencarikankeluarga angkat untuk memelihara kami adik-beradik. Saya tinggal dengan sebuahkeluarga yang memelihara lembu yang banyak. Saya diminta untuk menggembalakanlembu keluarga angkat saya selama saya tinggal bersama mereka. Tetapi saya teringinuntuk ke sekolah dan saya tahu peluang untuk belajar mustahil selagi tinggal dengankeluarga angkat saya. Jadi, semasa berumur 9 tahun saya lari daripada keluarga angkat inidan kembali ke rumah asal.Saya tinggal dengan dua orang aunty saya. Walaupun kini saya tinggal di kota,namun keinginan untuk belajar tidak tercapai kerana umur untuk memasuki sekolahrendah sudah terlewat. Kedua-dua aunty saya bekerja sebagai penjual tapai buatan sendiridan saya sering menolong mereka menjual tapai. Oleh sebab tapai senang didapati dirumah, saya juga mula menjadi peminum tapai.Kemudian, suatu hari saya mendapat tahu ada seorang guru mengajar kelas bahasa secara percuma di kota itu. Tanpa berlengah, saya terus masuk mendaftar danmula belajar membaca. Dalam waktu yang singkat saya telah pandai membaca dengan baik lalu saya mengambil keputusan untuk mendaftar di sekolah kerajaan dan diterimamasuk ke kelas sesuai dengan umur saya ketika itu.Semasa bersekolah, seorang kawan telah memberi sebuah Alkitab yangmengandungi Buku Perjanjian Baru. Saya membaca buku ini dengan tekun sehingga pengaruhnya begitu berkesan.Tanpa saya sedari, saya telah berhenti menjadi peminumdan mula menghadiri kebaktian gereja. Ketika itu, saya telah berumur 12 tahun.Beberapa tahun selepas itu, saya terdengar program radio yang berunsurkankeagamaan di tape radio saya. Pembicara dalam program radio tersebut mengajar mengenai perkara yang belum pernah didengar sebelum ini di gereja saya, seperti Sabat.Saya bertanya kepada pastor mengenai semua yang telah saya dengar melalui programradio, tetapi pastor hanya menggeleng kepala dan meminta saya jangan bertanyamengenai hal itu.Kecewa dengan jawapan pastor, saya mula melawat gereja-gereja yang ada disekitar kota untuk mencari penjelasan tetapi malang sekali tiada seorang pun yang bolehmemberi penjelasan mengenai Sabat seperti yang telah saya dengar dari program radio.Ada juga gereja SDA di kota itu, namun disebabkan saya sendiri tidak tahu banyak mengenai SDA, maka saya tidak masuk ke gereja ini. Malah seseorangmemberitahu saya bahawa penganut-penganut SDA adalah terdiri daripada pengamalilmu sihir, jadi ini menyebabkan saya menjauhkan diri daripada mereka.Ibu dan adik-beradik saya telah kembali ke kota dan sekali lagi kami sekeluargatinggal bersama-sama.Kemudian suatu hari saya perasan ada sebuah gereja di tepi jalanraya yang selalusaya lalui, sedang dibina. Setelah gereja ini siap, sebuah papan tanda yang diletakkan di
Leave a Comment
as a health practioner, how about we must safe the person life or not eg we are lab technology as the time we must do the on call.