You are on page 1of 13

1.

Pengenalan sebuah negara yang dikatakan unik kerana terdapat

Malaysia

kepelbagaian etnik yang mendiami di dalamnya iaitu, etnik Melayu, Cina, India dan sebagainya. Walaupun begitu, kepelbagaian etnik ini tidak menggugatkan keamanan yang dikecapi kerana sikap saling menerima dan memberi telah terbentuk semenjak kontrak sosial dimeterai. Namun begitu, keamanan yang dikecapi pernah tercalar dan hampir musnah pada 13 Mei 1969 yang merupakan salah satu tarikh yang bersejarah di dalam Pensejarahan Malaysia.1 Pelbagai gelaran yang di sandarkan kepada sebagai tarikh tersebut. Sesetengah bagi mengatakan negara, ada 13 Mei juga 1969 yang merupakan titik hitam dalam sejarah, ada juga yang menggelarkannya peristiwa berdarah mengistilahkannya sebagai peristiwa pahit bagi penduduk ketika itu dan sebagainya. Begitu tragis peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969 sehingga sekarang ia menjadi sebutan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di sebalik peristiwa 13 Mei 1969. Sehubungan dengan itu, amat penting bagi kita mengetahui faktor-faktor tercetusnya peristiwa rusuhan diantara kaum di semenanjung Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969 bagi mengelakkan sejarah tersebut berulang kembali.

2.0

Faktor-Faktor

Tercetusnya

Peristiwa

Rusuhan

Diantara

Kaum Di Semenanjung Malaysia Pada 13 Mei 1969 Rusuhan diantara kaum di semenanjung Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969 merupakan suatu rusuhan pertama dan terburuk yang meletus bagaikan gunung berapi di Malaysia. Letusan tersebut bukanlah tercetus secara tiba-tiba, tetapi ia merupakan suatu rentetan kepada sebab- sebab atau faktor-faktor peristiwa yang telah

Norlaila Ahmad, Memori Perjuangan Bangsa: Bersama Mencipta Masa Depan Gemilang, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia , 2008, hlm. 104.

berlaku sebelumnya.2 Ekoran daripada itu, terdapat beberapa faktor yang bakal dikupas satu persatu yang merupakan pendorong kepada tercetusnya konflik di antara kaum.

2.1 Kebencian Di Antara Kaum Sifat saling benci-membenci di antara kaum merupakan salah satu faktor yang membawa kepada tercetusnya Perang Kaum pada 13 Mei 1969. 3 Secara umumnya, sifat sedemikian sudah lama terpendam di dalam hati setiap kaum. Namun begitu, sifat sedemikian tidak diterjemahkan melalui perbuatan sehinggalah setiap kaum benar-benar merasakan kesabaran mereka tercabar dan sejurus dengan itu mereka bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan kesan yang bakal diperolehi kelak tidak kiralah pada kaum sendiri, masyarakat serta negara. Peristiwa layanan penjajah Jepun yang berbeza-beza di antara kaum sewaktu zaman Pendudukkan Jepun ternyata merupakan satu peristiwa yang dapat membuktikan titik permulaan ketidakpuasaan hati di antara kaum yang akhirnya menimbulkan sifat kebenciaan kaum Cina terhadap kaum Melayu.4 Orang Cina di berikan layanan yang buruk serta dihukum oleh Jepun sebagai balasan mereka kerana memberi sokongan dan bantuan moral dan material kepada golongan nasionalis Cina dalam Perang China-Jepun.5 Ekoran daripada itu, orang Cina tidak mampu menahan lagi kekerasan yang diberikan kepada mereka lalu mereka bangkit dengan mencuba untuk menubuhkan Kerajaan Komunis Malaya yang akhirnya membawa kepada bibit pertelingkahan kaum antara kaum Cina dengan kaum Melayu.6 Hal ini kerana, ahli dan penyokong Komunis
2

Khoo Kay Kim, Malaysia Sejarah dan Proses Pembangunan , Kuala Lumpur: Salam Press Sdn. Bhd., 1979, hlm. 37. Paridah Abd. Samad, Tun Abdul Razak: Fenomena Politik Malaysia, Selangor: Sepantas Kurnia (M) Sdn. Bhd., hlm. 112. Ibid., hlm. 111. Hairol Anuar Bin Hj Mak Din, Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Patriotisme, Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2010, hlm. 159. Paridah Abd. Samad, op. cit., hlm. 111.

kebanyakkannya terdiri daripada orang Cina manakala anggota pihak polis dan regim Malaya secara eksklusifnya adalah terdiri daripada orang Melayu.7 Rentetan daripada peristiwa di atas, maka terdapat banyak lagi konflik perkauman yang tercetus walaupun Tanah Melayu sudahpun mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.8 Konflik-konflik perkauman yang berlaku bukan sahaja telah menjarakkan lagi hubungan di antara kaum malah menambahkan lagi perasaan saling membenci yang sudah sekian lama disimpan. Sebagai contoh, rusuhan antara kaum Melayu dengan kaum Cina yang berlaku dalam bulan Julai 1964 sebagai tanda protes kaum Melayu terhadap Kaum Cina apabila hak keistimewaan serta kedudukan mereka tercabar. 9 Selain itu, keadaan makin bertambah parah lagi apabila Bahasa Melayu yang merupakan bahasa pertuturan kaum Melayu diangkat menjadi Bahasa Kebangsaan serta satu-satunya bahasa rasmi sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.10 Oleh itu, semakin tebal tahap ketidakpuasaan hati orang bukan Melayu terhadap orang Melayu kerana mereka berkecil hati dan beranggap bahawa bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil akan menjadi bahasa kedua dan berada pada tahap yang lebih bawah berbanding Melayu. Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa, sifat saling bahasa Melayu.11 Sehubungan dengan itu, makin bertambahlah sifat kebencian orang bukan Melayu terhadap orang

membenci diantara kaum semakin hari semakin bertambah kronik sehinggalah semuanya terluah di hari kemuncak rusuhan kaum yang
7

Ibid., hlm. 102. Ibid., hlm. 110. Leon Comber, Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Terj. University of Michigan: International Book Service, 1958, hlm. 74. Paridah Abd. Samad, op. cit., hlm. 112. Ibid.

10

11

paling dasyhat dan terbesar dalam sejarah Malaysia serta melumpuhkan sistem demokrasi yang dijalankan di negara ini buat seketika. 12 Pada masa itu, semua kaum bergolak dengan perasaan masing-masing sehingga mereka sanggup bertindak diluar kawalan seperti membakar harta benda, melaungkan kata-kata kesat serta berlaku juga kes-kes yang meragut nyawa orang yang tidak bersalah. 13 Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi pada 13 Mei 1969 merupakan hari dimana perasaan semua kaum sedang bergolak. 2.2 Isu Sensitif Sewaktu Kempen Pilihanraya Kempen pilihanraya dilaksanakan selama lima minggu sehinggalah Pilihanraya Negeri serta Persekutuan dijalankan. 14 Dengan kata lain, setiap parti yang bertanding dapat berkempen dalam tempoh masa yang lama bagi menarik para pengundi masing-masing. Misalnya, parti MCA, GERAKAN dan DAP menggunakan pelbagai cara untuk memperoleh sokongan daripada pengundi kaum Cina, ternyata ketiga-tiga parti tersebut menghadapi persaingan yang sengit dalam meraih kepercayaan para pengundi.15 Bertitik tolak dari kenyataan di atas, persaingan yang sengit antara parti-parti tersebut untuk mendapatkan undian daripada kaum Cina telah mendorong sesetengah parti tersebut menggunakan dan memanipulasikan isu-isu perkauman secara melampau dan berlebihan sewaktu berkempen.16 Antara isu-isu perkauman yang digunakan secara meluas sewaktu berkempen adalah berkaitan dengan isu kewarganegaraan untuk penduduk bukan kaum Melayu, hak dan kedudukan istimewa bumiputera Melayu, agihan pekerjaan dalam

12

Ibid., hlm. 113. Norlaila Ahmad, op. cit., hlm. 105. Leon Comber, op. cit., hlm. 79. Paridah Abd. Samad, op. cit, hlm. 73. Ibid., hlm. 74.

13

14

15

16

perkhidmatan awam dan banyak lagi isu yang berbaur perkauman atau dikatakan sebagai isu sensitif turut dibangkitkan. 17 Situasi ini seolah-olah menggambarkan bahawa sejarah secara sengajanya dilupakan.18 Hal ini dapat dikukuhkan lagi apabila salah satu perjanjian yang terdapat di dalam kontrak sosial secara mutlaknya telah diabaikan oleh ahli politik pembakang iaitu isu mengenai kaum bumiputera yang merujuk kepada kaum Melayu diberikan kedudukan yang istimewa sebagai ganti hak kewarganegaraan untuk penduduk bukan Melayu yang dilahirkan di Tanah Melayu. 19 Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa perbuatan ahli pembangkang sedikit sebanyak telah mencabar perlembagaan negara khususnya berkaitan dengan Perkara 153 iaitu mengenai hak-hak istimewa orang Melayu. 20 Rentetan daripada manipulasi isu-isu perkauman secara

berterusan oleh orang bukan Melayu telah mendorong kaum Melayu untuk bertindak balas. Misalnya, orang Melayu mempersoalkan puncapunca ekonomi negara yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu di sebuah negara yang majoritinya orang Melayu. 21 Persoalan ini ternyata satu tanda protes ataupun tidak balas terhadap kata-kata yang dilemparkan oleh parti pembangkang yang majoritinya disertai oleh orang bukan Melayu. Daripada penjelasan diatas jelaslah bahawa, isu perkauman yang dibangkitkan oleh parti pembangkang sewaktu berkempen telah mendorong kearah memutuskan sifat saling memberi dan menerima antara kaum yang telah diamalkan sebelum penubuhan Malaysia lagi. 22

17

Leon Comber, op. cit., hlm. 79. Paridah Abd. Samad, op. cit., hlm. 73. Ibid. Ibid., hlm. 112. Ibid., hlm. 73. Ruhanie Haji Ahmad, Patriotisme Malaysia: Penangkis Neoimperialisme , Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2005, hlm. 85.

18

19

20

21

22

Sejurus dengan itu, timbullah pelbagai persepsi antara kaum serta diiringi dengan kemahuan untuk memberontak setelah maruah kaum dicabar. Oleh sebab itu, tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan suatu tragedi berdarah di dalam pensejarahan Malaysia. Hal ini kerana, semua kaum bangkit memberontak dan meluahkan perasaan yang sudah lama terpendam pada hari tersebut. 2.3 Perarakan Pengebumian Seterusnya, peristiwa 13 Mei 1969 dikatakan tercetus akibat daripada upacara Perarakan Pengebumian. Parti Buruh telan membuat perancangan untuk mengadakan upacara Perarakan Pengebumi secara besar-besaran pada 10 Mei 1969 iaitu pada hari berlangsungnya pilihanraya.23 Maksudnya di sini, upacara ini sebenarnya mempunyai muslihat yang terselindung sejajar dengan matlamat utama mereka iaitu ingin menganggu kelancaran perjalanan pilihanraya. 24 Namun begitu, rancangan mereka gagal apabila pihak polis tidak membenarkan mereka melakukan upacara perarakan pengebumian pada 10 Mei 1969. Sungguhpun demikian, pihak polis tetap memberikan kebenaran kepada mereka untuk meneruskan upacara tersebut tetapi dengan mematuhi beberapa syarat. Antara syarat-syarat yang mesti mereka patuhi ialah, perarakan tersebut mestilah di lakukan pada 9 Mei 1969 supaya kelancaran pilihanraya tidak tergugat dan bilangan yang menyertai perarakan tersebut mestilah tidak melebihi beberapa ratus orang supaya perarakan tersebut tidak mengganggu kelancaran trafik di Kuala Lumpur.25 Pada hakikatnya, sebaliknya yang berlaku pada hari perarakan tersebut berlangsung iaitu, perarakan tersebut disertai oleh ribuan orang. Pendek kata, mereka sedikitpun tidak mengendahkan syarat yang

23

Paridah Abd. Samad, op. cit., hlm. 79. Ibid., hlm. 80. Ibid.

24

25

ditetapkan oleh pihak polis.26 Tambahan pula, perarakan tersebut telah mencetuskan suatu suasana yang dingin apabila orang yang menyertai perarakan tersebut telah melaungkan slogan Maost dan memprovokasi orang Melayu yang menyaksikan perarakan tesebut dengan menjerit Malaisi yang membawa maksud Orang Melayu Pergi Mampus. 27 Secara tidak lansung, laungan yang sedemikian sedikit sebanyak telah membangkitkan rasa marah orang Melayu terhadap orang Cina. Oleh itu, makin bertambah parahlah rasa kebencian orang Melayu terhadap orang Cina kerana laugan tersebut boleh diannggap sebagai satu penghinaan terhadap kaum Melayu. Sejurus dengan itu, selang beberapa hari rasa kebencian akhirnya terluah sebagaimana yang diterjemahkan pada 13 Mei 1969 yang merupakan rusukan kaum yang pertama di Malaysia.28 2.4 Perarakan Kemenangan Sebagai lanjutan daripada faktor-faktor yang sebelumnya, perarakan kemenangan turut dikatakan salah satu penyumbang kearah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Faktor ini dapat dibuktikan melalui peristiwa Perarakan Kemenangan yang dilakukan secara berlebihan dan kemudiannya disusuli pula dengan beberapa perarakan kecil yang lain. Perarakan sedemikian di lakukan sebagai lambang kegembiraan para peyokong DAP dan GERAKAN setelah meraikan kemenangan diluar jangkaan mereka.29 Dr. Tan Chee Khoon, pemimpin dan calon Parti GERAKAN yang menang di kawasan parlimen Batu memohon permit polis untuk mengadakan perarakan kemenangan pada 12 Mei 1969. Namun begitu, DAP telah mengadakan beberapa perarakan tanpa meminta permit daripada pihak polis awal sehari daripada parti GERAKAN iaitu pada 11 Mei 1969.
26

Leon Comber, op. cit., hlm. 86. Paridah Abd. Samad, op. cit., hlm. 80. Ibid., hlm. 74. Ruhanie Haji Ahmad, op. cit., hlm. 85.

27

28

29

Pada

12

Mei

1969,

sebahagian

penyokong

Perarakan

Kemenangan tersebut menaiki kenderaan manakala yang lain hanya berjalan kaki yang merupakan jalan yang disediakan oleh pihak polis.Perarakan tersebut berlangsung di Kampung Melayu yang terletak di Petaling Jaya.30 Semasa berlansungnya perarakan kemenangan itu, mereka bukan sahaja menjerit dan melaung sebagai tanda kemenangan bahkan laungan mereka turut diselangselikan dengan ejekan dan penghinaan yang dihalakan kepada orang Melayu yang mereka temui sepanjang perjalanan perarakan tersebut. Misalnya, mereka melaungkan slogan Melayu Mati dan Cina Kuasa. 31 Selain itu, tidak ketinggalan juga pegawai polis dari kaum Melayu yang bertugas turut menjadi sasaran ejekkan penyokong perarakan tersebut. Mereka bukan sahaja menunjukkan isyarat lucah malah turut menjeri-jerit kata-kata yang berunsurkan lucah kepada pegawai bertugas berkenaan. Justeru itu, isyarat-asyarat serta laungan-laungan yang kesat yang melampaui batas ternyata akhirnya mengundang padah apabila timbul ketidakpuasan orang Melayu serta orang Melayu turut memandang serong terhadap orang Cina. Ketidakpuasan hati ini serta tanggapan buruk di antara kaum akhirnya terluah dengan dasyatnya pada 13 Mei 1969. 2.5 Kumpulan Kongsi Gelap Cina Selain daripada itu, kumpulan kongsi gelap Cina turut tidak ketinggalan dalam memainkan peranan sebagai salah satu faktor tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kumpulan kongsi ini mula bertapak di negara ini seiring dengan kehadiran gelombang pertama kedatangan pendatang Cina pada kurun ke-19.32 Penubuhan Kumpulan Kongsi Gelap Cina kebanyakkan di dorong oleh hasutan komunis. Hasutan yang dibawa oleh
30

Ibid., hlm. 3. Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 121. Paridah Abd. Samad, op. cit., hlm. 103.

31

32

komunis itu adalah berkaitan dengan fakta bahawa majoriti anggota polis dan tentera di Malaysia adalah terdiri daripada orang Melayu. 33 Sehubungan dengan itu, keraguan serta ketidakpercayaan orang cina terhadap orang Melayu mula timbul. Buktinya, orang Cina merasakan bahawa mereka tidak boleh bergantung harapan kepada institusi pertahanan dan keselamatan serta undang-undang untuk membela diri mereka.34 Keadaan bertambah parah apabila, keraguan serta salah faham orang Melayu terhadap orang Cina turut timbul apabila sesetengah ahli Kumpulan Kongsi Gelap Cina ini juga turut menganggotai cawangancawangan parti Buruh yang dikuasai oleh komunis. 35 Oleh sebab demikian, sesetengah ahli kumpulan tersebut sering bertindak untuk memenuhi objektif mereka terutama sekali untuk mencetuskan huruhara. Sebagai contoh, pada 14 Mei 1969 tiga orang anggota polis yang sedang meronda mendapati sekumpulan belia Parti Buruh sedang mengecat slogan anti-pilihanraya di Kepong. Seterusnya, pihak polis tersebut menghampiri kumpulan berkenaan. Berikutnya, dengan pantas kumpulan belia berkenaan terus menyerang pihak polis dengan batang kayu dan lastik bebola besi. Jika diteliti dengan lebih mendalam, peranan Kumpulan Kongsi Gelap Cina sememangnya tidak pernah berubah dengan tradisi kejahatannya. Secara tidak langsung, berlakulah salah faham diantara kaum Melayu dengan kaum Cina. Misalnya, orang Melayu kurang selesa dengan tindakan kaum Cina yang mencetuskan beberapa peperangan melalui Kumpulan Kongsi Gelap Cina. Manakala, kepercayaan orang Cina terhadap orang Melayu diragui kerana mereka merasakan keselamatan mereka terancam. Ekoran daripada itu, wujudlah semangat perkauman yang hebat sehingga membawa kepada permusuhan kaum.
33

Ibid. Ibid. Ibid.

34

35

Justeru itu, lama-kelamaan fenomena tersebut telah mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 iaitu suatu suasana kebangkitan kaum secara mengganas. 2.6 Pengaruh Komunis Peristiwa 13 Mei 1969 turut tercetus akibat daripada tersebarnya pengaruh komunis secara meluas di kalangan masyarakat pada waktu itu. Penyataan ini dapat di kukuhkan lagi apabila beberapa ilmuwan seperti Taylor dan Chang turut mengaitkan Peristiwa 13 Mei 1969 tercetus akibat daripada radikalisme Parti Komunuis Malaya (PKM). 36 Selain itu, pernyataan ini turut di sokong oleh Tunku Abdul Rahman dengan berpendapat bahawa PKM adalah dalang di sebalik peristiwa yang tragis itu dengan menggunakan organisasi rahsia China. 37 Parti Komunis yang berasal dari negara China ditubuhkan pada tahun 1921 telah berjaya menyingkirkan ideologi anarkisme yang sudah bertapak Tanah Melayu. Pada tahun 1930, Parti Komunis Tanah Melayu (PKTM) mula ditubuhkan. Pada zaman ini, PKTM berada di bawah pengawasan Komunis Antarabangsa. Segala Arahan yang diperintahkan oleh Komunis Antarabangsa haruslah dipatuhi oleh PKTM. Misalnya, PKTM diberi arahan agar pengaruh komunis hendaklah disebarkan kepada kaum lain dan tidak tertumpu sahaja kepada kaum Cina. Sasaran utama Komunis Antarabangsa bagi memperluaskan fahaman komunis ialah kaum Melayu yang terdiri daripada kaum petani. 38 Selain itu, PKTM turut mengambil bahagian dalam menjayakan gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu dengan harapan PKTM akan di terima dan mendapat sokongan oleh kaum Cina. 39 Gerakan ini diadakan sebagai protes daripada tercetusnya perang China-Jepun yang berlaku
36

Abdullah Dahana, China dan Malaysia dalam Arena Perang Dingin 1949-74, Kuala Lumpur: UKM, 2002, hlm. 163. Ibid., hlm. 157. Khoo Kay Kim, op. cit., hlm. 37. Ibid.,hlm. 38.

37

38

39

10

pada tahun 1931 di Mancuria. Implikasinya, perasaan saling mendedami antara Cina dengan Jepun semakin menebal. Secara tidak langsung, gerakan anti-Jepun telah mengakibatkan rusuhan dan tunjuk perasaan sering berlaku di Tanah Melayu. 40 Seterusnya, keamanan di Tanah Melayu sering goyah dan meninggalkan tanggapan yang negatif di fikiran kaum lain terhadap kaum Cina. Tambahan pula, tanggapan negatif antara kaum Cina dan Melayu menjadi makin mendalam apabila pihak Jepun membentuk Angkatan Polis Malaya. Hal ini kerana, sebahagian besar Angkatan Polis Malaya terdiri daripada kaum Melayu dan angkatan ini di tubuhkan untuk menekan kaum Cina.41 Secara tidak langsung, hubungan antara kaum Cina dan Melayu menjadi tegang dan seterusnya menimbulkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain. Setelah sekian lama perasaan itu di pendam maka, berlakulah peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan rusukan kaum yang pertama dan paling dasyat sebagai tanda protes antara kaum Cina dan Melayu. 2.7 Ketidakseimbangan Ekonomi Berikutnya, antara faktor yang membawa kepada tercetusnya Peristiwa 13 mei 1969 adalah ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. 42 Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum berlaku akibat daripada kesan dasar pemerintahan baru oleh pihak British iaitu, dasar pecah dan perintah. Pihak British menjalankan dasar ini adalah semata-mata ingin mengaut keuntungan demi mengukuhkan ekonomi mereka. Oleh sebab itu, pihak British amat memerlukan sumber bahan mentah yang terdapat di Tanah Melayu. Melalui
40

dasar

pecah

dan

perintah,

pihak

British

telah

mengelaskan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu mengikut jenis kaum.


Ibid. Abdullah Dahana, op. cit., hlm. 45. Shamsul Amri Baharuddin, Malaysia Sejarah dan Proses Pembangunan , Salam Press Sdn. Bhd., 1979, hlm. 60.

41

42

11

Kaum Melayu di tugaskan menjalankan ekonomi tradisional mereka, iaitu lebih kepada ekonomi sara diri. Misalnya, kaum Melayu menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan penanaman sawah padi. 43 Oleh sebab itu, kaum Melayu di tempatkan di kawasan kampung. Manakala, kaum Cina diarahkan menjalankan ekonomi yang berteraskan ekonomi moden iaitu aktiviti pembinaan, perniagaan, perusahaan dan sebagainya. Oleh sebab itu, pihak British menempatkan kaum Cina di kawasan bandar dan pekan. Kaum India pula, diarahkan menjalankan perusahaan getah maka sebab itulah mereka ditempatkan di estet. Dasar pecah dan perintah ini banyak mendorong kearah yang negatif berbanding positif. Buktinya, berlaku jurang ekonomi yang besar di antara kaum. Kaum Melayu dan India terbelenggu dalam kemiskinan kerana kadar pulangan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh mereka kurang memberangsangkan.44 Manakala, kaum Cina boleh dikatakan berada dalam kelompok yang selesa, mewah serta berada kerana pulangan hasil kegiatan ekonomi moden mereka cukup lumayan. 45 Secara langsung, timbul perasaan ketidakpuasan hati kaum lain khususnya Melayu terhadap kaum Cina kerana orang Melayu seolah-olah kehilangan kuasa ekonomi di tanah air mereka sendiri. 46 Hal ini kerana, orang Cina diberikan kebebasan serta hak di dalam aspek ekonomi oleh pihak British antaranya, mengawal kegiatan ekonomi di bandar, dibenarkan mengambil alih pelaburan-pelaburan British, mendapat kontrak Kerajaan ke atas projek yang bernilai jutaan ringgit dan sebagainya. Manakala, orang Melayu hanya digalakkan meneruskan kegiatan tradisional pertanian dan perikanan sahaja. Pendek kata, orang bukan Melayu telah berjaya menguasai ekonomi khususnya dalam sektor utama di Tanah Melayu yang merupakan tanah hak kelahiran orang Melayu.
43

Paridah Abd. Samad, op. cit., hlm. 89. Ibid. Leon Comber, op. cit., hlm. 80. Paridah Abd. Samad, op. cit., hlm. 89.

44

45

46

12

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, sifat iri hati serta kebenciaan orang Melayu terhadap orang bukan Melayu makin menebal. Akhirnya, perasaan tersebut sukar untuk dibendung lagi maka tidak hairanlah jika peristiwa 13 Mei 1969 tercetus akibat daripada jurang ekonomi yang luas antara kaum meletus dengan dasyatnya. 47 Oleh yang demikian, pihak kerajaan mewujudkan pelbagai dasar baru bagi mengatasi masalah berikut. Misalnya, menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang meletakkan pembangunan ekonomi tanpa mengira kaum sebagai matlamat utama.48

3.0 Kesimpulan Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling dasyat sehinggakan sistem demokrasi yang dijalankan di Malaysia lumpuh buat seketika. Jika diteliti dengan lebih mendalam, peristiwa berdarah ini tidak berlaku secara spontan tetapi peristiwa tersebut berlaku di sebabkan oleh rentetanrentetan peristiwa terdahulu yang telah meninggalkan kesan negatif di dalam setiap kaum tidak kira bumiputera mahupun bukan bumiputera. Seterusnya, apabila perasaan di antara kaum mula tidak dapat dikawal atau dibendung maka tercetuslah peristiwa yang paling tragis di dalam pensejarahan Malaysia. Fenomena ini boleh dikatakan seperti gunung berapi yang meletus, begitulah gambaran dasyhat peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Namun begitu, rusuhan kaum yang tercetus telah membawa banyak perubahan dalam gaya hidup masyarakat dan kerajaan berusaha membina semula masa depan demi bangsa dan negara.49

47

Leon Comber, op. cit., hlm. 92. Seah Li Ying, 13 Mei: Dokumen-Dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969 Malaysia, Selangor: Suaram Komunikasi, 1987, hlm. 156. Norlaila Ahmad, op.cit., hlm. 106.

48

49

13

You might also like