You are on page 1of 15

A

abang angkat: lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. abang ipar: suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. abang kandung: abang yang seibu sebapa. abu angin: telah musnah sama sekali. Abu Dajal: orang jahat yang suka mengganggu orang lain. Abu Jahal: orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan; suka membuat kacau dan mengganggu sesuatu kerja baik. Abu Lahab: (sila lihat juga Abu Jahal.) Abu Nawas: orang yang pandai mencari helah dengan akalnya untuk melepaskan diri daripada sebarang bencana. ada-ada: ada sesuatu. ada akal: cara menyelesaikan sesuatu masalah. ada angin: orang yang berperangai luar biasa dengan fikirannya yang tidak tentu; orang yang mempunyai sikap tidak tetap kelakuannya sering berubah-ubah pada masa tertentu. ada bakat: berkebolehan dalam bidang tertentu. ada can: ada peluang. ada gaya: ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya. ada hati: menaruh keinginan yang melebihi kesanggupan pada sesuatu atau ada kemahuan untuk membuat sesuatu. ada harta: orang yang kaya atau berharta. ada jalan: ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. adat balai: adat dalam istana raja. adik angkat: seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah. adik ipar: adik kepada isteri atau suami. adik kandung: adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa. adu buku: bertinju. adu domba: melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. adu kening: berhadap-hadapan muka. adu lengan: beradu kekuatan. adu nasib: mencari rezeki. adu untung: (sila lihat juga adu nasib.) air mandi: sudah menjadi kebiasaan. air muka: (a) rupa, wajah; air muka seseorang. (b) maruah. air pasang: paras air laut yang meningkat. air sembilan: air yang digunakan untuk memandikan mayat. air setaman: air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi. air surut: paras air laut yang turun. ajak-ajak ayam: tidak sungguh-sungguh mempelawa; mempelawa tanpa kesungguhan. akal belut: orang yang pandai tipu muslihat. akal kancil: (sila lihat juga akal belut.)

akal sejengkal: orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain. alas cakap: (a) penjelasan yang dibuat bagi menguatkan sesuatu kenyataan. (b) percakapan yang tertib. alas kata: (sila lihat juga alas cakap.) alas perut: makan sedikit supaya tidak lapar. alih akal: berubah pendapat atau fikiran. alih angin: berpindah tempat tinggal. alih muka: menyamar. alim kucing: orang jahat yang berpura-pura berkelakuan baik. aliran masa: perubahan masa. aliran masyarakat: kehendak masyarakat. ambil abu: maksud yang tidak kesampaian. ambil ada: berpuas hati dengan apa yang ada. ambil angin: berjalan-jalan atau bersiar-siar di tempat luar rumah yang nyaman udaranya untuk menghilangkan penat. ambil bahagian: menyertai. ambil berat: beri perhatian. ambil haluan: membuat keputusan dalam sesuatu perkara. ambil hati: (a) menarik perhatian seseorang atau membuat sesuatu supaya yakin kepadanya atau disukai orang; memikat hati. (b) perubahan sikap kerana tersinggung; merajuk atau menaruh perasaan marah. ambil ibarat: menjadikan sesuatu sebagai teladan. ambil ingatan: dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian. ambil muka: membuat sesuatu supaya disukai. ambil sumpah: disuruh bersumpah; melakukan sumpah. ambil tahu: memberi perhatian tentang sesuatu perkara. anak Adam: umat manusia. anak air: sungai kecil. anak angkat: anak orang lain yang dijadikan, dibela, atau dipelihara sebagai atau seperti anak sendiri. anak bapa: seseorang atau orang yang gagah, berani, atau handal. anak baju: baju dalam. anak buah: orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga, anak saudara (anak kepada abang, kakak, atau adik yang ada hubungan kekeluargaan); pengikut, rakyat, atau orang-orang yang di bawah jagaan seorang ketua. anak bukit: bukit kecil. anak bulan: bulan baru, satu haribulan Hijrah. anak dara: budak perempuan (gadis) yang belum berkahwin. anak didik: orang di bawah jagaan kita. anak emas: anak atau orang yang sangat disayangi; orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya. anak gahara: anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan. anak haram: anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama. anak jantan: orang lelaki yang berani sifatnya. anak kandung: anak yang dilahirkan sendiri.

anak kapal: orang yang bekerja sebagai kelasi dalam sesebuah kapal. anak mata: bulatan di tengah mata. anak negeri: rakyat sesebuah negeri. anak perahu: (sila lihat juga anak kapal.) anak piatu: anak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya. anak pungut: (sila lihat juga anak angkat.) anak sungai: sungai kecil yang mengalir dalam sebatang sungai yang lebih besar. anak tangga: tempat berpijak atau terpijak sebuah tangga. anak teruna: pemuda yang belum berkahwin. anak tiri: (a) bukan anak kandung kepada ayah atau ibu yang baru. (b) orang yang tidak diberikan perhatian sewajarnya. anak tunggal: anak satu-satunya. anak tut: (sila lihat juga anak angkat.) anak yatim: anak yang sudah kematian ibu atau bapanya. anak yatim piatu: anak yang sudah kematian ibu dan bapa serta tiada saudara mara. angin-angin: khabar atau berita yang belum dapat dibuktikan atau belum tentu betulnya. angkat alis: kehairanan. angkat bahu: tidak tahu atau tidak bertanggungjawab. angkat bakul: sifat seseorang yang suka memuji diri sendiri. angkat diri: sombong. angkat kaki: cabut atau pergi dengan segera dari tempat itu; melepaskan diri apabila ada kesusahan. angkat kening: (sila lihat juga angkat alis.) angkat mata: (a) berani menentang atau melawan. (b) selesai daripada membuat kerja berat. angkat muka: seseorang yang berperasaan megah dan sombong kerana kelebihan yang diperoleh. angkat nama: terkenal. angkat senjata: berperang. angkat suara: meninggikan suara. angkat sumpah: (sila lihat juga ambil sumpah.) angkat topi: menghormati. anjing hitam: orang jahat yang selalu menunjuknunjukkan keburukannya. anjing kurap: orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya. api peperangan: perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan. api percintaan: perasaan cinta yang meluap-luap. arang di dahi: mendapat malu. arang di kening: (sila lihat juga arang di dahi.) arang di muka: (sila lihat juga arang di dahi.) asam garam: pengalaman; susah senang dalam kehidupan. atas angin: negara-negara atau negeri-negeri Eropah atau di sebelah barat termasuk Asia Barat. atas nama: menjadi wakil seseorang atau pertubuhan. atas pagar: (a) berkecuali; seseorang yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak. (b) tidak masuk campur. (c) tidak lulus dan tidak gagal (sederhana). ayam jalak: orang yang berani.

ayam tambatan: seseorang yang menjadi orang harapan seseorang atau orang lain dalam sesuatu pertandingan.

babi buta: berbuat, membuat, atau melakukan sesuatu pekerjaan dengan tanpa atau tidak banyak berfikir dahulu lagi. bahasa dalam: bahasa istana (digunakan oleh kerabat diraja). bahasa ibunda: bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum. bahasa kasar: bahasa yang tidak sopan untuk digunakan. bahasa kesat: kata-kata yang tidak bersopan. bahasa pasar: bahasa pertuturan yang digunakan dalam percakapan sehari-hari yang tidak betul nahu atau susunan ayatnya dengan tidak mengikut tatabahasa yang betul. baik budi: seseorang yang bersikap baik dan penyayang; suka menolong. baik hati: (sila lihat juga baik budi.) baik sangka: berpendapat yang orang lain baik. balas budi: balas jasa dan berterima kasih. balas guna: (sila lihat juga balas budi.) balik gagang: berpihak kepada musuh. balik hati: berubah pendirian. bangkai bernyawa: orang yang kurus dan dipandang hina atau tidak berguna pada diri sendiri dan juga masyarakat. bantal lengan: kehidupan yang terlalu miskin. banting tulang: bekerja bermati-matian. banyak akal: banyak helah. banyak cakap: orang yang suka bercakap banyak atau berleter, termasuklah perkataan yang tidak sepatutnya dipercakapkan. banyak lemak: terlalu manja, orang yang kaya atau gemuk; orang yang tidak mendengar kata atau suka membantah walaupun telah melakukan kesalahan. banyak mulut: (sila lihat juga banyak cakap.) bapa angkat: orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah. bapa kandung: bapa sebenar. barang kemas: alat perhiasan orang perempuan yang berharga. basuh mulut: sajian manisan atau buah-buahan yang dihidangkan atau dijadikan hidangan selepas makan. batu api: penghasut. batu loncatan: sesuatu (orang atau tempat) yang digunakan atau dijadikan sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan atau sesuatu yang lebih tinggi. batuk-batuk kambing: batuk yang dibuat-buat dengan tujuan mengusik atau menyindir. bau bacang: (sila lihat juga bau-bau bacang.) bau-bau bacang: hubungan persaudaraan atau saudara yang sudah jauh pertaliannya. bawa alamat: memberi tanda. bawa diri: (a) pandai bergaul. (b) melarikan diri. bawa hati: merajuk. bawa hidup: merantau mencari penghidupan.

bawa mati: menyebabkan mati. bawa mulut: bercerita tentang keburukan orang lain. bawa nasib: (sila lihat juga bawa hidup.) bawa nyawa: menyelamatkan diri. bawa sial: mendatangkan malang. bawa tempurung minta sedekah: kita masih gagah dan kuat. bawa tuah: mendatangkan keuntungan. bawah angin: negara-negara sebelah timur seperti Jepun, Malaysia, dan lain-lain. bawah bendera: berada dalam perlindungan sesuatu kuasa. bawah tanah: pergerakan rahsia atau pergerakan gelap. bayang kata: dikias. bayar nyawa: mengorbankan diri. bekas tangan: hasil kerja tangan seseorang yang masih kekal; bekas pukulan. belah bumi: bunyi yang sangat kuat. belah hati: tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan. belahan hati: orang yang sangat dikasihi. belahan jiwa: (sila lihat juga belahan hati.) belahan nyawa: (sila lihat juga belahan hati.) belakang hari: kemudian hari. bendera putih: tanda menyerah diri atau mengaku kalah dalam sesuatu peperangan atau perlawanan. bengkak perut: berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu. beradu buku: (sila lihat juga adu buku.) beradu kening: (sila lihat juga adu kening.) beradu lengan: (sila lihat juga adu lengan.) beralih akal: (sila lihat juga alih akal.) beralih angin: (sila lihat juga alih angin.) beralih muka: (sila lihat juga alih muka.) berani mati: tidak takut mati. berat badan: malas. berat bibir: orang yang tidak peramah atau yang pendiam; malas bercakap. berat hati: kurang senang. berat kaki: malas. berat kepala: pening kepala. berat lalat: pura-pura berani. berat lidah: tidak dapat berkata-kata. berat mata: mengantuk. berat mulut: (sila lihat juga berat bibir.) berat sebelah: tidak adil dalam membuat keputusan dengan memihak kepada satu pihak sahaja. berat tangan: orang yang malas berusaha, malas bekerja, atau malas membuat kerja; pemalas. berat telinga: orang yang pendengarannya kurang jelas. berat tulang: (sila lihat juga berat tangan.) berbahasa kasar: (sila lihat juga bahasa kasar.) berbalik gagang: (sila lihat juga balik gagang.) berbalik hati: (sila lihat juga balik hati.) berbantal lengan: (sila lihat juga bantal lengan.) berbelah hati: (sila lihat juga belah hati.) berbesar hati: (sila lihat juga besar hati.) berbuat jahat: (sila lihat juga buat jahat.)

berbulan madu: pengantin baru yang pergi makan angin. bercerai kasih: (sila lihat juga cerai kasih.) bercerai mata: (sila lihat juga cerai mata.) bercerai mati: (sila lihat juga cerai mati.) bercerai susu: (sila lihat juga cerai susu.) bercermin bangkai: (sila lihat juga cermin bangkai.) berdiam diri: (sila lihat juga diam diri.) berdiri sendiri: orang yang tidak mahu menerima pertolongan orang lain. berendam air mata: sering menangis. berfahaman kiri: (sila lihat juga faham kiri.) bergadai bergolok: (sila lihat juga gadai bergolok.) bergadai nyawa: (sila lihat juga gadai nyawa.) berganti tikar: orang yang berkahwin dengan adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia. bergendang paha: (sila lihat juga gendang paha.) bergolok bergadai: (sila lihat juga gadai bergolok.) berhati berlian: (sila lihat juga hati berlian.) berhati tungau: (sila lihat juga hati tungau.) beri jalan: memberi laluan, nasihat, keterangan, bantuan, atau buah fikiran untuk membuat sesuatu perkara. beri muka: kehendak dan kemahuan seseorang sentiasa dituruti; memanjakan seseorang dengan membiarkannya bebas membuat atau berbuat sesuka hatinya. berita hangat: berita baharu yang menjadi perbualan. berkaki ayam: (sila lihat juga kaki ayam.) berkerat rotan: (sila lihat juga kerat rotan.) bermain kayu tiga: orang yang tidak jujur. bermain mata: (sila lihat juga main mata.) bermandi keringat: (sila lihat juga mandi keringat.) bermandi ombak: (sila lihat juga mandi ombak.) bermasam muka: tidak bertegur sapa kerana telah berselisih faham. bermuka-muka: orang yang pandai berpura-pura baik terhadap seseorang; menunjukkan kebaikan kepada ketua atau seseorang dengan tujuan yang tertentu. berpaling hati: (sila lihat juga paling hati.) berpaling tadah: bertukar pihak atau mengkhianati pihak yang disokong. berpatah arang: (sila lihat juga patah arang.) berpeluk lutut: (sila lihat juga peluk lutut.) berpeluk tangan: (sila lihat juga peluk tangan.) berpeluk tubuh: malas untuk melakukan sesuatu pekerjaan. berpindah tangan: (sila lihat juga pindah tangan.) berputih tulang: (sila lihat juga putih tulang.) berputus arang: (sila lihat juga putus arang.) bersaksi ke lutut: saudara mara dijadikan saksi. bersengkang mata: (sila lihat juga sengkang mata.) bertali arus: tidak putus-putus dilalui orang; sesuatu benda atau perkara yang berlaku dengan tidak berhenti-henti. bertegang leher: berlawan cakap kerana hendak menegakkan pendapat masing-masing; berbantah. bertikam lidah: (sila lihat juga tikam lidah.) berumah tangga: beristeri atau bersuami. besar cakap: orang yang suka bercakap sombong. besar diri: bongkak atau sombong.

besar hati: bangga; gembira; girang. besar kepala: keras kepala, degil dan sombong. besar mulut: suka bercakap besar. besar perut: hamil. betul bendul: orang yang lurus dan ada kalanya bodoh. biang keladi: orang atau hal yang menjadi punca kejahatan. bidan tarik: membuat sesuatu secara tiba-tiba. bidan terjun: (sila lihat juga bidan tarik.) bintang gelap: bernasib malang. bintang hati: orang kesayangan atau kekasih; orang yang dicintai atau dikasihi. bintang terang: nasib baik. boleh tahan: tidak buruk sangat atau boleh digunakan. bongkar sauh: bersedia hendak belayar. bongkok sabut: bongkok badan yang sedikit sahaja. bongkok udang: badan yang bongkok. buah bibir: perkara yang dibualkan oleh orang ramai, menjadi perbualan ramai, atau menjadi sebut-sebutan orang. buah cakap: (sila lihat juga buah bibir.) buah fikiran: pendapat atau pendangan. buah hati: (sila lihat juga bintang hati.) buah helah: mencari helah. buah kalam: hasil tulisan atau karya. buah mulut: (sila lihat juga buah bibir.) buah pena: (sila lihat juga buah kalam.) buah tangan: suatu pemberian dalam bentuk barang; oleh-oleh. bual kosong: bercakap tentang perkara yang tidak penting. buang adat: tidak menggunakan sesuatu adat lagi. buang air besar: berak. buang air kecil: kencing. buang anak: menggugurkan anak. buang arang di muka: menghilangkan malu. buang diri: merantau. buang lelah: berehat untuk meredakan kepenatan. buang malu: (sila lihat juga buang arang di muka.) buang muka: tidak suka. buang negeri: diperintah keluar dari sesebuah negeri. buang sauh: berlabuh. buang sial: berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang. buang tabiat: berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia. buang ubat: tembakan yang tidak kena pada sasarannya. buat akal: (sila lihat juga buah helah.) buat bodoh: berpura-pura macam orang tidak tahu. buat duit: berusaha mencari keuntungan. buat helah: berdalih. buat jahat: melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan. buat perkara: berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik. buaya darat: lelaki yang jahat atau gemar berfoyafoya dengan perempuan. budak mentah: orang yang masih muda untuk membuat sesuatu pekerjaan atau penilaian.

budi bahasa: kelakuan atau pertuturan (sama ada baik atau buruk). bujur sirih: bentuk muka seolah-olah bentuk sirih. buka langkah seribu: lari kerana takut disebabkan sesuatu. buka mata: sedar atau ambil perhatian tentang sesuatu perkara yang baik dan cuba mengikutinya. buka mulut: berkata-kata atau bercakap. buka pintu: memberi peluang. buka tanah: mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar. buka telinga: mendengar baik-baik. buka tembelang: mendedahkan rahsia keburukan seseorang. buku lima: penumbuk. bulan kesiangan: berwajah pucat. bulan madu: pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin. bulan penuh: cantik. bulat fikiran: teguh atau tetap fikirannya. bulat hati: ikhlas; tetap hati dan sugguh-sungguh; mengambil keputusan yang muktamad tentang sesuatu perkara; kuat azam atau kemahuan untuk membuat sesuatu. bulat kata: keazaman yang bersungguh-sungguh. bunga bangsa: orang yang berjasa kepada negara. bunga bibir: kata-kata yang manis. bunga dedap: perempuan yang rupanya sahaja cantik tetapi perangainya buruk atau tidak berbudi. bunga wang: keuntungan atau faedah yang diperoleh atau didapati daripada wang yang dipinjamkan atau disimpan di dalam bank. buru hutang: terdesak kerana berhutang. buru nafsu: melakukan sesuatu secara terburu-buru. buru pangkat: berusaha mencari pangkat. buru pelajaran: berusaha mencari ilmu pengetahuan. buruk hati: orang yang jahat. buruk laku: kelakuan tidak senonoh. buruk lantak: orang yang makan dengan gelojoh atau lahap makannya. buruk makan: (sila lihat juga buruk lantak.) buruk mulut: percakapan yang kasar. buruk penangan: akibat buruk atau tidak baik. buruk perut: kuat makan. buruk sangka: menaruh curiga. buruk selera: makan apa sahaja. buruk siku: meminta diambil balik semula benda yang telah diberikan kepada seseorang atau orang lain. busuk budi: perangai yang jahat. busuk hati: orang yang berhati jahat. busung dada: sombong. buta ayam: mata yang rabun menjelang senja; tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam. buta hati: (a) tidak dapat menerima pengajaran orang atau mengenali mana yang buruk atau mana yang baik. (b) tidak berasa kasihan atau berhati perut, kejam. buta huruf: orang yang tidak tahu membaca dan menulis atau kedua-duanya; tidak berpelajaran. buta kayu: (sila lihat juga buta huruf.)

buta larangan: tidak dapat melihat jauh. buta malam: rabun pada waktu malam. buta perut: orang yang tidak berfikiran, bodoh. buta warna: tidak dapat mengecam jenis-jenis warna.

cabut lari: meninggalkan sesuatu tempat dengan segera. cabut nyawa: membunuh. cacing gila: suka merayau-rayau tanpa tujuan. cacing kepanasan: orang yang sentiasa gelisah. cacing naik ke mata: kelakuan atau perbuatan yang melampau. cahaya hidup: harapan dalam hidup. cahaya mata: anak. cahaya muka: seri pada wajah seseorang. cakap angin: percakapan atau cakap-cakap yang tidak menentu atau tidak berfaedah. cakap belakang: menceritakan keburukan orang lain. cakap berisi: percakapan yang mengandungi faedah atau kebaikan untuk orang lain. cakap besar: mengeluarkan cakap yang meninggi atau membesarkan diri sendiri. cakap kosong: kata-kata yang tiada isinya. cakap mulut: bahasa yang digunakan dalam percakapan harian. cakap tinggi: (sila lihat juga cakap besar.) cakar awan: bangunan-bangunan yang tinggi. cakar ayam: tulisan yang sangat buruk. cakar langit: (sila lihat juga cakar awan.) campak batu: orang yang pergi merantau selamalamanya. campur cakap: melibatkan diri atau turut serta dalam urusan orang lain; ambil tahu. campur mulut: (sila lihat juga campur cakap.) campur tangan: (sila lihat juga campur cakap.) cangkul angin: melakukan kerja yang sia-sia. cari akal: melakukan atau mencari ikhtiar atau berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara; mencari jalan dan sebab untuk melakukan sesuatu. cari bala: membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. cari fasal: mencari sebab untuk memulakan pergaduhan. cari fikiran: (sila lihat juga cari akal.) cari ikhtiar: berusaha bersungguh-sungguh. cari jalan: (sila lihat juga cari akal.) cari makan: bekerja untuk mencari nafkah, rezeki, atau wang. cari muka: mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran. cari nama: berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai. cari rezeki: (sila lihat juga cari makan.) cari salah: berusaha untuk mengetahui kesalahan orang. cari seteru: (sila lihat juga cari fasal.) cari susah: (sila lihat juga cari bala.) cecah bahu: sampai ke paras bahu. cecah bumi: jejak ke bumi.

celaka dua belas: seseorang yang menghadapi kecelakaan terlalu teruk. celik huruf: tahu membaca dan menulis. cemburu buta: terlalu cemburu, cemburu yang tidak beralasan, tanpa sebab. cencaru makan petang: pekerjaan yang lambat tetapi memuaskan. cepat kaki: orang yang rajin apabila disuruh. cepat lidah: bercakap tanpa berfikir dahulu. cepat mulut: orang yang tidak boleh, dapat, atau tahan menyimpan rahsianya. cepat tangan: pantas atau cepat melakukan sesuatu; orang yang suka mencuri. cerai hidup: suami isteri yang bercerai ketika hidup. cerai kasih: putus percintaan. cerai mata: berpisah. cerai mati: bercerai kerana meninggal dunia. cerai susu: bayi yang telah berhenti menghisap susu. cerdik busuk: cerdik tetapi selalu menyusahkan dan menyakitkan hati orang. cerita burung: berita yang tidak berasas. cermin bangkai: menanggung malu akibat sesuatu kejadian. cicak kubin: sangat kurus. cinta kilat: cinta yang cepat timbul dan cepat hilang. cinta palsu: bukan, pura-pura, atau tidak bercinta. cium tanah: jatuh tertiarap ke tanah. cuci mata: bersenang-senang dengan melihat perempuan atau sesuatu yang cantik dan indah. cuci perut: membersihkan perut dengan julap dan lain-lain. cuci tangan: tidak mahu mengambil tahu, bertanggungjawab, atau terlibat dalam sesuatu hal atau perkara yang telah dilakukan. cucur keringat: bekerja keras. cucur peluh: (sila lihat juga cucur keringat.) cuit hati: menggelikan hati. cukup bulan: sampai waktu. cukup umur: akil baligh atau sudah dewasa. cupak asli: adat yang diwarisi daripada datuk nenek. cupak hanyut: orang yang berjalan lemah lembut, hidup melarat. curi hati: menawan atau memikat hati, jatuh suka. curi masa: menggunakan sebahagian daripada masa yang sibuk untuk urusan lain. curi tulang: malas bekerja atau mencuri peluang untuk tidak bekerja; menghelat masa atau tenaga semasa membuat sesuatu, mencuaikan kerja.

dabik dada: menepuk dada menunjukkan keberanian. dada ayam: dada bidang. dada lapang: sabar dan tidak mudah marah. dagang piatu: orang asing yang tiada saudara-mara dan sahabat handai. dahi sehari bulan: bentuk dahi yang cantik. daki dunia: harta dunia yang tidak dapat dibawa mati. dakwat tumpah: rambut yang hitam lebat. dalam kekeringan: sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.

dalam tangan: sudah tentu dapat diperoleh. dapat akal: beroleh ikhtiar atau helah. dapat bahagian: denda atau kena pukul, beroleh separuh atau sebahagian harta. dapat harta timbul: mendapat keuntungan tanpa berusaha besar. dapat hati: beroleh cinta, cinta yang berbalas. dapat khabar: menerima berita. dapat malu: menanggung malu. dapat nama: menjadi terkenal. dapat terpijak: mendapat keuntungan, rezeki, wang, atau sesuatu yang tidak disangka-sangka dan diterima sekali gus dengan mudah tanpa berusaha. darah baru setampuk pinang: masih muda. darah daging: kaum keluarga atau saudara-mara sendiri. darah gemuruh: mudah gugup atau hilang pertimbangan. darah manis: mudah mendapat bahaya atau kecederaan. darah muda: semangat atau perasaan yang tidak sabar, lekas marah. darah panas: orang yang cepat marah atau lekas marah. darah putih: orang bangsawan, anak raja. darah raja: keturunan raja. datang berkampung: berkumpul. datuk nenek: leluhur. daun pintu: bahagian pintu yang boleh dibuka dan ditutup. daun telinga: bahagian luar telinga untuk menangkap suara. daun tingkap: bahagian tingkap yang boleh dibuka dan ditutup. daya fikir: kekuatan berfikir. daya upaya: ikhtiar untuk melakukan sesuatu. delima merekah: bentuk dan warna bibir yang elok. dendam kesumat: benci yang amat sangat. depan hidung: terlalu dekat. derma kilat: derma yang dipungut dengan serta-merta. detak hati: perasaan, kata hati. detik jantung: bunyi degup jantung. di depan hidung: (sila lihat juga depan hidung.) diam-diam lepu: pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali. diam-diam ubi: orang yang berusaha secara senyap tetapi menguntungkan. diam diri: tidak berkata-kata. diam membatu: (sila lihat juga diam diri.) diam penggali: orang bodoh. dibayang kata: (sila lihat juga bayang kata.) dibuang negeri: (sila lihat juga buang negeri.) diburu hutang: (sila lihat juga buru hutang.) dingin hati: tidak menaruh perhatian atau tidak gembira. dingin kepala: berfikiran tenang dan waras. dingin tangan: orang yang pekerjaannya selalu berjaya. ditangkap basah: (sila lihat juga tangkap basah.) dua sejoli: sepasang kekasih atau suami isteri. duduk perut: (sila lihat juga besar perut.)

duit kopi: bayaran tidak rasmi iaitu wang yang diberikan kepada seseorang sebagai upah dalam usaha mendapatkan sesuatu, rasuah. duit pecah: duit syiling. duit teh: wang sagu hati. dunia terbalik: keadan yang berbeza daripada semula jadi, ganjil. duri dalam daging: sesuatu yang mengganggu ketenteraman. durian runtuh: (sila lihat juga dapat terpijak.)

ekor belangkas: pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas. ekor kuda: rambut yang diikat di belakang. ekor lipas: rambut pada lubang tengkuk. ekor mata: sudut mata yang di sebelah luar. ekor pulau: hujung pulau. elok budi: baik budi pekerti. emak angkat: perempuan yang dianggap seperti ibu kandung sendiri. emak tiri: wanita yang bukan ibu sendiri menjadi isteri bapa. emas putih: campuran emas berwarna putih. emas tempawan: orang yang dikasihi. emas tua: emas yang tinggi mutunya. emas urai: emas yang halus seperti pasir. embun betina: embun yang kecil-kecil. embun jantan: embun yang besar-besar. enak hati: gembira atau senang hati. enau di hutan: seseorang yang suka hidup bersendirian.

faham kiri: berfikiran politik yang radikal. fajar menyingsing: pagi hari. fasih lidah: pandai berkata-kata atau lancar bercakap. fikir panjang: berfikir dua kali. fikiran buntu: tidak dapat memikirkan sesuatu kerana tiada idea. fikiran kolot: fikiran yang ketinggalan zaman. fikiran sempit: fikiran yang cetek. fikiran tajam: cepat faham akan sesuatu. fikiran terbuka: sanggup mempertimbangkan sebarang cadangan, pembaharuan dan sebagainya. fikiran terganggu: sakit jiwa atau otak.

gadai bergolok: sanggup berbelanja sehingga berhabisan harta benda kerana hendak mendapatkan sesuatu hajat. gadai nyawa: meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut. gadis sunti: anak perempuan yang belum baligh. gajah guling: perhiasan sanggul dengan dua untai bunga melati. gaji buta: gaji yang diterima dengan tidak bekerja sunguh-sungguh atau gaji yang didapati tanpa bekerja

keras; seseorang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji. gaji pokok: mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh. gambaran hidup: teladan. ganti rugi: bayaran yang dibuat kerana sesuatu kerugian atas kerosakan. ganti tikar: berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia. garam hidup: pengalaman. gatal mulut: suka bercerita keburukan orang. gatal tangan: sengaja mencari sebab tanpa tujuan apaapa. gelap buta: sangat gelap. gelap fikiran: tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah. gelap hati: sukar belajar. gelap mata: mengamuk atau marah macam orang gila. gelap pemandangan: pitam. gelap wang: menggunakan wang yang bukan hak. gelegar buluh: cakap besar tetapi tidak berisi. geli hati: rasa hendak ketawa. gelora hati: perasaan yang tidak tenang. gelora semangat: perasaan berkobar-kobar. gencatan senjata: memberhentikan peperangan. gendang besar: orang yang suka bercakap besar tetapi percakapannya semua kosong. gendang paha: bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan. gerak badan: bersenam. gerak hati: niat atau perasaan dari dalam hati. gerak jalan: latihan berjalan sebagai satu pasukan. gerakan gelap: gerakan tidak sah yang dirahsiakan. gergaji dua mata: orang yang menerima keuntungan daripada kedua-dua pihak. gigi air: bahagian tepi air laut, sungai atau tasik. gigi hutan: tepi hutan. gila angau: sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain. gila babi: penyakit sawan babi. gila bahasa: orang yang tidak panjang fikirannya. gila bayang: ingin akan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh. gila bayang-bayang: berhajatkan sesuatu yang mustahil. gila-gila air: kurang sihat ingatan (fikiran). gila-gila bahasa: kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu). gila harta: sentiasa mementingkan harta kekayaan. gila isim: gila kerana tersalah menuntut ilmu batin. gila judi: orang yang suka bermain judi. gila kuasa: sangat ingin mendapat kuasa. gila pangkat: sentiasa ingin mendapat pangkat. gila perempuan: lelaki yang suka melihat atau sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan. gila talak: teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai. gila urat: sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya. golok kayu: pengetahuan yang tidak mencukupi atau tiada gunanya.

gulung tikar: muflis. gunting hati: melukai perasaan. gunung hati: tersangat ingin. gunung payung: orang kesayangan. gunung runtuh: bunyi bergemuruh.

habis akal: bingung setelah berusaha sedaya upaya. habis bulan: hujung bulan. habis jadi abu: musnah. habis jodoh: bercerai. habis modal: tidak ada idea lagi. habis nyawa: (a) mati. (b) menebus dengan nyawa. habis perkara: selesai. habis tahun: penghujung tahun. halwa mata: persembahan yang mengasyikkan. halwa telinga: sesuatu yang sedap didengar. hampa tangan: tidak mendapat apa-apa. hancur hati: kecewa. hancur luluh: hancur lebur. hangat hati: sangat marah. hangat-hangat kuku: suam-suam. hangat-hangat tahi ayam: tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. hangus hati: (sila lihat juga hangat hati.) hantu paku: orang yang suka mengaku hak orang lain sebagai haknya. hanyut diri: sesat langkah. harga diri: moral atau maruah seseorang. harga mati: harga tetap. harga pokok: modal atau harga belian. hari tua: masa seseorang yang telah tua serta tidak berdaya. hati ayam: pengecut atau penakut. hati batu: bantah, degil, atau enggan mendengar cakap dan tidak mahu mengalah; seseorang yang tidak mahu mengikut nasihat dan mempunyai azam yang kuat. hati berbulu: seseorang yang menyimpan niat jahat. hati berlian: sangat baik hati. hati budi: sifat atau perangai. hati emas: seseorang hatinya yang terlalu baik. hati kecil: perasaan hati yang sebenarnya. hati muda: rasa muda dalam hati. hati nurani: (a) hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan. (b) perasaan hati yang murni. hati perut: bertimbang rasa. hati putih: mempunyai niat yang ikhlas. hati tawajuh: hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan. hati terbuka: ikhlas. hati tikus: penakut atau pengecut. hati tungau: penakut. hati waja: terus berusaha dan tidak mudah putus asa dengan mempunyai pendirian yang teguh atau memiliki cita-cita yang amat kuat. hentam kromo: membuat sesuatu kerja tanpa diteliti. hidung belang: pemuda lelaki yang suka mengusik, mengganggu, atau menggoda perempuan. hidung tinggi: bongkak atau sombong.

hidup terbuang: tersia-sia diri. hilang akal: tidak mampu berfikir lagi; gila. hilang harapan: putus asa. hilang-hilang timbul: sekejap ada sekejap tiada. hilang ingatan: (sila lihat juga hilang akal.) hilang lenyap: hilang tanpa berita. hilang muka: seseorang yang menderita kerana malu. hilang nyawa: mati. hilang pegangan: hilang nilai-nilai yang baik. hilang semangat: tersentak kerana terperanjat atau terkejut. hilir mudik: berjalan ke sana ke mari. hina budi: berkelakuan buruk. hisap darah: mengambil keuntungan yang berlebihlebih daripada orang ketika berjual beli. hisap jari: kecewa. hitam muka: muram atau marah. hitam putih: bertulis. hitung buah kerayung: mengira keuntungan sesuatu benda yang belum tentu dapat. hujung pangkal: asal mula. hukum alam: sesuatu yang berkenaan kejadian alam. hukum Allah: takdir Tuhan. hutang darah: tuntutan bela terhadap seseorang atau sesuatu pihak yang telah melakukan kejahatan. hutang kayu ara: hutang yang tidak mungkin berbayar. hutang lapuk: hutang yang sudah lama tidak dilunaskan. hutang nyawa: nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.

ibu angkat: perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri. ibu ayam: seseorang perempuan yang melindungi atau menjaga pelacur untuk mendapatkan wang.

ibu kandung: ibu sendiri. ibu keladi: orang yang duduk di tengah-tengah satu kumpulan orang. ibu pertiwi: tanah tempat kelahiran. ikat diri: terlalu berat. ikat hati: menawan. ikat janji: membuat perjanjian. ikat kata: menggubah kata. ikat perut: tahan selera, menahan lapar, atau kurangkan makan kerana berjimat. intan baiduri: (sila lihat juga emas tempawan.) iri hati: perasaan dengki atau cemburu. isi dada: sesuatu atau apa-apa yang terfikir dalam hati, perasaan; segala yang ada di dalam hati seseorang tentang sesuatu perkara. isi hati: (sila lihat juga isi dada.) isi perut: (sila lihat juga isi dada.) isi rumah: keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.

jadi abu arang: barang yang telah rosak.

jadi alat: tenaganya sahaja diperlukan tetapi faedahnya ia tidak merasa. jadi angin: sesuatu yang tidak boleh dipakai lagi atau sudah rosak. jadi bapa kuda: orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab. jadi bumi langit: orang yang sangat diharapkan. jadi fikiran: masalah yang harus difikirkan. jadi kaki: orang yang dijadikan ejen atau pesuruh kepada sesuatu pekerjaan oleh orang lain. jadi perkakas: (sila lihat juga jadi alat.) jadi umang-umang: orang yang suka berlagak dengan memakai pakaian orang lain. jaga hati: bertolak ansur dan saling menghormati. jaga mulut: berhati-hati bila bercakap. jalan belakang: menggunakan cara yang tidak sah. jalan buntu: sesuatu yang tiada penyelesaian. jalan damai: menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan. jalan fikiran: cara berfikir. jalan kaki: berjalan tanpa kenderaan. jalan tengah: mengambil keputusan yang tidak berat sebelah. jantung hati: orang yang sangat dikasihi. jarum halus: tipu muslihat. jatuh air muka: menjadi malu. jatuh bangun: maju mundur. jatuh cinta: menaruh atau jatuh cinta (kasih) kepada seseorang. jatuh dari langit: (sila lihat juga dapat terpijak.) jatuh harga diri: jatuh maruah. jatuh hati: (sila lihat juga jatuh cinta.) jatuh melarat: menjadi miskin. jatuh nama: (sila lihat juga dapat malu.) jatuh sakit: mendapat sakit. jatuh semangat: hilang keberanian. jauh hati: sedih kerana perasaannya tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain. jejak bahu: (sila lihat juga cecah bahu.) jejak bara: sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah. jejak keruh: perbuatan yang kurang baik. jejak langkah: mencontohi. jejak orang tua: mengikut kelakuan orang tuanya. jelatang kampung: pengganggu keamanan kampung. jinak-jinak lalat: persahabatan seseorang yang bergaul dengan orang lain tetapi tidak mesra. jinak-jinak merpati: orang perempuan yang pada zahirnya kelihatan ramah atau lembut tetapi hakikatnya tidak atau ada hadnya. jinak lalat: (sila lihat juga jinak-jinak lalat.) jinak merpati: (sila lihat juga jinak-jinak merpati.) jiwa besar: mempunyai sikap yang tidak mahu kalah atau dipengaruhi oleh orang lain. jiwa hamba: mempunyai perasaan rendah diri dan senang memberi tenaga bakti kepada orang lain. jual mahal: tidak suka masuk campur. juling air: juling sedikit. juling itik: apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.

kacang hantu: seseorang budak yang bersifat jahat atau nakal dan suka mengganggu orang lain. kaki arak: orang yang suka, ketagihan, atau kuat minum minuman keras seperti arak. kaki ayam: tidak berkasut. kaki bangku: orang yang tidak pandai bermain bola. kaki botol: (sila lihat juga kaki arak.) kaki buli: orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah. kaki gaduh: orang yang suka bergaduh. kaki gunung: di bahagian permulaan gunung. kaki hutan: (sila lihat juga gigi hutan.) kaki judi: orang yang suka bermain judi. kaki langit: langit di bahagian bawah. kaki lima: bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah. kaki perempuan: (sila lihat juga hidung belang.) kaki rambu: orang yang suka merayau. kaki seribu: (sila lihat juga langkah seribu.) kaki umpat: orang yang suka mengumpat orang. kaki wayang: orang yang suka menonton wayang. kaku lidah: tidak dapat bercakap dengan lancar. kambing hitam: orang yang dipersalahkan. kampung halaman: kampung tempat dilahirkan. kata dua: pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan. kata hati: (sila lihat juga gerak hati.) kata pujangga: perkataan orang bijak pandai. kata putus: ketentuan yang terakhir. kaya anak: banyak anak. kaya hati: pemurah. kaya hutang: orang yang banyak hutang. ke luar negeri: pergi ke negeri lain. kecil hati: (sila lihat juga ambil hati.) kecut hati: takut. kelas kambing: tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya. keliling pinggang: sangat banyak. kembang hati: gembira. kembang sayap: meluaskan usaha. kena tangan: dipukul. kepala angin: (sila lihat juga ada angin.) kepala batu: (sila lihat juga hati batu.) kepala berat: bodoh. kepala berita: tajuk sesuatu berita. kepala dingin: penyabar. kepala dua: orang yang tidak setia. kepala kain: bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan. kepala udang: (sila lihat juga kepala berat.) kera sumbang: orang yang selalu mengasingkan diri dan tidak suka bergaul. kerang busuk: tersengih-sengih tanpa sebab. keras hati: (sila lihat juga hati waja.) keras kepala: (sila lihat juga hati batu.) keras lidah: tidak pandai bercakap. keras mulut: tidak mahu kalah dalam perdebatan. kerat rotan: memutuskan perhubungan.

kering darah: (sila lihat juga hilang semangat.) kering hati: tiada rasa belas kasihan. keringat dingin: (sila lihat juga kecut hati.) kerja tangan: pertukangan tangan. ketam batu: orang yang sangat kedekut. ketawa raja: ketawa tetapi dalam kesedihan. khabar angin: berita atau khabar yang belum sah, tentu jelas, atau tentu benarnya. khabar burung: (sila lihat juga khabar angin.) kucing bertanduk: perkara yang mustahil berlaku. kucing kurap: (sila lihat juga bangkai bernyawa.) kuku besi: memerintah dengan kejam. kuku kambing: alat yang digunakan untuk menanam padi. kunci diri: mengurung diri. kunci hati: rahsia. kunci mulut: tidak dapat berkata-kata kerana terkejut. kurang adab: tidak sopan. kurang adat: (sila lihat juga kurang adab.) kurang ajar: (sila lihat juga kurang adab.) kurang akal: tidak pandai. kurang asam: (sila lihat juga kurang adab.) kurang bahasa: tidak halus budi bahasanya. kurang fikir: tidak berhati-hati. kurang hati: tidak berminat. kurang iman: mudah terpedaya. kurang ingat: pelupa. kurang jadi: tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak. kurang menjadi: (sila lihat juga kurang jadi.) kusut fikiran: susah hati. kutu embun: orang yang suka merayau-rayau sehingga jauh malam atau larut malam. kutu jalan: (sila lihat juga kaki rambu.)

langit hijau: sangat jauh. langkah baik: waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik. langkah bendul: adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya. langkah kanan: bernasib baik. langkah kiri: tidak bernasib baik. langkah seribu: cabut lari dengan cepat kerana ketakutan. langkah sumbang: cara atau perbuatan yang tidak betul. lapang dada: perasaan lega. lapang hati: (sila lihat juga lapang dada.) lapik perut: (sila lihat juga alas perut.) lari semangat: (sila lihat juga hilang semangat.) laut lepas: tengah laut. lebai malang: orang yang selalu mengalami nasib malang. lebar mulut: bercakap banyak. lembut gigi daripada lidah: orang yang pandai berkata-kata atau bermain kata-kata; memujuk rayu. lembut hati: orang yang senang menerima nasihat. lena ayam: belum tidur betul. lepas angan-angan: membuat sesuatu yang diingini.

M mabuk darah: (a) pening kerana melihat darah yang banyak. (b) pengsan kerana terlalu banyak mengeluarkan darah. (c) mengamuk seolah-olah hilang ingatan kerana melihat darah. mabuk gunung: mabuk ketika berada di tempat yang

lepas diri: tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal. lepas tangan: (sila lihat juga cuci tangan.) lidah bercabang: percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah. lidah biawak: (sila lihat juga lidah bercabang.) lidah keras: tidak dapat menyebut perkataan dengan betul. lidah panjang: suka menghasut. lidah pendeta: kata-kata hikmat yang dituturkan oleh bijak pandai. lidah tak bertulang: mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur. lintah darat: peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. lipas kudung: orang yang cepat menyiapkan atau membuat sesuatu pekerjaan. lubuk akal lautan budi: mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak. lubuk akal lautan ilmu: (sila lihat juga lubuk akal lautan budi.) lubuk hati: dalam hati. luka hati: pilu. lupa daratan: berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan. lurus akal: jujur.

tinggi. mabuk kecubung: (sila lihat juga gila angau.) mabuk kepayang: (sila lihat juga gila angau.) mabuk laut: pening dan muntah semasa belayar. mabuk selasih: (sila lihat juga gila angau.) mahkota hati: (sila lihat juga bintang hati.) mahkota negeri: raja. main mata: memberikan isyarat dengan mata. makan angin: melawat ke suatu tempat untuk tujuan bersiar-siar. makan angkat: suka dipuji. makan beradab: makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin). makan berdamai: (sila lihat juga makan beradab.) makan besar: mengadakan jamuan. makan budi: menerima pertolongan orang. makan bunga: mengambil keuntungan daripada wang yang dipinjamkan. makan darah: orang yang mengambil keuntungan yang berlipat ganda; peniaga yang meletakkan harga barang dengan sangat tinggi. makan diri: berasa sedih atau dukacita yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri; menyedihkan hati. makan duit: mengambil wang secara haram; menerima rasuah. makan gaji: bekerja untuk mendapatkan upah. makan garam: mempunyai banyak pengalaman dalam hidup.

makan hati: (sila lihat juga makan diri.) makan kawan: mencelakakan kawan sendiri. makan suap: (sila lihat juga makan duit.) makan sumpah: mendapat kesusahan setelah mengingkari sumpah. makan tanggung: hidup di bawah jagaan orang lain. malu-malu bahasa: berasa segan. malu-malu kucing: berpura-pura malu di hadapan orang. mandi biar basah: kalau membuat sesuatu kerja biar bersungguh-sungguh. mandi bunga: mandi air perahan limau dan bungabungaan dengan tujuan tertentu. mandi darah: berlumuran darah. mandi embun: membiarkan diri dibasahi embun. mandi kerbau: mandi dengan bergosok. mandi keringat: bekerja kuat dengan sepenuh hati dan tenaga hingga badan bersimbah peluh. mandi ombak: basah kena ombak. mandi peluh: (sila lihat juga mandi keringat.) masam muka: tidak bertegur sapa. masin lidah: apa yang dikata menjadi kebenaran. masin mulut: (sila lihat juga masin lidah.) masuk ajar: mendengar nasihat. masuk akal: dapat diterima akal. masuk angin: sakit kerana kesejukan atau sebagainya. masuk angin keluar asap: pekerjaan yang sia-sia. masuk bakul sampah: ditolak. masuk buku: dicatatkan ke dalam buku. masuk daun: memperoleh peluang yang baik. Mat Jenin: orang yang suka berangan-angan. mata air: (a) orang kesayangan; kekasih. (b) tempat air keluar dari tanah. mata duitan: orang yang tamakkan wang. mata hati: perasaan dalam hati. mata keranjang: (sila lihat juga gila perempuan.) mata lembu: telur yang digoreng bulat-bulat. mata petai: tidak dapat melihat dengan betul. mata telinga: kakitangan yang diharapkan. mati akal: tiada idea atau buntu fikiran. mati angin: tidak berkuasa. mati ayam: mati dengan sia-sia. mati balik hidup: selamat setelah mengalami bahaya besar. mati beragan: kelihatan seperti mati tetapi sebenarnya masih hidup. mati celik: mati sebelum hajat tercapai. mati katak: (sila lihat juga mati ayam.) mati kutu: tidak melawan. memasang telinga: mendengar dengan sungguhsungguh dan hati-hati. membabi buta: (sila lihat juga babi buta.) membalas budi: (sila lihat juga balas budi.) membanting tulang: (sila lihat juga banting tulang.) membawa diri: (sila lihat juga bawa diri.) membawa sial: (sila lihat juga bawa sial.) membawa tuah: (sila lihat juga bawa tuah.) membelah bumi: (sila lihat juga belah bumi.) membesarkan kerak nasi: membesarkan perbelanjaan. membuang anak: (sila lihat juga buang anak.)

membuang diri: (sila lihat juga buang diri.) membuang muka: (sila lihat juga buang muka.) membuka jalan: memberikan peluang untuk tindakan seterusnya. membuka tanah: (sila lihat juga buka tanah.) memburu pangkat: (sila lihat juga buru pangkat.) memburu pelajaran: (sila lihat juga buru pelajaran.) memeras otak: (sila lihat juga peras otak.) memeras tenaga orang: (sila lihat juga peras tenaga orang.) memilih bulu: (sila lihat juga pilih bulu.) menara gading: universiti. menarik diri: meletakkan jawatan; berundur dari sesuatu kumpulan. menarik modal: (sila lihat juga tarik modal.) menaruh hati: (sila lihat juga taruh hati.) mencari akal: (sila lihat juga cari akal.) mencari nama: (sila lihat juga cari nama.) mencecah bahu: (sila lihat juga cecah bahu.) mencecah bumi: (sila lihat juga cecah bumi.) mencuri hati: (sila lihat juga curi hati.) mendabik dada: (sila lihat juga dabik dada.) mendapat khabar: (sila lihat juga dapat khabar.) mendapat malu: (sila lihat juga dapat malu.) mendapat nama: (sila lihat juga dapat nama.) mengadu domba: (sila lihat juga adu domba.) mengadu nasib: (sila lihat juga adu nasib.) mengambil angin: bersiar-siar untuk menyedut udara bersih. mengambil berat: memberikan perhatian dengan sungguh-sungguh. mengambil haluan: (sila lihat juga ambil haluan.) mengambil hati: (sila lihat juga ambil hati.) mengambil muka: (sila lihat juga ambil muka.) mengambil sumpah: (sila lihat juga ambil sumpah.) mengambil tahu: (sila lihat juga ambil tahu.) mengangkat alis: (sila lihat juga angkat alis.) mengembangkan sayap: (sila lihat juga kembang sayap.) menggelapkan wang: (sila lihat juga gelap wang.) menggunting hati: (sila lihat juga gunting hati.) menggunung hati: (sila lihat juga gunung hati.) menghabiskan nyawa: (sila lihat juga habis nyawa.) mengikat diri: (sila lihat juga ikat diri.) mengikat hati: (sila lihat juga ikat hati.) mengikat janji: (sila lihat juga ikat janji.) mengikat kata: (sila lihat juga ikat kata.) mengunci diri: (sila lihat juga kunci diri.) meniti buih: (sila lihat juga titi buih.) menjadi fikiran: (sila lihat juga jadi fikiran.) menjaga hati: (sila lihat juga jaga hati.) mimpi ngeri: kejadian yang dahsyat dan sukar dilupakan. minta diri: memohon diizinkan pergi. minta jalan: meminta diberi jalan untuk lalu. minta nyawa: meminta agar tidak dibunuh. minta sedekah: berminta-minta, meminta-minta, atau mengemis. muka baru: orang atau pemain yang baru melibatkan diri dalam sesuatu bidang.

muka dua: berbaik-baik dengan dua pihak yang bermusuhan. muka lama: orang atau pemain lama yang sudah berpenglaman. muka laut: permukaan laut. muka manis: menunjukkan muka yang gembira dan tersenyum. muka masam: menunjukkan muka yang muram atau benci. muka papan: orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran. muka tebal: (sila lihat juga muka papan.) muka tembok: (sila lihat juga muka papan.) mulut bisa: orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas. mulut gatal: suka bercakap apa sahaja. mulut kotor: (sila lihat juga mulut gatal.) mulut manis: lemah lembut dan baik tutur katanya. mulut murai: orang atau seseorang yang suka bercakap banyak atau berbuat bising. mulut tajam: (sila lihat juga mulut bisa.) mulut tempayan: (sila lihat juga cepat mulut.) murah hati: (sila lihat juga kaya hati.) murah mulut: ramah. murah rezeki: mudah memperoleh rezeki. murah tangan: (sila lihat juga kaya hati.) musuh dalam selimut: musuh yang sangat dekat atau yang berada dalam lingkungan sendiri.

naik angin: menjadi terlalu marah tanpa bersebab atau tidak tentu masa sehingga tidak dapat mengawal diri; meradang. naik darah: (sila lihat juga naik angin.) naik geram: menyampah. naik kepala: berbuat sesuatu yang melampaui batas. naik lemak: menjadi terlalu manja. naik minyak: menjadi marah dan mengganas. naik pitam: pening. naik saksi: menjadi saksi. naik semangat: bertambah berani. nama baik: maruah. nasi damai: nasi yang dihidangkan kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu. nipis telinga: (sila lihat juga darah panas.) Nujum Pak Belalang: tukang tilik palsu. nyawa-nyawa ikan: keadaan yang hampir-hampir mati. nyiur gading: pokok kelapa kuning.

oleh-oleh: hadiah. omong kosong: (sila lihat juga cakap angin.) orang asing: orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri. orang asli: penduduk asal sesebuah negeri. orang atasan: orang yang berpangkat tinggi; pembesar. orang berada: orang yang berharta.

orang besar: (sila lihat juga orang atasan.) orang biasa: rakyat biasa. orang buangan: orang yang dihukum buang negeri. orang buruan: orang yang dicari kerana kesalahan jenayah. orang dagang: (sila lihat juga orang asing.) orang dalam: orang yang bekerja dalam sesuatu jabatan. orang dapur: orang perempuan. orang darat: (sila lihat juga orang asli.) orang gaji: orang yang bekerja di rumah orang lain dan diberikan gaji. orang galang: orang yang menjadi pelindung kepada orang lain. orang halus: roh, jin, atau orang bunian. orang harapan: seseorang yang diharapkan untuk membuat sesuatu perkara. orang kanan: orang yang diharapkan. orang rumah: isteri. orang tua-tua: orang bijak dan berpengalaman. orang upahan: orang yang dibayar untuk membuat sesuatu kerja biasanya yang tidak baik. otak beku: orang yang bodoh. otak cair: orang yang sangat pintar, pandai, atau cerdik. otak kering: tidak berapa siuman; lambat atau susah menerima sesuatu yang diajarkan. otak udang: (sila lihat juga otak beku.)

pacat kenyang: terus beredar setelah makan. padang jarak padang tekukur: musnah. pak pandir: orang yang bodoh. pak sanggup: orang yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan. pak turut: orang yang mengikut sahaja. paku belanda: harga tetap atau harga yang tidak dapat ditawar-tawar lagi. paling hati: tidak setia. paling tadah: (sila lihat juga paling hati.) panas hati: sangat marah atau sangat benci. panas rezeki: sukar mendapat rezeki. panjang akal: cerdik. panjang ekor: berani berbuat jahat. panjang fikiran: (sila lihat juga panjang akal.) panjang lidah: suka mengadu atau menyampainyampaikan cakap. panjang tangan: (sila lihat juga cepat tangan.) pasang badan: berhias diri untuk memikat. pasang kaki: menggunakan orang-orang yang tertentu untuk membuat sesuatu kerja. pasang mata: memerhatikan baik-baik; waspada. pasang telinga: mendengar dengan teliti, berhati-hati, atau bersungguh-sungguh. pasar gelap: perniagaan yang dijalankan secara haram dari segi undang-undang. patah arang: perceraian yang tidak dapat didamaikan lagi. patah hati: hilang kemahuan untuk berbuat sesuatu. patah kandar: hilang tempat bergantung.

patah lagu: getaran suara apabila menyanyi. patah lidah: tidak dapat berkata-kata dengan lancar. patah perang: kalah perang. patah semangat: hilang kemahuan untuk berusaha. patung bernyawa: hidup yang tidak mempunyai citacita. pecah amanah: melanggar amanah. pecah khabar: tersiar berita. pedih hati: pilu. pejam mata: orang yang tidak mengambil tahu hal-hal yang berlaku di sekelilingnya. pekak badak: seseorang yang rosak pendengarannya atau pura-pura tidak mendengar. pekak batu: (sila lihat juga pekak badak.) peluk lutut: tidak bekerja. peluk tangan: (sila lihat juga peluk lutut.) peluk tubuh: (sila lihat juga peluk lutut.) pembasuh mulut: (sila lihat juga basuh mulut.) pencakar awan: (sila lihat juga cakar awan.) pencakar langit: (sila lihat juga cakar langit.) pendekar kata: orang yang pandai berpidato. pendekar lidah: (sila lihat juga pendekar kata.) pendekar pena: orang yang pandai menulis rencana di surat khabar. pendekar sambal: pendekar yang pengecut dan mudah ditumbangkan. pengubat hati: (sila lihat juga ubat hati.) pening-pening lalat: berasa pening sedikit. perang dingin: bergaduh dengan tidak bercakap. perang gerila: perang secara bersembunyi. perang mulut: berbahas, bertengkar. perang pena: pertengkaran melalui tulisan di akhbar. perang saudara: perang antara orang sebangsa. perang terbuka: perang secara besar-besaran. peras otak: belajar bersungguh-sungguh. peras tenaga: (sila lihat juga banting tulang.) peras tenaga orang: membuat orang bekerja untuk keuntungan dirinya. perigi buta: perigi yang tidak berair. perut kapal: bahagian kapal yang di tengah-tengah. perut kosong: lapar. perut laut: bahagian laut yang dalam. pilih bulu: memandang kedudukan, bangsa, dan keturunan. pilih kasih: bersikap berat sebelah dengan memberi layanan yang lebih kepada pihak yang disayangi. pindah tangan: bertukar milik. pinggang kerengga: ramping. pintu rezeki: jalan untuk mendapat rezeki. pintu terbuka: sedia menerima tetamu. pisau cukur: perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki. potong jalan: mendahului sehingga menyebabkan orang yang sepatutnya mendapat sesuatu tidak berpeluang. pukul curi: memukul dengan tidak diketahui oleh orang yang dipukul. pukul rata: (a) purata. (b) melayan atau memperlakukan semua dengan sama. putera mahkota: anak raja yang bakal naik takhta. puteri lilin: perempuan yang tidak tahan kena panas.

putih hati: ikhlas dan jujur. putih mata: kecewa atau gagal kerana harapan tidak tercapai; mendapat malu. putih tapak kaki: lari sekuat-kuatnya. putih tulang: mati. putus akal: (sila lihat juga mati akal.) putus arang: persahabatan yang putus sama sekali. putus kata: mendapat kata sepakat. putus rezeki: hilang mata pencarian. putus ubat: upacara menamatkan ubat selepas sembuh. puas hati: lega.

Q quran buruk: sesuatu yang sudah tidak boleh diharapkan atau digunakan tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu. R

rabun ayam: (sila lihat juga buta ayam.) rabun senja: (sila lihat juga buta ayam.) raja bola: pemain bola yang handal. raja sehari: pasangan pengantin yang bersanding. rambang mata: tidak tahu yang mana satu hendak dipilih. rangkai hati: (sila lihat juga bintang hati.) retak tangan: nasib. rezeki harimau: makanan yang banyak dan berjenisjenis. rezeki mahal: (sila lihat juga panas rezeki.) rezeki murah: selalu mendapat keuntungan. ringan kaki: suka melawat atau berkunjung. ringan kepala: mudah memahami sesuatu yang diajarkan. ringan mulut: peramah; suka bercakap-cakap. ringan tangan: suka menolong orang; rajin bekerja atau cepat membuat kerja. ringan tulang: (sila lihat juga ringan tangan.) ringan tulang berat perut: orang yang rajin bekerja dan memperoleh kesenangan. rosak hati: menderita. rosak nama: (sila lihat juga arang di dahi.) runtuh iman: tergoda untuk melakukan kejahatan. rusuh hati: gelisah.

sagu hati: wang atau pemberian yang diberikan sebagai ganti rugi. sakit akal: (sila lihat juga hilang akal.) sakit angau: (sila lihat juga gila angau.) sakit hati: perbuatan yang menyinggung perasaan dan membuatkan orang marah. sakit mata: benci melihat sesuatu. sakit otak: (sila lihat juga hilang akal.) sakit telinga: benci mendengar sesuatu. salah cakap: maklumat yang disampaikan tidak tepat. salah jalan: tersesat. salah kata: (sila lihat juga salah cakap.) salah kerop: salah alamat atau tujuan. salah langkah: memulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti.

salah mulut: terlajak kata. salah urat: terseliuh atau terpelecok. salin tikar: mengahwini kakak atau adik perempuan kepada isteri yang telah meninggal dunia. samar muka: waktu senja dengan cahaya yang hampir gelap. sampah dunia: (sila lihat juga bangkai bernyawa.) sampah masyarakat: (sila lihat juga bangkai bernyawa.) sampai ajal: meninggal dunia. sampai akal: (sila lihat juga masuk akal.) sampai hati: tidak segan-segan; tergamak; tidak menaruh belas kasihan. saudara angkat: (a) orang yang dipelihara oleh ibu bapa kita. (b) seseorang yang diakui sebagai saudara sendiri. saudara anjing: adik-beradik seibu berlainan ayah. saudara baru: orang yang baru memeluk agama Islam. saudara dekat: saudara-mara yang masih dekat pertaliannya. saudara jauh: (sila lihat juga bau-bau bacang.) saudara kandung: saudara seibu sebapa. saudara pungut: (sila lihat juga saudara angkat.) saudara susu: menjadi saudara atau adik-beradik kerana menyusu daripada perempuan yang sama. saudara susuan: (sila lihat juga saudara susu.) sehelai sepinggang: pakaian yang ada pada tubuh. sejuk hati: berasa lega atau tenang dan tidak risau memikirkan sesuatu perkara. sekangkang kera: sangat sempit, (tanah, kawasan, tapak, dan sebagainya) yang tidak luas. sekapur sirih: sekejap. senang cakap: mudah memperkatakan sesuatu tetapi sukar membuatnya. senang hati: gembira kerana sesuatu. senapang bambu: orang yang nampaknya berbahaya sahaja tetapi sebenarnya tidak. sengkang mata: tidak tidur semalaman. senyum kambing: senyum mengejek. senyum kucing: senyum yang ada muslihat. senyum manis: senyum yang menarik. senyum mesra: senyum yang menunjukkan kemesraan. senyum raja: senyum yang dibuat-buat. senyum-senyum siput: (sila lihat juga senyum simpul.) senyum simpul: senyum sedikit. senyum sumbing: (sila lihat juga senyum simpul.) senyum tawar: senyum yang dibuat-buat ketika sedang berduka. sepak kertas: tidak mempunyai pekerjaan. separuh mati: terlalu penat. serang hendap: serbuan yang dibuat secara sembunyisembunyi. seri muka: cahaya muka. seri panggung: bintang bangsawan. serkap jarang: tuduhan yang dibuat secara agak-agak; meneka atau menuduh dengan sembarangan sahaja. setengah masak: sesuatu yang tidak cukup sempurna. setengah tiang: gila-gila.

simpul mati: masalah atau perbalahan yang tidak dapat diselesaikan. singkat akal: tidak bijak. singkat umur: umur pendek. suara hati: (sila lihat juga gerak hati.) suara-suara sumbang: (sila lihat juga suara sumbang.) suara sumbang: pendapat yang bertentangan dengan pendapat umum. sumber ilham: sesuatu yang menjadi inspirasi. suntuk akal: (sila lihat juga mati akal.) suntuk fikiran: cetek pengetahuan.

tahan hati: orang yang tahan menerima segala kesusahan. tahan uji: (a) boleh diuji. (b) terbukti kebaikannya (keelokannya dan lain-lain); seseorang baik yang disangka buruk. tahi air: sampah yang mengapung di atas air. tahi arak: (sila lihat juga kaki arak.) tahi judi: orang yang suka berjudi. tahi ketam: sisa kayu yang diketam. tahi lalat: titik atau tumbuhan kecil di kulit. tahi minyak: orang yang cerewet. tahu ada: mahukan sesuatu itu siap sedia. tahu adab: berbudi bahasa. tahu adat: sopan santun. tahu bahasa: (sila lihat juga tahu adab.) tahu diuntung: sedar akan kedudukan diri. tajam akal: cerdik; pintar. tajam fikiran: (sila lihat juga tajam akal.) tajam ingatan: tidak pelupa. tajam lidah: (sila lihat juga mulut bisa.) tajam mulut: (sila lihat juga mulut bisa.) tajam pendengaran: orang yang lekas dapat mendengar atau baik pendengarannya. tajuk mahkota: (sila lihat juga bintang hati.) tak kering gusi: ketawa yang berulang-ulang sehingga beberapa lama kerana mendengar lawak jenaka. talam dua muka: orang yang berbuat baik kepada dua pihak yang bermusuh. tali arus: terlalu banyak (misalnya orang) yang lalu di sesuatu kawasan; tidak putus-putus. tali barut: orang yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain. tangan kanan: (sila lihat juga orang kanan.) tangan kosong: hampa. tangan panas: selalu gagal. tangan terbuka: menerima atau menyambut sesuatu atau orang dengan sukacita. tangkai hati: (sila lihat juga bintang hati.) tangkai jering: (sila lihat juga ketam batu.) tangkai kalbu: (sila lihat juga bintang hati.) tangkap basah: ditangkap ketika melakukan kesalahan. tangkap buta: menuduh orang dengan sembarangan sahaja. tangkap maut: memilih dengan tidak teliti. tangkap muat: mengambil mana yang sempat.

tangkap tangan: (sila lihat juga tangkap basah.) tangkap wap: perbuatan yang sia-sia. tarik kesimpulan: membuat kesimpulan. tarik langkah seribu: (sila lihat juga langkah seribu.) tarik modal: membawa masuk modal. tarik muka dua belas: bermuka masam. taruh hati: suka. taruh mata: melihat. tawar hati: tidak bersemangat; tidak ada kemahuan. tebuk tupai: perempuan yang kehilangan dara bukan melalui perkahwinan yang sah. tegar hati: (sila lihat juga hati batu.) telinga kuali: orang yang pekak atau tahan hati walaupun dimarahi. telinga lintah: (sila lihat juga tajam pendengaran.) telinga nipis: (sila lihat juga darah panas.) telinga tempayan: orang yang tidak mahu mendengar. teman hidup: suami atau isteri. teman sejawat: rakan tempat bekerja. terang hati: mudah memahami sesuatu yang diajar. terang tanah: waktu pagi atau hampir siang. terang-terang tanah: (sila lihat juga terang tanah.) terburu nafsu: (sila lihat juga buru nafsu.) termakan budi: (sila lihat juga makan budi.) tersalah jalan: (sila lihat juga salah jalan.) tersalah kata: (sila lihat juga salah kata.) tidur ayam: tidur dalam keadaan berjaga; mudah terjaga dari tidur. tidur mati: tidur yang tidak sedarkan diri. tidur-tidur ayam: tidur yang tidak nyenyak. tikam lidah: saling bertengkar, berdebat, atau berbahas tentang sesuatu. tin kosong: orang yang bercakap besar tetapi cakapcakapnya itu tidak berilmu pengetahuan atau tidak boleh dipakai. tinggi hari: waktu matahari sudah tinggi. tinggi hati: megah dan sombong. tinggi rezeki: (sila lihat juga murah rezeki.) titi buih: melakukan pekerjaan yang sangat sukar. titik peluh: penat lelah (usaha yang bersungguhsungguh); kerja atau usaha. tua keladi: orang yang semakin tua dan perangainya yang berperangai seperti orang muda yang semakin jahat. tua-tua keladi: orang tua yang berperangai buruk. tua-tua kelapa: orang yang semakin tua semakin baik perangainya. tua-tua terung masam: orang tua yang berperangai muda. tulang belakang: punca kekuatan seseorang, kumpulan, atau organisasi. tulang hitam: sumsum. tulang itik: orang yang tidak kuat bekerja. tulang kering: tulang dari lutut hingga pergelangan kaki. tumbuk rusuk: rasuah. turun minyak: menjadi berang atau ganas. turun takhta: melepaskan jawatan raja.

ubat hati: penghibur hati. ubat jerih: upah. ubat lelah: (sila lihat juga ubat jerih.) ulat buku: orang yang suka atau rajin membaca buku. undur diri: beredar dari sesuatu tempat. untung batu: nasib buruk. untung sabut: nasib yang baik. upah seraya: memberi upah terhadap bantuan yang diberikan.

wang duka: wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia. wang hantaran: wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan. wang kopi: (sila lihat juga duit kopi.) wang suap: bayaran yang diberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah.

zaman atom: zaman moden atau zaman sekarang, iaitu zaman yang penuh dengan kemajuan. zaman bahari: zaman purbakala. zaman puntung berasap: zaman kuno.

You might also like