Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
17Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Gifted and Talented Education

Gifted and Talented Education

Ratings: (0)|Views: 2,964|Likes:
Published by mat2489

More info:

Published by: mat2489 on Apr 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/14/2012

pdf

text

original

 
 Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya 5
MASALAH SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Ng Sen FaSandiyao Sebestian
Fakulti PendidikanUniversiti Malaya
 High IQ is regarded as a strong indicator of success and well-being in all fieldsof life. Nevertheless. gifted children face various socio-emottonat problemswhich are due to:
1)
Characteristics unique in themselves; and 
2)
Environmen-tal factors, including family lives. school environments and misunderstanding from others. All these obstacles hinder them from developing their potentialsto the fullest, which explains why not all gifted individuals can achieve pro-ductivity and creativity in their lives. Higher awareness and commitment fromeducators and decision-makers will ensure they make great contribution to thebetterment of our nation.
Artikel ini mengupas pelbagai masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas secaraumum. Secara spesifik, artike1 ini diharapkan dapat menyumbang ke arah penubuhanprogram kanak-kanak pintar cerdas dan perkembangan pendidikan golongan pintarcerdas kerana aspek ini telah diabaikan selama ini di negara kita. Objektif berkenaanmungkin hanya akan dapat dicapai sekiranya ada usaha-usaha yang berterusan dilakukanuntuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai masalah yang dihadapi olehgolongan kanak-kanak berkenaan. Idea yang dibincangkan adalah berdasarkan kajianliteratur dan pengalamanpenulis sendiri.Sebelum membincangkan apakah masalah-masalah yang di hadapi oleh kanakkanak pintar cerdas, lebih dahuiu kita perlu memahami siapakah kanak-kanak pintarcerdas. Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adaIah:
Gifted and talented children are those identified by professionally qualified per-sons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance.These are children who require differentiated educational programs and ser-vices beyond those normally provided by regular school programs in order to re-alize their contribution to self and society.
(Marland dIm Davis
&
Rimm, 1998,
ms.
18)Definisi di atas menekankan dua perkara: 1) Kebolehan pencapaian kanak-kanak pintarcerdas yang tinggi; dan 2) Mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengem-bangkan potensi yang ada pada mereka. Definisi tersebut akan menjadi Iebih jelas jikakita bandingkan dengan definisi kanak-kanak terencat akal berikut:Istilah 'kerencatan akal' membawa berlainan erti kepada berlainan orang. Bagisesetengah orang, istilah ini merujuk kepada kanak-kanak yang terhalang atautercacat perkembangan mentalnya, menyebabkan pembelajaran di sekolah dan!atau pengubahsuaian sosialnya terjejas. (Malaysian Council dlm. Chua
&
Koh,1992, ms. 116)
 
6 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya
Definisi di atas menggariskan dua perkara penting: 1) Kecerdasan yang amat rendah ber-banding dengan kecerdasan purata; dan 2) Masalah penyesuaian diri (dalam masyarakatdan program sekolah biasa). Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelasmenunjukkan kepada kita bahawa majoriti kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu, merekamemerlukan pendidikan khas. Bagaimana pun, bagi definisi kanak-kanak pintar cerdas,masalah penyesuaian sosial kanak-kanak tersebut tidak dianggap ciri penting yang mem-bezakan mereka dengan kanak-kanak biasa. Oleh itu, artikel ini menyarankan sebaliknya,iaitu bertujuan mengenal pasti dan memahami kanak-kanak pintar cerdas dari aspek ma-salah penyesuaian diri mereka. Apatah lagi, persoalan ini sangat penting untuk diketahuidan difahami oleh masyarakat dan para pendidik.Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak dapat me-manfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keper-luan dan rnotivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Olehkerana itu, artikel ini memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Perbincanganini diharap akan dapat memberi kefahaman yang jelas kepada ibu bapa, para pendidik dan pihak-pihak yang terlibat di Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai keistimewaanmereka.Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya rnemperlihatkan kelebihanintelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sarna, kelebi-han ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai golonganminoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orangramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada dirirnereka. Antaranya, konsep kendiri; fobia; perkernbangan nilai/moral; keupayaan yangtidak seimbang; masalah kemahiran bersosial; dan masalah mengembangkan potensi.Pada rnasa yang sarna, faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi; diskriminasiterhadap golongan ini; masalah keluarga; rnasalah tidak dapat menyesuaikan diri dengansistern persekitaran; dan pandangan orang lain terhadap rnereka rnenyebabkan rnasalahmereka yang sedia ada semakin bertambah. Oleh itu, artikel ini juga bertujuan untuk membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah yang mereka hadapi. lni pentinguntuk memastikan mereka dapat mengembangkan semua potensi yang ada pada mereka.Bagaimana pun, sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajarpintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski, 2003). Antara kekangankajian ini adalah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dijadikan sebagai pengukurkejayaan pelajar.
Cirl-ciri Istimewa dan Masalah Pelajar Pintar Cerdas
Bayangkan senario ini: "Joshua yang dianggap pintar cerdas oleh gurunya sebaliknyamenjadi punca tekanan kepada gurunya. Guru mencabarnya supaya menjadi pelajar yangpaling berjaya di dalam kelas tetapi kesannya tidak seperti yang diharapkan. Dalam aspek sosial dan tingkah laku, beliau sering menimbulkan kebencian rakan sekelas yang duatahun lebih tua darinya. Mereka telah tidak pedulikannya, Joshua pun membalas dendam
 
 Masalah Pendidikan 2005, Universlti Malaya
7
dengan mengejek apa sahaja usaha yang dilakukan oleh kawan-kawannya selain menun- juk-nunjuk kebolehannya."Berdasarkan senario tersebut, Joshua tidak disenangi kawan-kawannya di sekolah.Keadaan ini berlaku kerana beliau amat berbeza daripada kawan-kawannya, selain bel
iau
 juga merupakan suatu cabaran bagi gurunya - yang tiada pengalaman dan kemahiranmengajar kanak-kanak sepertinya. Joshua pun menjadi seorang yang sinis kerana seringmerasa tidak puas hati. Oleh kerana itu, Joshua suka menyakiti hati kawan-kawannya dan juga bersikap suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian dan penghargaandaripada orang lain. Dengan memiliki kepintaran berbahasa yang tinggi, Joshua
telah
menggunakan kelebihan tersebut untuk mengejek kawan-kawannya dengan tujuan untuk memuaskan hatinya.Sepertimana yang kita fahami, penerimaan sosial dan penghargaan adalah keperluanasas manusia. Bagaimana pun, cara yang dilakukan oleh Joshua telah mendatangkanlebih banyak kesan negatif daripada kesan positif. Cara Joshua tersebut sememangnyaakan dapat menarik perhatian tetapi kawan-kawannya di sekolah telah mengasingkan diridaripadanya. Kelakuan Joshua tersebut tidak membantunya mendapat persahabatan sejati.Joshua terbawa-bawa sikap buruknya itu sehingga beliau sukar untuk mengambilpengajaran daripada sikap tersebut. Perkara ini akan lebih jelas apabila dirujuk kepadateori behaviorisme - Joshua memperoleh pengukuhan positif (reaksi kawan-kawan yangmarah kepadanya) daripada perbuatannya. Perhatian yang negatif pula merujuk kitaranburuk 
(vicious cycle)
(sikap buruk Joshua terhadap kawan-kawannya) berulangan. Joshuamerasa orang lain tidak suka kepadanya kerana mereka dianggap tidak cerdik dan hina.Berdasarkan senario ini, kita perlu merenung beberapa isu penting berikut yang sukaruntuk diatasi dalam pendidikan pintar cerdas:1. Mengapa kanak-kanak pintar cerdas dikatakan tidak disenangi oleh orang lain?2. Adakah biasanya pelajar yang tinggi tahap kecerdasannya memiliki kelemahan dalamkemahiran bersosial? Apakah punca masalah mereka?3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membantu mereka? Apakah faktorresiliensi bagi kanak -kanak ini untuk menghadapi cabaran ini?Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluankaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis
&
Rimm, 1998). Kanak-kanak pintarcerdas adalah satu golongan yang
heterogeneous.
Mereka yang lebih tinggi tahap kecer-dasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbandingkanak-kanak lain (Bee, 1999). Keadaan ini hanya akan dapat difahami apabila kita lebihkerap mendampingi mereka (yang juga memiliki persamaan ciri-ciri seperti orangdewasa) seperti yang disebut dalam
peribahasa:"birds ofafeather flock together."
Con-tohnya, jika anda adalah seorang yang bersikap mengharapkan sesuatu hasil kerja yangdilakukan adalah tinggi (kerja yang lakukan memperoleh hasil yang maksimum) dananda juga seorang yang menghargai kesungguhan, anda akan merasa janggal ketikaberada dalam sebuah organisasi di mana budaya anggota-anggota organisasi tersebutbercanggah dengan sikap anda. Ketika berdepan dengan masalah perbezaan tersebut,kanak-kanak jenis ini mungkin menggunakan pelbagai strategi termasuk: menafikankecerdasan mereka; mengelak bergaul dengan orang lain; dan meninggalkan keperluansosialnya (Chan, 2003). Keadaan ini membawa kepada satu masalah sosial/pendidikaniaitu:

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
LIND'71 liked this
zanarul liked this
zanarul liked this
wooi_91 liked this
nurrul_aini liked this
nurrul_aini liked this
Nasibah Muhamad liked this
Rio Gunawan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->