You are on page 1of 1

Literature koloboratif

sebarang aktiviti kerja yang berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan amalan pedagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru (Gable 2004) serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson 2003)
Gable, R.A. 2004. Assessing professional collaboration in schools: Knowing what works. Preventing School Failure 48 (3): 4-8. Johnson, B.L. 2003. Teacher collaboration: Good for some, not so good for others. Journal of Educational Studies 29 (4): 337-349.

Deal dan Peterson (1990) menyatakan bahawa budaya termasuklah corak nilai, kepercayaan dan tradisi yang terbentuk mengikut sejarah sesebuah sekolah. Budaya sekolah bukan setakat membina iklim pembelajaran yang berkesan, tetapi juga menekankan nilai yang sesuai untuk mendidik dan mempengaruhi minda pelajar. Budaya kolaboratif bermaksud suatu corak pemikiran, perasaan, dan reaksi yang didapati dan disebarkan melalui simbol yang berkaitan dengan kejayaannya. Intipati asas kepada budaya adalah idea asas dan nilai yang diamalkan. Budaya kolaboratif berkait rapat dengan sikap, tingkah laku, kognitif, dan kefahaman serta komitmen guru terhadap kerja

Deal, T.E. & Peterson, K.D. 1990. The principals role in shaping school culture. Washington DC : US Government Printing Office

Sekolah yang ditadbir berdasarkan Teori Pengurusan Kolaboratif mempunyai idea penglibatan satu pasukan yang berkongsi harapan, norma-norma dan nilai serta budaya sekolah, memimpin semua ahli sekolah dalam aktiviti pendidikan dan matlamat kerja yang sama. Budaya organisasi seperti ini mempunyai kesan yang sangat besar terhadap fungsi dan keberkesanan sekolah (Beare, Caldwell & Millikin 1989; Cheng 1993; Sergiovanni 1984).
Beare, H., Caldwell, B. J. & Millikin, R.H. 1989. Creating an excellent school. London: Routledges & Kegan Paul Sergiovanni, T.J. 1984. Leadership and excellence in schooling. Journal of Educational Leadership 41 (5): 4-13.

Budaya organisasi yang jelas dan kuat perlu dikembangkan dan dikongsi oleh semua ahli sekolah. Ini membolehkan mereka bersedia untuk berkongsi tanggungjawab dan terlibat sepenuhnya dalam kerja sekolah untuk mencapai idea-idea yang dikongsi bersama. Budaya kolaboratif ini akan membantu sekolah untuk menghadapi sebarang cabaran dan kesulitan bersama untuk mencapai matlamat mereka (Deal & Kennedy 1982; Schein 1992).
Deal, T.E. & Peterson, K.D. 1990. The principals role in shaping school culture. Washington DC : US Government Printing Office Schein, E.H. 1992. Organizational psychology. 3nd. Ed. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

You might also like