You are on page 1of 44

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

TUGASAN JANUARI 2013 SEMESTER


KOD KURSUS ESP 313

NAMA KURSUS

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

ROSELAWATI MUHAMMAD

NO. MATRIK

E 30203120298

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PN NORAINI MOHD SALLEH

PUSAT PEMBELAJARAN

AeU CAWANGAN KUANTAN SEMPURNA RESORT JALAN KUANTAN-PEKAN

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Penghargaan

Bersyukur kehadrat Allah SWT

kerana dengan

izinNya saya telah

berjaya

menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan . Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Noraini bt Mohd Salleh, yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Sesungguhnya telah banyak yang dapat saya pelajari dan mendalami perkara-perkara yang saya kurang mahir sebelum ini. Sekaligus dapat digunakan bagi meningkatkan profesion saya sebagai seorang guru. Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat semua yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan tugasan ini berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih juga untuk rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbangkan idea-idea bernas untuk tugasan ini, Akhir sekali, ribuan terima kasih juga diucapkan buat suami yang dikasihi serta anakanak tersayang yang banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang pengajian hingga ke hari ini. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha dan pertolongan mereka semua. Amin...

Roselawati bt Muhammad Sem March 2012 (PPG - AeU)

i ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

1.0 Pengenalan 2.0 Objektif 3.0 Kaedah 4.0 Batasan 5.0 Definisi Kerancuan Bahasa 6.0 Faktor-faktor Penyumbang Kerancuan Bahasa Melayu Dikalangan Murid-murid Sekolah. 6.1 Pengaruh Bahasa Ibunda (Sebutan/Ejaan) 6.1.1 Aspek Fonologi 6.1.2 Aspek Morfologi 6.1.3 Aspek Semantik 6.1.4 Unsur-unsur Linguistik Bahasa Ibunda dalam Penulisan. 6.1.5 Proses Penggantian Fonem Vokal 6.1.6 Proses Penggantian Fonem Konsonan 6.1.7 Proses Penambahan Fonem 6.1.8 Proses Penghilangan Fonem 6.1.9 Proses Pemindahan Bahasa Ibunda 6.2 Pengaruh Bahasa Dialek / Daerah 6.3 Pengaruh Bahasa Inggeris 6.4 Pengaruh Bahasa Pasar / Basahan 6.5 Pengaruh Bahasa Rojak 6.6 Pengaruh Media Massa 6.7 Pengaruh Majalah, Cerpen, dan Novel 6.8 Pengaruh Teknologi 6.9 Pengaruh Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

1 1 1 1 2 3

4 45 6 7 7 8 9 9 10 11 12 15 16 16 17 18 19 - 20 21 22 22 23

7.0 Lain-lain Pengaruh.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

7.1 Pengaruh Buku yang berbeza Huraian 7.2 Pengaruh Papan Tanda / Iklan 7.3 Pengaruh Kejahilan Pengguna 7.4 Pengaruh Budaya Asing 8.0 Kerancuan Dalam Tatabahasa 8.1 Kesilapan Penggunaan kata pemeri adalah atau ialah 8.2 Kesilapan Penggunaan Kata Sendi di 8.3 Kesilapan Penggunaan Kata dalam Ayat 9.0 Langkah-langkah Mengatasi 10.0 Kesimpulan

24 24 25 25

26 27 28 - 29 30 31 33 34 - 35

Bibiliografi Lampiran

Pendahuluan

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

1.0 Pengenalan Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam pembentukan masyarakat yang idea di negara ini, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. Bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang pendidikan memainkan peranan yang penting sama ada bahasa itu akan terus berkembang atau terus pudar ditelan zaman. Dari sehari ke sehari peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat dunia kian ketara sehingga wujud banyak bidang pengajian Melayu di pelbagai universiti luar mahupun dalam negara. Bahasa Melayu dikatakan merupakan enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun lagi malahan mampu hidup untuk selama-lamanya terutama jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa bertaraf dunia satu ketika dahulu seperti bahasa Inggeris sekarang. Walaupun keadaannya berbeza sekarang, bahasa itu akan terus memainkan peranan penting dalam pembinaan bangsa dan negara. Slogan Bahasa Melambangkan Bangsa dan Bahasa Jiwa Bangsa adalah antara slogan yang dapat menaikkan semangat patriotism dan kemerdekaan daripada penjajah yang lebih mengutamakan bahasa mereka. Slogan ini begitu dihayati oleh pejuang bahasa yang mahu bahasa Melayu diangkat semula sebagai bahasa intelektual, bahasa falsafah, serta bahasa ilmu. Tiada bahasa lain yang dapat membentuk ketamadunan sesuatu bangsa itu melainkan bahasa bangsa itu sendiri termasuk ketamadunan bangsa Melayu oleh bahasa Melayu. Justeru, cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh bahasa Melayu hari ini haruslah ditangani dengan sewajarnya oleh semua golongan.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

2.0 Objektif Objektif tugasan ini ialah mengumpulkan sebanyak mana maklumat yang membuktikan kerancuan Bahasa Melayu oleh murid-murid sekolah yang disebabkan oleh factor-faktor seperti bahasa ibunda, bahasa dialek, bahasa asing, juga beberapa factor laian yang akan dibincangkan.

3.0 Kaedah Tugasan ini memanfaatkan penggunaan teknologi internet menerusi enjin carian Google, juga dengan bantuan buku-buku rujukan dan majalah dari perpustakaan. Tidak ketinggalan juga temuramah dan pemerhatian secara rawak dengan beberapa orang murid tahun 3 di sekolah. 4 .0 Batasan Tugasan ini memfokuskan kerancuan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah berasaskan sebab-sebab yang akan dibincangkan terutama kesilapan penyerapan tatabahasa, sebutan, istilah,kosa kata, dan laras bahasa. 5 .0 Definisi Kerancuan Bahasa Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan rancu bermaksud tidak teratur, bercampur-aduk atau kacau. Kerancuan bahasa membawa maksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, memcampuradukkan bahasa iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain. Selain kerancuan atau kekacauan, kata yang sinonim dengan rancu ialah pencemaran bahasa, kesalahan, atau kesilapan bahasa. Prof.Nik Sapiah Karim ( 1986 ) mendefinisikan pencemaran bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata, atau susunan frasa dan ayat.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

2 Pada pandangan Zaba pula, menyebut kesilapan itu ialah kerana ia menyimpang daripada penggunaan umum yang biasa dipakai. Menurutnya lagi, kesilapan bahasa bukanlah satu pencemaran, tetapi sekadar menyimpang daripada peraturan-peraturan bahasa. Bagaimanapun kerancuan, kecelaruan, kekacauan, pencemaran, kesalahan, dan kesilapan, penyimpangan tetap mengarah kepada sesuatu yang luar daripada jalurannya dan menyalahi ketetapan. Pelbagai penggunaan bahasa yang rancu bukan sahaja boleh merencatkan usaha pemerkasaan dan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengucapan budaya tinggi yang berwibawa, bahkan boleh menimbulkan tanggapan bahawa itulah bentuk dan gaya bahasa yang betul, baik, indah, dan persis.

6.0

Faktor-faktor Penyumbang Kerancuan Bahasa Melayu di Kalangan Murid-murid

Sekolah. Kelemahan pelajar-pelajar menguasai bahasa sebenarnya tidaklah hanya berpunca daripada sikap negatif guru-guru tetapi hakikat terdapatnya kelemahan di kalangan pelajarpelajar itu sendiri patutlah juga diakui. Banyak faktor yang menyebabkan kerancuan bahasa terjadi. Menurut Awang Sariyan (1994). Salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri. Wajarkah kita menyalahkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa yang diajarkan memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh manuasia yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok bahasa?

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

3 6.1 Pengaruh Bahasa Ibunda ( Sebuatan / Ejaan ) Kanak-kanak menguasai bahasa ibunda mereka terlebih dahulu sebelum mempelajari bahasa asing atau bahasa orang lain. Belajar bahasa ibunda adalah mempelajari lakuan baru, iaitu mereka belum pernah diperkenalkan dengan konsep-konsep yang baru sebelumnya. Dalam pembelajaran bahasa asing atau bahasa kedua, kanak-kanak tidak membentuk konsepkonsep baru seperti itu, kecuali konsep yang diluar budaya mereka. Keadaan ini menimbulkan masalah. Sistem bahasa yang telah sedia dimiliki sentiasa mengganggu sistem bahasa sasaran yang dipelajari. Berikut ialah aspek-aspek yang mempengaruhi pembelajaran Bahasa Melayu. 6.1.1 Aspek Fonologi Pelajar-pelajar bahasa kedua yang terdiri daripada pelajar-pelajar bukan bumiputera sering mengalami kesulitan untuk menyebut beberapa fonem dan bunyi dalam bahasa Melayu. Di kalangan pelajar pelajar cina misalnya, mereka sering membuat kesalahan-kesalahan sebutan seperti yang berikut : i) Letupan dua bibir yang bersuara [b] ; ii) Letupan gusi yang bersuara [d] ; iii) Letupan lelangit lembut yang bersuara [g]; iv) Geseran gusi [r] ; dan v) Geseran lelangit keras-gusi yang bersuara [j] 6.1.2 Aspek Morfologi Sintaksis Pengajaran dan pembelajaran lisan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dan kedua sememangnya sering menimbulkan masalah. Pelajar-pelajar bukan sahaja membuat kesalahan-kesalahan morfologi-sintaksis. Gejala ini berlaku kerana pelajarpelajar bukan Melayu misalnya, kerap berfikir dalam bahasa ibunda mereka sebelum mereka melafazkannya dalam bahasa Melayu. Akibatnya, bahasa Melayu itu tidak

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

lagi memakai bentuknya yang sebenar tetapi wujud dalam bentuk yang berbagaibagai ragam. 4 Pelajar-pelajar bukan Melayu, khususnya pelajar-pelajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, sering menggunakan model-model struktur bahasa ibunda mereka untuk menyerapkannya dalam struktur bahasa yang dipelajari. Hal ini menyebabkan mereka selalu sahaja membuat kesalahan. Dalam bahasa Cina misalnya, struktur bahasa itu memang berbeza dengan struktur bahasa Melayu. Penempatan kata sifat dalam bahasa Cina diletakkan sebelum kata nama tetapi dalam bahasa Melayu ia berlaku sebaliknya. Contoh-contoh di bawah dapat menjelaskan hal ini.

Bahasa Melayu bilik kecil pen merah kasut hitam baju saya

Bahasa Cina kecil bilik merah pen tahan punya kasut saya punya baju

Dari segi ayat-ayat berikut : i. ii. iii.

atau kalimahnya pula, pelajar-pelajar sering juga membuat

kesalahan dari segi strukturnya. Mereka menyebut ayat-ayat sedemikian seperti yang

Saya lupa saya punya buku. Pergi sana, ambil saya punya kerusi. Bodoh punya budak ! Saya punya bapa baru Kuala Lumpur punya datang.

Kesalahan-kesalahan ayat yang selalu ditemui sewaktu pelajar-pelajar ini bercakap, bukan sahaja dari segi bentuk dan strukturnya, tetapi ada masanya mereka menggunakan perkataan-perkataan yang salah.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

5 Contoh-contoh perkataan yang sering disalah gunakan ialah : Bahasa Melayu besar dalam empat Sebutan (Cina) busat lalam ampat Sebutan (India) busar dalem ampat

6.1.3 Aspek Semantik Kesalahan pengertian atau makna dalam bahasa Melayu disebabkan oelh pengaruh bahasa ibunda. Misalnya dalam bahasa Cina, makna perkataan dalam bahasa itu dipindahkan dalam bahasa kedua.. Begitu juga halnya dengan rangkai kata : Contoh : Perkataan dia orang potong kepala sikit jam Maksud mereka gunting rambut sekejap

Sewaktu membentuk ayat-ayat, pelajar-pelajar bahasa kedua bahasa Melayu sering memberikan makna yang salah pada perkataan bahasa Melayu. Akibatnya, timbul ambiguity atau kekaburan dalam ayat-ayat ini. Penyalahgunaan perkataan boleh menimbulkan beberapa interpretasi dalam ayat-ayat bahasa Melayu itu sendiri. Misalnya : i) Perkataan sama

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Pukul sama budak jahat itu. (maksudnya pukulkan) ii) Perkataan bilang Tadi saya bilang harga itu habis rendah. (maksudnya kata) 6 iii) Perkataan banyak Itu budak banyak jahat. ( maksudnya sangat) iv) Perkataan bikin Dia sekarang ada bikin kerja. (maksudnya buat) v) Perkataan mari Saya ajak Ah Kow mari awak punya rumah. (maksudnya pergi) 6.1.4 Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda dalam penulisan Aspek leksikal merupakan aspek bahasa Melayu yang paling banyak menerima pengaruh bahasa ibunda murid-murid India. Pengaruh tersebut merangkumi proses penggantian, penambahan, dan penghilangan fonem-fonem bahasa Melayu. 6.1.5 Proses penggantian fonem vokal Proses penggantian fonem vocal bahasa Melayu yang paling kerap berlaku dalam karangan bahasa Melayu murid-murid India. Contohnya ; a. Penggantian /e/ kepada /a/ cerita kepada menjadi menjadi carita kapada

b. Penggantian /a/ kepada /o/ sangat nama menjadi menjadi songat namo

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

c. Penggantian /e / kepada /i / terima rehat menjadi menjadi tirima rihat 7 d. Penggantian /u / kepada /o/ pukul untuk menjadi menjadi pukol untok

e. Penggantian /i/ kepada /e/ habis pilihan 6.1 6 menjadi menjadi habes pilehan

Proses Penggantian Fonem Konsonan,

Terdapat 7 proses penggantian fonem konsonan, iaitu : a. Penggantian konsonan /b / kepada /p / bandar menjadi pandar

b. Penggantian konsonan /p / kepada /b / pecah menjadi bicah

c. Penggantian konsonan /f / kepada /p / faedah menjadi paedah

d. Penggantian konsonan /g / kepada /k / bagus menjadi bakus

e. Penggantian konsonan /k / kepada /h /

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

awak

menjadi

awah

f. Penggantian konsonan /w / kepada /v / kawan menjadi kavan

8 g. Penggantian konsonan /n / kepada /m / tanpa menjadi tampa

6.1 7 Proses penambahan fonem a. Penambahan vokal dengan rendah / a / harga menjadi haraga

b. Penambahan konsonan / h / meja jumpa menjadi menjadi mejah jumpah

c. Penambahan konsonan /w/ semua menjadi semuwa

6. 1. 8 Proses penghilangan Fonrm a. Penghilangan 13vokal tengah agak tinggi /e/ terima menjadi trima

b. Penghilangan 13vokal /a/ soalan menjadi solan

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

c. Penghilangan 14vokal /a/ sekolah menjadi skola

d. Penghilangan 14vokal /a/ tak mahu menjadi tamau

9 e. Penghilangan 14vokal /a/ menggunakan menjadi mengunakan

f. Penghilangan 14ocal /a/ besar menjadi besa

6.1.9 Proses Pemindahan bahasa Ibunda Terdapat dua perkataan bahasa Tamil yang digunakan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Perkataan-perkataan itu adalah : /kaasi/ /maata/ kasi mata wang polis

Sewaktu murid-murid India berinteraksi sesama mereka terdapat fonomena percampuran kod bahasa Melayu-Tamil. Fenomena tersebut berlaku di peringkat penghasilan ayat. Ayat penyata paling banyak menghasilkan percampuran kod Melayu-Tamil. Contohnya : 1. Saya sura ada tulis. ( Saya ada menulis surat ) 2. Itu vakkul sudah peno. ( Bakul itu sudah penuh )

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

3. Dia kooli kerja ada buat. ( Dia membuat kerja buruh (kuli) Secara keseluruhannya murid-murid bersikap positif terhadap penggunaan Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, jangkaan mereka terhadap bahasa tersebut turut positif. Unsur ekstralinguistik iaitu pendedahan bahasa murid bertindak secara bawah sedar ke atas pembelajaran terpendam. 10 Dalam penulisan bahasa Melayu, aspek yang paling banyak menerima pengaruh bahasa ibunda ialah leksikal. Pengaruh itu dikesan melalui proses penggantian, proses penambahan, dan proses penghilangan fonem-fonem. Antara tiga proses tersebut, proses penghilangan fonem vokal merupakan yang paling kerap berlaku diikuti dengan aspek penambahan dan penggantian. Selain itu, aspek binaan ayat yang mempengaruhi bahasa ibunda juga dikenal pasti. Binaan-binaan ayat itu mengalami proses pendepanan yakni pendepanan kata kerja, pedepanan kata kerja tunggal ada dan kata penekanan juga serta pendepaan kata hubung gabungan dan. Pertuturan bahasa Melayu murid-murid India tidak terkecuali daripada pengaruh bahas ibunda khususnya pengaruh bunyi fonem vokal atau konsonan. Pengaruh itu hadir dalam aspek leksikal dan ayat. Salah satu daripada kesalahan umum penutur bukan Melayu juga ialah kegagalan mereka mengenali perbezaan antara bunyi dan e (schwa) semasa membaca dan menulis (Abdullah Hassan,1980;28). Perbezaan antara sepak dan sepak adalah jauh berbeza. Begitu juga kebanyakan penutur Cina tidak dapat membunyi sengau lelangit keras ny dan lelangit Bunyi Betul Salah dua lambang iaitu n lembut ng dengan tepat. Oleh sebab ejaan setiap bunyi itu mempunyai ny la nyak lan-yak , lan-niak, la-yak dan y maka ia sering disebut sebagai dua bunyi. Kadang-kadang penutur Melayu juga ada ke nyang ken-nyang, ke-jang, ke-yang nyak contoh di bawah : ban-yak, ban-niak melakukan kesalahan ini. ba Perhatikan ng ta ngan ta-gan, tan-gan ung gas u-ngas, un-gas le - ngan len-gan, leng-gan

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

11 6.2 Pengaruh Bahasa Dialek / Daerah `

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga dialek (dialek) bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standarad, loghat, pelat daerah, negeri, dan lain-lain lagi.Dialek menurut Hartmab dan Stork (1972) pula, ialah sejenis kelainan bahasa yang berbeza daripada sebutan, tatabahasa, dan kosa kata daripada bahasa standard. Pengaruh bahasa dialek begitu menebal mempengaruhi sistem bunyi. Bahasa dialek itu mempengaruhi penulisan terutamanya murid-murid pantai timur. Bahasa dialek sebenarnya tradisi lisan tempatan. Apabila murid-murid bertutur menggunakan bahasa dialek, maka bukan ayat lengkap yang dipertuturkan tetapi frasa dan klausa atau struktur ayat yang hanya difahami oleh penutur asal dari daerah dialek yang sama. Perkataan dialek berasal daripada bahasa Yunani iaitu dialektos iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada masa itu. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk standard / baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek selalunya digunakan dalam situasi tidak formal atau rasmi, namun terdapat kecenderungan pengguna bahasa yang mencampurkan unsur dialek dalam penggunaan pada situasi formal.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografi, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek. Pemilihan kepada penggunaan bahasa daerah di sekolah dipengaruhi oleh sikap guru itu sendiri yang mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa pengantar dengan alasan murid lebih mudah memaahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan murid. Namun, tanda disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa. 12 Dalam konteks masyarakat pula, pemilihan penggunaan bahasa dialek atau daerah ini waima dalam situasi-situasi rasmi adalah untuk memudahkan komunikasi dan juga mewujudkan kemesraan sesame mereka. Terdapat beberapa unsur yang membezakan sesuatu dialek dengan dialek yang lain, antaranya ialah ; a) Sebutan Contohnya, perkataan air disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq , ayo b) Tatabahasa Struktur ayat pasif dalam dialek Kelantan misalnya boleh menyebabkan berlaku silap faham. Contohnya ; Saya ke hospital untuk disuntik oleh doktor akan menjadi... Saya gi spital cocok doktor

c) Kosa Kata Perkataan berlari mendung kenduri Dialek Kelantan hungga joong bekwoh Dialek Terengganu makang gulai

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

suka berhias /cantik

jangok

d) Kata ganti Nama Diri Kata ganti Nama saya kamu Dialek Kelantan ambo kawe mu Dialek utara hang Dialek Temerloh koi awok

13 Sebenarnya, masalah-masalah sebutan seperti ini tidak sahaja berlaku dikalangan pelajarpelajar bahasa Tamil dan Cina tetapi ia juga berlaku di kalangan pelajar bumiputera. Kesilapan-kesilapan itu terjadi kerana wujudnya variasi-variasi daripada satu bahasa tertentu yang begitu kuat mempengaruhi bahasa individu-individu tersebut. Di negara kita, ianya dipengaruhi oleh keadaan dialek terutama dari segi sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasanya. Dari segi sebutan pula, bunyi-bunyi bahasa biasanya terseleweng daripada sebutan yang sebenar, iaitu dalam bahasa baku. Antaranya ia dapat diperlihatkan seperti yang berikut : a) Dialek Terengganu i. Geseran gusi (r) yang terdapat pada awal dan tengah telah digantikan dengan geseran lelangit lembut. Konsonan yang terdapat diakhiri kata dilenyapkan, manakala sekiranya konsonan ini terdapat vokal depan luas ( ), vokal itu akan berubah menjadi [ ] ii. iii. iv. v. vi. Geseran gusi tak bersuara [ s ] di akhir suku kata bertukar menjadi geseran anak tekak tak bersuara. Letupan akhir kata akan digantikan dengan hentian glotis. Sengauan dua bibir [m], [n] di akhir kata dibunyikan. Vokal depan luas [a ] di akhir kata akhir terbuka digantikan dengan vokal tengah [ ] Diftong [ai] di akhir kata tidak dibunyikan sebaliknya digantikan dengan bunyi [a] sahaja.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Contoh-contoh perkataan yang disalah sebut adalah seperti yang berikut : Bahasa Baku Ratap ular Dialek Terengganu ratak ula

14 Dari segi leksikal ( penggunaan perkataan ), sebutan-sebutan yang kerap diucapkan adalah seperti yang berikut : Bahasa Baku Beritahu tiap-tiap Dialek Terengganu ghoyak nak-nak

b) Dialek Utara i) ii) iii) iv) Getaran gusi [ r ] di awal dan di tengah kata dibunyikan secara geseran lelangit lembut bersuara [ . ]. Bunyi [ r ] di akhir kata digantikan dengan hentian glottis dan vocal sebelumnya dinasalkan. Sisispan [I] di akhir perkataan dilenyapkan dan digantikan dengan bunyi [i]. Geseran gusi tidak bersuara [s] di akhir kata digantikan dengan [h] geseran tekak tidak bersuara. Bunyi-bunyi vokal juga turut berubah. Umpamanya, [a] menjadi [ ] dan [u], [ui].

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Kesalahan-kesalahan juga berlaku dalam bidang sintaksis. Kesalahan-kesalahan ini biasanya berlaku disebabkan kedudukan sesetengah perkataan dalam ayat. Contoh : Bahasa Baku Pertuturan budak itu sangat baik. Ibunya sudah balik ke rumah. Dialek Utara Pertuturan budak itu baik sangat. Ibunya balik rumah dah.

15 6.3 Pengaruh Bahasa Inggeris Kamal Shukri Abdullah Sani (2007), mengungkapkan bahawa murid-murid sekolah rendah juga didedahkan dengan penggunaan bahasa yang bercampur aduk dengan Bahasa Inggeris. Terjadilah tragedi code-switching yang berlebih-lebihan atau istilah Hassan Ahmad,(1996) bahasa Melayuburuk atau bahasa Melayu main-main. Diperbesarkanbesarkan oleh golongan ibu bapa kelas menengah dan ditiru oleh mereka. Selain itu, kerancuan juga berlaku di dalam peristilahan dan laras bahasa perubatan dan sians seperti contoh di bawah :bajet infotaimen kanser strok diabetes maritim metereologi belanjawan gabungan perkataan information dan entertainment yang dimelayukan. barah angin ahmar kencing manis samudera kajicuaca

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

6.4 Pengaruh Bahasa Pasar / Basahan Bahasa pasar atau bahasa basahan adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian. Contohnya, orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sikap ini ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung, mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu. Sebagai contoh, ketika berkomunikasi di pasar,orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang bertaraf rendah atau dikenali sebagai bahasa pasar atau bahasa pidgin(rojak). Tindakan ini menyebabkan kaum asing meniru model yang diperlihatkan kepada mereka. Akhirnya sampai bila-bila pun kaum asing dalam kelompok tersebut sukar menguasai bahasa Melayu standard dengan betul. 16 Antara contoh perbualan yang sering kita dengari semasa berada di pasar, seperti berikut : Kasim Tauke Kasim Tauke Karim : Tauke, itu ikan palang, belapa halga sekilo? : Lima belat oo : Kasi kulanglah, tauke. : Mana boleh. Sekalang , balang banyak mahal. : Tak pelah, tauke, u timbang yang ni.

6.5 Pengaruh bahasa Rojak. Bahasa rojak sejak akhir ini menjadi isu yang sangat hangat kerana bahasa rojak telah di gunakan secara meluas terutamanya di kalangan remaja Bandar. Situasi ini amat membimbangkan golongan dewasa kerana ia boleh menjejaskan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama sekali dalam sector swasta dan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak dalam sector tersebut. Contohnya TV3 telah menukarkan nama KARNIVAL SURE HEBOH menjadi KARNIVAL JOM HEBOH, disebabkan oleh kebimbangan orang ramai tentang penggunaannya. Antara contoh-contoh bahasa Rojak :

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

i)

Bahasa Melayu + bahasa Inggeris - kau memang terror ( hebat) la! - tempat makan ni best ( bagus ) sangat !

ii)

Bahasa Melayu + bahasa cina - nak makan sini ke nak tapau (bungkus) ? - apasal (kenapa) lu buat kerja ini cincai (tak sempurna )?

iii) Bahasa cina + bahasa Inggeris can meh ? that one can like that meh ? ( boleh berbuat begitukah? )

17 iv) Bahasa Melayu + bahasa cina + bahasa Inggeris eh boss, after makan ah, weall go mabuk, want or not, on in while only mah, taikah happy, mak, ok. (pengurus, selepas makan kita semua pergi minum arak beramai-ramai, mahukah? Sekali-sekala sahaja untuk bergembira.) Isu bahasa rojak ini banyak dialami oleh golongan remaja khususnya. Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Golongan ini sering menggunakan bahasa rojak ketika mereka berbual bersama rakan dan keluarga. Contoh penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja I pergi shopping la hari ni.. Boring betul lah kuliah tadi tu, Aku tension betul dengan dia hari ni,

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Selain itu, masalah ini turut terjadi kepada golongan remaja dari kaum yang lain seperti kaum cina. Rata-rata remaja Cina masih tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik walaupun bahasa Melayu itu adalah bahasa Kebangsaan negara ini. Penggunaan bahasa rojak semakin menjadi isu yang hangat di negara ini. Diharapkan pelbagai pihak dapat memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah bahasa yang kurang sihat ini.

18 6.6 Pengaruh Media Massa Media merupakan satu wadah penting yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku sesebuah masyarakat. Perkembangan industri media kini sejajar dengan arus kemodenan dan kemajuan teknologi yang semakin canggih. Media merupakan sumber penyampai maklumat bagi memperolehi pengetahuan dan hiburan. Selain itu, media juga merupakan penyumbang penting terhadap corak kehidupan dan tingkah laku sosial anakanak muda masa kini Memang tidak dapat dinafikan bahawa media elektronik seperti radio dan televisyen memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bahasa terutamanya kanak-kanak. Melalui radio dan televisyen, mereka mempelajari aspek bahasa seperti sebutan, perbendaharaan kata, intonasi, dan sebagainya. Bunyi vokal dan konsonan dalam perkataan perlu dibunyikan dengan betul kerana jika tidak, akan timbul masalah. Malaysia kini telah mempunyai pelbagai saluran televisyen yang dibekalkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Saluran ini pula berlumba-lumba menyiarkan berbagai-bagai rancangan yang bertujuan menarik perhatian penonton. Persaingan ini lebih mengutamakan keuntungan tanpa

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

memikirkan kualiti dan mutu rancangan yang disiarkan. Hasilnya terdapat tayangan-tayangan yang melampaui batas-batas susila budaya rakyat Malaysia dan memberi pengaruh negatif terhadap golongan remaja dan bawah umur yang menonton. Penggunaan bahasa yang tidak sopan juga amat berleluasa dan seakan dipandang remeh oleh pihak stesen televisyen. Kerancuan penggunaan bahasa dalam media elektronik berlaku dalam dua aspek utama iaitu aspek ejaan dan kecenderungan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Contohnya seperti rancangan Lu Pikir La Sendir, dan yang ditonjolkan oleh penulis skrip filem Melayu dalam filem Bohsia, KL Gengster, KL Drif, dan beberapa lagi banyak menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sopan.

19 Berikut adalah contoh:

lu - kamu beb diorang balak - teman lelaki

gua kita orang der - brader (abang) kencing mempermainkan

bro - abang korang dow - bodoh wa - saya

Ungkapan-ungkapan inilah yang sering ditiru dan menjadi ikutan oleh para remaja apabila berinteraksi sesama mereka. Penggunaan bahasa slanga serta pencampuran bahasa ini merupakan factor terpenting dalam menyumbang kepada pencemaran bahasa. Pihak media massa sepatutnya lebih prihatin mengelak daripada melakukan kesalahan bahasa. Media perlu memainkan peranan mengetengahkan sesuatu kosa kata baharu dan menggunakan ayat yang betul untuk dimanfaatkan oleh pengguna.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Dari aspek ejaan, terdapat beberapa kesilapan pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, selain penterjemahan yang salah dari segi semantiknya. Pengejaaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris perlu mengutamakan aspek visualnya bukan mengikut nilai sebutan perkataan tersebut. Kata lagenda yang berasal daripada kata lagend selalu disalah eja menjadi lagenda. Contohnya dalam judul drama Lagenda Budak Setan. Perkataan setan juga boleh mempengaruhi bahasa percakapan remaja. Contoh lain seperti : Ungkapan My honey Shoot Fire Terjemahan Oh maduku... Pengambilan gambar /penggambaran api Sepatutnya... Oh sayangku... tembak tembak

20 6.7 Pengaruh Majalah, Cerpen, dan Novel Penggunaan bahasa Melayu dalam majalah, cerpen, dan novel juga sedikit sebanyak telah mempengaruhi berbahasa masyarakat terutamanya golongan remaja. Terdapat pelabagai jenis majalah yang dijual di pasaran. Antaranya majalah ilmiah dan majalah hiburan. Majalah ilmiah adalah Dewan Masyarakat, Dewa n Siswa dan sebagainya. Majalah ilmiah ini membicarakan isu-isu semasa dunia tanah air dan juga ada yang berkaitan dengan pendidikan. Ia dikarang oleh pengarang-pengarang yang umumnya autoritatif dalam bidang masing-masing.. Manakala majalah hiburan pula seperti URTV, MANGGA, HIP, MEDIA, dan sebagainya. Majalah hiburan membicarakan tentang artis-artis. Penggunaan bahasa slanga begitu banyak terdapat dalam majalah hiburan. Antaranya perkataan cun, perkataan awek, balak, pakwe dan lain-lain lagi. Selain bahasa slanga, bahasa rojak juga terdapat dalam majalah, cerpen, dan juga novel. Bahasa rojak yang sering digunakan dalam majalah hiburan adalah bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Contohnya

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

seringkali digunakan perkataan so, single, dan sebagainya lagi. Terdapat juga bahasa rojak yang dicampur dengan bahasa cina sperti lu mesti ikut gua. Selain pengaruh bahasa dalam majalah, cerpen, dan novel, terdapat juga kesalahan tatabahasa tanda baca seperti penggunaan kata tanya, kata seruan,pengikat kata, dan sebagainya. Contohnya, Wah....banyaknya kamera milik bintang Mystarz musim ke-2, Nasrin atau nama penuhnya Wan Nashrinie Zafri (22tahun) ni ( Mangga / April 2011/23 ). Sepatutnya ditulis Wah,banyaknya kamera milik bintang Mystarz musim ke-2!. Perkataan singkatan juga seringkali digunakan oleh penulis-penulis seperti KL, AF, lain-lain lagi. Majalah-majalah hiburan juga ada menggunakan bahasa dialek dalam penulisan mereka sepertisaje-saje, mai sini sat dan sebagainya.

21 6.8 Pengaruh Teknologi Pada masa ini. bidang berkaitan dengan teknologi maklumat amat penting. Ekoran daripada ledakan teknologi maklumat ini turut memberi kesan terhadap penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Kita sedia maklum bahawa bahasa yang digunakan terhadap penggunaan TMK ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini memberi kesan terhadap bahasa Melayu. Perkembangan era globalisasi memberikan cabaran baru kepada bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai bahasa rojak yang semakin berkembang luas dalam klangan pengguna bahasa. Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber yang memperlihatkan munculnya bahasa-bahasa yang tidak mengikut hokum tatabahasa yang betul. Antara

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

perkataan-perkataan baru yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa Melayu seperti : kang - nanti akum assalamualaikum tipon - telefon nko - engkau persal - mengapa korang - engkau

6.9 Pengaruh Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), merupakan satu khodmat yang begitu popular di kalangan pengguna telefon terutamanya pengguna telefon bimbit. Peringkat awal kemunculannya komunikasi ini hanya melibatkan dua pihak sahaja dan hanya boleh dilihat melalui skrin telefon sahaja. Namun kini, SMS yang dihantar kerangkaian-rangkaian televisyen telah dapat dibaca oleh seluruh penduduk atau penonton melalui televisyen apabila televisyen memaparkan SMS berkenaan. Apa yang menjadi kebimbangan kita sekarang ini ialah penggunaan bahasa yang tidak betul melalui SMS. Rata-rata bahasa yang digunakan adalah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Terdapat campur aduk antara bahasa Melayu dan Inggeris, bahasa daerah dan dialek. Terdapat juga singkatan-singkatan yang digunakan sewenang-wenangnya. 22 Antara bahasa singkatan yang digunakan :

Singkatansingkatan leh join kete camne pekaba sume x lg p

Perkataan Sebenar boleh sertai kereta macam mana apa khabar semua tidak lagi pergi

Singkatansingkatan cian aowk pastu x nak wat 4 aq soh

Perkataan Sebenar kasihan awak selepas itu tidak hendak buat untuk aku suruh

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Selain itu, terdapat juga perkataan-perkataan yang disingkatkan daripada bahasa Inggeris dan diMelayukan seperti : Bahasa Singkatan lebiu opis kol tq u Bahasa sebenar love you office call thank you you

23 7.0 Pengaruh Lain-lain 7.1 Pengaruh buku yang berbeza huraian

Faktor yang seterusnya ialah faktor buku yang berbeza huraian atau pegangan. Di negara kita ini terdapat pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna bahasa yang mendalami bidang bahasa Melayu di institusi Pengajian Tinggi, mereka pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis oleh Zaba, Asmah Omar, dan lain-lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan iaitu Tatabahasa Dewan. Kekeliruan berlaku berpunca daripada ketidakseragaman dari segi ejaan, golongan kata, dan tatabahasa.

7.2

Pengaruh Papan tanda atau Iklan

Pencemaran bahasa Melayu juga boleh kita lihat menerusi papan tanda dan papan iklan yang dipasang di seluruh negara. Malang sekali, masyarakat kita hari ini tidak sensitif dengan kesalahan yang berlaku secara terang-terangan terhadap bahasa Melayu. Contohnya Kelab Di Raja Selangor. Kata Di Raja sepatutnya dieja Diraja kerana Di pada kata tersebut bukanlah awalan ataupun kata sendi nama, tetapi merupakan sebahagaian daripada kata dasar. Kata diraja sebenarnya merupakan kependekan daripada kata adiraja dan dalam bidang linguistik, proses pembentukan kata tersebut dikenali dengan istilah aferesia. Aferesis iaitu pengguguran atau penghilangan satu huruf di awal kata, seperti hujung menjadi ujung dan hulu menjadi ulu. Jadi, ejaan frasa Kelab Di Raja Selangor sepeatutnya diubah menjadi Kelab DiRaja Selangor.

24 7.3 Pengaruh Kejahilan Pengguna Faktor yang lain ialah kejahilan dalam kalangan pengguna bahasa. Ada sesetengah pihak yang mengaku tahu, tetapi sebenarnya tidak tahu, malah aspek bahasa yang salah dikatakan betul, manakala aspek bahasa yang betul dikatakan salah. Banyak kosa kata yang muncul sejak akhir-akhir ini yang memaparkan gejala tersebut. Dalam kajian bahasa, gejala ini dikenali sebagai kejahilan bahasa. Mereka yang terlibat dalam gejala ini tidak mahu mengambil kira pandangan ahli bahasa atau badan yang dipertanggungjawabkan untuk

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

menangani masalah bahasa. Pengguna bahasa Melayu juga tidak mengetahui system bahasa. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistemnya tersendiri. Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem ini, maka mereka melakukan kesalahan. Sebenarnya , bahasa Melayu mempunyai sistem, baik dari segi ejaan, morfologi mahupun sintaksis. Lihat sistem bahasa Melayu tentang pembentukan apaitan pe...an, seperti yang berikut : Laksana - melaksanakan- pelaksanaan ( bukan perlaksanaan) Lantik - melantik - pelantikan ( bukan perlantikan )

7.4 Pengaruh Budaya Asing Budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga merupakan salah satu punca pencemaran bahasa ini berlaku. Hal ini dapat dikaitkan dengan budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja terutama remaja sekolah. Kemunculan muzik ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik lagu menggunakan bahasa pasar. Perbuatan ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana para pendengar lagu hip-hop ini akan terbawa-bawa gaya tersebut dalam percakapan seharian seperti Yo, yo, yo, buat ape bro.

25 8.0 Kerancuan dalam Tatabahasa Kekeliruan pengguna bahasa dalam tatabahasa juga merupakan salah satu sebab pelaksanaan pembakuan bahasa agak sukar dilaksanakan. Kesilapan dalam tatabahasa ini adalah termasuk kesilapan penggunaan kata pemeri adalah dan ialah, kata sendi nama di, ke, dan dan daripada, di antara dan antara dan lain-lain lagi. Di samping itu, kekeliruan dalam tatabahasa ini juga boleh meroboh makna dalam sesuatu ayat jika ia tidak dititikberatkan.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Berikut disenaraikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu. 8 . 1 Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah 8.1.1 Kata pemeri Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh-contoh yang dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kta ialah seperti berikut : i) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah

Salah Betul Anak adalah anugerah Allah Anak ialah anugerah Allah Beliau adalah orang yang pertama Beliau ialah orang yang pertama berhijrah. berhijrah. Matlamat NURY adalah pembinaan Matlamat NURY ialah pembinaan masyarakat cemerlang. masyarakat cemerlang.

26 ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah Betul Kursus ini adalah untuk kaum hawa. Baju itu adalah baik.

Salah Kursus ini ialah untuk kaum hawa. Baju iti alah baik.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

iii)

Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.

Salah Betul Matlamat utama syarikat ini adalah Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda. Usaha yang dijalankan untuk muda. adalah Usaha membantu yang para golongan adalah

dijalankan

menerbitkan risalah.

dengan menerbitkan risalah.

iv)

Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat. Salah dengan ini Betul diistiharkan Dengan ini dimaklumkan bahawa.... Dengan ini dimaklumkan bahawa...

Adalah

bahawa....... Adalah dimaklumkan bahawa...

27 v) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja Salah ini diambil adalah Betul adalah Keputusan ini diambil berdasarkan ..... dipelawa Para pelajar dipelawa memohon...

Keputusan

berdasarkan... Para pelajar memohon...

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Kesimpulannya : a) Kata pemeri adalah hanya boleh dikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja. b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. 8.2 Kesilapan Penggunaan Kata Sendi di

3.2.1 Pengguna sering terkeliru antara penggunaan di sebagai kata sendi dan di sebagai imbuhan. Bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan ejaannya. i. Kata sendi nama di Kata sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tampat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya : Salah diangkasa disana dilaut Betul di angkasa di sana di laut

28 Kata sendi nama di tidak boleh digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman. Contohnya : Salah di abad ke-20 di saat ini di zaman ini Betul pada abad ke-20 pada saat ini pada zaman ini

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

ii. Imbuhan Awalan di Seperti imbuhan yang lain, awalan di hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Awalan di membentuk kata kerja iaitu kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya : Salah di basahi di catat di isi Betul dibasahi dicatat diisi

29 8.3 Kesilapan Penggunaan Kata Dalam Ayat

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Penggunaan kata dalam ayat amat penting kerana penggunaan kata yang tidak tepat boleh menyebabkan terjadinya perubahan makna. Berikut desenaraikan ayat-ayat yang sering digunakan oleh pengguna Bahasa Melayu. Salah Ada berbagai barang di kedai itu. Ali dihadiahkan sebuah buku. Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal. Betul Ada berbagai-bagai barang di kedai itu. Ada pelbagai barang di kedai itu. Ali dihadiahi sebuah buku. Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal. Saya menghadiahkan sebuah basikal kepada Salim.

Salah Dia merindukan anaknya. Ibu meniduri adik. Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung. Bola itu ditendang oleh saya. Bola itu Ali tendang. Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih. Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak. Setengah orang suka makanan manis. Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung kepada niat seseorang. Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah kakak saya.

Betul Dia merindui anaknya. Ibu menidurkan adik. Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung. Bola itu saya tendang. Bola itu ditendang olh Ali. Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih. Saya tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak. Sesetengah orang suka makanan manis. Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung pada niat seseorang. Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah kakak saya.

30 9.0 Langkah-langkah Mengatasi

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Semua pihak perlu menjadikan pendidikan sebagai wadah untuk membina sahsiah generasi kita, termasuk dalam soal penggunaan bahasa dan kecintaan kepada bahasa warisan bangsa, sekalipun kita tetap perlu mempelajari dan menguasai bahasa asing. Bagi mengatasi kerancuan bahasa di kalangan murid-murid terdapat beberapa langkah atau pendekatan yang boleh diambil oleh guru bahasaa Melayu bagi mengatasi masalah tersebut. Antaranya : a. Dari segi pendidikan, guru harus menitikberatkan cara penyampaian bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan pelajar sekolah sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul serta menggunakan ayat dengan betul, tepat, dan gramaisokong dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11) bahawa rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat. Abd.Aziz Abd.Talib(2000:236) pula menyatakan berkomunikasi bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan pelajar-pelajar dalam bahasa Melayu dengan biak. Pengetahuan dan kemahiran

berkomunikasi ini membantu pelajar menghasilakn ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan bahasa Melayu yang tercemar dari segi tatabahasa. Guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur dan anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dikalangan pelajar.

31

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

b. Bagi menggelakkan bahasa Melayu tercemar akibat penggunaan bahasa SMS, guru mesti memberi penekanan kepada pelajar supaya tahu membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi. Menurut Awang Sariyan, penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan penggunaanya untuk tujuan rasmi atau tidak. c. Di sekolah dan di institusi pendidikan yang lain,penenkanan perlu diberikan kepada penguasaan bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa rasmi, di samping penguasaan pelbagai ragam lain untuk keperluan dalam kehidupan. Pelajar mesti diberi kekuatan menggunakan bahasa yang baik, teratur, dan berkesan. Anggapan bahawa bahasa Melayu itu begitu mudah hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar. Guru pula patut menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan bahasa yang teratur. Di maktab dan di universiti pun penguasaan bahasa yang baik perlu terus diberi penekanan. d. Bagi mengatasi kesalahan sebutan atau ejaan yang berlaku di kalangan murid India akibat daripada pengaruh bahasa ibunda dengan cara penambahan, penhilangan., dan penggantian fonem-fonem pada perkataan-perkataan bahasa Melayu, guru dapat mengatasi masalah tersebut dengan menerangkan terlebih dahulu kepada murid-murid struktur bunyi dan struktur kata sebenar bahasa Melayu sehingga murid-murid itu faham. Penerangan dapat dilakukan dengan membandingkan struktur bunyi dan struktur kata sebenar bahasa Melayu dengan bahasa Tamil. Guru juga boleh mengajar latihan menyebut perkataan-perkataan bahasa Melayu dengan cara latih tubi. Apa yang jelas ialah mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memerlukan guru bahasa mengetahui deskripsi bahasa Melayu dan juga deskripsi bahasa ibunda murid-murid. Dengan pengetahuan tersebut guru lebih arif tentang keperihalan keadaan dua bahasa itu.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

32 e. Bagi mengatasi masalah pengguanaan bahasa Melayu yang dipengaruhi bahasa ibunda ini juga, guru perlu membetulkan kesilapan kesilapan leksikal, morfologi, sintaksis, dan semantik murid-murid secara berperingkat-peringkat. Dalam keadaan tersebut, teguran secara spontan perlu diberi oleh guru sekirannya didapati murid menyimpang daripada fitur serta rumus bahasa Melayu baku. Guru dapat memberi pengayaan bahasa kepada kumpulan pandai dan kumpulan lemah pula diberikan pengukuhan bahasa. f. Fenomena percampuran kod bahasa Melayu-Tamil di dalam bilik darjah boleh dikurangkan. Langkah yang sesuai bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengadakan perbincangan antara murid-murid dalam bahasa Melayu yang betul. Langkah ini dapat dilakukan dengan cara mengintegrasikan murid-murid mengguanakan bahasa Melayu. Guru boleh membahagikan murid-murid yang kerap dan jarang menggunakan bahasa Melayu. Integrasi murid dilaksanakan semasa perbincangan maka konsep pertandingan antara kumpulan boleh dijalankan. Guru boleh memberi ganjaran dalam bentuk pujian, buku atau seumpamanya kepada kumpulan yang kurang pencampuran kod. Cara ini dapat menggalakkan murid-murid berbincang dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul tanpa percampuran kod.

g. Bagi mengatasi masalah murid yang tidak mempunyai cukup kosa kata bahasa Melayu, guru boleh menggunakan strategi pembelajaran seperti mencari makna kata berdasarkan kamus dan konteks klu. Strategi jenis ini sesuai untuk memantapkan kod bahasa Melayu murid-murid India. Dalam pengajarannya, guru hendaklah tidak menekankan aturan-aturan tatabahasa terlebih dahulu. Penekanan patut ditumpukan kepada sstruktur ayat yang menerbitkan makna, iaitu dengan melihat makna kata dalam konteks ayat. Guru juga harus mengajar murid-murid untuk memahami makna kata dalam konteks budaya, tajuk, dan situasi. Dengan yang demikian murid-murid dapat memahami makna kata dalam pelbagai konteks. Selanjutnya, murid-murid dapat mengaikan makna sesuatu kata dengan kata-kata sinonim lain dalam konteks yang berbeza.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

33 h. Selain itu, boleh juga diadakan latihan bercerita dalam bahasa Melayu sebagai asas program pendedahan bahasa. Latihan sedemikian dapat dilaksanakan dengan cara guru menayangkan filem, video, atau rakaman perbualan, cerita, lagu, dan seumpamanya. 10.0 Kesimpulan. Kerancuan bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kebangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya. Bahasa rojak atau bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluas walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan melahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka teralau kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Aanak-anak muda ini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar. Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang mererka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotism diabaikan. Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif andainya di sekeliling mereka penuh dengan perkara positif.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

34 Sebagaimana kata-kata peribahasa iaitu bagaimana acuannya, begitulah kuihnya. Kata-kata itu sudah cukup memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu perihatin dan bersungguh-sungguh dalam hal memertabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya. Pelbagai usaha harus dilakukan untuk memertabatkan bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia. Keaslian bahasa Melayu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa dicampuraduk dengan bahasa-bahasa lain. Bak kata pepatah yang kurid itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Tugas sebagai Pendidik atau Guru juga bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi aspek pendidikan akhlak kepada pelajar. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar ini, kerjaya guru juga menjadi semakin mencabar. Guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran yang tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting ini, guru akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Pendidikan hendaklah dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, guru haruslah mendidik pelajarnya tanpa mengira latar belakang anak didiknya. Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti menyedari bahawa sabar itu akan membawa berkat dalam usaha gigih sebagai seorang pendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan fikiran yang tenang. 35 BIBLIOGRAFI Abd. Rahim Abd. Rashid (2000) Wawasan & Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Yaakub Isa ( 1994 ). Guru Yang Efektif . Pahang : Jawatan Kuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang. Mok Soon Sang (Jan 2012) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia . Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2008) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI edisi ketiga . Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. (2012). Modul Falsafah Pendidikan . Kuala Lumpur: Asia e University. http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/06/kerancuan-bahasa-melayu-baku-pelajar.html http://hairiebmtutor.wordpress.com/sudut-pmr/memartabatkan-bahasa/ http://matskai.blogspot.com/2007/07/bbm3401-bahasa-melayu-tinggi-keracuan.html http://monazman.blogspot.com/2013/03/kerancuan-bahasa-melayu-di-kalangan.html http://www.scribd.com/doc/3784928/Kerancuan-Bahasa-Melayuhttp://dwnbahasa.dbp.my/?p=638

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

http://www.scribd.com/doc/49672397/POWER-POINT-KESALAHAN-PENGGUNAANBAHASA-DALAM-BAHASA-MELAYU

LAMPIRAN : Contoh Kerancuan Bahasa.

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

TUGASAN ESP 313 Melayu

Sejarah dan Perkembangan Bahasa


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

You might also like