Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
22Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
usman awang

usman awang

Ratings:

4.0

(2)
|Views: 2,406 |Likes:
Published by myuri5

More info:

Published by: myuri5 on Apr 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/17/2013

pdf

text

original

 
Artikel ini ditulis oleh Faisal Tehrani
Sudah ditakdirkan Ilahi, Malaysia akan kehilangan dua manusia berjiwa besar Ramadhan ini.Belum sedih hilang oleh kemangkatan almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,masyarakat seni tanahair menerima pula berita sedih pemergian Dato Usman Awang, penyair  berjiwa rakyat pada 29 November lalu.Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara, Keris Mas dan kini Tongkat Warrant. Penulis-penulisyang kelihatan muncul antara lain Dr Anwar Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato A.Samad Said,Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggam dan Profesor Muhammad Haji Salleh.Saya kira ini suatu catatan kecil tentang Dato Usman Awang. Saya tidak boleh mengakui rapatdengan beliau tetapi pertemuan tiga kali dengan Dato Usman, dua di antaranya untuk programdokumentari Ilham yang ditayangkan di RTM 1 membuatkan saya bangga kerana menjadisemacam wakil dari penulis generasi 90 an yang terpisah dari beliau yang sering uzur.Di kamar Dato Usman saya lihat terpampang gambar-gambar beliau dengan pemimpin pembangkang seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah, ketika ini juga Dato Usmanmemberitahu saya yang beliau tidak sabar menanti antologi puisi Dari Derita Bangsa yangmemuatkan puisi terakhir beliau berjudul ‘Saudara Anwar Ibrahim’ diterbitkan (silal ihat artikelsaya untuk kakiseni berjudul Tongkat Sakti Yang Berani).Dato Usman bercakap panjang hari itu. Beliau nampak letih tetapi masih bersemangat untuk  bercerita kepada Imri, Tan, Roshihan dan saya sendiri. Antara lain Dato Usman memberitahuyang beliau bukan pengasas ASAS 50 seperti yang pernah ditulis dalam buku-buku ilmiah. “Sayacuma seorang penggerak. Setiausahanya saja.”
 
Bila ditanya mengapa beliau berhenti menjadi polis dan memilih untuk menjadi penulis lantas berhijrah ke Singapura, Dato Usman menjawab, ‘Sebahagian besar jawapannya sudah sayarakamkan dalam Tulang-tulang Berselerakan (novel tunggal beliau; penulis) tetapi sebabutamanya ialah saya tidak boleh menjadi seorang polis yang memukul dan menembak orangsesuka hati tanpa perikemanusiaan. Jawatan polis adalah jawatan yang tidak serasi dengan saya.Saya lihat ada antara mereka yang menembak petani Cina begitu sahaja dengan alasan kominisdan menerbalikkan barang-barang peniaga kecil di tepi jalan.’Dato Usman juga kecewa dengan keadaan bahasa Melayu di negara ini. Puluh tahun selepas peristiwa Perarakan Keranda 152 yang diterajui antara lain oleh beliau, penggunaan bahasaMelayu kian merosot dan Dato Usman berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasaMelayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada kemampuan bahasa kebangsaan.”Dato Usman juga menyatakan rasa kesalnya oleh pengaruh filem Hindustan di tanahair dankepada generasi muda. “Cucu saya yang kecil juga tahu menyanyi lagu Hindustan seperti KuchKuch Hota Hai. Di Singapura dahulu, sudah ada pengaruh begini dan ASAS 50 segeramenyatakan sikap kita, tetapi GAPENA nampaknya tidak berbuat apa-apa terhadap kemasukan budaya asing ini.”Dato Usman juga menyatakan sesuatu yang saya kira agak mengejutkan. “Pemberian anugerahSeniman Negara oleh Perdana Menteri itu sebenarnya satu yang saya tidak tahu (Dr Mahathir dengan kerjasama Kumpulan Utusan pernah memberikan anugerah ini dalam tahun 1999). Jikatahu saya sudah tentu akan mengelak dalam suasana begitu (kala itu isu Shit masih panas dankebanyakan rakan-rakannya dalam parti oposisi begitu keras mengkritik kerajaan). Saya tidak diberitahu pun apa-apa mengenai kedatangan Dr Mahathir. Saya berasa terpedaya. Tahu-tahusudah ada gambar diambil dan disiarkan esoknya.”Bila saya tanya mengapa beliau tidak membuat bantahan kemudiannya, Dato Usmanmemberitahu, “Biarlah. Memang Harakah ada menghubungi saya untuk mendapatkan ceritasebenar, tapi saya uzur, saya tak mahu memanjangkan cerita, nanti ia berlarutan dan kesihatansaya terus terganggu.”Dato Usman juga hampa kerana tidak banyak penulis menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa negara. Soal keadilan dipinggirkan dengan begitu hebat “Mesti tulis, mesti tulis perkara yang benar. Jangan diam, biar pun diketepikan orang sekarang tetapi saudara akanmendapat perhatian kemudian. Jangan diam. Susah untuk menjadi penulis dan lebih susah untuk menjadi penulis yang berani. Bagi saya seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah beranimenyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis, beritahu rakan-rakan muda yang lain.Ini nasihat saya.”Dato Usman nyata gemar bercerita tentang Dato Seri Anwar, “Beliau adalah rakan kepada penulis. Ketika beliau di puncak kuasa, penulis dimartabatkan dengan begitu tinggi. Saya pernahdibayar tiga ribu untuk membaca satu puisi di Kementerian Kewangan. Dia benar-benar menghargai penyair. Susah untuk mendapat pemimpin seperti itu.”
 
Allahyarham Usman Awang lahir di Kuala Sedili Johor pada 12 Julai 1929. Beliau pernahmenjadi petani, budak pejabat, polis, pembaca pruf, dan editor Dewan Sastera (kemuncak dalamkarier beliau). Menerima anugerah Sasterawan Negara dalam tahun 1983, SEA Write Award1982 dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya 1983, Usman menghasilkanlebih 200 buah puisi dan drama pentas beliau yang paling dikenang orang tentulah Tamu di BukitKenny dan Uda & Dara.Perbicaraan kami diperhatikan oleh seorang lagi Sasterawan Negara waktu itu, Profesor Muhammad Haji Salleh. Saya bangga kerana Dato Usman membaca karya-karya saya khususnyaCinta Hari-hari Rusuhan. Saya juga berterima kasih kerana Dato Baha Zain mencadangkansupaya satu program dokumentari untuk Usman Awang dilakukan segera. Terlalu banyak yangDato Usman sebut hari itu tidak sesuai untuk ditayangkan oleh RTM 1 yang dimiliki kerajaan,tetapi kami merakamnya dengan sedar mengetahui ini barangkali luahan hati seorang senimanyang tahu beliau berada di ambang sisa akhir hidupnya.Berita Perdana RTM 1 malam 29 November menyebut Usman seorang yang cenderung kepadagerakan kiri dalam perjuangan seni dan politik beliau. Persahabatannya dengan Dr Syed HusinAli, bagaimana pemimpin gerakan pelajar berlindung di rumahnya ketika kecoh Rusuhan Baling,dan antara yang menjadi lagenda ialah himpunan puisi Telok Gong yang beliau kelolakan bagimembela nasib petani dan mengkritik kerajaan Selangor dalam tahun 60 an. Malah ramai yangtahu Usman antara yang di belakang Mogok Utusan bagi membantah campur tangan kuasadalam media.Terlalu banyak sudah orang menyebut kehebatan beliau dalam dunia penulisan. Tak cukup kertasdan dakwat untuk dinukilkan kesenimanan beliau ini. Semua orang ada kenangan dengan DatoUsman. Banyak atau sedikit, semuanya penuh bahagia, semuanya manis. Begitulah Usman yangikhlas dalam dunianya. Maka bersemadilah seorang pembela kemanusiaan yang paling diraikan.Usman rasa saya, adalah Sasterawan Negara yang paling dikenali oleh masyarakat bukanMelayu. Puisi-puisi bertema kemanusiaannya menyeberang batasan etnik, batasan agama, tak tersebut saya kerana banyaknya kerana kayanya…Biar sahaja sejarah dalam lipatannya akan dibuka dan terus dibuka. Saya ingin menutup belasungkawa ini dengan satu rangkap dari puisi karangan Allahyarham, Gadis di Kuburan:
 Lari gadis menyembah ke tanahdiiringi sendu menggoncang bahutenang pahlawan dipeluk bumi senyum terakhir tenang tersembunyi. Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Untuk biodata lebih lanjut tentang Usman Awang, sila ke laman rasmihttp://www.tongkatwarrant.com/biodata.htm

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Manja Khani liked this
Dila Fatin liked this
Syazana Azmi liked this
Nailul Shakhira liked this
Rodiah Yah liked this
Chan Jia Min liked this
Rosilawati Waziz liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->