You are on page 1of 18

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

SOALAN : Apakah Yang Perlu Dilakukan Untuk Mereformasikan Pentadbiran Organisasi Anda Berdasarkan Pendekatan Prosedur Struktur Dan Tingkah Laku 1.0 Pengenalan

Sebagai sebuah negara yang membangun, Malaysia telah mencapai kemajuan sosioekonomi yang boleh dibanggakan kerana telah Berjaya membawa hasil pembangunan kepada rakyat yang merdeka. Ekonomi negara tumbuh dengan pesat dari tahun ke tahun berbanding negara lain di rantau ini yang mengalami kadar pertumbuhan yang jauh lebih rendah manakal negara maju mengalami krisis ekonomi yang teruk. Dalam usaha mencapai kejayaan tersebut, banyak faktor yang perlu ditekankan seperti kestabilan politik, tenaga kerja mahir yang baik, kekayaan sumber asli, pembangunan infrastruktur yang kukuh dan sistem perkhidmatan awam yang mantap. Ini selaras dengan usaha kerajaan dalam menuju ke arah negara yang menghasilkan modenisasi ekonomi, sosial, dan anjakan reformasi politik. Reformasi dalam pentadbiran merupakan suatu keperluan yang dapat memberi sumbangan yang berkesan terhadap pembangunan negara. Perkara utama yang diberikan penekanan adalah untuk mencapai sasaran dan objektif yang terkandung dalam dasar serta matlamat pembangunan negara. Wawasan Negara adalah untuk mencapai status negara maju sepenuhnya dari segi intelek, rohaniah dan kebendaan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pencapaian ini memerlukan tindakan dan kerjasama yang penuh keazaman dan kecekapan oleh semua pihak yang terlibat. Kami telah memilih untuk membincangkan mengenai sebuah organisasi awam yang akan dijadikan sebagai rujukan bagi tugasan ini. Organisasi awam tersebut adalah sebuah jabatan kerajaan di daerah Lundu. 2.0 Definisi Reformasi Pentadbiran
1 194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Menurut Kamus Oxford, reformasi pentadbiran adalah mengenai semua pembaikan dalam pentadbiran, membaik pulih keseluruhan pentadbiran dalam keadaan yang sukar, pembaikan-pembaikan yang tertentu dalam perkara yang salah di dalam pentadbiran dan sebarang cadangan yang lebih baik untuk kerajaan. (A.A Hussain, 2010) Bagi Maizatul Haizan sebagai Mahbob (2001) menyifatkan pembaharuan atau

pentadbiran

perubahan,

pemodenan,

pembaikan

pembangunan yang membawa maksud peralihan daripada keadaan atau cara lama kepada keadaan atau cara yang lebih baik. Gerald Caiden (1969) menakrifkan pembaharuan pentadbiran sebagai usaha yang dibuat untuk mendorong perubahan pentadbiran yang ditentang. Usaha tersebut merupakan sebahagian reformasi masyarakat dan perlu dibezakan daripada perubahan pentadbiran yang biasa. Yehezkel Dror (1970-1971) menyifatkan reformasi berkaitan dengan usaha yang menyeluruh dan membawa pembaharuan dan bukannya dengan butir-butir tatacara dalam amalan pentadbiran sehari-hari. Manakala Leemans (1976) menyifatkan reformasi pentadbiran sebagai sebarang reformasi jentera pentadbiran pada peringkatan kerajaan negara dan lebih rendah, oleh itu ia difikirkan sebagai tindakan-tindakan yang terarah. Sementara Hahn-Been Lee (1976) menekankan soal pembaharuan dalam takrifnya tentang reformasinya ialah reformasi dilihat sebagai proses generik atau umum melangkau kesemua peringkat pentadbiran. Ianya pula digarapkan sebagai satu keupayaan yang utama serta dikehendaki untuk mengenal pasti kreativiti dalam matlamat-matlamat pentadbiran . Dalam erti kata lain, reformasi pentadbiran juga boleh didefinisikan sebagai suatu usaha bersepadu untuk membawa perubahan dalam
2 194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

pentadbiran awam demi meningkatkan keupayaan pentadbiran awam dalam mencapai matlamat pembangunan nasional. Berdasarkan definisi yang telah diutarakan, maka pembaharuan

pentadbiran adalah merupakan sesuatu unsur pembangunan yang penting bagi sesebuah negara yang sedang membangun sepertimana pentadbiran organisasi tanpa mengira hala tuju perubahan, masa dan kecepatan.

3.0

Latar Belakang Pejabat Daerah Lundu secara rasminya diiktiraf sebagai Daerah apabila Pegawai

Lundu

Menguasa Daerah yang pertama, iaitu Henry Fitzgibbon Deshon, dilantik pada 22 Jun 1877. Semenjak tarikh itu sehingga hari ini, iaitu dalam tempoh 135 tahun, Lundu sudah mempunyai 44 orang Pegawai Daerah. Pejabat Daerah Lundu merupakan salah sebuah peneraju utama dalam pentadbiran dan pembangunan daerah Lundu. Ia telah wujud semenjak dari zaman pemerintahan Charles Brooke iaitu pada tahun 1877. Ini bermakna Pejabat Daerah Lundu telah wujud selama 135 tahun. Selepas kemerdekaan, pelbagai pencapaian dan pembangunan yang telah dicapai selaras dengan visinya iaitu untuk menjadi Pejabat Daerah yang terbaik dan dicontohi di Sarawak. Kawasan Pentadbiran di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Lundu adalah seluas 16.08 KM Persegi. Ini ditambah lagi dengan misinya iaitu untuk menjadi Pentadbir barisan hadapan yang akan memberi perkhidmatan secara menyeluruh serta bertindak menepati sebagai dasar pemangkin aspirasi pembangunan Kerajaan. Setiap sosio-ekonomi perkhidmatan yang yang dan

dihulurkan dan tindakan yang diambil adalah berlandaskan kecekapan dan keberkesanan dengan penekanan kepada profesionalisme, integriti dan akauntabiliti.

194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Manakala objektif organisasi ini pula adalah untuk memberi perkhidmatan secara menyeluruh ke arah mencapai kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup masyarakat setempat selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk mencapai status Negara Maju menjelang Tahun 2020. 3.1 Carta Organisasi PDL

Rajah 2 : Carta Organisasi PDL

3.2

Perkhidmatan PDL

Jentera pentadbiran kerajaan adalah ditakrifkan sebagai satu sistem yang melaksanakan pembangunan dan memberi kemudahan serta perkhidmatan kepada rakyat. Sistem pentadbiran dan perlaksanaan yang cekap dan berkesan merupakan satu sistem yang dapat menjalankan tanggungjawab dengan teratur, cepat dan ekonomik bagi mencapai matlamat kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat dan negara keseluruhannya. Ini bermakna jentera pentadbiran kerajaan perlu sentiasa menambah keupayaan untuk memainkan peranan yang lebih luas, berat dan mencabar. Bagi memenuhi kehendak rakyat, PDL sebagai salah satu saluran perkhidmatan daripada kerajaan telah berusaha untuk memberi
4 194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

yang terbaik bagi memuaskan hati pelanggan yang berurusan dengan PDL. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh PDL adalah seperti permohonan pendaftaran anak angkat, pendaftaran nama-nama perniagaan, permohonan hak milik senapang patah, permohonan permit membeli peluru, permohonan pindah hak milik tanah, permohonan lesen kutipan derma awam, pendaftaran dan pengeluaran surat kuasa pentadbir harta pusaka, perkhidmatan atas talian kami dan perkhidmatan mobile kami. Perkhidmatan-perkhidmatan ini telah melalui proses pembaharuan dan pembaikan yang mana ia telah membantu meningkatkan prestasi organisasi dengan lebih terurus dan sistematik. 4.0 Perubahan Struktur & Prosedur

Pembaharuan struktur dalam sesebuah organisasi juga mewujudkan kerangka asas yang mana pelbagai kedudukan dan bahagian yang berfungsi itu dihubungkaitkan antara satu sama lain. Objektif utama perubahan struktur adalah termasuk untuk mengurangkan pertindihan fungsi, mengkaji semula tanggungjawab, mengurangkan kuasa kawalan dan menyusun semula organisasi dan intitusi. Pembaharuan struktur berkesan dalam 2 bentuk organisasi iaitu tradisi & moden. Ia telah diperkenalkan oleh Max Weber (ideal-type of Weber). Perkhidmatan Awam Malaysia menggunakan banyak ciri organisasi yang unggul namun tiada persamaan yang dominan kerana : i) Ia bertindak untuk merekrut kakitangan yang berpendidikan dan berkelayakan dengan fungsi umum dan ini akan mengkhususkan lagi peranan mereka. ii) Tindakan bebas diwakilkan kepada pegawai lebih rendah sementara pengawasan dan kawalan yang dilaksanakan oleh pihak autoriti yang lebih tinggi.
5 194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

iii) Pemilihan calon untuk memasuki Perkhidmatan Awam berdasarkan kepada tidaklah didasarkan kepada kecekapan teknikal dan kelulusan semata-mata tetapi juga berdasarkan kepada kriteria yang bersifat askriptif. iv) Fungsi pembuatan keputusan bertambah penting apabila seorang pegawai awam itu berada di kedudukan yang lebih tinggi. v) Penekanan akauntabiliti meyumbang kepada percambahan peraturan-peraturan, undang-undang dan prosedur-prosedur. vi) Pengurangan fungsi yang samar dan bertindih. vii) Penafsiran semula tanggungjawab. viii) Pengurangan jangkaan kawalan. ix) Merekabentuk semula organisasi x) Pembaharuan struktur biasanya dilakukan oleh pemimpin politik untuk memperkukuhkan negara dan kedudukan mereka. xi) Pembaharuan Prosedur biasanya berlaku diperingkat rendah melibatkan amalan rutin dalam pentadbiran.
(www.repo.uum.edu.my)

kelulusan

teknikal

yang

ditentukan

oleh

peperiksaan,

temuduga dan lain-lain kriteria. Walau bagaimanapun pemilihan calon

4.1

Fungsi - Fungsi Utama PDL

Sepertimana Pejabat-pejabat Daerah lain di Sarawak, fungsi Pejabat Daerah Lundu adalah serupa. ini kepada 5 seperti berikut:
6 194542 195192 193261 194725 194707

Namun, dari segi pendekatan

pengurusan Pejabat Daerah Lundu membahagikan fungsi-fungi utama

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Rajah 1 : Fungsi fungsi utama Pejabat Daerah Lundu

a) Projek dan Pembangunan Fungsi merancang, pembangunan ini adalah berkenaan pengurusan khususnya

melaksana, memantau dan menilai projek-projek dalam aspek-aspek seperti berikut :

i) Projek-projek Kecil Infrastruktur ii) Projek-projek infrastruktur pembasmian kemiskinan iii) Geran daripada Wakil-wakil rakyat iv) Penilaian projek serta kontraktor v) Input keperluan projek pembangunan berskala besar

b) Pembangunan Komuniti Fungsi ini memberi tumpuan kepada penglibatan komuniti melalui pendekatan empowerment (menyerahkan kuasa kepada seseorang untuk bertindak bagi pihak pengurusan atau organisasi) kepada pemimpin-pemimpin akar umbi dan terutama sekali di dalam aspek pembasmian kemiskinan.

Fungsi ini melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan


7 194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

dan penilaian program-program dan aktiviti yang berkaitan dengan : i) Pendaftaran Ketua Isi Rumah Miskin (KIRM) di dalam sistem e-Kasih ii) Memastikan integriti data dan maklumat di dalam sistem e-Kasih iii) Focus Group Daerah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) iv) Skim Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Program 1AZAM v) Program-program pembangunan sosial c) Mahkamah dan Fungsi Statutori Fungsi ini adalah berdasarkan penurunan kuasa oleh Ordinan tertentu kepada Pegawai Daerah dan antara yang terpenting adalah berkaitan dengan: i) Pentadbiran Harta Pusaka ii) Anak Angkat iii) Pendaftaran Nama-nama Perniagaan iv) Akta Mahkamah Rendah 1972 v) Kanun Acara Jenayah, terutama sekali Seksyen 117 vi) Mahkamah Adat Negeri vii) Kanun Tanah Negeri d) Hal Ehwal Korporat Selaras dengan aspirasi untuk mengubah pendekatan

pentadbiran organisasi kepada pengurusan organisasi, maka fungsi Hal Ehwal Korporat diwujudkan untuk mengurus aspekaspek berikut:-

194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix)

Pelan Strategik termasuk Key Focus Area (KFA) dan Key Perfomance Index (KPI) Aktiviti-aktiviti Pengururan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan Inovasi Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia Pembangunan organisasi Media dan Hubungan Korporat Khidmat Pelanggan Ketua Masyarakat dan hal ehwal komuniti Hubungan antara Jabatan dan Agensi Kerajaan dan Majlis/Acara Rasmi & Perayaan.

e) Pentadbiran dan Akaun Fungsi ini memainkan peranan sebagai tonggak kepada keempat-empat fungsi yang telah dinyatakan seperti di atas, khususnya di dalam menyediakan perkhidmatan sokongan dalam aspek-aspek seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Pengurusan Sumber Manusia Penyediaan serta mengawalselia peruntukan dan akaun Urusan perolehan dan pembayaran Pengurusan Aset dan Inventori Keselamatan dan sekuriti kemudahan dan dokumen serta Penyelenggaraan aset dan kemudahan Pengurusan Bencana

Berhubung dengan fungsi-fungsi di atas, maka Pejabat Daerah Lundu (PDL) telah melalui pembaharuan pentadbiran dari segi pembaharuan struktur. Pembaharuan struktur dalam organisasi ini telah mewujudkan kerangka asas iaitu pelbagai kedudukan dan bahagian
9 194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

yang berfungsi itu dihubungkaitkan antara satu sama yang lain. Secara tidak langsung, sedikit sebanyak ia telah membantu dalam mengurangkan kos pentadbiran disamping bertanggungjawab memperbaiki prosedur-prosedur organisasi.
(http://www.lundudo.sarawak.gov.my)

5.0

Pembaharuan Tingkahlaku

Herbert Kaufman menakrifkan bahawa pembaharuan tingkah laku adalah memindahkan kelakuan manusia ke dalam organisasi. penting untuk pembangunan sesebuah negara. Sementara itu, praktiknya menurut Arthur Lewis pula adalah ia dianggap sebagai satu syarat yang Secara rancangan pembangunan adalah sukar sehinggalah sesebuah negara itu menubuhkan sebuah perkhidmatan awam yang mampu melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan. Pembaharuan kelakuan boleh diklasifikasikan kepada dua dimensi iaitu pembaikan personel dan pembaikan kelakuan atau sikap peronel. Bagi pembaikan personel, ia menekankan kepada kepentingan kebajikan pekerja dalam perkhidmatan awam itu sendiri seperti kemudahankemudahan pekerja termasuklah latihan staff, pelajaran dan kenaikan pangkat. Sementara itu, pembaikan kelakuan atau sikap personel pula adalah ia lebih mementingkan pembaikan kelakuan pegawai-pegawai perkhidmatan awam dari segi nilai, kepercayaan, sikap dan tindakan individu-individu itu. Seiring dengan perubahan sikap dan kelakuan pegawai-pegawai itu, maka dengan ini diharap kecekapan, keberkesanan dan produktiviti dapat ditingkatkan. Melalui perubahan tingkahlaku dan sikap kakitangan awam, ia secara automatik akan memberi kesan kepada pekerjaan mereka. 5.1 Pembaikan Sikap Personel

10

194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Menurut Kamus Ensiklopedia Psikologi sikap dianggap sebagai bentukdalam bentuk kelakuan yang diterima, yang mana diperkenalkan analisis kelakuan sosial sebagai pembinaan hipotesis bagi atau mengenal pasti pembolehubah- pembolehubah kelihatan di dalam keadaan yang sama.

menghitung kelakuan yang

Manakala Kamus Sains Kelakuan pula mendefinisikan sikap itu sebagai konsisten objek sesuatu yang diketahui atau dipelajari untuk bertindak secara dalam sesuatu keadaan terhadap orang-orang tertentu, objekatau konsep-konsep. Pendekatan kelakuan boleh diklasifikasikan kepada dua model utama Strategi Strategi iaitu Strategi Manupulatif dan Strategi Penukaran Nilai. Manipulatif telah diperkenalkan oleh Kurt Lewin, manakala Penukaran Nilai pula diperkenalkan oleh Argyris.

Strategi Manipulatif lebih menekankan mengenai bagaimana hendak mendorong manusia melakukan perkara yang diinginkan dan memanipulasi pekerja agar menyertai dan melakukan tujuan atau matlamat perubahan organisasi. Terdapat beberapa ciri-ciri utama Model Penukaran Nilai iaitu : i) Nilai birokrasi dalam organisasi moden dengan mengabaikan hubungan kemanusiaan kecuali aspek-aspek yang membantu menggilap objektif-objektif organisasi. Sementara kelakuan manusia adalah rasional dan perasaan yang bersifat personel adalah tidak sah. Begitu juga dengan ukuran-ukuran pengaruh berdasarkan kepada paksaan dan kawalan.

ii)

Input-input (nilai) birokrasi membawa kepada hubungan yang tidak sah, ketidakcekapan hubungan antara perseorangan dan pengurangan mutu output (keputusan)
11 194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

iii)

Empat langkah penukaran nilai iaitu memfokuskan kumpulan eksklusif ke atas nilai-nilai mereka, mewujudkan sesi maklumbalas, merancang serta melaksanakan latihan dan menghasilkan latihan selari atau tidak selari dengan matlamat organisasi.

Dalam konteks negara Malaysia, kerajaan cuba menghapuskan beberapa nilai dan sikap negatif di dalam pentadbiran awam dengan memperkenalkan sikap-sikap dan nilai-nilai baru dalam usaha untuk mencapai keberkesanan dan kecekapan. Nilai ketimuran diperkenalkan dengan pendekatan budaya kerja

Jepun seperti kepimpinan melalui tauladan, persyarikatan Malaysia, penswastaan, konsep kerajaan bersih, cekap dan amanah, anugerah perkhidmatan cemerlang, amalan 5S dan sebagainya.

6.0

Pembaharuan Tingkah Laku bagi PDL bersama dalam PDL,

Melalui nilai yang ditekankan organisasi

12

194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

terdapat tujuh kriteria yang diketengahkan. Antaranya adalah seperti berikut :

Rajah 2 : Nilai Bersama PDL

Pencapaian Visi dan Misi sesebuah organisasi banyak bergantung kepada ciri-ciri pengurusan serta budaya yang diamalkan. Dalam aspek ini, PDL menetapkan agar satu set nilai harus ditanam dan diterimapakai oleh setiap anggota organisasi. Satu set nilai ini adalah nilai bersama yang didokong oleh anggota organisasi, PDL : i) Menyeluruh Memberi perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh, bahkan sanggup walk the extra mile untuk kepuasan dan kebaikan semua pelanggan di samping peka terhadap keperluan mereka. ii) Cekap Cekap di dalam memberi perkhidmatan dan bantuan serta menyelesaikan tanggungjawab dalam masa yang ditentukan dan dengan sumber yang sedia ada. iii) Berkesan

13

194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Memberi perkhidmatan yang berkesan untuk mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan di samping peka terhadap keperluan, perubahan semasa. iv) Profesional Bertindak dengan penuh komitmen berdasarkan peraturan dan panduan yang sedia ada dengan kepekaan terhadap keperluan dan keadaan semasa. v) Integriti Melaksanakan tugas, tanggungjawab dan kuasa yang ada dengan jujur, adil dan saksama. vi) Akauntabiliti Bertanggungjawab ke atas segala tindakan yang diambil dan keputusan yang dibuat. vii) Kerja Berpasukan Menggembleng tenaga, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dengan sikap bertolak ansur, sifat setiakawan dan muafakat untuk melaksanakan misi dan mencapai visi organisasi. 7.0 Pencapaian PDL

Reformasi yang dijalankan dari segi struktur dan tingkah laku melibatkan usaha seluruh sistem di samping usaha khusus seperti penambahbaikan pada subsistem pentadbiran dan latihan personel. Sesetengahnya membawa kepada pembaharuan, dan ada pula yang bersifat penyesuaian. Perkhidmatan Awam mengalami pelbagai perubahan dan pembaharuan. Ia terbukti dengan pembentukan dasar-dasar seperti Dasar Pandang ke Timur, Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran, Konsep

14

194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Pensyarikatan diperkenalkan.

Malaysia,

dan

Dasar

Penswastaan

yang

telah

Begitu juga dengan Pejabat Daerah Lundu yang telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Pejabat Daerah di dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2010. Anugerah telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 30 November 2011 sempena Perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam. Kemenangan ini menjadi lebih bermakna apabila Majlis Daerah Lundu juga dinobatkan sebagai Johan Kategori Majlis Daerah Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2010. Selain daripada itu, pencapaian terbaharu PDL adalah menjuarai

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dengan tajuk projek 'Penambahbaikan Kaedah Pelaksanaan Projek Program Bantuan Rumah (PBR) Baikpulih' di Mini Konvensyen anjuran Pentadbiran Bahagian Kuching. Ia merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan kerana PDL

merupakan salah satu agensi perkhidmatan awam yang memberi kerjasama padu kepada kerajaan untuk melaksanakan reformasi bagi menuju Wawasan 2020.

8.0

Kesimpulan

Selepas kemerdekaan tidak banyak yang dilakukan terhadap perubahan pentadbiran awam. Jika adapun ia hanya dilakukan secara ad-hoc dan
15 194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

berkesan untuk tempoh tertentu sahaja. Pembaharuan dalam pentadbiran amat diperlukan oleh kerajaan semasa terlibat secara langsung dalam proses pembangunan negara. Dengan perkembangan ini, peranan perkhidmatan awam telah berubah. Peranan perkhidmatan awam bukan sekadar menjaga keamanan dan ketenteraman rakyat melalui penguatkuasaan, peraturan dan undangundang, tetapi ia juga sebagai pemangkin dan ejen pembangunan dan perubahan, perancangan dan pelaksana pembangunan serta peneraju dalam mencapai matlamat dan objektif negara. Reformasi pentadbiran yang berlaku di Malaysia adalah didorong oleh faktor dalaman dan luaran. Salah satu pemangkin kepada reformasi pentadbiran awam di Malaysia disebabkan oleh kemajuan teknologi maklumat. Sebagai contoh, zaman penggunaan mesin taip kepada komputer, pengenalan email, facebook dan lain-lain jaringan maklumat. Aspirasi, harapan dan permintaan rakyat juga meningkat unjuran peningkatan taraf pendidikan yang tinggi. Pembaharuan struktur yang berlaku mendorong kepada pembaharuan prosedur yang bertujuan memudahkan kerja-kerja pentadbiran. Sehubungan itu, setiap agensi kerajaan seperti PDL berupaya menjalankan fungsinya secara khusus dan berkerjasama dengan agensi lain bagi mencapai matlamat pembangunan. Kerajaan tersebut memberi lebih ruang kepada kerajaan membabitkan diri dalam pentadbiran yang mencakupi pembangunan ekonomi dan sosial. Pembabitan kerajaan secara meluas ini menyebabkan struktur organisasi pentadbiran berubah yakni menjadi lebih besar melalui proses pembinaan institusi dan penubuhan pelbagai perbadanan awam. Konsep pentadbiran kerajaan besar sebagai agen pembangunan negara yang diamalkan sebelum ini amat berat untuk diteruskan oleh kerajaan. Ini kerana pihak kerajaan tidak mempunyai sumber kewangan, negara mengalami pertambahan penduduk yang pesat, keinginan rakyat yang tinggi dan masalah organisasi yang semakin tidak terurus.
16 194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Pada masa yang sama, kerajaan juga berhasrat untuk membuka peluang kepada pihak swasta mengurus dan mentadbir pembangunan negara. Kerajaan berpendapat pihak swasta mampu untuk mengurus sebahagian sumber negara dengan cekap di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Langkah kerajaan ini telah membawa negara ke arah penswastaan pentadbiran. Justeru itu, PDL telah berusaha untuk melakukan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti dan perkhidmatan mereka. Selain daripada memberi perkhidmatan seperti yang telah disenaraikan sebelumnya, PDL juga turut memberi peluang kepada syarikat-syarikat luar untuk bekerjasama dalam usaha untuk berkhidmat kepada masyarakat. Antaranya seperti dengan memberi syarikat-syarikat swasta kontrak untuk memperbaiki berkaitan infrustruktur-infrustruktur kerajaan ataupun perkara yang

dengan kebajikan masyarakat setempat. Dengan kaedah ataupun cara ini, maka tanggungjawab dan beban yang dipikul oleh PDL itu sendiri dapat dikurangkan. Malahan tanggapantanggapan negatif sesetengah rakyat mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan dapat juga disangkal dengan adanya inisiatif seperti ini. Sebelum ini, banyak kritikan yang dilontarkan kepada kerajaan khususnya yang melibatkan mengenai pengurusan-pengurusan dalaman kerajaan. Antara kritikan yang sering dilemparkan kepada pentadbiran awam ialah organisasi awam terlalu terikat dengan undang-undang, peraturan dan prosedur, pembahagian autoriti adalah secara formal, pelbagai dan melambatkan proses membuat sesuatu keputusan, aktiviti awam terlalu teliti dan terikat dengan pengaruh politik serta agen tidak formal seperti media dan kumpulan pendesak, mempunyai matlamat yang tidak jelas dan sukar untuk diukur, mempunyai matlamat politik dan bukan bermatlamatkan keuntungan serta kecekapan dan memonopoli barangan dan perkhidmatan serta tidak tertakhluk kepada pengaruh pasaran.

17

194542 195192 193261 194725 194707

GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Namun begitu, semenjak kemerdekaan sehinggalah ke saat ini , ternyata rakyat semakin memahami akan peranan perkhidmatan awam dalam mentadbir negara. Tanggungjawab utama sektor awam adalah untuk membentuk satu persekitaran atau suasana yang sesuai sebagai pemangkin dalam menggalakkan dan mendorong bagi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Bagi sektor swasta pula, peranannya sebagai jentera utama dan barisan hadapan pembangunan ekonomu. Maka ia hendaklah kukuh, dinamik, cekap dan tanpa pergantungan dalam usaha-usaha ekonomi mereka. Kesimpulannya, untuk kebaikan semua pihak, kedua-dua pemangkin negara ini haruslah bergabung dan bekerjasama bagi mencapai objektif untuk kemajuan dan pembangunan negara. Tanpa salah satu dari pemangkin-pemangkin ini, amatlah mustahil untuk sesebuah negara mencapai apa-apa bentuk kemajuan mahupun pembangunan dan sekaligus akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa keadaan.

18

194542 195192 193261 194725 194707

You might also like