You are on page 1of 7

KERTAS KERJA PELETAKHAKAN TANAH WAKAF: MENDEPANI CABARAN SEMASA

TUJUAN
1.

Kertas kerja ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Majlis Agama Islam Negeri dan Pendaftar dan Pentadbir Tanah mengenai peletakhakan tanah berimilik yang telah diwakafkan oleh tuanpunya tanah kepada Majlis Agama Islam Negeri sebagai langkah berkesan untuk mengatasi masalah ketuanpunyaan tanah wakaf dan pembangunan di atas tanah tersebut.

LATAR BELAKANG
2.

Pemilikan adalah perkara pokok di atas sekeping tanah. Khalifah Umar alKhattab RA pernah mengutus wakilnya ke Kuffah bagi menyelesaikan masalah pemilikan tanah di daerah itu selepas negara tersebut jatuh di bawah pemerintahan Islam di zaman Baginda. Baginda telah mengitiraf pemilikan tanah didaerah itu. Baginda mengenakan cukai mengikut apa jenis tanaman yang di tanam diatas tanah. Pemilikan tanah di ukur bagi menentukan sempadan masing- masing.

3.

Prinsip perundangan tanah di Malaysia berdasarkan Sistem Torrens dan mempunyai persamaan dengan garis pemilikan oleh Baginda Umar alKhattab RA. Hakmilik yang tidak boleh disangkal dan hak- hak tuan tanah adalah merupakan tiang utama prinsip pemilikan tanah di Malaysia. Perkara ini telah di nyatakan dalam sek 92 Kanun Tanah Negara:
92. Indefeasibility of final title, and rights of dealing etc. (1) The alienation of State land to any person or body under final title shall confer on that person or body a title to the land which shall be indefeasible as provided in Part Twenty. (2) The rights exercisable by any person or body to whom State land has been alienated under final title shall include the following-

(a) the right (subject to the provisions of this Act and to any restriction in interest to which the land is for the time being subject) to sub-divide or partition the land , or amalgamate it with other land , in accordance with the provisions of Chapters 1 to 3 of Part Nine; (b) the right (subject as aforesaid) to sub-divide any building thereon in accordance with the provisions of Chapter 4 of Part Nine; (c) the right (subject as aforesaid) to effect transfers, leases, charges, surrenders, and any other dealings permitted under Division IV; and (d) the right (subject as aforesaid, and subject also to the provisions of his personal law and of any other law for the time being in force relating to the disposition or devolution of property on death) to dispose of the land , or any undivided share therein, by will. 4.

Adalah jelas, melalui peruntukan di atas, tuanpunya tanah sahaja yang berhak untuk membangun tanah seperti mendirikan bangunan, memajak, menggadai memindah milik atau menurun milik. Oleh hal demikian adalah penting Majlis Agama Islam Negeri mendapatkan hak pemilikan diatas tanah wakaf.

KEPERLUAN TANAH WAKAF


5.

PENYERAGAMAN

KAEDAH

PELETAKHAKAN

Penyeragaman

kaedah

peletakhakan

berkanun

tanah

wakaf

akan

memudahkan Majlis Agama Islam Negeri dan Pendaftar dan Pentadbir Tanah mendaftar semua tanah wakaf di atas nama Majlis Agama Islam Negeri sesuai dengan kehendak Enakmen Wakaf Negeri atau Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.
6.

Dengan terdaftar dalam dokumen hakmilik, Majlis Agama Islam Negeri Sebagai Pemegang Amanah Tunggal, maka hak ketuanpunyaan tanah tersebut telah berpindah dari pemilik asal dan juga sebagai pewakaf kepada Majlis berkenaan. Dengan demikian tanah- tanah dapat di maju mengikut kehendak wakaf tersebut, apatah lagi tanah yang berpotensi dapat di majukan secara bijak dan terancang. Keadaan ini dapat menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi ummah malah berupaya merubah minda ummat Islam dalam pemahaman mengenai tanah wakaf dan kesyumulan pembinaan insan Rabbani yang berlaku pada zaman kegemilangan Islam.

HALANGAN KEPADA PENDAFTRAN TANAH WAKAF DALAM HAKMILIK


7.

Buku Manual Pengurusan Peletakhakan Tanah Wakaf telah menyenaraikan terdapat beberapa halangan pendaftaran tanah wakaf dalam hakmilik iaitu:
a. Pewakaf telah meninggal dunia, b. Hakmilik atas nama Penghulu/ Kadi yang telah meninggal dunia, c. Wakaf lisan tanpa sokongan dokumen, d. Tanah di atas mana pemegang amanah lain, e. Tanah pertanian kurang dari 2/5 h, dan f.

Keengganan waris melepaskan pemilikan diatas tanah yang ada elemen keagamaan.

SIAPAKAH TUANPUNYA TANAH


8.

Mengikut seksyen 5 KTN: tuanpunya ertinya mana- mana orang atau badan yang buat masa itu yang didaftarkan sebagai tuanpuya mana- mana tanah berimilik. Pendaftaran nama di atas dokumen hakmilik boleh di atas nama:
a. Individu atau badan, b. individu atau badan sebagai pemegang amanah atau c. wakil atau wakil- wakil diri akibat kematian.

9.

Pendaftaran nama di atas boleh di lakukan dengan cara:


a. Urusniaga b. Pendaftaran sebagai pemegang amanah melalui Perintah Mahkamah atau

Pentadbir Tanah, atau


c. Peletakhakan statutori.

PELETAKHAKAN STATUTORI
10.

Peletakhakan statutori dalam KTN bertinya: "statutory vesting" means a vesting effected by any written law(a) of any registered interest in land or any registerable interest in land, whether or not under the provision effecting such vesting any instrument of transfer or any other instrument, whether specifically described or not, is required to be presented to the Registrar in order to give effect to such vesting; or (b) which has the effect of vesting in the transferee any other right or entitlement whatsoever in relation to any land which was the right or entitlement of the transferor, regardless of the words or expressions used in the written law in relation to such vesting, and regardless whether or not such words or expressions include the word "vesting" or "transfer";

11.

Walau pun demikian, sesaorang penerima pindahan atau sesaorang yang berhak disisi undang- undang untuk berbuat demikian bagi pihaknya, hendaklah memohon kepada Pendaftar atau Pentadbir Tanah untuk didaftarkan di atas nama penerima pindahan tersebut. Definasi penerima pindahan dalam KTN ialah: "transferee" means the person in whose favour a statutory vesting is effected

12.

Pendaftar atau Pentadbir Tanah hendaklah apabila menerima permohonan dari penerima pindahan hendaklah mendaftar kepentingan berdaftar mengenai tanah atau kepentingan yang boleh di daftarkan walau apa pun yang tidak bersesuaian dengannya, atau berlawanan dengannya, yang terkandung dalam Bahagian Empat Belas KTN.

13.

Dengan demikian Borang 30A atau Borang 30B KTN tidak terpakai dalam kes tanah wakaf kerana borang- borang tersebut digunakan untuk peletakhakan kepada penerima pindahan secara mutlak dan bukan sebagai pemegang amanah.

14.

Dalam konteks wakaf, penerima pindahan ialah Majlis Agama Islam Negeri Sebagai Pemegang Amanah Tunggal mengikut Enakmen Wakaf atau Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri berkenaan. Pemilikan tanah atau kepentingan oleh Majlis Agama Islam Negeri adalah tidak mutlak kerana pemilikannya

Sebagai Pemegang Amanah Tunggal mengikut Enakmen berkenaan dan melaksanakan kehendak pewakaf.
15.

Sebagai contoh: sek 32 Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999, telah menetapkan hak Majlis sebagai pemegang amanah tunggal seperti berikut: 32. Majlis Sebagai Pemegang Amanah Tunggal. Walau apa pun apa-apa jua peruntukan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh sesuatu wakaf, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf, sama ada am atau khas, yang terletak di dalam Negeri Selangor.

PELETAKHAKAN TANAH DI BAWAH SEKSYEN 416C KTN


16.

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Kementeian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengeluarkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil 8/1999 bagi menggalak dan mempercepatkan urusan pindahmilik (peletakhakan) tanah kepada Majlis Agama Islam Negeri bagi mengatasi kesulitan yang mungkin timbul cara pindahmilik melalui Borang 14A atau serah balik dan pohon milik oleh Majlis. Peletakhakan ini berdasarkan peruntukan- peruntukan peletakhakan dalam Enakmen Negeri masing- masing.

17.

Tiada borang permohonan yang ditetapkan dalam Kanun Tanah Negara bagi tujuan peletakhakan ini. Pendaftar atau Pentadbir Tanah setelah menerima permohonan tersebut dibahagian kaunter, akan membuat kemasukkan dan seterusnya mencetakan dokumen verifikasi diperingkat kemasukkan.

18.

Pendaftar

atau

Pentadbir

Tanah

memutuskan

untuk

melaksanakan

peletakhakan sekiranya bersesuaian dengan peruntukan undang- undang. Jika sebaliknya, Pendaftar atau Pentadbir Tanah menolak dan memaklumkan kepada pemohon.
19.

Pihak Majlis juga hendaklah menyatakan bahawa tanah yang terlibat bebas dari sekatan- sekatan peletakhakan tanah wakaf seperti ditetapkan oleh Enakmen Negeri berkenaan.

20.

Pendaftar atau Pentadbir Tanah hendaklah mengendos dalam DHDK berkenaan hak Majlis dalam hal di mana ia berpuashati bahawa peletakhakan telah berkuatkuasa [Sek. 416C(1) dan (2) KTN] dan seterusnya menandatangani dan memeteraikan memorial peletakhakan tersebut.

21.

Keputusan dibuat oleh Pendaftar dan mencetak DHDK dan DHKK. Peletakhakan akan menggantikan nama ketuanpunyaan tanah yang terlibat dengan nama Majlis. Peletakhakan Berkanun ini akan dicetak di DHDK/DHKK.

KEDUDUKAN WAKAF DALAM KANUN TANAH NEGARA


22.

Pentadbiran tanah wakaf mempunyai kedudukan yang istimewa dalam KTN seperti seksyen 4(2) KTN menyatakan: 4(2) Kecuali setakat mana yang di peruntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa jua dalam Akta ini hendaklah menyentuh peruntukkan- peruntukkan--(e) mana- mana undang-undang buat masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan

wakaf atau bait-ul-mal:


23.

Pengertian wakaf telah diberi dalam seksyen 5 KTN: Amanah tidak termasuk wakaf yang diwujudkan selaras dengan prinsip-prinsip hukum syarak;

24.

Oleh itu, pentadbiran tanah wakaf mempunyai undang-undang dan tatacara tersendiri dan di kanunkan selaras dengan prinsip-prinsip hukum syarak. Wakaf bukan amanah dan tidak boleh di uruskan sebagai pemegang amanah di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] dan peruntukan pemegang amanah dalam KTN. Oleh hal yang demikian apa- apa peruntukan dalam Enakmen berkaitan dengan wakaf adalah terpakai dan mengatasi KTN.

25.

Sehingga kini hanya ada 3 negeri sahaja yang mempunyai Enakmen Wakaf tersendiri, iaitu:
a. Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999 b. Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005

c. Enakmen Wakaf (Negeri Negeri Sembilan) 2005 26.

Sementara negeri- negeri lain, peruntukan wakaf hanya terdapat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri berkenaan yang sudah tentu tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk memohon peletakhakan kepada Majlis.

KESIMPULAN
27.

Wakaf merupakan bidang kuasa Negeri di bawah Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan. Perkara 74 Perlembagaan telah memperuntukkan bahawa Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenai perkara dalam senarai tersebut. Oleh itu adalah lebih teratur jika pengurusan tanah wakaf di tadbirkan melalui Enakmen Wakaf Negeri yang tersendiri bagi memastikan pendaftaran pemilikan tanah wakaf mengikut Hukum Syarak

28.

Di bawah KTN, tuanpunya tanah mempunyai hak yang tidak boleh disangkal bagi menjaga pemilikannya diatas tanah tersebut. Hak- hak untuk mengadakan urusniaga seperti pindahmilik, pajakan atau gadaian atau hak pembangunan di atas tanah tersebut telah di beri secara eksklusif kepada tuanpunya tanah. Hak ketuanpunyaan tersebut di perolehi melalui satu pendaftaran. Oleh itu adalah penting Majlis Agama Islam Negeri mendapatkan hak ketuanpunyaan tersebut berhubung dengan tanah wakaf sebelum melaksanakan pembangunan diatas tanah wakaf.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Putrajaya Tarikh: 24 April 2012.

You might also like