You are on page 1of 26

SINOPSIS

KERTAS SEMINAR TRANSFORMASI PERLETAKHAKAN TANAH WAKAF-2012 PEMERKASAAN PEMILIKAN TANAH WAKAF: PENGALAMAN MUIP ``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````` Oleh: YDH. Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Amalan Pendaftaran tanah wakaf di Majlis Agama Islam dan di Pentadbiran Tanah Negeri seringkali didapati tidak memenuhi kehendak dan keperluan penjagaan wakaf hartanah secara sepatutnya, sama ada dari segi Hukum Syarak mahupun dari sudut undang-undang tanah sendiri. Antara lain ia berpunca dari empat faktor utama; Kurang kemahiran mengenai peraturan wakaf dan pentadbiran tanah di kedua belah pihak, masalah pentadbiran, masalah kepatuhan, dan masalah perundangan itu sendiri. Kesemua ini perlu diatasi untuk memperkemas dan menjaga kepentingan penyimpanan rekod dan kesinambungan wakaf hartanah. Cara-cara yang sering digunakan untuk mendaftar tanah wakaf untuk projek keagamaan ialah melalui penyerahan balik kepada Kerajaan (12A dan 12B), perezaban, dan kurang menggunakan pindahmilik melalui Borang 14A atau perletakhakan melalui Seksyen 416C. Oleh itu adalah disyorkan supaya diperkemaskan penyimpanan rekod di Majlis Agama Islam Negeri termasuk langkah yang lebih proaktif dalam menangani isu tanah wakaf, termasuk penggunaan sistem berkomputer, perlantikan Jurukur Berlesen bagi menyediakan pelan warta ,dan supaya Pentadbiran Tanah menggunapakai kaedah yang telah di tentukan mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang telah dikeluarkan oleh pihak yang berwajib. Disarankan juga supaya diadakan dialog berterusan di antara Agensi Agama Islam seperti JAWHAR dan MAIN dari suatu pihak dan Pentadbiran Tanah seperti JKPTG dan Pentadbir Tanah di Negeri, supaya perundangan dan peraturan dapat diselaraskan dengan kehendak dan garisan Hukum Syarak. Perkara-perkara yang lain yang melibatkan pemilikan umat Islam yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan wakaf harus diberi perhatian supaya diselaraskan dengan keperluan Hukum Syarak melalui arahan pentadbiran, perubahan dasar serta pindaan undang-undang di mana perlu, serta dengan memilih mekanisma yang berkaitan dan yang berkesan dari segi perundangan tanah untuk menguatkuasakannya.

KERTAS SEMINAR TRANSFORMASI PELETAKHAKAN TANAH WAKAF PEMERKASAAN PEMILIKAN TANAH WAKAF: ISU-ISU BERKAITAN TANAH WAKAF DAN PENEMUAN-PENEMUAN OLEH MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG Oleh : YDH. Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

1.

TUJUAN 1.1. Tujuan kertas ini ialah bagi menerangkan secara ringkas mengenai amalan-amalan dan prosedur yang digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan pihak Pentadbiran Tanah Negeri dalam menyimpan rekod dan mendaftarkan tanah wakaf dengan rujukan khas kepada amalan di Negeri Pahang dengan harapan: 1.1.1. mencari penyelesaian bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pendaftaran di Majlis Agama Islam dan di Pentadbiran Tanah, 1.1.2. menyeragamkan serta 1.1.3. supaya langkah penyesuaian dan penambahbaikan segera diambil bagi menyelaraskan peraturan, dasar dan perundangan tanah khususnya tanah wakaf dan amnya tanah baitulmal dan tanah pegangan orang Islam agar selaras dengan kehendak hukum syarak, sesuai dengan semangat dan roh komitmen kepada Islam sebagaimana digariskan dalam pepatah Melayu adat bersendi hukum, hukum bersendi Kitabullah; syarak mengata adat memakai. proses, peraturan dan perundangan mengenainya dalam sistem Pentadbiran Tanah Negeri-negeri,

2.

ANDAIAN 2.1. Saya mengandaikan bahawa penemuan saya ini tidaklah semestinya sama bagi semua negeri-negeri kerana mungkin beberapa langkah penambahbaikan telah diambil oleh negeri masing-masing untuk mengatasi isu-isu pendaftaran tanah wakaf, keranaPentadbiran Tanah adalah di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Dalam masa yang terhad saya juga tidak sempat untuk meninjau amalan-amalan pendaftaran tanah wakaf di negeri-negeri lain. Kertas kerja ini merujuk kepada Pentadbiran Tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) yang terpakai di Semenanjung Malaysia (kerana Negeri Sabah dan Negeri Sarawak masing-masing mempunyai undang-undang tanah mereka sendiri). (KTN No.56 Tahun 1965 merupakan Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang tanah, pemegangan tanah, pendaftaran hakmilik tanah dan urusniaga mengenainya serta kutipan hasil dalam Negeri-negeri Tanah Melayu dan Wilayah Persekutuan, di bawah peruntukan Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Pesekutuan). Oleh kerana Perundangan Tanah di Negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu adalah berasaskan Kanun Tanah Negara 1965 maka saya percaya penemuanpenemuan ini serta syor-syor yang diberikan adalah perkara yang relevan kepada Pentadbiran Tanah mereka.

3.

TAARIF WAKAF 3.1. Wakaf dalam pengertian umum bermakna berhenti atau tetapnya sesuatu dalam keadaan semula. memberi manfaat bagi kebaikan dan redhanya. masyarakat. Menurut istilah Syarak ialah Hal ini berdasarkan ketentuan memindahkan hakmilik peribadi menjadi milik sesuatu badan yang agama dengan tujuan taqarub kepada Allah SWT untuk mendapatkan Mewakafkan harta benda jauh lebih besar pahalanya daripada bersedekah biasa kerana sifatnya kekal dan manfaatnya pun lebih besar. Pahalanya akan terus mengalir kepada

pewakaf walaupun ia telah meninggal dunia. (Kamus Istilah Fiqh-M.Abdul Mujieb dll. Advance Publication). 3.2. Rukun Wakaf terbahagi kepada: 1. 2. 3. 4. Orang yang memberikan wakaf (waqif); Orang yang menerima wakaf (Al-mauquf alaih); Barang yang diwakafkan (Al-mauquf); Ikrar (shighat) penyerahan wakaf kepada badan atau orang tertentu. 3.3. Syarat wakaf: 1. 2. 3. 4. 5. Pemberi wakaf mempunyai hak ke atas harta yang diwakafkan (sebagai pemilik) dan mewakafkanya atas kerelaannya sendiri; Penerima wakaf jelas, sama ada badan atau individu; Berlaku untuk selama-lamanya; Barang atau harta yang diwakaf wujud pada masa ia diwakafkan; Jelas ikrarnya dan penyerahannya; lebih baik bertulis dan direkod agar tidak dipertikai di kemudian hari. (Ruj.Kamus Istilah Fiqh ibid). 3.4. Wakaf boleh terdiri daripada wakaf am dan wakaf khas. Pada dasarnya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) tidak akan menerima wakaf khas kerana kesukaran untuk mengendalikannya pada masa akan datang. Di sini walaupun dibenarkan sesuatu hartanah itu diwakafkan untuk tujuan sesuatu projek seperti perkuburan, surau, madrasah atau sekolah agama , mahupun masjid, ia tidak diklasifikasikan sebagai wakaf khas kerana apabila kefahamannya ialah apabila keperluannya tidak lagi wujud, maka MUIP berkuasa untuk menggunakannya bagi tujuan keagamaan atau lain-lain kegunaan, termasuk kegunaan komersial untuk manfaat awam, tertakluk kepada penjagaan syarat-syarat wakaf, seperti tidak menjualnya, ataupun

membatalkan wakafnya; dan sekiranya diambilbalik oleh Kerajaan untuk kepentingan awam seperti keperluan projek penting dan laluan atau pembesaran jalan umpamanya dan dengannya dibayar pampasan, maka wang pampasan itu akan digunakan untuk menggantikannya dengan tanah lain yang akan dijadikan wakaf atau diistibdal. 3.5. Suatu jenis wakaf lagi ialah Saham Wakaf Pahang iaitu suatu tabung yang wujudkan di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bagi menerima dan membelanjakan wakaf berbentuk wang kepada Majlis. Kertas ini memberi tumpuan kepada wakaf hartanah dan bagaimana ia didaftarkan dalam rekod Pentadbiran Tanah Agama Islam negeri-negeri. 3.6. Menurut Perlembagaan Persekutuan wakaf adalah perkara yang disebut di bawah Jadual Kesembilan Senarai Kedua, iaitu di bawah bidangkuasa negeri. Namun dalam isu agama di negeri ia terletak di bawah bidangkuasa Raja Pemerintah (DYMM Sultan) yang dibantu oleh Majlis Agama Islam masing-masing dalam Pentadbiran Islam di negeri-negeri. 3.7. Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri Pahang Bilangan 3 Tahun 1991 menyatakan di Seksyen 70 Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau melibatkan perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf sama ada wakaf am atau wakaf khas, semua nazar am, dan semua amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang Islam mengikut Hukum Syarak, setakat yang mengenai harta yang terlibat itu dan yang terletak di dalam Negeri Pahang dan, jika pembuat penyelesaian harta itu atau orang-orang lain yang mewujudkan amanah, wakaf atau nazar am itu berdomisil di Negeri Pahang, setakat yang mengenai harta yang terlibat olehnya itu di mana jua harta itu terletak. Seterusnaya perkara berkaitan wakaf disebutkan di Seksyenseksyen berikutnya. (Seksyen 71,72,73,74,75,78,89(2),92) . dan Pentadbiran Majlis

Wakaf berbeza dengan Amanah dalam beberapa perkara, antaranya; pihak pemegang wakaf adalah Majlis Agama atau Baitulmal, manakala pemegang amanah boleh berupa individu, beberapa individu atau institusi. Wakaf tidak boleh digunakan hasilnya untuk manfaat penjaga wakaf, manakala harta amanah boleh diambil hasilnya untuk upahan atau belanja mentadbirkannya oleh penjaga amanahnya. Wakaf bersifat kekal dan jika hilang perlu diganti dengan yang lain, (hartanah dengan hartanah senilai atau, tertakluk kepada kaedah fatwa, diganti dengan bentuk wakaf yang lain yang bersifat kekal) manakala amanah boleh bersifat sementara atau bertempoh atau bersyarat, atau mutlak kepada budi bicara pemegang amanah, mengikut syarat atau terma perjanjian amanah tersebut. 3.8. Oleh kerana Pentadbiran Tanah adalah perkara yang melibatkan perundangan dan berupa semi-teknikal, maka saya akan sentuh mengenai isu-isu pentadbiran tanah wakaf serta amalan-amalan dalam merekodkannya secara am dengan sekali sekala merujuk kepada peruntukan yang terdapat dalam undang-undang dan prosedur yang berkaitan. Walaubagaimanapun Pentadbir-pentadbir Tanah akan dapat mengesan di mana letaknya peruntukan ini untuk tujuan penambahbaikan kelak. 4. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI CARA-CARA PENDAFTARAN WAKAF 4.1 Dari penemuan saya isu-isu yang dibangkitkan di sini beberapa faktor, antaranya seperti berikut: 4.1.1 Terdapat kurang kemahiran dalam Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri mahupun di Jabatan Agama Islam Negeri tanah, berpunca mengenai perundangan dan pentadbiran mengenai

pendaftaran tanah wakaf di negeri-negeri adalah berpunca daripada

daripada kurang pendedahan pegawai dan kakitangannya

mengenai perundangan dan pentadbiran tanah, ataupun tidak terdapat pegawai-pegawai khusus dari segi jawatan atau kemahiran dan yang terlatih dalam pentadbiran tanah ditempatkan di Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam untuk mengendalikan rekod tanah. Saya sebutkan Jabatan Agama Islam juga kerana walaupun wakaf terletak pada Majlis Agama, pada masa yang lalu dan sebahagiannya pada masa sekarang urusan ini masih dikendalikan bersama oleh pegawaipegawai Jabatan Agama bagi pihak Majlis atau bagi projekprojek keagamaan, dan juga sebagai Pegawai yang mempunyai kawalan terhadap rezab di bawah Seksyen 62 KTN. Pada masa yang sama terdapat juga di kalangan pegawai di Pentadbiran Tanah yang kurang mahir dalam prosedur dan undang-undang serta dengan hukum wakaf itu sendiri dan tidak menyedari peraturan pendaftaran tanah wakaf sama ada pindahmilik atau perletakhakan berkanun. 4.1.2 Bagi sesetengah negeri terutama negeri-negeri bekas Negeri Melayu Tidak Bersekutu, isu-isu ini mungkin tidak ketara kerana beberapa pegawai dan kakitangan di Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam adalah pegawai gunasama negeri dan kemungkinan pernah mempunyai pengalaman mengenai pentadbiran tanah semasa bertugas di Pejabat-pejabat Tanah di dalam Negeri. Di pegawai gunasama negeri tetapi dalam perjawatan tertutup. 4.1.3 Yang lebih malang lagi daripada itu mereka tidak patuh kepada Peraturan-peraturan yang telah dikeluarkan mengenainya (contohnya kaedah pendaftaran tanah wakaf kepada MAIN melalui Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan 8/99 bertajuk Perletakhakan Berkanun Tanah Wakaf di bawah KTN) dan Manual Pengurusan Tanah Wakaf yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji JPM.

Dengan keadaan tersebut mereka meletakkan tanah wakaf sama taraf dengan tanah-tanah lain, untuk kegunaan projek. 4.1.4 Seterusnya ialah faktor undang-undang tanah itu sendiri. Mengikut Kanun Tanah Negara 1965 wakaf tidak termasuk dalam urusannya. Dengan itu rekod mengenai tanah wakaf tidak membezakan ia dengan tanah Kerajan, rezab atau tanah milik dan pindahmilik tanah, mengikut cara mana ia dilaksanakan, termasuk bagi pindahmilik. Walaupun banyak penyesuaian telah dibuat dari segi perundangan, khususnya pindaan-pindaan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) untuk menyesuaikannya dengan hukum Islam, masih banyak ruang yang perlu diubahsuai; sebagai contoh perkataan wakaf tidak dicatit dalam Suratan Hakmilik oleh kerana ia tidak termasuk dalam bidangkuasa KTN kerana ia boleh dianggap sebagai Sekatan Hakmilik yang dibuat selepas kelulusannya oleh Pihak Berkuasa Negeri dan menghadkan cara urusniaga, kerana apa sahaja syarat yang tercatit dalam kelulusan hendaklah sama dengan syarat dalam Suratan Hakmilik mengikut konsep indefeseability of title atau ketulenan muktamad kenyataan dalam Suratan Hakmilik (yang tidak boleh dipinda atau ditokok tambah kecuali untuk pembetulan atau keseragaman ayat semasa pembaharuan Suratan Hakmilik). Wakaf pada hakikatnya adalah suatu jenis sekatan hakmilik oleh kerana tanah wakaf tidak boleh dijual-beli sewenang-wenangnya seperti tanah-tanah milik biasa tanpa kebenaran atau diuruskan oleh pihak Baitulmal. Mengikut sesetengah qaul juga tanah wakaf yang hilang hendaklah diganti dengan tanah wakaf yang lain jika kehilangannya umpamanya kerana pengambilan balik untuk tujuan projek awam dengan bayaran pampasan tidak dapat dielakkan (Rujuk KTN Seksyen 4(2)(e) ..Kecuali sejauh mana di tentukan dengan nyata sebaliknya, tidak ada apa-apa di dalam Akta ini akan menyentuh peruntukan mengenai (e) apa-

apa undang-undang yang berkuatkuasa pada masa ini berkaitan dengan wakaf atau bait-ul-mal. 4.1.5 Selanjutnya amalan ini mungkin juga disebabkan oleh faktor pentadbiran, ia itu berpunca dari prasarana yang tidak mencukupi dan kadang-kadang oleh faktor di luar kawalan kedua dua belah pihak pada masa yang lalu, serta prosedur yang perlu dipenuhi sebelum tanah dapat dipindahmilik kepada Majlis; umpamanya ambigiuiti tentang pegawai Majlis manakah yang hendak di hubungi atau bertanggungjawab dari segi Undang-undang memegang urusan baitulmal dan wakaf, kesukaran dan jangka masa yang lama untuk perhubungan antara agensi agama dan Pejabat Tanah Daerah, proses mendapatkan kelulusan pindahmilik yang memakan masa yang panjang dibandingkan dengan kesegeraan (urgency) projek dilaksanakan, isu mendapatkan cop mohor Majlis dan tandatangan pegawai Majlis di Pekan umpamanya bagi tanah di Lipis serta surat menyurat, isu laporan penilaian dan duti setem, isu bayaran cukai tanah yang perlu dikemaskini bayarannya, isu cukai keuntungan modal (capital gains tax) yang perlu dibayar oleh penjual. Mungkin ini semua dianggap merumitkan. Maka dicari jalan yang lebih mudah yang prosesnya boleh diselesaikan dalam pejabat tanah itu sebdiri, seperti membatalkan hakmilik melalui serahan balik kepada Kerajaan. 5. PENEMUAN-PENEMUAN DAN ISU-ISU PENDAFTARAN TANAH WAKAF 5.1 Pada masa yang lalu terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh Pentadbiran Tanah bagi mengendalikan tanah yang diwakafkan khasnya untuk pemberian kepada baitulmal untuk apa-apa kegunaan yang sesuai, termasuklah tapak surau, masjid, madrasah atau sekolah agama atau pondok, mahupun tanah perkuburan, yang mana amalan-amalan tersebut bukan sahaja mengubah status pegangan tetapi yang lebih berat, ialah

menghilangkan status wakaf tanah-tanah itu sama sama sekali dalam rekod, sama ada di Majlis mahupun di Pejabat Tanah. Semua ini memberi kesan yang negatif terhadap pentadbiran harta wakaf dan seterusnya yang merugikan Majlis atau Baitulmal dan merosakkan amanah wakaf tersebut di pihak penjaga harta wakaf dari sudut syarak. 5.2. Berikut ini adalah amalan yang biasa dilakukan dalam mewakafkan tanah dan merekodkan status tanah di Majlis dan di Pejabat Pejabat Tanah: 5.2.1 Pertama, pernyataan wakaf dibuat secara bersurat atau secara lisan tanpa dokumen dan kepada kumpulan individu dalam masyarakat atau Jawatankuasa Masjid atau Jawatankuasa Surau atau Jawatankuasa Sekolah Agama atau beberapa individu sebagai pemegang amanah dan sekadar menjadi pengetahuan umum. Terdapat beberapa Sekolah Agama Rakyat atau Persendirian bahkan mungkin juga terdapat surau dan masjid dalam kategori ini. Wakaf sedemikian tidak diiktiraf dan adalah di luar tanggungjawab Majlis Agama Islam kerana tidak mempunyai maklumat dan tidak berakad wakaf kepada pihak MUIP sebagai pemegang tunggal wakaf mengikuti peruntukan undang-undang. 5.2.1.1 Kesan dan akibat antara lain: 1. Tanah ini tidak dapat didaftarkan sebagai wakaf dari segi Undang-undang lantaran Seksyen 70 Enakmen berkenaan sama ada di MUIP atau di Pentadbiran Tanah dan Majlis tiada kawalan terhadap penggunaan tanah, dalam ertikata lain wakafnya tidak ada jaminan terpelihara oleh Majlis oleh kerana tidak dipindahmilik atau di aqad wakaf kepada Majlis. 2. Jika perwakafan atau penyerahan itu dibuat

tanpa pindahmilik maka setelah meninggal pemiliknya ia menjadi sebahagian daripada harta pusaka.

10

Sekiranya warisnya tidak tahu atau dengan sengaja tidak mengakui perwakafan atau pemberian tersebut maka ia kembali kepada waris dan mungkin juga dijual kepada pihak ketiga dengan keadan bangunan surau atau madrasahnya masih terdiri di atas tanah berkenaan.

3. sebab

Tidak mustahil pula dalam ketiadaan pemilik pihak kedua yang menerima pindahmilik

asalnya yang mewakafkan tanah tersebut atas sesuatu tersebut menjualkannya, atau membuat perjanjian Power of Attorney yang mempunyai kesan seperti pindahmilik.

4.

Terdapat juga kes di mana wakaf ini kekal

atas nama pemilik asal atau atas nama warisnya melalui pembahagian pusaka. Isu lain juga timbul seperti kesukaran mencari ahli waris untuk menandatangani borang pindahmilik,dan keengganan di kalangan anggota waris melepaskan tanah tersebut kepada baitulmal.

5.

Dalam hal ini kadangkala kawalan aktivitinya tidak menepati panduan Majlis,

sukar dilaksanakan, seperti ceramah-ceramah dan khutbah yang pelantikan Jawatankuasa surau atau masjid dan pegawainya. Tindakan undang-undang juga sukar diambil kerana masjid itu bukan atas harta awam atau yang Majlis mempunyai kuasa di atas premisnya dari pandangan pentadbiran tanah. Akibat yang sama boleh berlaku sekiranya tanah ini dipindahmilik kepada pemegang amanah sekalipun.

11

5.2.2 Amalan keduanya ialah ia didaftarkan di Majlis atas borang wakaf Majlis. Setelah dihantar ke Pentadbiran Tanah ia dibatalkan hakmiliknya melalui Borang 12A Seksyen197 KTN bagi menyerahbalik kesemua bahagian tanah, atau melalui Borang 12B Seksyen 200 KTN bagi penyerahanbalik sebahagian tanah kepada Kerajaan. Biasanya tindakan ini adalah tindakan awal bagi tujuan mewartakannya sebagai rezab. Seringkali proses ini berhenti di situ sahaja kerana proses kelulusan merezabkan tanah (Seksyen 62 KTN) oleh Pihak Berkuasa Negeri, walaupun di wakilkuasa kepada YAB Menteri Besar, memerlukan prosedur tertentu dan memakan masa, sedangkan pada statusnya sebagai tanah Kerajaan projek sudah boleh dilaksanakan di atasnya. 5.2.2.1 Dalam suatu kajian daripada sampel, tahun 1999 didapati dari jumlah 24 sampel tanah yang diwakafkan, sebanyak 21 kes telah diambil tindakan penyerahan melalui Borang12A, dan melalui Borang 12B, dan dari jumlah tersebut hanya 11 berada Seksyen Borang di 62, 14A. peringkat dan 3 Suatu proses melalui contoh merezabkan pindahmilk melalui melalui

permohonan rezab menunjukkan sebuah permohonan yang dibuat pada 21 Jun 2001 telah diluluskan hanya pada 1hb April 2003. 5.2.2.2 Kesan dan akibat: 1. Rekod wakaf yang ada semata-mata borang di Majlis Agama adalah akad penyerahan wakaf

menandakan pemilik telah berwakaf kepada Majlis (dengan harapan dokumen itu atau catitan daftar tidak hilang atau rosak untuk dirujuk pada masa

12

hadapan). wakaf Islam

Ringkasnya, tindakan menjadikan tanah tanah Kerajaan jika kehilangan status

sebagai akan

dokumen wakafnya di Majlis atau di Pejabat Agama menghilangkan sama sekali wakafnya dari segi data dan kawalan. 2. Oleh kerana ia berstatus Tanah Kerajaan kawalannya penggunaan ke atasnya, urusan sewaan tapak, lesen menduduki sementara, pengeluaran bahan batuan daripada tapak, pengeluaran hasil hutan, isu pencerobohan dan menukar kegunaan adalah terletak kepada Kerajaan atau pihak Pentadbir Tanah, dan baitulmal berhampiran adalah Majlis. 3. Tidak mustahil lagi ialah bahawa jika ia berstatus tanah Kerajaan maka ia boleh dipohon untuk pemberian milik oleh mana-mana pihak, dan sekiranya terdapat laporan tanah tidak diberi dengan teliti (seperti yang pernah berlaku kepada sebuuah masjid atas tanah Kerajaan) maka ia diberi milik kepada invidu dengan masjidnya sekali oleh kerana bangunan adalah sebahagian daripada hartanah atau fixture. Lebih dari itu, pemilik baru menuntut bayaran nilai tanah untuk memindah miliknya kepada pihak Jabatan Agama atau Majlis Agama Islam. tidak akan mendapat manfaat kawasann daripadanya.Kadangkala projek lain ditempatkan sehingga menyempitkan wakaf asal. Kegunaannya sebagai tapak projek agama semata-mata bergantung kepada tujuan asalnya ia diwakafkan, bukan kerana ia dimiliki oleh

13

4. Sekiranya tapak ini diperlukan untuk sesuatu projek Kerajaan seperti pembesaran jalan atau saliran, untuk membina bangunan ataupun diberi milik kepada pihak lain untuk tujuan komersil seperti hotel umpamanya, maka apa-apa struktur di atasnya sama ada ia masjid atau surau atau pokok-pokok buahbuahan yang akan dirobohkan atau ditebang, dari segi perundangan tanah, tidak akan dikurniakan sebarang pampasan kerana tanah itu bukan tanah milik Majlis. Dengan ketiadaan pengetahuan bahawa ia adalah wakaf maka ia bukan sahaja tidak mendapat pampasan bahkan tidak pun dan peruntukan akan dilakukan istibdal daripada Kerajaan maka (penggantian) terhadapnya. Kalau ada pertimbangan kemudahan yang sama digantikan di tapak yang lain, namun wakafnya tidak akan dapat dikesan. 5.2.3 Ketiga, ialah menggunakan Borang 12A dan 12B dengan tujuan merezabkan tanah tersebut untuk projek agama (di bawah Seksyen 62 KTN). 5.2.3.1 Seksyen 62(1) KTN menyatakan (terjemahan) Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui penyiaran dalam Warta merezabkan tanah Kerajaan bagi tujuan awam. (2) Apa-apa pernyataan yang diwartakan di bawah subseksyen (1) hendaklah:(a) memperihalkan tanah rezab tersebut (b) menerangkan tujuan tanah tersebut direzabkan (c) menentukan pegawai pada ketika itu yang mempunyai kawalan kepada tanah rezab tersebut (d) menjadi bukti mutamad bahawa tanah yang diperihalkan tujuan awam. itu telah direzabkan bagi sesuatu

14

5.2.3.2 Di sini timbul beberapa isu; antaranya ialah Pegawai Pengawal hendaklah terdiri daripada Pegawai Kerajaan dan bukan Pegawai Badan Berkanun. Dengan itu pelbagai pegawai telah ditentukan untuk memegang rezab untuk projek keagamaan temasuk wakaf yang hakmilik telah dibatalkan dan dijadikan rezab, mungkin Setiausaha Kerajaan, Pegawai Daerah, Pengarah Jabatan Agama Islam, dan ada juga dalam kes terpencil, diwartakan di bawah YB Setiausaha Kerajaan dan dikawal oleh Majlis Agama Islam. 5.2.3.3 Kesannya; Kesan kepada tanah yang dilakukan sedemikian adalah hampir sama seperti kes tanah Kerajaan atau bagi tanah milik yang diserahbalik melalui borang 12A dan 12B di atas, kerana Majlis tiada kuasa di atasnya sepertimana seorang pemilik, tidak layak mendapat pampasan jika ia perlu diambil, tidak dapat diambil manfaat sewa, pajakan atau pengeluaran batu batan atau hasil kayu kayan dan sebagainya. Kawalan yang diberikan kepada Majlis atas premis-premis sedemikian adalah dari segi persefahaman sahaja tetapi bukanlah dari segi kuasa di bawah Undang-undang tanah. Urusan penggunaan tanah, pajakan, sewaan, itu pada hakikatnya tidak perlu dipinta kebenaran Majlis tetapi adalah mengikut pertimbangan Pentadbir Tanah Daerah atau Negeri (PTG) dengan kebenaran Pegawai Pegawal Rezab, (iaitu bukan Majlis). 5.2.3.4 Kadangkala ruang tapak yang belum digunakan atau yang bangunannya telah tiada diisi pula dengan projek lain. Majlis sendiri perlu mendapat kebenaran Pegawai Pengawal dan kelulusan Pentadbir Tanah untuk

15

menggunakan tapak tersebut bagi bangunan .

membina sebarang

5.2.3.5 Kesan yang lain ialah tanah rezab boleh ditukar Pegawai Pengawalnya, dibatalkan dan dijadikan tanah Kerajaan untuk diberi milik mengikut budi bicara Pihak Berkuasa Negeri atas keperluannya. Dengan ini implikasinya ialah bahawa tanah ini dijaga oleh pihak yang tidak berkenaan dari segi wakaf. 5.2.3.6 Bagi ketiga-tiga amalan di atas, iaitu penyerahanbalik, rezab dan bagi yang tiada diserah kepada Majlis maka Majlis akan menghadapi kesukaran untuk mengadakan projek pembangunan di atas tapak-tapak tanah wakafnya kerana ketiadaan hakmilik, atau tidak dimiliki Majlis. Ini ialah kerana adanya hakmilk bahkan hakmilik kekal merupakan salah suatu syarat yang dikenakan oleh Penguasa Tempatan untuk sesuatu pembangunan tanah. Dengan itu tanah-tanah sedemikian tidak dapat dibangunkan oleh Majlis selain daripada bangunan awam. 5.2.4 Amalan seterusnya ialah pindahmilik melalui Borang 14A (Seksyen 215,217,218KTN). Proses ini membolehkan Majlis bertindak sepenuhnya sebagai pemegang wakaf. Isu yang timbul ialah catitan dalam suratan hakmilik tidak menggambarkan tanah itu sebuah wakaf. Oleh itu Pentadbiran Tanah telah diminta untuk mencatitkan perkataan wakaf kerana in sangatlah penting, walaupun hakmilik tidak dibenarkan dicop dengan perkataan wakaf seperti cop Rezab Melayu atau sekatan hakmilik atau syarat-syarat tanah, umpamanya seperti berikut, Dipindahmilik daripada polan bin polan Nombor Kad Pengenalan....sebagai wakaf kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang...,

16

5.2.4.1 Dalam pada itu prosesnya memakan masa terutama untuk mendapat kebenaran pindahmilik daripada Pihak Berkuasa Negeri. Pengalaman Majlis pada masa-masa yang lalu mendapati ia memakan masa sehingga tujuh atau lapan bulan semata-mata untuk mendapat kelulusan pindahmilik. 5.2.4.2 Kesan bagi kes pindahmilik in adalah baik dan boleh dikendalikan oleh Majlis dan Majlis telahpun dikecualikan duti setem untuk tujuan pindahmilik mengikut arahan Kementerian Kewangan yang berkenaan.Dengan kaedah ini besar kemungkinan wakaf dari segi rekod adalah terjaga. Apa yang sangat penting ialah mempastikan ada cara mencatitkan perkatan wakaf di atas suratan hakmilik supaya statusnya sentiasa disedari oleh sesiapa yang melihat suratan hakmilik tersebut. 5.2.5 Seterusnya adalah kaedah yang disyorkan oleh Pekeliling KPTG No. 8/1999, iaitu di bawah Seksyen 416C KTN iaitu tidak Perletakhakan berkanun. Perletakhakan berkanun

merupakan urusniaga dan dengan itu tidak memerlukan permohonan kebenaran pindahmilik sekalipun ada dicatit sekatan tersebut dalam suratan hakmilik. Ia boleh dilakukan di pejabat tanah apabila permohonan dibuat oleh Majlis disertakan dengan bukti yang jelas tentang adanya perwakafan tanah kepada Majlis melalui borang atau akuan bertulis yang telah disempurnakan. Apa yang perlu, bagi tujuan wakaf ialah mencatitkan perkataan wakaf dalam ayat pendaftaran tersebut. 5.3 Bagi semua kes perwakafan tanah kepada Majlis Agama Islam adalah disyorkan digunakan kaedah ini kerana ia merupakan proses yang sesuai dengan hukum syarak serta perundangan tanah selain daripada mudah dan cepat dan terpelihara status tanahnya. Dalam pada itu untuk

17

mengekalkan status wakafnya perlulah perkatan wakaf dicatit sama dalam ayat transaksi tersebut. Dalam pada itu beberapa isu perlu diselesaikan, antaranya ialah ketiadaan maklumat tentang kod komputer yang hendak digunakan bagi perletakhakan tanah wakaf tersebut, bagi sesetengah Daerah, menjadikan ia boleh diletakhakkan di suatu daerah tetapi tidak boleh didaftarkan dengan cara tersebut di Daerah yang lain. 5.4 Isu keduanya ialah sistem pendaftaran berkomputer tidak menyediakan kod bagi perletakhakan bagi sebahagian daripada tanah. Akibatnya setelah dipindahmilik secara ini Majlis mendapat bahagian yang terbesar dari tanah tersebut, sedangkan yang diwakafkan kepada majlis adalah bahagian yang kecil daripada tanah tersebut. (Ruj. Kes masjid Ladang KOSMA di Daerah Rompin di mana selepas perletakhakan dibuat dan hakmilik berasingan dikeluarkan, Majlis sebagai penerima wakaf hartanah seluas 2 ekar telah mendapat Suratan Hakmilik mengandungi 9000 ekar dan pihak ladang yang mewakafkannya menerima Suratan Hakmilk dengan keluasan 2 ekar tersebut. Perkara ini telahpun diperbetulkan. 5.5. Mengikut maklumat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang sehingga kini (23 April,2012) daripada sejumlah 100 unit tanah wakaf yang direkodkan, sebanyak 50 kes telah didaftarkan di Pentadbiran Tanah dengan kaedah serahan balik kepada Kerajaan melalui Borang 12A dan 12B; 13 kes dipindahmilik melalui Borang 14A; dan 37 kes didaftarkan melalui perletakhakan di bawah 416C. Hingga tarikh yang sama daripada sejumlah 388 permohonan mewartakan tanah di bawah Seksyen 62 KTN bagi kegunaan agama Islam sebanyak 238 telah diwartakan di bawah kawalan pelbagai Jawatan seperti YB Setiausaha Kerajaan, Pegawai Daerah, Pengarah Jabatan Agama, Penghulu Mukim, dan ada yang terus kekal di bawah pemegang rezab asal ia itu Pengarah Kerja Raya. Antaranya ditulis seperti berikut: Tapak Masjid...di atas nama Setiausaha Kerajaan Pahang di-bawah jagaan Yang di-Pertua, Majlis Ugama Islam dan adat Resam Melayu,

18

Pahang. (28 Januari 1972), atau sebagai Tanah Perkuboran Orang2 Islam di atas nama Yang di-Pertua di-bawah jagaan Jabatan Ugama Pahang, Pekan (tahun 1972). untuk maksud awam ia itu sebagai tapak Masjid di Kampung Bukit Rangin, di bawah kawalan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang. (14 Jun 2010). Proses permohonan sehingga kelulusan memakan masa purata kira-kira tiga tahun dan ada yang berlanjutan sehingga sembilan tahun. 6. SYOR PENAMBAHBAIKAN: 6.1 Pada umumnya terdapat beberapa isu pokok iaitu sekitar kemahiran, pentadbiran, kepatuhan serta perundangan. Untuk mengurangkan masalah tersebut adalah dicadangkan seperti berikut: 1. Dicadangkan supaya ditempatkan sekurang-kurangnya seorang pegawai tanah di pejabat Majlis Islam bertaraf sekurangkurangnya Juruteknik Ukur (selaku Pegawai Petempatan) yang mempunyai pengetahuan asas mengenai perundangan, pentadbiran tanah, ukur dan lukisan pelan (termasuk dengan penggunaan komputer seperti autocat). Di samping dapat membantu penyimpanan rekod tanah mengikut peraturan yang sesuai dengan Undang-tanah dan Majlis ia boleh juga ditugaskan bagi berurus dengan pejabat tanah mengenai perezapan, permohonan tanah, pembayaran cukai serta urusan permohonan tukar syarat, pengeluaran hakmilik selepas belah bahagian atau percantuman dan sebagainya. 2. Adalah juga diharapkan rekod dan daftar tanah wakaf Majlis serta tanah-tanah Kerajaan serta rezab yang terdapat projek agama Islam di atasnya disimpan dan diselenggara dengan baik dan kemaskini di Majlis Agama Islam dengan menggunakan kaedah yang terkini (sistem komputer) agar terjaga rekodnya, amanahnya serta mudah dirujuk bila dikehendaki.

19

3.

Di dalam Pentadbiran Tanah pula dicadangkan pegawai-pegawai didedahkan khususnya dengan mengenai kursus hukum kemahiran wakaf dan perundangan, memberi agar dapat

keutamaan dan membezakan tindakan antara tanah wakaf dan tanah biasa bagi projek keagamaan. 4. Langkah seminar seperti ini adalah penting kerana ia dapat menemukan keperluan pelanggan iaitu Majlis Agama dengan pihak Pentadbir Tanah, menemukan keperluan hukum dengan keperluan pentadbiran supaya terselaras. Namun demikian apa yang perlu ialah perlaksanaan keputusan bersama secara objektif serta pengambilan langkah supaya kesilapan diperbetulkan dan Peraturan yang sah dari segi undang-undang dipatuhi, seperti pematuhan kepada prosedur perletakhakan kerana Pekeliling KPTG adalah merupakan sebahagian daripada Undang-undang yang perlu dipatuhi. 5. Adalah diharapkan tindakan susulan dan dialog sentiasa diadakan oleh Jabatan Wakaf umpamanya atau Majlis Agama Islam di Negeri-negeri dengan pihak Pentadbiran Tanah di peringkat Kebangsaan (JKPTG) dan Pengarah Tanah dan Galian di peringkat Negeri agar dapat menyelaraskn supaya peraturan undang-undang dapat diubahsuai dengan keperluan dan hukum syarak (patuh syariah) dan pindaan-pindaan dibuat terhadapnya. 6. Dalam beberapa kaedah pendaftaran tanah wakaf yang dihuraikan di atas adalah disyorkan peraturannya diseragamkan iaitu melalui penggunaan Seksyen 416C kerana ia lebih mudah dan cepat dan tidak memerlukan proses lain (seperti kebenaran pindahmilik, penilaian, urusan dengan pejabat Setem, cukai keuntungan modal, penyediaan dan tandatangan (attestation) pihak Pentadbir atau peguam bagi pindahmilik serta masa yang panjang mengenainya).

20

7.

Sebagai alternatif dicadangkan kaedah pindahmilik dengan menggunakan Borang 14A Seksyen 215,217,218 KTN. Dalam hal ini perhatian hendaklah diberikan mengenai kelewatan kebenaran, laporan penilaian, duti setem (telah dikecualikan) dan penyediaan hakmilik berasingan sebagai langkah berikutan jika melibatkan sebahagian daripadanya.

8.

Dalam kedua-dua kaedah tersebut perlulah ada cara yang sah dari segi perundangan supaya perkataan wakaf tertera di dalam suratan hakmilik agar wakaf ini terpelihara.

9.

Walaupun Undang-undang tidak mengiktiraf perwakafan kepada selain daripada Majlis Agama Islam, perkara ini masih berlaku khususnya wakaf bagi penggunaan diberikan tertentu. Umat Islam istilah perlu ini difahamkan tentang peraturan mengenai wakaf dan kepada siapa boleh bagi mengelakkan disalahgunakan dan ia dikendalikan oleh pihak yang tidak diiktiraf dari segi hukum dan undang-undang. Antara lain supaya tidak dikelirukan antara amanah dan wakaf dan masa depan wakaf tersebut. Bahkan mungkin diperlukan undang-undang supaya menjadi kesalahan penerimaan wakaf oleh mana-mana pihak selain Majlis Agama Islam.

10.

Pihak yang menyediakan sistem, khususnya JKPTG perlu menyemak secara detail supaya dapat diseragamkan peraturan dan supaya dipatuhi arahan dan menyediakan kod-kod komputer yang seragam serta yang dapat memenuhi pelbagai jenis transksi yang diperlukan di Pentadbiran Tanah di negeri-negeri.

11.

Langkah yang segera dan bersungguh hendaklah dibuat bagi mendapatkan maklumat mengenai tanah wakaf melalui dokumen di pejabat Majlis, Pejabat Agama mahupun di Pejabat Tanah agar tanah wakaf yang telah dijadikan tanah Kerajaan atau rezab dapat

21

dipulihkan melalui proses permohonan tanah atau pembetulan agar dikeluarkan hakmilik dengan catitan wakaf kepada Majlis Agama Islam. Premium juga harus dikecualikan kerana ia merupakan proses pembetulan kepada perbuatan yang tidak menepati kehendak undang-undang dan Hukum Syarak pada masa yang lalu. Apa cara pun ia memerlukan penelitian dari segi Undang-undang dan komitmen daripada Pentadbiran Tanah dan Pihak Berkuasa Negeri. 12. Suatu mekanisma hendaklah diwujudkan agar Majlis Agama Islam Negeri mempunyai kuasa mengawal dan mengendalikan hartanah bagi tujuan keagamaan atau yang di atasnya terdapat projek keagamaan yang dikendalikan oleh Majlis dan supaya membolehkan Majlis memanfaatkan hartanah tersebut dalam

konteks yang dibenarkan oleh Hukum Syarak dan undang-undang. 13. Oleh kerana proses mewartakan tanah Kerajaan sebagai tanah rezab memakan masa yang panjang (kelazimannya 3 tahun) maka adalah dicadangkan langkah proaktif diambil oleh Majlis Agama Islam supaya melantik Jurukur Perunding bagi menyediakan pelan (yang akan disahkan sebagai pelan akui) bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan menyukat tanah dan penyediaan pelan warta oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) bagi tanah-tanah yang dicadang. Seterusnya sebagai langkah yang lebih terjamin adalah diharapkan bagi semua tanah yang terdapat projek agama Majlis atau yang dikelolakan oleh Majlis Agama Negeri di atasnya, seperti masjid, surau, sekolah agama, madrasah, tanah perkuburan, pusatpusat dakwah dan sebagainya supaya diluluskan pemberian hakmilik sebagai suatu dasar oleh Pihak Berkuasa Negeri pelbagai dan didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam Negeri. Saya difahamkan langkah-langkah menukar status tanah Kerajaan dan

22

Tanah Rezab kegunaan Majlis Agama Islam kepada status Tanah milik telahpun diambil di Negeri Johor dan Negeri Terengganu. 14. Banyak tanah-tanah wakaf melibatkan Rezab Melayu. Oleh itu Majlis Agama Islam perlu diluluskan dan diwartakan sebagai Melayu dalam Jadual di bawah Enakmen Rezab Melayu oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk menyelaraskan peruntukan undangundang mengenainya, kerana pada hakikatnya tanah milik Majlis terdapat juga dalam Rezab Melayu dan Majlis Agama Islam juga adalah Baitulmal yang menerima bahagian pusaka melalui faraid dalam perbicaraan pusaka bagi kes-kes tertentu, termasuk tanah dalam Rezab Melayu. Difahamkan ia telahpun dilaksanakan bagi Negeri Pahang. 15. Pemilikan tanah oleh sesuatu entiti sama ada pajakan atau selamalamanya (perpetuity) termasuk tanah wakaf adalah tertakluk kepada pembayaran cukai tanah Kewangan Malaysia melalui dan juga syarat kegunaan. Perintah Duti Setem Sepertimana duti setem telah dikecualikan oleh Kementerian (Pengecualian) (No.9) 1986 mungkin kelonggaran boleh difikirkan bagi pengurangan atau pengecualian cukai tanah sepertimana yang dikenakan kepada semua tanah milik yang dipunyai oleh Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Rakyat serta Rumah Kebajikan pelbagai Agama, iaitu sebanyak RM Satu Ringgit melalui keputusan Majlis Tanah Negara pada tahun 1999. Jadi, kenapa tidak tanah wakaf yang dimiliki Majlis Agama? (Walaupun ia tidak menjadi isu besar kerana Majlis mampu membayarnya). 6.2 Isu seterusnya ialah bahawa tidak semua tanah milik adalah dalam milikan selama-lamanya tetapi ada juga pajakan 99 tahun yang tempoh pajakannya tinggal sebahagiannya sahaja. Di sini timbul isu apa yang boleh diwakaf adalah apa yang dimiliki, sedangkan

23

selepas tempoh pajakan ia bukan lagi milik tuan tanah. Oleh itu sesuatu mekanisma perlu difikirkan sekiranya tidak kekal wakafnya sekurang-kurangnya harta Baitulmal tersebut dapat diperbaharui pajakannya ataupun Pihak Berkuasa Negeri secara dasar atau kes demi kes meluluskan semula dengan tempoh pemilikan selama-lamanya dan tidak diserah balik sebagai tanah Kerajaan. Tentang bayaran atau premium apa-apa tambahan urusan ia dalam perlu membaharui pajakan

dipertimbangkan untuk pengecualian atau pengurangan bayaran. Tindakan melanjutkan tempoh 99 tahun kepada selama-lamanya, dan menukar tempoh 60 tahun di kampung-kampung baru kepada 99 tahun pernah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Negeri. (Ruj. tanah Genting Highlands Bhd. dan tanah-tanah kampungkampung baru darurat dalam kawasan Penguasa Tempatan ).

6.3

Dalam soal pembaharuan hakmilik selepas tamat tempoh pajakan asal, fatwa perlu diperolehi bagi menentukan status tanah tersebut sama ada ia masih bertaraf wakaf dengan sebab hak pemilikan tuan asalnya telah luput lantaran tamat tempoh pajakan tersebut.

6.4

Sebaik-baiknya juga proses tukar syarat bagi tanah-tanah wakaf dipermudahkan atau dikecualikan sama sekali supaya tanah ini dapat dimanfaatkan melalui kegunaannya yang strategi dan ekonomik. (Seperti kedai, gerai, dewan, kelas quran dsb. Dapat didirikan di mana tanahnya luas dan strategik.

6.5

Isu Power of Attorney perlu disemak dari segi undang-undang dan Hukum Syarak mengenai tanah-tanah orang Islam kerana kesannya terhadap kuasa ke atas hartanah berkenaan, kerana walaupun tidak bersifat pindahmilik tetapi kuasa Power of Attorney ini dapat melangkaui (transgress) segala batasan sekatan, seperti sekatan

24

kepentingan pindahmilik, berhak kepada segala hasil daripadanya, sekatan pegangan Rezab Melayu dan seperti mempunyai kesan seperti pindahmilik mutlak, kerana tuan tanah telah hilang kuasa sama sekali ke atas tanah. Tidak sedikit tanah-tanah kepunyaan orang Islam dipindahmilik secara ini. 6.6 Apapun yang dicadangkan di atas memerlukan kerjasama, mekanisma, komitmen pentadbir-pentadbir yang terlibat di kedua-dua pihak, serta keazaman politik (political will) Pihak Berkuasa untuk melaksanakannya. Dalam hal ini saya menyarankan supaya digunakan mekanisma yang ada, mengikut kesesuaian isu, sebagai ejen perubahan bagi mengukuhkan keputusan dan syor-syor yang telah dibuat dan yang akan timbul mengenainya. Selain daripada resolusi-resolusi hasil perbincangan akan datang yang dicadangkan antara Jabatan Wakaf dan JKPTG, terdapat juga mekanisma yang sedia ada bagi memperkukuhkan keputusan dan arahan dalam Pentadbiran Tanah. Ini termasuklahMuzakarah Mufti-mufti Kebangsaan, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri, Mesyuarat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dengan PengarahPengarah Tanah dan Galian seluruh Malaysia, Mesyuarat Pentadbir Tanah Daerah Se-Malaysia, Mesyuarat YAB Perdana Menteri dengan YAB Menteri-Menteri Besar, ketetapan dan kelulusan Pihak Berkuasa NegeriNegeri, keputusan Jemaah Menteri, Keputusan Majlis Tanah Negara, yang mana dapat dijadikan media untuk melakukan perubahan-perubahan tersebut dan dapat memberi impak kepada penyelesaian isuisu tanah wakaf khususnya dan pentadbiran tanah yang melibatkan umat Islam amnya.

22 April, 2012.

25

Biodata
YDH. Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan Lahir di Kampung Chenor, Daerah Maran, Pahang pada 17hb Disember, 1944. Menuntut di Sekolah Melayu Chenor, Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh dan Maktab Tentera DiRaja, Port Dickson dan Sungai Besi. Lepasan Universiti Malaya 1968 dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Diploma Pentadbiran Awam 1971. Telah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan dari segi pentadbiran Tanah pernah menyandang jawatan Pegawai Daerah Kuala Selangor 1971, Pegawai Daerah Hulu Selangor pada 1973, sebelum menjadi Timbalan SUK Pahang dan Pegawai Kemajuan Negeri Pahang (1978-1989), Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang 1989, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan sebelum bersara pada hujung tahun 1999. Telah menghadiri kursus sijil Land Resource Management di University of Cambridge UK pada 1996. Selaku Orang Kaya Indera Pahlawan, jawatan Orang Besar Berempat (Territorial Chief) bagi Negeri Pahang beliau telah menjadi Ahli Jumaah Pangkuan DiRaja Negeri Pahang dan Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang sejak tahun 1984 dan kini bertugas sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang sejak Disember 2000.

26

You might also like