Professional Documents
Culture Documents
banyak....sekadar
ingatan utk diriku dan org2 yg tersayang..salam!!!
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak
menontonnya hingga
selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang
berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka
minta.
Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal
mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya)
tak berlaku
supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia
pula yang
maut. Perasan tak?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we
wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham
dengan apa
yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi
Allah
berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari
jelita
jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian
kesabarannya.
Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di
akhirat
kelak.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik.
Kejarlah
dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat
bayang2.
Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati
esok
hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar
akhirat
(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak
Allah
maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada
rezeki
untuk kita tanpa ada izin dariNya.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya
ketawakan dia.
Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat.
Hari
Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian
anaknya. Ke
masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan
padanya, kita
tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui.
Saya
pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini,
bukan
niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya
hanya
mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk
berfikir.
Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat?
Berapa kali
pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan
cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup
atau tidak
kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak
kita
tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah
pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah
memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah
orang yang
sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang
yang sombong
adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat
sombong.
Wallahu'alam.-..
" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak
sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak
setulus ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat
HAJAR dan
mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika
ada keburukan pada
dirimu.
Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan
pada dirinya,
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik
kita "
mujahidah_muda