You are on page 1of 9

Bab 8: PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR)

8.1 Penilaian Berasaskan Sekolah


 Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik
darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan
individu secara menyeluruh.
 Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang
dibina dan dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran
pelajar menjadi lebih bermakna dan bermanfaat.
 Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha
membina dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu.

8.2 Pengertian
 PKSR merupakan satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR
dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian
yang dibuat dalam sukatan KBSM.
 melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat mengambil tindakan
susulan sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan yang perlu
diambil ke atas seseorang murid

8.3 Prinsip
 penting untuk guru ialah bagi mengetahui tahap pencapaian murid serta
untuk mengenal pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan murid sebelum
kelemahan-kelemahan pembelajaran menjadi lebih kronis.
 Dalam PKSR, guru menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil
pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan.
 Aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran yang berlainan dalam PKSR
meliputi:
a) pengetahuan
b) kemahiran berfikir
c) kemahiran berbahasa
d) kemahiran mengira
e) kemahiran belajar
f) kemahiran amali
g) kemahiran manipulatif
h) kemahiran bersosial
i) daya kreatif
j) kemahiran proses sains
k) perlakuan dan amalan nilai-nilai murni
l) sikap
m) kesihatan dan kecergasan
n) kemahiran kenestetik
o) bahan pembelajaran
p) minat

8.4 Tujuan
 tujuan utama : memastikan penilaian dijalankan dengan sistematik dan baik.
 Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan merancang dan mengubahsuai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh
daripada PBS.
 Mengesan perkembangan murid-murid: Untuk mengetahui kekuatan dan
kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan susulan yang sesuai dapat
dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal
pasti.
 Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui
tunjuk agar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PBS.
 Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupan
manusia melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia
menerima teguran, bimbingan dan ajaran guru.
 Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian
yang dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses
pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebih
bermakna.
 Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina
jenis-jenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkat prestasi
mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

8.4.1 Ciri-ciri
1) Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab
secara lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat
penguasaan dan kemajuan pelajar dalam bilik darjah.
2) Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif – maklumat yang
diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu
perkembangan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan
pendidikan.
3) Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau
pensijilan – membaiki pembelajaran seterusnya.
4) Menekankan penilaian secara berterusan – membolehkan guru
mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat
penilaian yang diperoleh dari semasa ke semasa.
5) Menekan penilaian secara menyeluruh – segala potensi pelajar seperti
intelek, rohani, jasmani dan emosi dinilai.
6) Menekankan penilaian dalaman – guru yang mengajar pelajar itu sendiri
dan bukan diuruskan secara berpusat.
1. Merancang
-menentukan hasil pembelajaran & alat penilaian

2. Menjalankan pemerhatian secara individu/kumpulan


– menggunakan instrumen spt senarai semak/catatan anekdot

3. Melaksanakan penilaian
– pemerhatian/lisan/penulisan

4. Membina instrumen
– merujuk kpd Jadual Penentuan Ujian (JPU)
– membina soalan2 kognitif (Taksonomi Bloom) yang berlainan

5. Melaksanakan Penilaian
– cara lisan/penulisan/kaedah penilaian secara profesional

6. Merekod
- menganalisis & mentafsir

7. Melapor (jika perlu)

Tindakan Tindakan
susulan Menguasai bahan susulan
-peneguhan Ya yang diajar? Tidak -pemulihan
-pengayaan

Meneruskan ke pelajaran baru

Rajah 1: Kaedah Melaksanakan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)


8.5 Penilaian Alternatif

- prosedur-prosedur dan teknik-teknik yang boleh digunakan dalam konteks


pengajaran dan pembelajaran.
- Terdiri daripada bentuk-bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian
formal seperti penilaian formatif dan sumatif
- Kriteria dalam penilaian alternatif:
a) Fokus kepada perkembangan murid
b) Memberi penekanan kepada kekuatan dalam pelajaran daripada
kelemahan
- Guru menentukan hasil pembelajaran dan melaksanakan penilaian serta
mengambil tindakan susulan.

Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan
kaedah-kaedah berikut:

a) Portfolio Reflektif
b) Pembentangan / Amali
c) Pemerhatian

Pemilihan setiap kaedah bergantung kepada:


• Hasil pembelajaran yang akan dinilai
• Kesesuaian bahan yang dinilai

a) Portfolio Reflektif
• Catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat
pencapaian sesuatu bidang dsb.
• Bertujuan membolehkan pelajar & guru untuk membuat refleksi, menilai
serta menggunakannya sbg rujukan untuk mengambil tindakan susulan
yang wajar & berkesan.
• Bukti-bukti pembelajaran biasanya disimpan dalam fail yang merupakan
bentuk fizikal untuk menyimpan hasil tugasan, bahan & rekod yang
berkaitan dengan kerja kursus.
• Secara formatif, iaitu sepanjang proses portfolio disediakan.
• Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan
yang berikut iaitu:
- nota-nota yang disediakan oleh guru
- senarai semak yang disediakan oleh guru
- refleksi kendiri pelajar
- buku log
- catatan jurnal
- gambar & foto
• Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio
kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir.
• Kebaikan:
- melibatkan murid dgn sepenuhnya dlm proses pengajaran &
pembelajaran.
- Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.
- Menilai tahap perkembangan murid-murid.
- Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman
kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan
oleh guru.

b) Ujian Persembahan / Amali


• Memberi markah apabila murid-murid membuat persembahan @ kerja
amali untuk menguji kebolehan & kecekapan seorang individu.
• Melibatkan penggunaan radas, alatan konkrit/gambar & tidak banyak
bergantung kpd penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasa
arahan diberi.
• Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa.
• Guru mesti membimbing murid dlm penyediaan pembentangan spt
berikut:
- mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan.
- menstrukturkan pembentangan.
- menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan.
• Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan
murid dlm kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu
penilaian yang sah mengenai pembelajaran murid.
• Dlm penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satu
set data, selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap data
itu.
• Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek:
- contoh-contoh yang dikaitkan
- edaran-edaran yang berkait
- peralatan yang digunakan dlm persembahan

c) Pemerhatian
• Satu bentuk penilaian autentik yg membantu guru membimbing murid-
murid meningkatkan keupayaan mereka secara individu.
• Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar drpd bidang afektif &
psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral,
Muzik & Pendidikan Jasmani.
• Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang
diperoleh drpd mata pelajaran yang berlainan dlm kehidupan seharian.
• Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dlm dunia sebenar.
• Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah
melalui pemerhatian, projek / kerja lapangan.
• Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan
dapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan,
pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai (guru).
• Penilaian melalui pemerhatian
- untuk mengikuti perkembangan ndividu @ kumpulan dalam
kemahiran pembelajaran yang pelbagai.
- Dijalankan untuk mengesan @ menilai tahap perncapaian rakan
sebaya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran
• Strategi Pelaksanaan
- secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti / dirancang.
- guru menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif, afektif,
psikomotor, bahan & persekitaran.
- secara global / analitikal mengikut objektif yg ditetapkan oleh guru.
• Jenis-jenis pemerhatian
- pemerhatian mengenai perlakuan murid-murid tanpa membuat
tafsiran dan tanggapan.
- pemerhatian melalui borang pemerhatian yang mengandungi
soalan terbuka dan tertutup ; pemerhatian berstruktur
- pemerhatian berfokus : guru menilai kemahiran , pengetahuan,
perlakuan @ sikap spesifik

You might also like