Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupanmanusia melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sediamenerima teguran, bimbingan dan ajaran guru.
Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujianyang dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya prosespengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebihbermakna.
Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina jenis-jenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkat prestasimereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
9.4.1Ciri-ciri
•
Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secaralisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dankemajuan pelajar dalam bilik darjah.
•
Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif – maklumat yangdiperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembanganpelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan.
•
Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan –membaiki pembelajaran seterusnya.
•
Menekankan penilaian secara berterusan – membolehkan gurumengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaianyang diperoleh dari semasa ke semasa.
•
Menekan penilaian secara menyeluruh – segala potensi pelajar sepertiintelek, rohani, jasmani dan emosi dinilai.
•
Menekankan penilaian dalaman – guru yang mengajar pelajar itu sendiri danbukan diuruskan secara berpusat.