Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pengajaran tatabahasa 3

pengajaran tatabahasa 3

Ratings: (0)|Views: 69 |Likes:
Published by aro71

More info:

Published by: aro71 on Jun 06, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/16/2013

pdf

text

original

 
PENGENALAN
 
Secara umumnya lisan merupakan aspek kemahiran bahasa yang penting danutama. Aspek ini merupakan aspek asas bagi bahasa pertama yang dikuasai olehseseorang kanak-kanak yang normal sebelum mempelajari kemahiran membaca dan juga menulis. Secara konsepnya, kemahiran mendengar adalah kebolehan murid-muridmendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasipengucapan dan juga dapat memberikan maklum balas. Manakala kemahiran bertutur pula merupakan kebolehan murid-murid berbual untuk menjalinkan hubungan sertamenyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan juga kritisdengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. Disamping itu juga, penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yangmenggunakan tatabahasa yang bersesuaian.
 
Kemahiran mendengar merupakan salah satu kemahiran bahasa yang pentingserta perlu dipelajari secara intensif terutamanya ketika murid-murid berada di sekolahrendah lagi. Aktiviti mendengar merupakan aktiviti yang terpenting untuk dikuasaikerana penggunaannya yang begitu meluas di dalam kehidupan. Ekoran daripada itu,dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah untukmendengar. Jadi, disebabkan itulah murid-murid di bangku sekolah rendah lagi perlumemiliki kemahiran ini dengan berkesan (Yahya Othman 2005 : 26). Tujuannya adalahsupaya mesej yang diterima dapat dimanfaatkan dengan sebaik yangmungkin. Seterusnya adalah penekanan haruslah diberikan terhadap kemahiranbertutur dalam kurikulum Bahasa Melayu pula digambarkan melalui kemahiranberkomunikasi dan melahirkan idea.
 
Kemahiran menghasilkan bahasa melalui penulisan adalah dipengaruhi melaluikemahiran berkomunikasi serta melahirkan idea. Hal ini ekoran daripada kemahiran inimengeluarkan idea serta fikiran dengan mengaplikasikan perbendaharaan kata sertatatabahas yang betul dalam penulisan, bermula dengan proses yang sama dalampertuturan terlebih dahulu. Jadi, ekoran daripada Mohd Hilmy Haji Ismail (1982 : 69)mementingkan pengajaran serta pembelajaran kemahiran bertutur dalam matapelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Beliau berpendapat pertuturan merupakanasas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan sertalatihan bertulis. Menurutnya lagi, murid-murid seharusnya dapat menyusun fikiran serta
 
idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis. Manakala gurupula perlu melakukan gerak kerja lisan yang sememangnya ada dilakukan oleh gurupada setiap pelajaran bahasa. Namun begitu, masih ada guru yang melangkaui aspekpenting ini.
OBJEKTIF KAJIAN
 
Kajian yang dijalankan pada tugasan ini ialah mengenai kemahiran mendengar danbertutur. Terdapat beberapa objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji semasamenjalankan kajian bagi tugasan ini. Antaranya ialah dapat menghuraikan secara kritismengenai kaedah, fungsi, serta peringkat kemahiran mendengar dan juga bertutur.Seterusnya, objektif kajian ini juga adalah berhasrat supaya pengkaji dapatmenghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokuskan kepadakemahiran lisan. Objektif yang terakhir ialah pengkaji mengharapkan supaya kaedahmendengar dan bertutur dapat diaplikasikan dalam proses P&P.
 
DEFINISI KONSEP
 
Konsep Kemahiran Mendengar 
 
Kemahiran dimaksudkan dengan kecekapan dan kepandaian dalam melakukansesuatu perkara. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009 : 114) menjelaskan mendengar didefinisikan mendengar adalah kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melaluialat pendengaran manusia iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupapenyerapan makna ayat serta ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses.Manakala Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, PhD (2011: 28) pula menyatakankemahiran mendengar adalah keupayaan murid mendengar secara teliti, memahamiperkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan dapat memberikanmaklum balas.
 
Dewan Bahasa & Pustaka (1994) pula menerangkan kemahiran mendengar ialah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima danmembezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama serta memahami bunyi bahasayang bermakna misalnya perkataan, frasa, klausa dan ayat.
 
Konsep Kemahiran Bertutur 
 
Bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alatsebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasanaberbahasa. Selain itu, bertutur juga ditakrifkan dengan satu cara berkomunikasi yang
 
amat kompleks, melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untukmengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna.
 
Terdapat beberapa konsep umum mengenai bertutur ialah bertutur merupakankeupayaan manusia mengujarkan kata-kata. Bertutur melibatkan individu berkata-kataatau bercakap. Bertutur juga bermaksud penutur menzahirkan pendapat serta perasaanmelalui bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur juga dirujuk sebagai aktiviti melafazkankata-kata untuk tujuan berinteraksi.
 
KAEDAH KAJIAN
 
Bagi menyiapkan tugasan ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah kajian. Antara kaedah tersebut ialah kaedah kepustakaan, kaedah ini merangkumi rujukanyang dibuat melalui jurnal, buku-buku dan juga laman sesawang. Di samping itu,pengkaji turut menggunakan kaedah pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukanterhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dalam subjekBahasa Melayu.
 
BATASAN KAJIAN
 
Kajian pada kerja khusus ini terdiri daripada lima bahagian utama. Kelima-limabahagian tersebut terdiri daripada kaedah, fungsi dan peringkat kemahiran lisan dalampengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kerja khusus ini jugamerangkumi bahagian penyediaan satu pengajaran harian yang mengandungi kaedahserta aktiviti pengajaran Bahasa Melayu dalam kemahiran mendengar dan bertutur.Bahagian yang ketiga yang terdapat dalam kerja khusus ini ialah pengkaji dikehendakimengaplikasikan kaedah dan aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur daripadaaspek penggabungjalinan dalam satu pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Seterusnya, bina bahan bantu mengajar yang sesuai dengan aktiviti pengajaranberdasarkan rancangan pengajaran harian seterusnya diaplikasikan. Manakalabahagian yang terakhir dalam kerja khusus ini ialah pengkaji membuat rakaman sesipengajaran dalam bentuk cakera padat.
 
KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR.Pengenalan
 
Berdasarkan dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah matlamatnyaadalah untuk melengkapkan diri murid dengan ketrampilan berbahasa serta

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
Magictawau Alif liked this
k76 liked this
k76 liked this
Cyah Octa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->