You are on page 1of 6

PRAKTIKAL 4 MENENTUKAN NILAI PEMALAR AVOGADRO MELALUI PROSES ELEKTROLISIS Tujuan : Untuk menentukan nilai pemalar Avogadro dengan

cara prosedur elektrolisis. Teori : Mol dianggap sebagai unit asas dalam sistem SI iaitu unit asas kuantiti. Jisim atom suatu unsur dalam gram adalah sama dengan satu mol elemen.Dalam menentukan nombor Avogadro, iaitu bilangan zarah dalam satu mol, alat pengukuran yang tepat dan sesuai yang masih tidak wujud sehingga awal abad ke dua puluh. Oleh itu, untuk menentukan nombor avogadro, elektron yang mengalir akan diukur, seterusnya jumlah arus dicatat dan masa yang diperlukan untuk elektron dalam unit ampere mengalir melalui litar diukur dengan teliti. Bilangan atom dalam sampel yang akan ditimbang dikaitkan dengan bilangan elektron yang digunakan. Berdasarkan nilai tersebut, nombor Avogadro dapat dikira. Justeru, eksperimen ini menggunakan elektrolisis kuprum untuk menentukan nombor Avogadro. Dua plat kuprum dicelup dalam bikar yang mengandungi larutan kuprum(II) sulfat. Elektrod yang akan disadur ditimbang terlebih dahulu sebelum (mi = jisim awal) dan selepas eksperimen (mf = jisim akhir). Perbezaan jisim ini mewakili jisim logam yang disadur. M = mf mi Cas elektrik yang mengalir melalui sistem semasa elektrolisis, q, boleh dikira melalui persamaan dibawah: Q=It dimana, I adalah arus dan t adalah masa Nombor Avagadro, NA, boleh dikira melalui persamaan di bawah:
NA = qM n m qe

dimana, M is the jisim atom logam, n adalah nombor elektron dalam tindak balas separuh dan qe adalah cas satu elektron.

Bahan

1. 1 mol dm-3 larutan kupum(II) sulfat 2. 2 kepingan kurpum. Alat Radas : 1. Bateri 2. Bikar 250 cm3 3. Penyambung klip buaya 4. Ammeter 5. Suis 6. Jam randik Prosedur :

1. Dua kepingan kuprum dicuci dengan menggunakan kertas pasir dan jisimnya ditimbang. 2. Bikar diisi dengan larutan 1 mol dm -3 kuprum(II) sulfat sehingga separuh penuh. 3. Alat radas disediakan seperti dalam rajah 1, suis dihidupkan dan jam randik dimulakan. 4. Reostat diselaraskan untuk membenarkan arus kecil melaluinya. 5. Bacaan ammeter direkodkan. 6. Suis ditutup selepas 30 minit. 7. Perubahan yang berlaku di anod dan di katod direkodkan. 8. Kepingan kuprum dibasuh dan dikeringkan dengan propanon dan ditimbang sekali lagi.

Hasil Eksperimen : Arus, I = 0.15 A Jisim Awal (g) Jisim Akhir (g) Pertambahan Berat (g) Pengurangan Berat (g) Anod Katod Larutan Pengiraan Anod 0.32 0.22 0.10 Katod 0.28 0.38 0.10 -

: Elektrod semakin menipis. : Elektrod semakin menebal : Larutan berwarna biru tidak berubah :

Jumlah tenaga yang melalui litar : Q = It = (0.15 A)(1800 s) = 270 C

Nombor elektron dalam elektrolisis : No e- = Q x (1/ 1.602 x 109 coulomb) = (270 C) x (1/ 1.602 x 109 coulomb) = 1.685 x 10 elektron No atom kuprum yang hilang dari anod Proses elektrolisis melibatkan 2 elektron untuk satu ion yang dihasilkan. Jadi, nombor atom bagi ion kumprum (II) ialah : Nombor ion Cu+ = nombor elektron yang di kira = (1.685 x 10 elektron) x (1 Cu+/ 2 elektron) = 8.425 x 1020 ion

Jisim ion kuprum yang terhasil bersamaan dengan jisim yang hilang pada anod.

Jisim yang hilang di anod = 0.1 g (8.425 x 1020ion) 0.1 g Bilangan mol = (8.425 X 1021atom/g) x (JAR kuprum) = 8.425 X 1021atom/g x 63.546 g = 5.55 X 1023 atom/mol :.No Avogadro yang diperolehi Perbincangan : Pada kebiasanya, elektrolisis digunakan untuk menyediakan elemen seperti natrium dan untuk menyalut logam lain dengan logam yang lain.Justeru, larutan mengandungi ion kuprum(II), ion kuprum(II) akan berpindah kepada katod, menerima 2 elektron dan menghasilkan logam kuprum. Sementara itu, proses pengoksidaan berlaku pada anod. Proses ini adalah pengoksidaan logam kepada kation, atau tindakbalas seperti penghasilan klorin daripada klorida. Nila pemalar avogadro boleh dikira dengan mengira bilangan coulumb anod yang mengalami pemendapan atau kakisan, jisim bilangan kuprum yang digunakan dan cas elektron umum yang digunakan
Coulumbs Saat saat grams Cu 1 elektron 1.6 X 10 coul.
-19

= 8.425 X 1021atom/g

= 5.55 X 1023 atom/mol

1 atom Cu 2 elektron

63.54g Cu 1 mol Cu

Pemalar Avogadro

Kesimpulan

Nilai pemalar Avogadro yang diperoleh dari eksperimen ini ialah 1.338 X 1024 atom/mol.

Soalan: 1. Secara teori, pertambahan jisim dalam satu elektrod kuprum sepatutnya sama dengan pengurangan jisim di elektrod yang satu lagi. Jelaskan mengapa terdapat sedikit perubahan kecil bagi kedua-dua nilai ini dalam eksperimen yang telah dijalankan.

Kehilangan jisim berlaku ketika proses pengeringan elektrod dengan menggunakan propanol. Ketika itu, Sejumlah kecil jisim akan terkeluar ketika propanona dialirkan pada elektrod, seterusnya jisim yang terenap pada elektrod akan tersesar apabila kita hendak mengeluarkan elektrod.

2. Tuliskan persamaan tindak balas yang seimbang untuk tindak balas yang berlaku di anod dan katod. Anod Katod : : Cu Cu2+ + 2eCu2+ + 2e- Cu (Pengoksidaan) (Penurunan)

3. Nyatakan dan jelaskan dua cara untuk memperbaiki ketepatan keputusan yang diperolehi. (4 m)

Cara yang pertama ialah dengan menggunakan arus yang kecil semasa eksperimen kerana arus yang lebih kecil boleh membiarkan tembaga yang dihantar stabil dan perlahan. Selain itu, masa arus elektrik melalui elektrolit perlu dipanjangkan supaya zarah mempunyai masa yang cukup untuk dipindahkan sepenuhnya daripada anod kepada katod.Nilai arus yang digunakan perlu seragam. Sebelum menjalankan eksperimen, plat kuprum perlu dibersihkan terlebih dahulu bagi mengelakkan terdapat unsur lain yang mempengaruhi tindak balas.

4. Selain daripada mengukur nilai pemalar Avogadro, nyatakan dan jelaskan dua kegunaan lain proses elektrolisis dalam industri. Elektrolisis dalam industri digunakan untuk pengekstrakan Aluminium. Bijih aluminium adalah bauksit, (aluminium oksida). Pada permulaannya,bauksit disucikan dibubarkan dalam kriolit lebur (Na 3AlF6) pada 900C untuk membentuk Al3+ dan O2, seterusnya, grafit digunakan sebagai elektrod bagi membolehkan pengekstrakan aluminium berlaku melalui proses elektrolisis.Selain , keginaan yang kedua ialah elektropenyaduran. Proses ini melibatkanpenggunaan objek yang akan bersadur elektrik akan bertindak sebagai katod dan logam penyaduran bertindak sebagai anod. Elektrolit yang digunakan adalah larutan akues yang mengandungi ion logam penyaduran. Ia dikenali sebagai penyaduran elektrik.

You might also like