You are on page 1of 3

Peraturan Mengisi Butir-Butir Dalam Jadual Kedatangan

1.0 Maklumat Pelajar 1.1 Maklumat peribadi pelajar hendaklah diisikan dengan betul, kemas dan lengkap 1.2 Tulis dengan huruf besar dan gunakan pen biru dan hitam sahaja. 1.3 Tentukan semua catatan buturan adalah sama dengan Kad Pengenalan dan Surat Beranak. 1.4 Dilarang menggunakan liquid paper. Sebarang kesilapan hendaklah dipotong dan di initial di tepi kesilapan. 1.5 Catatkan nama pelajar mengikut susunan abjad. Cintoh : P. Maniam hendaklah ditulis Maniam a/l Puthusamy dan di susun di bawah huruf M bukan P. 1.6 Ruangan untuk Persatuan/Kelab dicatatkan Rumah Sukan sahaja. Yuran 2.1 Hanya catatkan no. resit Yuran Khas sahaja sebanyak RM 22.50 dan Yuran PMR/SPM/STPM (Tingkatan 3 dan 5 dan 6 Atas) 2.2 Pelajar yang baru masuk ( dari sekolah lain ) dikecualikan membayar Yuran Khas dengan syarat resit Yuran Khas dari sekolah lama diserahkan kepada Guru Tingkatan. 2.3 Catatkan juga setiap bayaran yang dibuat kepada Pejabat Sekolah beserta no. resitnya di bawah senarai nama pelajar Penandaan Jadual Kedatangan 3.1 Jadual kedatang pelajar akan diperiksa dari masa ke semasa 3.2 Pelajar tidak dibenarkan menanda Jadual Kedatangan. 3.3 Semua Jadual kedatangan perlu ditandakan pada waktu pertama dan diletakkan semula diraknya selewatlewatnya pada waktu kedua setiap hari. Jadual Kedatangan tidak boleh dibawa balik atau ditinggalkan di merata tempat. 3.4 Semasa menanda Jadual Kedatan perkara berikut hendaklah diambil kira: i) Pelajar yang hadir ke sekolah ditanda l . ii) Pelajar yang tidak hadir bersebab(ada surat sakit dari doktor atau penjaga ) ditandakan O dan tuliskan s didalamnya. iii) Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab ditandakan O . iv) Pelajar yang lewat ditandakan O dan tuliskan L didalamnya. v) Pelajar yang mewakili sekolah dalam sebarang aktiviti rasmi ditandakan O dan tuliskan K didalamnya. vi) Bagi (iv) dan (v) hendaklah dikira sebagai hadir ke sekolah. 3.5 Hari kelepasan hendaklah ditandakan dengan garis lurus sepanjang ruang itu dan dituliskan Cuti . melintang ruang. Cuti yang diambil oleh sekolah hendaklah ditulis cuti Peristiwa. 3.6 Jadual kedatang mestilah ditutup oleh guru Tingkatan pada akhir tiap-tiap bulan. 3.7 Pastikan muka surat Penyata bulan mengikut bangsa dan Analisa Kedatangan Setahun diisi dengan lengkap dan terkini kerana maklumat ini adalah penting. 3.8 Sekiranya ada pelajar yang berpindah sekolah : i) Dicatatkan ---------berpindah sekolah -------- mulai dari tarikh berpindah pada bulan itu. ii) Tutup Jadual kedatangan seperti biasa pada bulan tersebut.

2.0

3.0

3.9 3.10

iii) Nama pelajar itu akan dipotong pada bulan berikutnya. Sekiranya ada pelajar yang bertukar ke kelas lain ( 2 ABK ke 2 ALA ) maka bilangan hari ketidakhadirannya di 2 ABK tidak dibawa ke kelas 2 ALA. Apabila ada pelajar baru masuk : i) Catatkan namanya di bahagian bawah senarai nama dan disusun mengikut abjad pada bulan berikutnya. ii) Tutup jadual kedatangan seperti biasa.

4.0

Cara Pengiraan 4.1 4.2 4.3 4.4


Hitung junlah keda tan gan bilangan hari belajar jumlah keda tan gan sepatutnya Hitung panjang ramai murid = Bilangan hari belajar Jumlah keda tan gan Peratus keda tan gan = x 100 % Jumlah keda tan gan sepatutnya panjang keda tan gan =

Pastikan kiraan jumlah kedatangan/ketidakhadiran murid pada ruangan mendatar adalah sama dengan ruangan menegak.

5.0

Surat Amaran 5.1 Surat amaran diberi kepada pelajar yang ponteng sekolah. 5.2 Sila dapatkan surat Amaran Pertama, Kedua dan Ketiga(terakhir) dari pejabat dan diisi dalam 3 salinan. Surat Amaran.pertama dan kedua ditandatangani oleh guru tingkatan dan amaran terakhir dan buang sekolah ditandatangni oleh Pengetua. 5.3 Simpan satu salinan di dalam fail kelas

5.4

Rujuk Jadual
SURAT BIL. HARI TIDAK HADIR BERTURUTTURUT Pada hari ke 3 7 hari selepas Amaran Pertama iaitu hari ke 10 (3 + 7 hari lagi) 7 hari selepas Amaran Kedua iaitu hari ke 17( 3 + 7 + 7 hari lagi) BIL HARI TIDAK HADIR BUKAN BERTURUTTURUT Pada hari ke 10 10 hari selepas amaran pertama iaitu pada hari ke 20( 10 + 10 hari lagi) 20 hari selepas amaran ke dua iaitu hari ke 40( 10 + 10 + 20 hari lagi )

Amaran Pertama Amaran Kedua (berdaftarakuan terima) Amaran Terakhir( berdaftarakuan terima )

Buang Sekolah (berdaftarakuan terima) Jumlah Tidak Hadir

14 hari selepas amaran terakhir iaitu hari ke 31( 3 + 7 + 7 + 14 hari lagi) 31 hari

20 hari selepas amaran terakhir iaitu heri ke 60( 10 + 10 + 20 + 20 hari lagi ) 60 hari

5.5

5.6 6.0

Catatan dibuat dalam Jadual Kedatangan seperti berikut : AP : Amaran Pertama AK : Amaran Kedua AT : Amaran Terakhir BS : Buang Sekolah Sila buat catatan berkaitan surat amaran yang telah dikeluarkan oleh guru tingkatan di muka surat bahagian Analisa Penyata Bulanan mengikut bangsa.

Buku Pendaftaran 6.1 Sumua butir peribadi pelajar baru perlu diisi dalam Buku Pendaftaran. 6.2 Guru Tingkatan dikehendaki mencatatkan nombor pendaftaran pelajar di dalam buku kadatangan bagi setiap bulan.

You might also like