You are on page 1of 20

7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan

1. Semak jadual Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari. 2. Kunci peperiksaan Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan. 3. Tentukan keutamaan Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan. 5. Merancang persiapan peperiksaan Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat

dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari. Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan. Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang

kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu. Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda. Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah. b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan. Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian. Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir. Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda. c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan. 7. Berdoa dan bertawakal Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan. Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti. Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR 2012 DAN SELAMAT MAJU JAYA

Drp: Guru kelas 3 ukm

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP GURUNYA

BAGAIMANA besarnya tanggungjawab guru terhadap murid, begitu jugalah besarnya tanggungjawab murid terhadap gurunya. Jika tidak ada guru, maka tidak ada murid. Guru juga seperti ibu bapa yang patut dihormati dan dipatuhi segala ajarannya yang baik. Jika di rumah anda harus menurut segala perintah dan ajaran ibu bapa dengan taat, tetapi di sekolah anda harus pula mentaati guru dan segala ajarannya harus disematkan di hati. Seorang murid harus menghormati bantuan gurunya untuk membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT untuk menuntut ilmu demi bekalan hidup mereka. Jangan sekali-kali membantah atau mencela guru kerana guru adalah merupakan orang yang sentiasa membimbing anda untuk mencapai cita-cita.

Masalah Lupa : Kenapa, Punca dan Cara Untuk Mengatasinya

Posted by Abu Musaddad Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera buat semua pembaca setia Kalam Abu Musaddad. Masalah lupa sering dialami oleh semua orang terutama pelajar. Mereka cepat lupa apa yang diajar oleh guru. Justeru itu, masalah ini menjadi kebimbangan dikalangan pelajar apatah lagi apabila masalah lupa ini menghantui mereka disaat peperiksaan hampir tiba. Anda perlu tanya kepada diri sendiri, kenapa saya mudah lupa ? Apakah punca yang menyebabkan saya mudah lupa? dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini ? Pasti anda akan dapat jawapannya. Melalui blog ini, terdapat beberapa orang pelajar menghantar komentar dan bertanya kepada KAM bagaimana cara untuk mengatasi masalah lupa. Di sini adalah di antara

komentar-komentar yang sempat KAM masukkan sebagai contoh bahawasanya masalah lupa ini amat serius dan menjadi penyakit kepada pelajar-pelajar. Hana :
assalammualaikum ckgu..! hana nk tnye n nk mntak tlg dr ckgu..hana nie ade satu msalah yg hana x dpt nk slesaikan dr dlu lagi..iaitu msalah untk mengingati sbjek yg hana dah blajar..stiap kali hana bt revision dlm 2-4 hri tu ingt lagi lah tapi bla smpai jew hari pperksaan mse nk jwb tu tros blank!hana tros lpew ape yg hana blajar..hana rsau laa ckgu,law hana x dpt nk atasi msalah ni cm ner hana nk tmpuh PMR thn ni..!!tlg hana ckgu..

Farah :
cgu,cmna nk tnamkn minat utk study sbject sejarah? sya memg tak minat ngn sbject 2..thn ney sya amek spm..wlaupun sya baca,tp sya mudah lupa la..hrp cgu bantu..

Erylia :
Sy ni student fom 3..sy nk tahu tips utk mdh igt ilmu yg cikgu2 kasi..sy harap cikgu leh tolong.kalau boleh,,ada x ayt2 quran yg boleh sy amal??

Emal :

salam.cikgu,saya form5jadi tahun ni saye akn ambik pekse spm.takut sangatcamne tak nak kasi gemuruh bile time exam tibe????dan ada tak tips nak cepat ingat dlm pelajaran???sebab saya ambik aliran bahasa arab.susah nak hafal bile perkataan tu susahhehehetolong please.wasalam

Luahan-luahan di atas menunjukkan masalah lupa ini amat serius dan membimbangkan diri pelajar itu sendiri. Jika masalah ini tidak di atasi dengan segera ia boleh menyebabkan prestasi seseorang pelajar itu terjejas. Oleh itu, melalui kalam ini KAM cuba sedaya upaya untuk memberi beberapa kaedah atau cara bagaimana untuk mengatasi masalah lupa ini agar ianya bermanfaat kepada semua pelajar. Kaedah atau cara ini adalah hasil rujukan beberapa buah buku dan juga laman web lain. Semoga ianya berguna buat anda.

Kenapa Mudah Lupa


Mempunyai sikap sambil lewa Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain. Sering bercakap bohong : Pelajar yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.

Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa. Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang pelajar itu.

Cara untuk mengatasi masalah lupa


Jangan abaikan solat lima waktu Perbanyakkan solat sunat Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran Selalu berdoa kepada Allah SWT Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya. Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal

Manakala terdapat beberapa cara agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran. Mengulangkaji Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda. Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik. Gunakan pelbagai jenis carta : Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran. Kaedah bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan. Mengulang dan mengingat kembali : Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.

Kurangkan teks : Jadikan ia gambar dan kata kunci. Selalu rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz sekurangkurangnya 5 patah perkataan sehari. Akhir kalam, KAM ucapkan selamat mencuba, jangan putus asa dan lakukan dengan bersungguhsungguh insyaallah mudah-mudahan masalah lupa dapat di atasi dalam diri masing-masing.

Rujukan : Laman Program Score A (Pantas Menuju Kecemerlangan Akademik)

Tips Komunikasi Berkesan Apr 1 Posted by Abu Musaddad komunikasi.jpgAssalamualaikum wbtKalamku berbicara lagi..Kali ini kalam ini membicarakan tentang komunikasiAhli teori bidang komunikasi berpendapat bahawa komunikasi adalah proses yang rumit. Tahukah anda apa sebabnya? Kita sering cuba mencapai sesuatu ke arah yang dinamik. Kata2 yang kita ucapkan sering kali hilang begitu sahaja, dan kita sering memikirkan sama ada apa yang kita ucapkan dapat ditafsirkan dengan tepat dan difahami oleh orang lain. Justeru itu, Kalam ini ingin berkongsi terdapat beberapa tips bagaimana untuk berkomunikasi secara berkesan, antaranya ialah: 1. Sahkan Kewujudan Seseorang Berkomunikasi dgn cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang paling besar ialah memandang dan berhadapan

dengannya apabila berkomunikasi. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain. 2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya @ usahanya dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya. 3. Bahasa Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal. 4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita, perlulah kita membentuk diri menjadi

modus operandi @ suri teladan sehingga orang menkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain. 5. Menghargai Orang Lain Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberi hadiah, kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan janji dan sebagainya. Dengan menghargai orang lain, anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit. Dengan tips2 yang telah dikongsikan agar dapat memperbaiki cara kita berkomunikasi supaya ianya menjadi lebih berkesan dan dapat meyakinkan orang lain.

Menyingkap 1001 Rahsia Kejayaan Adik Nik Nur Madihah Mac 14 Posted by Abu Musaddad KEMISKINAN DAN KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG MERAIH KEJAYAAN : TERLEBIH dahulu kalam ini ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua pelajar kerana cuti pertengahan semester 1 telah pun bermula. nik-nur-madiahahKalam ini juga percaya pasti banyak program-program yang dirancang sempena cuti persekolahan ini. Apa pun program yang dirancang diharap ianya memberi faedah dan manfaat kepada diri anda sekeluarga. Mungkin ada yang merancang untuk pergi melancong, balik kampung dan sebagainya. Tetapi jangan dilupa untuk mentalaah buku khususnya kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini sama ada UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM.

Satu hal yang menarik untuk dikongsi bersama di sini ialah tentang KEJAYAAN adik NIK NUR MADIHAH pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu yang mendapat keputusan CEMERLANG dan PELAJAR TERBAIK SPM 2008 yang diumumkan baru-baru ini dengan mendapat 20A. Apakah rahsia kejayaan beliau? Kejayaan adik Nik Nur Madihah menarik perhatian semua pihak. Ana difahamkan ramai wartawan pergi ke rumah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk menemuramah beliau. Ekoran daripada itu, kalam ini juga terpanggil untuk berbicara tentang rahsia kejayaan beliau. Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang. Bagi beliau, kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang meraih kejayaan. Malah kemiskinan, kesukaran dan kekurangan itulah

yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan kedua ibu bapanya. Beliau adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Ayah dan ibu beliau bukannya orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayahnya pula bekerja sebagai nelayan. Apa yang menariknya, adik Nik Nur Madihah tidak menganggap dirinya genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu. Beliau juga tidak mengikuti kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual. Tetapi kata beliau, Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa. Itulah rahsia kejayaan beliau. nik-nur-madiahah-2 Rumahnya pula tak semewah rumah orang lain. Ayahnya menyewa dengan RM90 sebulan. Ruang untuk belajar juga adalah terhad. Malah tidak ada bilik khusus sebagai tempat beliau mentalaah pelajaran. Ruang tamulah menjadi tempat beliau mengulangkaji pelajaran setiap hari.

Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik. Mogamoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan beliau. Justeru itu, jadilah kejayaan adik Nik Nur Madihah pada hari ini sebagai dorongan untuk anda untuk memulakan langkah pertama untuk meraih kejayaan pada hari esok. Jangan jadikan kemiskinan, kesukaran dan kekurangan diri dan keluarga menjadi alasan dan penghalang untuk anda mencipta kejayaan. KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, KENAPA ANDA TAK BOLEH ? Tanyalah diri anda pasti anda mengetahui jawapannya. smile41 Kalam Abu Musaddad/Sabtu 14 Mac 2009

You might also like