MORFOLOGI BAHASA MELAYU
HBML4603
–
Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yangmenjadi unit bahasa yang bermakna.
–
Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasildaripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan.
–
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkankeserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golonganyang sama.Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem.Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau yangmenjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem ataulebih. Contoh :‘saya’
1 morfem : saya‘berpeluh’ 2 morfem : ber+peluh‘berkakikan” 3 morfem : ber+kaki+kanMorfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujudbersama-sama morfem lain). Contoh :
–
Morfem bebas – ‘saya’
–
Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagimembentuk perkataan seperti ‘berkakikan’Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna.Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya,perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi,dapur dan meja.Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfemyang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifatbebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiridaripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.
2