You are on page 1of 45

1

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Segala puji bagi Allah S.W.T selaku Pencipta, Pemerintah dan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para
sahabat dan para pengikut setia baginda hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, kami bersyukur kehadrat Allah S.W.T dan bergembira kerana dengan
kurnia dan hidayah-NYA berjaya jua kami menyiapkan satu kertas kerja ilmiah yang
bertajuk “Piagam Madinah: Asas Kepada Perpaduan”.

Terlebih dahulu kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan


terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Syaidatun Nazirah Abu Zahrin yang
mengajar kursus Hubungan Etnik (ZZZT1043) set 17, yang telah memberi tunjuk ajar
kepada kami. “Terima kasih atas cabaran”.

Penghargaan ini juga kami tujukan kepada staf-staf Perpustakaan Tun Sri Lanang
(PTSL) yang telah membantu mencari buku rujukan yang berkenaan dengan kertas kerja
ilmiah ini dan telah menyediakan tempat untuk kumpulan kami membuat perbincangan
berkenaan tajuk kertas kerja ilmiah ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada Pusat Wacana Ilmu di Keris Mas kerana menyediakan sumber rujukan yang
sangat bermanfaat, tidak lupa juga kepada rakan-rakan satu fakulti kerana membantu
kami dari segi memberi tunjuk ajar, meminjam laptop dan sebagainya. Semoga Allah
S.W.T. membalas jasa baik mereka semua.
2

Akhirnya, kami mengharapkan dengan wujudnya kajian ilmiah ini, ia dapat


menambahkan ilmu pengetahuan kepada kami semua tentang asas perpaduan kaum
dengan melihat Piagam Madinah sebagai model dan langkah-langkah pembentukan
perpaduan di kalangan kaum di Malaysia antara Cina, India dan Melayu. Akhirnya, Islam
juga dapat membina perpaduan di antara muslim dan non muslim mengikut acuan Islam,
melalui al-Quran dan al-Sunnah. Keharmonian ini penting supaya negara Malaysia dalam
keadaan aman, makmur, maju dalam ekonomi, sahsiah dan stabil dari segi politik.
Semoga negara Malaysia dapat membentuk perpaduan yang jitu sebagaimana yang telah
ditunjukan masyarkat Madinah. Insyaallah.
3

PENDAHULUAN

Kertas kerja ilmiah ini membincang tentang persoalan kerjasama antara pelbagai kaum
atau pelbagai segmen di dalam sesebuah negara bagi mewujudkan kestabilan politik dan
pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Bagi negara atau masyarakat yang mempunyai
kepelbagaian dalam masyarakatnya dan mempunyai perbezaan budaya, bahasa, agama,
mazhab, dan cara hidup akan menyebabkan wujudnya kelompok masyarakat yang
berpecah-pecah. Menurut smith masyarakat pelbagai kaum ataupun masyarakat plural
wujud apabila,

... a formal diversity in the basic or compulsory institution. The basic institution
system embraces kinship, education, religion, property and economy, recreation and
certain sodalities and culture (Smith 1965).

Apa yang dijelaskan Smith ini ialah masyarakat pelbagai kaum mempunyai perbezaan
atau segmented. Perbezaan inilah yang kadangkala mencetuskan konflik antara kaum.
Melalui kertas kerja ilmiah ini dapat menghuraikan bagaimana sesebuah negara yang
pelbagai segmen mengeratkan hubungan antara segmen.

Kertas kerja ilmiah yang bertajuk “Piagam Madinah: Asas Kepada Perpaduan”
memberi fokus kepada masyarakat di Madinah dan perbincangan mengenai Piagam
Madinah yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam, berpandukan kepada Al-Quran
dan Sunnah. Ia juga membincangkan mengenai persoalan kerjasama antara masyarakat di
Madinah yang terdiri daripada pelbagai kelompok dan sebelum ini sering bertelagah,
berkelahi, dan bergaduh sesama sendiri. Kertas kerja ini melihat bagaimana Piagam
Madinah dijadikan sebagai asas bagi membentuk perpaduan di kalangan penduduk di
kota Madinah.
4

Perbincangan juga melihat perpaduan dalam konteks negara di Malaysia dan


sejauh mana Piagam Madinah boleh dijadikan rujukan kepada kita untuk membentuk
ikatan perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang secara umumnya dikategorikan
kepada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Berdasarkan pengalaman 13 Mei 1969,
ternyata terdapat sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi
hubungan etnik. Sekiranya tiada usaha-usaha untuk menguatkan perpaduan antara
kelompok ini, bila-bila masa sahaja akan berlaku keretakan seperti kejadian 13 Mei 1969.

Topik ini penting diperbincangkan kerana ia menghuraikan tentang isu semasa


iaitu mengenai kedudukan masyarakat berbilang kaum dan agama dalam sesebuah
pemerintah. Ia juga menganalisis kandungan Piagam Madinah dan membuat
perbandingan dengan Perlembagaan Malaysia. Ia juga penting dibincangkan untuk
mengetahui sama ada Perlembagaan kita mengikut prinsip-prinsip Islam. Topik ini juga
penting dibincangkan kerana menghuraikan bagaimana Islam mempunyai kemampuan
untuk memecah tembok atau benteng penghalang kepada perpaduan di Malaysia dengan
Piagam Madinah dijadikan sebagai satu model penyelesaian yang berasaskan Al-Quran
dan Al- Sunnah. Sekali gus dapat membina perpaduan di antara muslim dan non muslim
mengikut acuan Islam, melalui prinsip kebebasan beragama.
5

BAB SATU

PIAGAM MADINAH DAN PERPADUAN

1.1 PENGENALAN

Kertas kerja ilmiah ini memberi fokus kepada masyarakat majmuk di Madinah dan juga
di Malaysia. Apabila kita merujuk kepada apa yang wujud dalam masyarakat Islam di
Madinah pada zaman Rasulullah SAW, kita akan dapati masyarakat tersebut memiliki
ciri-ciri masyarakat majmuk. Hai ini adalah berdasarkan masyarakat tersebut terdiri
daripada beberapa bangsa seperti Arab, Yahudi dan Parsi. Bangsa-bangsa ini pula
berpecah kepada beberapa kelompok seperti bangsa Arab terdiri daripada Muhajirin dan
Ansar. Kelompok Ansar pula terbahagi kepada suku Aus dan Khazraj. Begitu juga dengan
kaum Yahudi. Anda juga pendapat yang membahagikan masyarakat Madinah kepada tiga
kelompok iaitu Muslim, Munafik dan bukan Muslim. Masyarakat Madinah bukan sahaja
berbeza dari segi keturunan dan bangsa, mereka juga menganut berbilang agama seperti
Islam, Yahudi, Kristian dan sebagainya.

Bagi masyarakat di Malaysia pula, secara umumnya terdiri daripada bangsa


Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Di kalangan etnik-etnik ini pula mengamalkan
sistem hidup yang berbeza di samping agama dan kebudayaan tradisional masing-masing.
Disebabkan perbezaan agama ini telah membawa kepada perbezaan fahaman, budaya dan
cara hidup yang sukar untuk disatukan. Masyarakat Melayu amnya kebanyakan
menganut agama Islam, masyarakat Cina menganut Buddhism, Comfusesm, Kristian
serta berbanga dengan semangat kecinaan. Masyarakat India pula menganut agama
Hindu, Kristian dan Islam. Menurut Prof. Madya Hj Azam Hamzah, beliau membahagi
penduduk Malaysia kepada dua kategori utama, iaitu penduduk peribumi dan bukan
peribumi. Penduduk peribumi sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu. Selain
orang Melayu, terdapat juga pelbagai kumpulan etnik peribumi lain seperti orang Asli di
6

semenanjung, dan pelbagai etnik peribumi di Sabah dan Serawak. Penduduk bukan
peribumi terdiri daripada orang Cina, orang India serta sebilangan kecil etnik-etnik lain.

1.2 PIAGAM MADINAH

Dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi atau negara yang berasaskan
rakyat harus mempunyai sebuah perlembagaan yang mengatur dan menjadi petunjuk bagi
sesebuah negara. Tidak mungkin sesebuah negara dianggap sebagai demokrasi sekiranya
tidak mempunyai suatu perlembagaan. Sebaliknya, suatu negara yang tidak mempunyai
perlembagaan, akan dikatakan negara yang diktator, anarki dan autokrasi. Persoalannya
di sini, bilakah perlembagaan muncul di dunia ini? Para sarjana sering kali melihat
kemunculan perlembagaan yang pertama di muka bumi ini pada abad ke 18 iaitu apabila
lahirnya Perlembagaan Amerika Syarikat pada 1787 dan Perlembagaan Perancis pada
1795 (Zainal Abidin 1973). Ada pula yang mengatakan Perlembagaan pertama yang
muncul ialah pada abad 13, apabila munculnya Magna Charta dari Inggeris pada 1215,
sebagai perlembagaan tidak bertulis (Convention or unwritten Constitution) yang
pertama.

Menurut satu penyelidikan, piagam politik yang memenuhi syarat-syarat


kenegaraan yang pertama kali muncul ialah pada abad ke 7. Bukan di Amerika Syarikat
atau Perancis dan bukan pula di Inggeris, tetapi perlembagaan yang pertama itu lahir di
sebuah kawasan di Asia, iaitu di Arab, sebagai suatu persetujuan bersama antara
masyarakat Madinah yang terdiri daripada berbagai suku, puak dan agama. Menurut
Zainal Abidin(1973), Piagam Madinah dianggap sebagai Perlembagaan yang pertama di
dunia. Ia mendahului Perlembagaan Amerika Syarikat dan Perancis hampir 12 abad
sebelumnya, bahkan ia mendahului Magna Charta Inggeris, hampir 6 abad. Para sarjana
barat turut bersetuju dengan pendapat ini, W. Montgomery Watt merujuk kepada kerajaan
berkata “ negara Islam yang pertama muncul dalam abad ke 7, dengan suatu
Perlembagaan yang pertama yang dipanggil sebagai Piagam Madinah”.
7

Asas kepada pembentukan negara Islam Madinah adalah sebuah dokumen bertulis
yang dipanggil Sahifah Madinah atau Piagam Madinah. Piagam Madinah secara
umumnya bermaksud piagam atau perlembagaan yang ditulis secara rasmi dalam sejarah
dunia. Dalam Sirat Rasulullah SAW oleh Ibn Ishaq (150/767) dan Al-Sirah Al-
Nabawiyyah oleh Ibn Hisyam (218/834) piagam atau sahifah dari segi istilah Arab
merujuk kepada dokumen, kanun, piagam atau perjanjian bertulis mengenai hak dan
tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah. Dalam bahasa inggeris piagam ini
disebut sebagai The Charter Of Madinah atau The Constituation of Madinah atau secara
ringkasnya disebut The Charter, The Document atau The Covenant. Piagam ini dianggap
dokumen bertulis kerana menetapkan batas undang-undang, prinsip-prinsip asas
pentadbiran dan garis kerja menjaga keamanan al-Madinah sebagai sebuah negara
berdaulat.

Dari segi sejarah, asas kepada pengubalan piagam ini adalah dibuat dalam dua
pihak iaitu pihak pertama adalah rasulullah SAW sendiri manakala pihak kedua adalah
antara orang Islam dengan orang Yahudi di satu pihak dan orang Islam sesama Islam,
yakni antara Muhajirin dan Ansar di pihak yang lain. ketiga-tiga gologan ini dipanggil ahl
al-Sahifah menunjukkan mereka sendiri mempersetujui piagam yang digubal pada tahun
622 Masihi bersamaan 1 Hijrah walaupun tarikh sebenar terbentuknya piagam ini masih
belum jelas kerana ahli sejarah seperti Ibnu Ishaq dan Ibnu Hisham tidak menyebut
secara teperinci namun apa yang pasti pigam ini wujud di awal tempoh pemerintahan
kepimpinan nabi. Sebelum wujudnya piagam ini, terdapat beberapa peristiwa yang boleh
dijadikan faktor dalam membentuk negara Islam Madinah. Permulaan dalam peristiwa
penting ini adalah Perjanjian Aqabah pertama dan kedua. Perjanjian ini wujud kerana
beberapa rombongan penduduk Madinah telah menemui Nabi Muhammad SAW dan
menyatakan keimanan mereka kepada nabi.

Selain itu, beberapa rentetan peristiwa seperti penentangan yang hebat oleh kaum
Quraisy Makkah terhadap Rasulullah SAW dan penganut Islam serta jemputan penduduk
8

Madinah telah mendorong Nabi Muhammad untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Bandar Madinah sebelum kedatangan nabi telah diberi nama Yastrib merupakan bandar
pilihan sebagai tempat hijrah kerana kesesuaian sama ada dari segi agama, moral dan
sosioekonomi. Orang yang berhijrah dari Makkah ke Madinah kerana Allah SWT telah
disifatkan sebagai orang yang beriman dan berjihad dan mereka ini diberikan rahmat oleh
Allah SWT. Maka peristiwa hijrah inilah yang menjadi pemangkin dalam merealisasikan
penubuhan negara Islam Madinah.

Pemilihan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Madinah telah


dipersetujui secara sebulat suara oleh masyarakat Madinah. Nabi dilihat bukan sahaja
seorang nabi dan rasul tetapi seorang pemimpin yang berhemah tinggi. Hal ini telah
menyelesaikan krisis kepimpinan yang wujud di Madinah sejak sekian lama. Pemilihan
tersebut merupakan cabaran yang berat dan besar bagi nabi untuk menyebarkan dakwah
islam kerana Madinah pada ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum yang sememangnya
berbeza fahaman. Maka lahirlah Piagam Madinah yang telah menjadikan Madinah
sebagai sebuah negara yang terunggul baik dari segi bahasa mahupun isinya. Penggunaan
bahasa yang tepat dan anggun, di samping mampunyai susunan undang-undang yang
lengkap dan kuat menyerlahkan keistimewaannya walhal pengarangnya iaitu Nabi
Muhammad SAW merupakan seorang yang ummi(tidak tahu membaca).

Perlembagaan ini telah menyatukan penduduk Madinah. Piagam ini mengatur


hubungan antara mereka supaya mereka hidup dalam keadaan hormat-menghormati dan
bertanggungjawab. Oleh itu, mereka dapat hidup dalam suasana aman dan semua gejala
buruk dapat dihapuskan. Piagam ini juga menetapkan konsep persamaan antara semua
orang sama ada orang perseorangan atau berkumpulan. Hal ini digambarkan dengan jelas
oleh al-Shaykh Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti dalam bukunya yang bertajuk Fiqh
al-Sirah Jilid 2 apabila beliau memilih Piagam Madinah sebagai asas terpenting dalam
menguatkan kesatuan dalam penduduk Madinah selain pembinaan masjid dan
persaudaraan muslim. Di samping itu, piagam ini jelas menunjukkan bahawa tidak ada
9

perbezaan antara pemerintah dan yang diperintah. Konsep dalam Islam itu sendiri yang
bersifat sama taraf menunjukkan Islam menganggap semua manusia tanpa mengira darjat
atau pangkat adalah sama di sisi Allah SWT. Dengan ini penindasan dapat dielakkan
seterusnya mewujudkan semangat perpaduan yang tinggi.

1.3 DEFINISI

1.3.1 Definisi Perpaduan

Sebenarnya perkataan perpaduan berasal dari perkataan ‘padu’ yang boleh diertikan
sebagai mampat, pejal, tumpat, bergaul, berpadu, bercampur menjadi satu, teguh dan erat
(Kamus Dewan 1989). Perpaduan boleh diertikan sebagai “satu proses bagi mewujudkan
satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial,
dan lokasi dalam sesebuah unit politik”. Dalam tulisan Mohd. Ramley (1970/1), beliau
mengambarkan perpaduan itu berdasarkan perhubungan yang sihat di antara kaum.
Beliau membuat kesimpulan bahawa perpaduan itu merupakan “hidup percampuran
dapat mengurangkan darjah prasangka dan menimbulkan hubungan yang sihat antara ras-
ras yang berlainan”. Perpaduan ini bukan sahaja terhad kepada perpaduan dalam agama
tetapi juga meliputi perpaduan wilayah, perpaduan ekonomi, perpaduan politik,
perpaduan pendidikan, perpaduan kebudayaan dan perpaduan sosial. Sebagaimana yang
terkandung dalam Piagam Madinah yang mewujudkan pelbagai perkara yang menjadi
asas kepada perpaduan penduduk di Madinah. Dalam konteks perpaduan di Malaysia,
Malaysia mencatat beberapa faktor yang membolehkan perpaduan kaum di capai di
negara ini. Menurut Ismail Ab. Rahman (2002) antara faktor yang membolehkan
perpaduan di capai di Malaysia ialah perpaduan melalui penghayatan dan amalan-amalan
prinsip-prinsip Rukun Negara dan rancangan-rancangan pembangunan negara yang
dilaksanakan dengan sempurna dan tersusun rapi.

Berdasarkan beberapa definisi dan penjelasan terpilih ini yang boleh dianggap
sebagai mewakili pandangan terbanyak kita dapat mengenalpasti ide-ide yang terkandung
10

dalam konsep perpaduan. Dengan mengambil kira ide-ide ini kita dapat mengemukakan
makna komprehensif perpaduan seperti berikut. Perpaduan ialah percantuman dan
pengukuhan antara kaum atau segmen yang boleh membawa persamaan dan
kesejahteraan.

1.3.2 Perpaduan Menurut Al-Quran

Dalam Islam sentiasa menekankan pentingnya perpaduan terutamanya di kalangan umat


Islam itu sendiri dan juga antara umat lain. Apabila kita merujuk kepada Al-Quran,
terdapat banyak firman-firman Allah SWT yang menekankan keperluan perpaduan dalam
mewujudkan keharmonian umat. Sebagai salah satu dasar perpaduan sebagaimana tersirat
dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“wahai manusia, sesunguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki (Adam) dan
seorang perempuan (Hawa) dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa, berpuak-puak,
supaya kamu saling mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang mulia
antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenali”. Surah al-Hujurat ayat
13.

Ayat ini menekankan bahawa Allah SWT menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku bukan untuk bermusuhan antara satu sama lain tetapi supaya mereka
mengenal dengan mudah untuk mempertingkatkan kerjasama antara mereka dan bukan
untuk mencerca antara satu sama lain. Pembahagian-pembahagian kelompok ini ialah
untuk memudahkan rujukan atau pengenalan bukannya untuk perpecahan. Adapun
manusia terbahagi kepada bangsa-bangsa, qabilah-qabilah dan keluarga adalah perkara
biasa dan tabi’i. Mengasihi bangsa adalah fitri kejadian manusia, tetapi tidaklah
meletakkan bangsa mengatasi segala-galanya, sehingga menindas kaum lain (Ibrahim
2001). Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:
11

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah SWT dan janganlah
kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah SWT kepadamu ketika kamu dahulu
(masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah SWT mempersatukan hati-hatimu, maka
jadilah kamu semua bersaudara kerana nikmat Allah SWT”. Surah Ali ‘Imran ayat 103.

Kedua-dua ayat tersebut menyatakan prinsip awal atau dasar perpaduan adalah
supaya saling kenal mengenali antara satu sama lain. Untuk itulah Allah SWT
menjadikan mereka berpuak-puak dan berkelompok. Adapun asas kebahagian yang tabi’i
di dalam Islam bukan kerana keturunan atau keluarga atau satu umat, tetapi kebahagian
yang sebenarnya ialah tertakluk kepada ketinggian peribadi dan ketinggian jiwa dari
sampah nafsu. Inilah asas yang boleh mencantumkan seluruh manusia dan kemudiannya
terbentuk sebuah masyarakat antarabangsa, seterusnya tertegak sebuah negara dunia.

1.3.3 Perpaduan Menurut Al-Sunnah

Perpaduan menurut Al-Sunnah juga bukan hanya kepada orang Islam tetapi juga kepada
orang bukan Islam. Dalam konteks masyarakat di Madinah, perpaduan ummah bukan
hanya kepada umat Islam. Menurut Piagam Madinah, orang Yahudi (bukan Islam) adalah
ummah bersama-sama orang Islam. Ini bermakna bahawa perpaduan ummah meliputi
golongan bukan islam yang hidup bersama-sama orang Islam di dalam satu kelompok
masyarakat. Menurut Islam, sesiapa yang berakhlak baik dan mengerjakan amalan soleh
berhak menerima penghargaan dan sanjungan sama ada dilahirkan di Timur atau di Barat.
Manakala seorang yang melakukan keburukan dan perbuatan keji, dialah yang rendah
dan hina tidak kira sama ada ianya kulit putih atau hitam. Di dalam hal ini Rasulullah
SAW telah menegaskan di dalam khutbah Haji Wida’ berhubung dengan prinsip ini:

“Wahai manusia ingatlah bahawa tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu,
ingatlah tidak ada kelebihan bagi orang Arab ke atas orang ‘ajam dan tidak ada
12

kelebihan orang ‘ajam ke atas orang Arab dan tidak ada kelebihan orang yang berkulit
hitam ke atas orang berkulit merah kecuali orang yang bertaqwa”.

Islam telah membuktikan bahawa Islam dapat mewujudkan sebuah masyarakat


yang adil dan sama rata di kalangan seluruh manusia. Bukti yang paling tepat dapat
dilihat adalah melalui Piagam Madinah yang merupakan asas kepada perpaduan di
kalangan masyarakat di Madinah. Islam telah membanteras seluruh saki baki perbezaan
jenis warna kulit, bahasa dan kaum. Islam juga telah menhapuskan tembok pemisah
masyarakat dan faktor-faktor yang boleh membawa kepada perbuatan sombong dan
menghina saudara yang lain. Lebih tegas lagi Nabi Muhammad telah memberi amaran
keras kepada umat Islam yang memusuhi umat bukan Islam dalam sabdanya:

“sesiapa yang menyakiti kafir zimmi maka sesungguhnya ia menyakiti aku, dan sesiapa
yang menyakiti aku maka ia menyakiti Allah”.

Keutuhan dan perpaduan yang digambarkan oleh Rasulullah SAW ini dapat
mewujudkan kehidupan yang baik antara muslim dan non muslim. Namun, ramai yang
beranggapan bahawa perpaduan dalam Islam tidak melibatkan orang bukan Islam. Di
dalam negara Malaysia misalnya, masih terdapat lagi yang mempersoalkan kerjasama
antara orang Islam dan bukan Islam. Mereka mempersoalkan bahawa orang Islam tidak
boleh berkerjasama dengan orang bukan Islam kerana mereka terdiri daripada golongan
kafir. Keadaan inilah yang menyebabkan berlaku ketidakadilan dalam pengagihan
ekonomi, prasangka dan sebagainya. Dalam hal ini, umat Islam perlu memahami terlebih
dahulu bahawa Islam muncul dan berkembang dalam masyarakat pelbagai agama, sama
ada pada zaman Makkah, mahupun selepas Hijrah, iaitu zaman Madinah. Hal ini,
memberi kefahaman yang jelas, bahawa kerjasama dan saling bantu membantu perlu
untuk mencapai kehidupan yang harmoni dalam sesebuah negara. Ini bermakna
perpaduan antara umat Islam dengan bukan Islam memang wujud. Kerjasama dan saling
bantu-membantu adalah asas perpaduan masyarakat majmuk di Madinah. Kedudukan
umat bukan Islam di Madinah juga diiktiraf dalam Perlembagaan Madinah dan hal ini
13

telah digambarkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW dengan sabdanya yang
bermaksud:

“sesiapa yang menzalimi mu’ahad (iaitu yang ada perjanjian damai dengannya) atau
mengurangi haknya, atau membebankan di luar kemampuannya atau mengambil sesuatu
daripadanya tanpa rela hatinya sendiri, maka akulah pembantahnya pada hari Kiamat”

(Hadis riwayat al-Tabrani dan al-Baihaqi)

1.3.4 Masyarakat Majmuk

Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan
kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Dalam memahami
konsep masyarakat Shamsul Amri (2007), telah mengariskan beberapa ciri-ciri masyarkat
iaitu berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan, berinteraksi (dalaman dan dengan
pihak luar), mempunyai kepimpinan, dan mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas,
status dan kasta). Berdasarkan pentakrifan ini, dapatlah kita memahami bahawa
masyarakat Madinah ialah sebuah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan
etnik dan budaya. Begitu juga dengan negara Malaysia.

Menurut Kamus Dewan (1994) pula masyarakat majmuk boleh diertikan sebagai:

“masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa.”

Definisi ini menjelaskan masyarakat majmuk yang merupakan gabungan daripada


beberapa bangsa, agama, bahasa, dan sebagainya. Apabila kita merujuk kepada apa yang
wujud dalam masyarakat Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW, kita akan
mendapati masyarakat tersebut memiliki ciri-ciri masyarakat majmuk. Ini adalah
berdasarkan masyarakat tersebut terdiri daripada beberapa bangsa seperti Arab, Yahudi,
Parsi dan Sebagainya. Menurut Abdul Latif (1998) antara unit-unit dan anggota
masyarakat ini mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap satu sama lain. Antara hak-
hak dan tanggungjawab yang diutamakan oleh Islam ialah hak-hak untuk hidup,
14

kebebasan diri, maruah dan peribadi, kebebasan berfikir, beragama dan menyatakan
pendapat, kebebasan bergerak, keadilan dan kehakiman, samarata, tanggungjawab
menegak kebaikan dan mencegah keburukan, politik dan kenegaraan, ekonomi,
perburuhan, keperluan asasi, pendidikan dan kekeluargaan.
15

BAB DUA

KE ARAH PEMBENTUKAN PIAGAM MADINAH

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, penulis memfokuskan kepada perbincangan mengenai ke arah


pembentukan Piagam Madinah. Sebelum dibincangkan bagaimana Piagam ini dibentuk,
haruslah diketahui bahawa piagam ini melibatkan pelbagai pihak antara kaum Aus dan
Khazraj, puak Yahudi, Nasrani dan juga kaum Arab yang berasal dari Makkah. Adalah
lebih baik jika diceritakan dahulu tentang asal usul pelbagai kelompok ini secara ringkas,
sebelum diceritakan bagaimana Piagam Madinah dibentuk.

Madinah al Munawwarah pada asalnya dikenali sebagai Yathrib. Selepas Nabi


Muhammad SAW membentuk kerajaan di Yathrib, baginda telah menukar nama Yathrib
kepada Madinah al Munawwarah yang bermaksud ‘bandar bercahaya’. Yathrib ialah
sebuah tempat yang mempunyai tanah yang subur dan air yang banyak disamping
dikelilingi oleh kawasan batu hitam gunung berapi. Kawasan yang paling penting di
kawasan ini ialah Harrah Waqim di Timur dan Harrah al Wabarah di Barat. Harrah
Waqim lebih subur dan lebih diduduki berbanding Harrah al Wabarah. Sejak dari dahulu
lagi Yathrib terkenal dengan kebun-kebun tamar, buah-buahan dan ladang bijirin. Yathrib
juga turut berperanan sebagai tempat persinggahan kafilah-kafilah perdagangan di antara
Yaman dan Sham atau Makkah dan Sham. Di dalam buku Sirat Al-Rasul dan Al-Khulafa
Al-Rashidun (1999) Yathrib merupakan bandar kedua terpenting di al-Hijaz dan terletak
kira-kira 500 km ke utara Makkah.
16

2.2 PENDUDUK DI MADINAH

Terdapat pelbagai jenis kaum atau kelompok di Madinah pada masa itu. Kehidupan
mereka lebih bergantung kepada bidang pertanian. Kebanyakan mereka cuba merebut hak
dan penguasaan terhadap tanah tanaman bagi menaikkan taraf mereka. Penindasan dan
eksploitasi sering berlaku antara kaum di Madinah. Antara penduduk di Yathrib ialah
puak Arab iaitu Aus dan Khazraj, Yahudi dan Nasrani. Dalam perbincangan ini, penulis
hanya menyentuh dua puak utama iaitu kelompok Arab dan juga Yahudi. Penulis juga
akan menyentuh kelompok Arab yang berasal dari Makkah iaitu kaum ‘Muhajirin’.

2.2.1 Penduduk Arab (Ansar)

Masyarakat Arab yang terbesar di Yathrib ialah kabilah Aus dan Khazraj yang berasal
daripada keturunan al-Azd yang hebat di Yamen (Akram Diya al Umari 1992). Puak ini
berpindah dari Yaman ke kawasan Utara pada masa yang berbeza. Perpindahan yang
paling awal adalah pada 207 Masihi ketika Khuzaah berpindah ke Makkah. Ahli
sejarawan masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza-beza mengenai sebab
perpindahan puak Azd. Sebahagian ahli sejarah berpendapat perpindahan kaum Azd
adalah disebabkan kemusnahan empangan Ma’rib dan banjir al’ Aram. Sebahagian lagi
mengaitkan perpindahan kaum Azd adalah disebabkan ketidakstabilan politik dan
ekonomi serta penguasaan Rom ke atas laut Merah. Walaupun mereka berbeza pendapat
tentang faktor penghijrahan kaum Azd, tetapi ahli sejarawan bersepakat tentang tarikh
penghijrahan kaum Azd adalah selepas kedatangan Yahudi ke Yathrib. Masyarakat Yahudi
terlebih dahulu menetap di Yathrib sebelum kedatangan Masyarakat Arab dari Yaman.
Kelompok Arab ini berhijrah ke Yathrib pada akhir kurun keempat Masihi, manakala
kelompok Yahudi mula berhijrah ke Yathrib sekitar tahun 70 Masihi. Sidyu pula
menjelaskan tarikh perpindahan mereka pada 300 Masihi dan dominasi mereka di Yathrib
pada 492 masihi. Terdapat beberapa perubahan di dalam ekonomi dan populasi yang
menjurus kelebihan kepada Kaum Arab di Yathrib. Perubahan ini telah meningkatkan
jumlah populasi mereka dan kekayaan mereka. Tiada statistik mengenai jumlah puak
Aus dan Khazraj yang sebenar namun kedua-dua puak ini pernah menyediakan 4000
17

pahlawan Islam yang terdiri daripada orang lelaki dewasa ketika peristiwa pembukaan
Kota Makkah pada 8 Hijrah. Walaupun puak Yahudi mula menetap di Yathrib berbanding
puak Aus dan Khazraj, terdapat sebahagian ahli sejarah menyatakan bahawa beberapa
Masyarakat Arab seperti Bani Baliyy, Bani Sulaym dan Bani Ghassan telah mendiami
kawasan berhampiran Yathrib sebelum kedatangan Yahudi (Anwar Zainal dan Wan
Kamal 1999).

Puak Khazraj terdiri daripada beberapa suku seperti Malik, Ady, Mazin dan Dinar
yang mendiami kawasan tengah dan utara Yathrib sementara puak Aus menduduki
kawasan selatan dan timur Yathrib. Sebahagian besar masyarakat Arab di Yathrib
berkecimpung dalam bidang pertanian di sebabkan faktor iklim yang tidak terlalu panas
dan terdapat kawasan beroasis yang sesuai untuk tanaman seperti anggur, tamar, gandum
dan lain-lain bijirin. Ini termasuk kegiatan penternakan kambing, biri-biri, lembu dan
unta. Ada di kalangan mereka yang turut bergiat dalam bidang perdagangan
memandangkan Yathrib mempunyai pasar-pasar perniagaan seperti Suq Bani Qaynuqa
dan Suq al-Bazzazin. Ini ditambah pula dengan kedudukan Yathrib yang menjadi tempat
persinggahan bagi sesetengah pedagang-pedagang yang sentiasa berulang-alik di antara
Yaman dan Sham.

Dalam aspek agama pula, umumnya kabilah Aus dan Khazraj mengikut fahaman
yang dianuti oleh kabilah Quraish memandangkan peranan mereka sebagai penjaga
ka’bah yang memimpin hal ehwal keagamaan dan ibadat ketika itu. kabilah Aus dan
Khazraj menyembah dan memuja berhala Manat yang terletak di kawasan Banu Hadhyal
di Qudayd. Bagaimanapum mereka tidaklah terlalu fanatik kerana amalan penyembahan
tersebut hanyalah sebagai ikutan kepada Ahl Makkah. Penduduk Yathrib turut
menyambut dan merayakan dua perayaan besar iaitu al-Nayruz dan al-Mahrajan yang
berasal dari pengaruh parsi. Bagaimanapun setelah kedatangan Islam kedua-dua hari
kebesaran tersebut digantikan dengan Ayt al-Fitr dan Ayd al-Adha.
18

2.2.2 ORANG YAHUDI

Terdapat pelbagai teori yang berbeza mengenai kaum Yahudi di Madinah dan di Hijjaz
mengenai tempat mereka berpindah dan waktu mereka datang ke kawasan itu. Satu teori
yang sering digunakan ialah perpindahan mereka dari al-Sham pada abad pertama dan
kedua sebelum tahun masihi bermula setelah kaum Roman menguasai Syria dan Mesir
pada abad pertama S.M. dan Nabateans pada abad kedua S.M. Kedatangan kaum Rom
menyebabkan kaum Yahudi berpindah ke semenanjung Arab yang jauh dari kekuasaan
Rom. Walaubagaimanapun, perpindahan kaum Yahudi ke Hijjaz meningkat setelah
kegagalan pemberontakan Yahudi menentang Roman yang telah dihalang oleh
pemerintah Titus pada 70 Masihi. Sebahagian Yahudi yang berpindah datang ke Yathrib.
Sekumpulan Yahudi yang lain tiba ke Yathrib setelah kegagalan pemberontakan
seterusnya pada pemerintahan Hadrian antara 132 hingga 135 Masihi. Kumpulan ini
membentuk masyarakat Yahudi di Madinah dan di Hijjaz.

Terdapat tiga kumpulan atau suku terpenting orang Yahudi di Yathrib. Mereka
ialah Bani al Nadir, Bani Qurayzah dan Bani Qaynuqa yang merupakan majoriti orang
Yahudi di Yathrib. Bani al Nadir dan Bani Qurayzah datang ke Yathrib dan menetap di
situ kerana kesuburan tanah di situ dan kepentinganya sebagai laluan perdagangan ke
Syria. Mereka menetap di Harrah Waqim yang teletak di timur Yathrib yang merupakan
kawasan yang paling subur. Puak Yahudi yang terkenal ialah Qaynuqa, yang mempunyai
pendapat yang bertentangan mengenai asal-usul puak mereka sama ada mereka ialah
kaum yahudi yang berpindah ke Hijaz atau orang Arab yang telah bertukar agama kepada
Yahudi. Bani al Nadir dan Bani Qurayzah menganggap diri mereka sebagai golongan
‘Kahinin’ iaitu para pendita. Terdapat juga puak-puak kecil Yahudi yang lain seperti Bani
Marthad, Bani Muawiyah, Bani Naghisah, Bani Za’ura dan Bani Tha’labah. Mereka ini
dipercayai sebagai orang Arab yang terpengaruh dengan agama Yahudi.

Tidak terdapat maklumat mengenai jumlah Yahudi pada masa itu, namun
berdasarkan buku sirah hanya menekankan jumlah pahlawan bagi setiap puak. Terdapat
19

700 orang bagi setiap puak Bani Qaynuqa dan Bani al Nadir dan diantara 700 hingga 900
bagi Bani Qurayzah. Jumlah bagi ketiga-tiga puak adalah lebih 2000 orang pahlawan
(Akram Diya al Umari:1992). Sejak kedatangan mereka ke Yathrib, kebanyakan orang
Yahudi berkecimpung dalam kegiatan pertanian. Bani al Nadir dan Bani Qurayzah
dikatakan memiliki tanah-tanah subur yang terdapat di selatan Yathrib. Bani Qaynuqa
pula didapati bekerja sebagai peniaga-peniaga dan tukang emas serta mungkin juga
sebagai tukang besi yang buat senjata. Walaupun orang Arab telah sedia ada di Yathrib,
tetapi mereka lebih kecil berbanding bilangan orang Yahudi yang lebih mahir dalam
pertanian. Mereka terpaksa hidup di bawah perlindungan orang Yahudi.

2.2.3 Orang Islam dari Makkah (Muhajirin)

Di dalam Masyarakat Madinah juga terdapat penduduk Islam yang berasal dari Makkah.
Penghijrahan orang-orang Islam ke Yathrib adalah disebabkan penindasan dan kezaliman
yang dilakukan oleh pihak Quraysh yang telah sampai ke kemuncaknya. Adalah penting
untuk mengekalkan keimanan orang-orang Islam yang lemah serta menjaga
agamatersebut daripada ianya terkubur. Tambahan pula masyarakat Islam Yathrib telah
menawarkan diri mereka untuk mempertahankan dan melindungi Islam. Sebaik sahaja
Nabi Muhammad SAW mendapat keizinan daripada Allah SWT untuk berhijrah, baginda
telah membenarkan para sahabat untuk berhijrah ke Yathrib. Beberapa orang sahabat
yang terdiri daripada pelbagai keluarga mengambil inisiatif untuk berhijrah sama ada
secara bersembunyi atau terbuka mengikut keadaan masing-masing. Meskipun terdapat
pelbagai halangan daripada pihak Quraysh tetapi sebahagian besar daripada orang-orang
Islam akhirnya dapat berhijrah ke Yathrib (Ibn. Hisham 468).

2.3 YATHRIB SEBELUM PEMBENTUKAN PIAGAM MADINAH

Masyarakat Yahudi dan Arab merupakan dua buah komuniti besar di Yathrib. Pada
peringkat awalnya hubungan kaum Aus dan Khazraj dengan masyarakat Yahudi berjalan
baik dan mereka saling berkerjasama dalam bidang perniagaan dan pertanian. Orang Arab
20

yang sedia ada di Yathrib terpaksa hidup di bawah perlindungan orang Yahudi. Begitu
juga dengan kaum Aus dan Khazraj yang mulanya terpaksa hidup di bawah naungan
orang Yahudi. Mereka mengusahakan tanah-tanah yang kurang subur yang masih belum
diteroka. Penghijrahan orang Arab secara beramai-ramai ke Yathrib menyebabkan
kedudukan orang Yahudi terancam. Permusuhan mula timbul di antara orang Arab
dengan orang Yahudi disebabkan soal tanah (O’ Leary 1973 dalam Sirat Al-Rasul dan Al-
Khulafa Al Rashidun). Orang yahudi meluaskan kawasan pertanian mereka dengan
merampas tanah-tanah orang Arab. Hal ini sudah pasti tidak dapat dibiarkan oleh orang
Arab. Selain itu, orang Arab telah dipujuk oleh orang Masehi di Syam di bawah
kekuasaan Bizantium agar memusuhi kaum Yahudi. Orang Masehi membenci orang
Yahudi kerana mereka mempercayai bahawa orang Yahudi adalah orang yang menyeksa
dan menyalib Nabi Isa AS (Muhammad Hussain Hoekal 1979).

Penguasaan politik oleh orang Yahudi di Yathrib hampir lenyap apabila Malik bin
al-Ajlan dapat menewaskan al-Fityun (raja Yahudi) yang membolehkan beliau menguasai
segala bentuk pentadbiran dan urusan di Yathrib iaitu sekitar pertengahan kedua kurun
keenam Masihi. Hal ini menyebabkan pihak Yahudi tidak berdaya menentang serta
menjatuhkan mereka sebaliknya mengambil inisiatif mencetuskan permusuhan di antara
kabilah Aus dan Khazraj. Puak Yahudi juga seringkali mendalangi beberapa siri
peperangan yang panjang di antara kedua-dua pihak seperti peperangan Sumayr dan yang
terakhir peperangan Bu’ath yang tercetus pada tahun kelima sebelum Hijrah.

Permusuhan antara kaum Aus dan Khazraj berlaku apabila puak Yahudi berjaya
memerangi kedua-dua kabilah Aus dan Khazraj secara halus sehingga menimbulkan
kebencian antara Aus dan Khazraj. Puak Yahudi cuba mewujudkan pergaduhan antara
kedua-dua puak dengan mewujudkan api pergaduhan. Kaum Yahudi sedar akan bahaya
yang sedang menimpa kaum mereka sekiranya orang Arab terus berkuasa di Yathrib.
Oleh itu dendam orang Yahudi makin mendalam terhadap kaum Aus dan Khazraj, begitu
juga dengan orang Arab terhadap orang Yahudi. Kaum Yahudi melihat peperangan
21

mereka dengan kaum Aus dan Khazraj sudah tentu akan menghapuskan kaum mereka
dari Yathrib. Lebih-lebih lagi kedua-dua puak itu bersahabat baik dengan orang-orang
Arab yang seagama dengan ahli kitab. Setelah penelitian terhadap keadaan mereka,
mereka mendapati berperang bukanlah satu cara untuk menang dalam keadaan mereka.
Oleh itu, mereka cuba memecah-belahkan orang Arab dengan cara menyebarkan fitnah
dan provokasi di antara puak Aus dan Khazraj untuk menimbulkan rasa benci di kalangan
puak Aus dan Khazraj dan usaha mereka berjaya. Oleh itu, kaum yahudi berjaya
meyelamatkan diri. Ditengah-tengah permusuhan puak Aus dan Khazraj, kaum Yahudi
boleh memperbesar perdagangan dan kekayaan mereka. Kuasa yang telah mereka hilang
sebelum ini berjaya diambil kembali. Mereka mendalangi kebanyakan pertelagahan dan
peperangan yang tercetus di antara kedua-dua pihak seperti Yawm Sumayr, Yawn al-
Sararah, Yawm Hatib dan Yawm Bu’ath.

2.4 PEMBENTUKAN PIAGAM MADINAH

Sebaik sahaja tiba di Madinah Nabi Muhammad SAW telah menyusun dan melaksanakan
beberapa asas utama untuk membina sebuah masyarakat baru yang bersatu padu dan
mampu bekerjasama di bawah prinsip-prinsip Islam di antara perkara asas yang telah
dilaksanakan oleh baginda ialah mendirikan Masjid, mempersaudarakan golongan Ansar
dan Muhajirin dan mengadakan perjanjian dengan penduduk-penduduk Madinah iaitu
Piagam Madinah.

Pembentukan Piagam Madinah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian


pertama ditulis ketika Rasulullah sampai di Madinah. Bahagian ini merangkumi
perjanjian damai dengan puak Yahudi. Perjanjian ini ditulis bagi menjamin peranan puak
Yahudi kepada Madinah yang dijadikan Negara Islam. Selain itu, ianya juga adalah satu
cubaan bagi mengelakkan pengkhianatan kaum Yahudi dengan berkomplot untuk
menjatuhkan Madinah. Sebagai balasan kepada Yahudi, perjanjian itu juga adalah sebagai
hak yang diberikan untuk menjaga keselamatan mereka di Madinah. Ianya di bentuk
kerana sebahagian Yahudi takut akan kehilangan hak mereka dan bagi mengelakkan
22

penentangan dari mereka. Bahagian kedua Piagam Madinah pula ditulis selepas Perang
Badar. Selepas perang Badar, Islam di Madinah menjadi semakin kuat. Oleh itu,
Bahagian kedua ditulis bagi menjamin kedudukan dan hak Muhajirin dan Ansar.
Kedudukan dan hak kedua-dua pihak perlu dijaga bagi menjamin kestabilan masyarakat
di Madinah. Dengan penulisan bahagian kedua, tidak timbul rasa ketidakpuasan pada hati
setiap pihak. Selain itu, ia ditulis bagi menjalin hubungan yang lebih rapat antara
Muhajirin dan Ansar. Setiap orang Islam dianggap sebagai saudara di dalam Islam, jadi
secara tidak langsung ia mewujudkan suatu komuniti Islam yang kuat di bumi Madinah.
23

BAB TIGA

ASAS-ASAS PERPADUAN UMMAH DALAM PIAGAM MADINAH

3.1 PENGENALAN

Seperti yang telah diterangkan dalam bab 2, sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW
yang membawa ajaran Islam di Madinah, penduduk Madinah hidup dalam secara
berkelompok, berpuak-puak, bermusuhan antara satu sama lain, benci-membenci, dan
bergaduh sesama sendiri. Semangat asabiyyah dan semangat kabilah telah tertanam
dalam diri mereka menyebabkan tiada suatu asas yang dapat menyatukan semua segmen
di Madinah. Di tambah lagi dengan kelicikan puak Yahudi yang sengaja menyemai
permusuhan di antara puak Aus dan Khazraj. Sikap Yahudi yang menjadi ‘batu api’ ini
dapat dilihat apabila berlaku pertarungan di antara orang Arab, mereka akan menyebelahi
mana-mana puak yang mereka kehendaki dalam pertarungan. Umpanya, pada mulanya
bani al-Nadir, bani Qurayzah dan bani Qaynuqa menyebelahi puak Khazraj menentang
puak Aus. Tetapi, tidak lama sebelum Hijrah, disebabkan penentangan sesetengah
golongan dalam puak Khazraj, hanya bani Qaynuqa sahaja yang masih terus menyebelahi
puak itu, sedangkan bani al-Nadir dan bani Qurayzah telah menyebelahi puak Aus (Watt
1956). Keadaan penyatuan di Madinah semakin rumit apabila muncul pula puak Quraysh
yang beragama Islam (Muhajirin) berhijrah ke Madinah.

Hal ini merupakan cabaran utama Nabi Muhammad SAW untuk membentuk
sebuah masyarakat baru yang bersatu padu dan mampu bekerjasama di bawah prinsip-
prinsip Islam. Orang Arab memang terkenal dengan semangat asabiyyah. Mereka sangat
bermegah dengan keturunan dan memandang rendah kepada kabilah lain. Mereka
sanggup menyerang kabilah lain dengan sebab yang kecil. Keadaan masyarakat Madinah
yang ketika itu terdiri daripada pelbagai suku, puak, kabilah seperti kaum Aus dan
Khazraj, golongan Quraysh dari Makkah, orang Yahudi dan Nasrani. Keadaan ini
24

memerlukan Nabi Muhammad SAW melaksanakan suatu langkah dan kaedah yang
menjadi asas untuk menyatukan mereka semua.

Antara langkah yang telah disusun oleh Nabi Muhammad SAW untuk
dilaksanakan sebagai cara untuk menyatukan penduduk Madinah ialah dengan
pembinaan Masjid al-Nabawi, mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin dan
mengadakan perjanjian dengan penduduk Madinah iaitu pembentukan Piagam Madinah.
Namun, penulis hanya memberi fokus kepada pembentukan Madinah sebagai asas
kepada perpaduan di kalangan masyarakat Madinah. Hal ini kerana perjanjian ini
melibatkan pelbagai lapisan Masyarakat yang berbeza dari sudut keagamaan serta
kebudayaan. Pembentukan Piagam Madinah ini telah berjaya menentukan hak-hak dan
tugas-tugas orang-orang Islam dan penduduk-penduduk tempatan di samping
mewujudkan persefahaman dengan orang-orang bukan Islam terutamanya Yahudi.

Umumnya Sahifah al-Madinah ini telah menentukan kedudukan Nabi Muhammad


SAW dan penduduk Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam, Yahudi dan
Mushrikun. Ianya menyusun pembentukan sebuah negara kota di Madinah serta
menggariskan hak-hak tanggungjawab dan peraturan-peraturan di antara mereka
berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Melalui Sahifah Madinah ini kesejahteraan dan
keamanan Madinah dapat dikekalkan meskipun terdapat pihak (Yahudi) yang cuba
mengingkarinya. Sebelum kedatangan Islam, mereka tidak mempunyai satu sistem
perundangan yang jelas dapat dijadikan panduan kepada seluruh penduduk. Sungguhpun
terdapat asas perundangan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka iaitu keadilan,
kebebasan dan persamaan, semua asas itu tidak dilaksanakan dengan baik. Kesannya
berlaku ketidakadilan, berleluasanya kezaliman, tiada kebebasan individu dan rakyat
tidak diikat oleh sistem perundangan yang baik (Kamaruzaman Yusuf, Rupawan Ahmad
dan Zubaidah 2001). Selepas pembentukan Piagam Madinah, telah wujudnya satu sistem
yang dapat menyatukan seluruh penduduk Madinah. Masyarakat Islam dari zaman Nabi
25

Muhammad di Madinah sehinggalah sekarang telah berjaya menunjukkan contoh


tauladan yang baik dalam bidang perundangan dan sistem kehakiman.

3.2 PRINSIP-PRINSIP PERPADUAN UMMAH DALAM PIAGAM MADINAH

Perpaduan ummah yang dimaksudkan bukanlah sekadar perpaduan antara orang Islam
tetapi ia juga melibatkan perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Di
dalam kamus Dewan ‘ummah’ bermaksud para pemeluk atau penganut sesuatu agama,
pengikut nabi, seluruh rakyat, orang ramai, segolongan manusia, bangsa seluruh bangsa
manusia dan sekalian manusia. Ini bermaksud ‘Ummah’ yang disebut dalam Piagam
Madinah seperti dalam fasal satu “Sesungguhnya mereka adalah satu bangsa negara
yakni ummat, bebas dari pengaruh dan kekuasaan manusia lainnya ’’, tidak hanya
terbatas kepada orang Islam tetapi juga meliputi orang bukan Islam di Madinah. Hal ini
terbukti dari apa yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah.
Baginda SAW telah berjaya menyatupadukan penduduk Madinah dengan mewujudkan
perpaduan di kalangan umat Islam terlebih dahulu sebelum membentuk perpaduan semua
penduduk (Mohd. Napiah 2002). Oleh itu, perpaduan ummah bukan bermaksud semua
penduduk menganut agama Islam tetapi yang penting semua penduduk bukan Islam
hendaklah bersedia hidup bersama umat Islam dengan harmoni di bawah pimpinan Nabi
Muhammad SAW. Antara prinsip-prinsip perpaduan ummah yang terdapat dalam Piagam
Madinah ialah;

3.2.1 Kebebasan Kebudayaan

Piagam Madinah telah membentuk kebangsaan negara Madinah melalui satu perpaduan
khusus laitu perpaduan yang berdasarkan agama. Namun demikian tetap membenarkan
budaya satu-satu suku yang murni diteruskan seperti biasa tanpa halangan. Begitu juga
setiap suku mempunyai tanggungjawab bersama di dalam kes pertahanan dan
perundangan tradisi:- “ Bahawa mereka adalah satu umat dan orang-orang islam di
luar golongan lain”.139 Maksudnya: “Umat” di sini adalah jemaah islamiah yang
26

khusus laitu orang-orang yang beriman dan kaum muslimin sebagaimana yang tercatat di
dalam perkara pertama. Adapun maksud di luar golongan orang lain iaitu golongan
musyrikin non muslim dan Yahudi. Jika kita melihat dalam konteks negara Malaysia,
beberapa masalah di Malaysia dari segi tanggapan tentang pertukaran agama, kadang-
kadang timbul persoalan yang sering ditimbulkan oleh sebahagian orang-orang yang
tidak faham konsep Islam mengatakan bahawa orang yang baru memeluk Islam, harus
meninggalkan kebudayaan bangsa mereka dan sebahagian pula menganggapkan dirinya
bukan bangsa asal lagi adalah salah (Zainal Abidin Ahmad 1973). Lantaran ini
mempengaruhi non muslim memusuhi seseorang keluarganya yang memusuhi islam. Ini
adalah tidak tepat, sebagaimana yang tercatat di dalam perkara 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, dan
11 (Piagam Madinah) “ Kaum Muhajirin di kalangan quraisy tetap menurut adat
kebiasaan baik yang berlaku di kalangan mereka”. Maka kebudayaan China atau India
boleh diguna pakai sekiranya tidak menyalahi dengan etika murni Islam dan setiap
bangsa boleh memelihara haknya selama tidak menimbulkan pepecahan dan permusuhan.

3.2.2 Masalah Tebusan

Masalah bayaran darah atau tebusan hak masing-masing bukan hak pemerintahan. Cuma
pemerintahan membuat pengadilan secara adil. Wang penebusan ini pemerintahan akan
berikan kepada siapa yang berhak. Dengan keterangan yang di atas tadi tidak timbul
sikap perkauman di dalam islam, kerana setiap etnik akan menerima layanan yang adil.
Semua berada dalam satu makna bangsa Negara Madinah. Bukan bangsa etnik suku atau
daerah.

3.2.3 Jaminan Kemanusiaan Dan Perdamaian

Islam menanamkan roh dan semangat membantu golongan atau etnik yang lemah atau
kurang mampu di atas prinsip persaudaraan seagama, tanpa mengira keturunan kaum,
sikap berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, yang kuat membantu yang lemah, yang
lemah bergantung kepada yang kuat, suatu amalan yang terpuji di dalam islam. Semoga
27

dengan hubungan antara etnik bukan berdasarkan kelas ekonomi ataupun politik
sebagaimana tercatat di dalam Piagam Madinah dalam fasal 11 “bahawa orang-orang
yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka bahkan
mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan secara baik, untuk
membayar atau menerima wang tebusan darah”.

3.2.4 Melarang Menimbulkan Perpecahan Sesama lslam

Bagi mengelakkan berlaku pepecahan sesama sendiri, sesama Islam, piagam melarang
sama sekali mengadakan perjanjian dengan pihak musuh lslam. Kes-kes seperti ini
biasanya dijadikan alasan kepada musuh Islam dengan meletakkan Islam tidak dapat
mengawal perpaduan umatnya, sedangkan hakikatnya mereka ini telah melangar perintah
Allah dan Rasulnya sehingga melemahkan umat islam. Menurut (Prof. Dr. Ahmad
Shalaby 1949) dalam bukunya bertajuk’’ Masyarakat Islam” Bertumpah darah antara
saudara sesama Islam adalah suatu perkara yang tidak ada sangkut paut dengan Islam dan
bertentangan dengan ajaran islam sendiri sebagaimana dijelaskan di dalam fasal 12
“seseorang mukmin tidak boleh membuat apa-apa perjanjian dengan orang-orang yang
bersekutu dengan mukmin lain tanpanya.” Begitu juga dalam fasal 14 “tidak boleh
seseorang mukmin membunuh seseorang mukmin lain kerana seseorang kafir, dan tidak
boleh ia menolong mana-mana orang kafir menentang seseorang mukmin.” Dalam kes
Malaysia, contohnya orang China kafir untuk menceroboh melayu muslim atau India
muslim yang lain. Dalam negara Malaysia tidak sewajarnya orang-orang Bertarung
sesama sendiri, tambah lagi membuat perjanjian dengan musuh Islam untuk
menghancurkan orang Islam lain, oleh itu seluruh orang harus bersatu di bawah satu
kepimpinan islam yang tulen.

3.2.5 Larangan Membunuh

Tindakan membunuh, memusuhi mereka yang tidak bersalah bertentangan dengan


Piagam Madinah meskipun orang yang dibunuh itu adalah orang bukan Islam. Oleh itu
28

hukuman yang setimpal dengan perbuatan ini dijelaskan dalam fasal 21 iaitu, “Barang
siapa membunuh orang beriman yang tidak bersalah dengan bukti yang cukup, maka ia
harus mendapat balasan yang setimpal kecuali apabila keluarganya si terbunuh sukarela
menerima tebusan darah.” Tugas untuk orang yang terbunuh bukan hanya terletak di
tangan pemerintah semata-mata, tetapi tanggungjawab semua orang-orang beriman
kerana ini juga dianjurkan supaya bersatu menentang pembunuhan kejam. Beginilah
bayangan perpaduan piagam ini, dengan meletakkan tanggungjawab bersama dan tidak
dibenarkan sama sekali berdiam diri. Sebagaimana yang telah dijelaskan selanjutnya di
dalam perkara 21 “semua orang beriman hendaklah bersatu menghadapinya, dan tidak
harus bagi mereka melainkan bangkit menentangnya”

3.2.6 Melindungi Orang-Orang Yang Lemah

Masyarakat Madinah wujud bersatu padu dengan sebuah masyarakat yang anggotanya
berdiri sama tinggi, setaraf dan mereka semua dapat memenuhi tuntutan hak asasi
dirinya. Sebagaimana yang sering terjadi wujudnya kelasan ekonomi yang berbeza
mendorong kepada perbezaan fahaman dan sentimen yang tidak dapat dikawal. Oleh itu,
bila mana jurang perbezaan kelas ini terjamin dengan sendirinya masyarakat itu akan
terpelihara perpaduannya. Di Madinah, wujudnya golongan yang merasakan nasibnya
terbela, lantaran itu perpaduan tetap teguh, seperti mana melindungi golongan yang
lemah menjadi suatu kemestian dalam kalangan penduduk Madinah kerana ia telah
termaktub dalam Piagam Madinah sebagaimana dalam fasal 15 “Bahawa jaminan Allah
itu sama. Dia melindungi yang lemah daripada perbuatan mereka”.

3.2.7 Tugasan Terhadap Negara

Tanggungjawab terhadap negara dan masyarakat sebagai suatu agama yang mengamalkan
prinsip kebangsaan sejagat, yang memberi pengiktirafan terhadap seluruh kaum yang
bersaksikan kepada Allah Yang Maha Esa, Nabi Muhammad SAW pesuruhnya, telah
meletakkan tanggungjawabnya kepada semua kaum di Madinah dengan memerintahkan
29

supaya seluruh kaum bersatu padu melawan dan menentang perbuatan yang bercorak
kejahatan, kezaliman permusuhan, kerosakan dan permusuhan terhadap hak asasi dan
ketenteraman awam sebagaimana yang tercatat dalam fasal 13 “Bahawa mukmin yang
bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan di kalangan mereka,
melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman, atau dosa atau perseteruan, atau
kerosakan di kalangan mukmin, dan mereka hendaklah bersatu sama-sama menentannya
walaupun ia anak salah seorang daripada mereka.”

3.2.8 Perdamaian

Segala perdamaian antara orang-orang Islam dan musuh Islam, mestilah berlaku untuk
semua orang Islam. Segala perdamaian mestilah menyeluruh dan dipatuhi. Dari itu tidak
harusnya berlaku dua kepimpinan dalam satu masa. (Sherwani, Harun Khan berdasarkan
bukunya Studies in Muslim Politik Toughtand Admistration 1968). Kesetiaan mestilah
diberikan kepada seorang pemimpin sahaja. Untuk mengelakkan berlakunya
percanggahan dalam mana-mana perjanjian piagam Madinah telah menjelaskan dalam
fasal 17 “Bahawa pendamaian orang-orang mukmin itu adalah satu; seseorang mukmin
tidak boleh membuat perdamaian tanpa mukmin yang lain tentang sesuatu perang pada
jalan Allah SWT , melainkan (atas dasar) persamaan dan keadilan di kalangan mereka.”

3.3 KONSEP PERSAMAAN

3.3.1 Hak Mengamalkan Sistem Nilai Masing-Masing

Piagam madinah yang digubal oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah
berteraskan wahyu dan sudah tentunya apa yang disampaikan oleh wahyu sentiasa
releven sehingga ke akhir zaman. Salah satu unsur yang menjadi teras dalam
pembentukan piagam ini adalah prinsip persamaan. Fasal 1 piagam madinah telah
menyebut:
30

“ Sesungguhnya mereka adalah satu bangsa negara yakni ummat, bebas dari pengaruh
dan kekuasaan manusia lainnya ’’( Zainal Abidin Ahmad 1973 ).

Mereka yang dimaksudkan dalam Piagam Madinah itu adalah penduduk madinah pada
ketika itu. Di mana mereka mempunyai kedudukan yang sama dalam sistem sosial
walaupun berlainan agama dan budaya. Islam pada prinsipnya memberi kebebasan
kepada manusia mengamalkan adat resam dan kebudayaan. Akan tetapi, kebebasan
manusia itu terbatas malah hanya relatif. Allah SWT sahaja yang mempunyai
kemerdekaan yang mutlak. Pun begitu ianya tetap merupakan kebebasan. Sebagaimana
cahaya yang lemah juga merupakan cahaya. Persamaan dalam hak untuk bebasan atau
erti kata lain persamaan hak kemerdekaan di dalam memilih tindakan dan tanggungjawab
bersama memberikan kepada manusia keluhuran dan martabat tinggi serta menegakkan
kehidupan moral.

Semasa pemerintahan Nabi Muhammad SAW berlangsung di madinah, penduduk


madinah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dari sudut keagamaan
serta kebudayaan seperti Muslimin yakni Muhajirin dan Ansar, Yahudi yakni bani
Qurayzah, Nadir, dan Qaynuqa. Oleh itu, nabi Muhammad saw telah meletakkan unsur
perpaduan yang mana setiap daripada kaum yang mendiami kota madinah haruslah
bersetuju taat dan saling bekerjasama bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan
kehidupan mereka. Begitu juga halnya dengan negara Malaysia, yang mempunyai
penduduk yang berbeza agama, kepercayaan, dan kebudayaan. Setiap kaum dan etnik di
Malaysia tidak terikat dengan pengaruh mana- mana etnik lain. Masing- masing
mempunyai persamaan hak untuk bebas mengamalkan sistem nilai masing- masing dalam
kehidupan dengan syarat tidak menyinggung sensitiviti kaum lain atau dengan kata lain
saling hormat- menghormati antara satu sama lain.
31

Al- Quran juga menegaskan, menghormati peribadi orang lain dengan secara terang-
terangan adalah diperintahkan, bahkan ada larangan untuk memperolokkan orang lain
sebagaiman fiman Allah swt dalam surah Al- Hujurat ayat 11 :

“ Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum
perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana)
harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah
kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-
memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-
larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka)
amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan
(ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah
orang-orang Yang zalim”.

Konsep persamaan hak untuk mengamalkan sistem nilai masing- masing juga ditekankan
oleh Nabi Muhammad SAW dalam fasal 25 Piagam Madinah yang menyebut:

“ Bahawa kaum Yahudi dari Bani Awf adalah satu ummah bersama- sama orang
mukmin; mereka bebas dengan agama mereka sendiri dan orang islam dengan agama
mereka begitu juga orang- orang yang bersekutu dengan mereka dan begitu juga diri
mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan
menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri” ( Anwar Zainal Abidin 1999 ).

Negara islam yang diasaskan oleh nabi Muhammad saw berjaya melaksanakan dan
mewujudkan kesatuan islam yang tinggi nilainya. Rakyat yang terdiri daripada pelbagai
32

Qabilah dengan bermacam- macam adat resam dan kebudayaan dapat disatupadukan.
Perasaan perseteruan dan pertenglingkahan dipadamkan dan mereka semua disatukan
dengan kesatuan pemikiran islam yang berlandaskan Quran serta patuh kepada
kepimpinan Nabi Muhammad SAW dengan tidak berbelah bahagi. Hati- hati mereka
Berjaya didekatkan dan diserasikan untuk mencairkan perasaan “ Asabiyyah dan
Qawmiyyah ” yang selama ini menguasai diri mereka. Pegangan mereka kini menjadi
satu iaitu ajaran dan syariat Allah SWT. Tidak wujud perbezaan di kalangan Arab
mahupun Ajam kerana yang membezakan mereka ualah ketakwaan kepada Allah SWT,
bukannya pangkat atau kekayaan.

3.3.2 Hak Kebebasan Politik Antara Muslim dan Non-Muslim

Secara umumnya, di kebanyakan negara sedang membangun, aspek etnik selalu nya
mencorakkan pentas politiknya. Politik Malaysia juga tidak terlepas daripada dipengaruh
oleh aspek etnik. Oleh itu, usaha untuk memelihara kestabilan politik yang bersandarkan
kerjasama antara etnik terus menjadi agenda utama negara. Walaupun berhadapan dengan
pelbagai cabaran, Malaysia masih lagi dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya
melaksanakan sistem demokrasi secara berkesan.

Pada pokoknya, islam itu hampir bersifat demokrasi. Hukum adalah hukum dari
tuhan. Walaupun begitu, islam juga dapat diputuskan melalui ijma’ ulama’. Islam dalam
teori politiknya tidak melarang seorang muslim untuk menentang suatu keputusan baru.
Dalam sejarah Nabi Muhammad SAW selalu bermesyuarat dengan para sahabatnya untuk
mengambil sesuatu keputusan penting. Modul ini kemudiannya turut dipraktikkan oleh
para pemimpin sama ada muslim mahupun non muslim di Malaysia. Para pemimpin
bebas mengeluarkan buah fikiran masing- masing dengan syarat mengikut saluran yang
betul.
33

Walaubagaimanapun, oleh kerana status syara’ tentang manusia ditetapkan oleh


Allah swt, maka orang yang tidak mahu menerima terkeluar dirinya dari hukum dan
menyebabkan dirinya terhalang untuk menikmati hak- hak tersebut selagi ia menjauhkan
diri dari islam. Fasal 23 dalam piagam Madinah menyebut:

“ Apabila timbul perbezaan pendapat diantara kamu di dalam satu hal, maka
kembalikanlah penyelesaiannya kepada hukum Allah dan keputusan Muhammad saw ” . (
Zainal Abidin Ahmad 1973 )

Hal ini tidak berkurangan hak bagi seseorang yang menolak islam kerana Al Quran
menghukum tiap- tiap perpecahan atau wujudnya lapisan sosial sebagai bertentangan
dengan watak manusia majmuk sebagaimana yang tersebut dalam surah Al Qasas ayat 4:

“Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) Dengan melampaui batas,
serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. ia menindas sepuak di antaranya
Dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak
perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan Yang membuat kerosakan.”

Fasal 16 piagam madinah menyebut:

“ Bahawa sesungguhnya kaum bangsa Yahudi yang setia kepada negara kita, berhak
mendapat bantuan dan perlindungan. Tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh
diasingkan dari pergaulan umum ” ( Zainal Abidin Ahmad 1973 )
34

Daripada fasal ini dapat kita simpulkan bahawa Nabi Muhammad SAW amat
mementingkan perpaduan bagi membina keamanan masyarakat selain untuk
memperteguh serta memelihara jaminan keselamatan masyarakatnya. Perbezaan taraf
yang membawa penindasan dihapuskan sama sekali bagi mengelakkan ketidaksepaduan.
Semua individu dihormati dan diberikan hak- haknya tanpa mengira bangsa dan agama
selama mana ia tunduk serta patuh kepada perundangan islam.

3.3.3 Persamaan Sosial Antara Manusia

Al Quran mengakui ketinggian martabat manusia yang bererti bahawa Tuhan itu
memuliakan manusia ke atas makhluk- makhluk yang lain sebagaimana firman Allah
dalam surah Israk ayat 70 :

“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri
mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah
memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah
lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah
Kami ciptakan.”

Disebut dalam piagam madinah bermula dari fasal 2 hinggalah fasal 9.


Penegasan-penegasan yang terdapat di dalamnya ialah mengakui segal hak yang sudah
dimiliki oleh rakyat semenjak dari semula, termasuk juga kebiasaan yang baik yang tidak
bertentangan dengan perikemanusiaan.

Fasal- fasal ini melanjutkan berlakunya kebiasaan yang baik, demi pengakuan hak
asasi yang asli bagi manusia, iaitu hak hidup dan hak keselamatan serta ketenteraman
mereka. Pengakuan ini akhirnya diluaskan kepada hak asasi, sebagaimana yang
dicantumkan di dalam ajaran- ajaran islam seperti yang termasuk dalam hukum syariat
( Zainal Abidin Ahmad 1973 ).
35

3.4 PENUTUP

Beberapa aspek yang disentuh di dalam bab ini berkenaan Piagam Madinah: Asas kepada
perpaduan sedikit sebanyak memberi gambaran kepada kita bahawa Nabi Muhammad
SAW berjaya menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai
kelompok, segmen, puak, kepentingan dan sebagainya menjadi suatu bangsa yang bersatu
padu, tolong menolong dan membantu antara satu sama lain. Hal ini terbukti apabila
kesanggupan puak Ansar membantu puak Muhajirin yang datang ke Madinah dengan
sehelai sepinggang. Melihat keadaan sedemikian golongan Ansar tidak membiarkan
golongan Muhajirin begitu sahaja malah menyediakan serta memberikan mereka apa
yang termampu dan terdaya. Sebagai contoh, beberapa orang di kalangan Ansar telah
memberikan kebun-kebun tamar dan tanah kepada mereka untuk diusahakan dengan
keuntungan dibahagi dua. Terdapat seorang Ansar iaitu Sad bin Rabi’ telah memberikan
separuh daripada hartanya kepada Abd. Rahman bin Awf. Ini jelas menunjukan bahawa
Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk Madinah yang sebelum ini bermusuh
dan berpecah belah.

Rumusnya, pembentukan Piagam Madinah telah berjaya membawa perubahan


besar dalam Masyarakat Madinah. Dalam masa yang singkat, ia telah berjaya membawa
kemajuan dalam pembangunan masyarakat. Kestabilan politik dan ekonomi telah tercapai
di Madinah walaupun terdapat puak yang mengingkari perjanjian (Yahudi), namun, ia
tidak menghalang penyatuan di Madinah. Jelaslah di sini, pembentukan piagam ini adalah
satu pernyataan kelahiran satu kerajaan yang bersatu padu, menyatukan pelbagai daerah,
suku dan agama yang selama ini tidak pernah bersatu.
36

BAB EMPAT

PIAGAM MADINAH : PENTERJEMAHAN PELAKSANAAN DI MALAYSIA

4.1 PENGENALAN

Dalam bab kali ini, penulis akan melihat perpaduan di antara pelbagai kaum di Malaysia
terutamanya antara Cina, India dan Melayu. Setelah melihat bagaimana masyarakat
Madinah yang terdiri daripada pelbagai puak berjaya disatukan melalui kaedah Islam
oleh Nabi Muhammad SAW, kini kita melihat pula dalam konteks Malaysia, dapatkah
Piagam Madinah dijadikan model dalam menyatupadukan kaum di Malaysia? dan
bagaimana menterjemahkan Piagam Madinah dalam melaksanakannya di Malaysia?

4.2 PERPADUAN DI MALAYSIA

Isu perpaduan sering kali menjadi fokus utama dalam kalangan pemimpin negara ini yang
inginkan perpaduan dicapai antara kaum di Malaysia. Terdapat pelbagai pendapat yang
diutarakan tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan sama ada dari
kalangan pemerintah, pihak pembangkang, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Pandangan-pandangan berbeza ini timbul kerana dipengaruhi keadaan realiti politik dan
ekonomi dalam masyarakat. Walaupun pelbagai pendekatan dan cara telah dilakukan
untuk merealisasikan perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia, namun Malaysia
yang berbilang etnik dan agama belum dapat menyelesaikan perbezaan ini sekalipun
sudah merdeka lebih 50 tahun, malah masih lagi mengutamakan dan memperjuangkan
kepentingan dan identiti kumpulan etnik masing-masing. Mereka lebih cenderung untuk
berfikir, merasa dan bertindak sebagai anggota dari kumpulan etnik yang tertentu. Hal ini
kerana kaum Melayu, Cina dan India mempunyai perbezaan dari segi pendidikan, nilai,
budaya, keturunan dan sebagainya. Perbezaan inilah yang kadangkala mencetuskan
konflik antara kaum. Di dalam tulisan Rizal Yaakop tentang politik etnik dan
perkembangan politik baru dalam karya Politik Baru dalam Pilihan Raya Umum (2002)
mengambil pendapat daripada Smith dan Van den Berghe yang melihat masyarakat
37

berbilang kaum cenderung untuk mengekalkan kelangsungan identiti masing-masing


serta mempertahankan sistem nilai budaya dan idea yang berbeza antara kelompok
masyarakat. Keadaan inilah yang menyukarkan proses membuat keputusan di peringkat
nasional yang akhirnya mencetuskan konflik. Justeru itu, perlulah pemimpin negara yang
mewakili setiap etnik berusaha untuk mewujudkan satu identiti kebangsaan di kalangan
rakyat bagi mencapai kestabilan politik dan seterusnya kemajuan dari segi ekonomi.

Permasalahan hubungan antara kaum ini sebenarnya berpunca daripada pihak


penjajah iaitu British yang mengamalkan konsep ‘pecah dan perintah’. Kesan penjajah
yang memisahkan ras-ras utama dengan cara penaklukan, pemerintahan dan
pembentukan sempadan menyebabkan masyarakat pelbagai kaum terasing antara satu
sama lain dan masing-masing dengan identiti mereka sendiri. Keadaan ini yang
menyebabkan masyarakat berbilang kaum cenderung dengan pengaruh etnik masing-
masing. Kolonialisme dalam polisi ‘pecah dan perintah’ ini menyerapkan prinsip
‘consciuosness of kind’ iaitu memastikan survival setiap orang dan etnik itu berjuang
berdasarkan ruang kepentingan etnik masing-masing. Dalam ertikata lain setiap etnik
bergelut dalam linkungan kehidupan perkauman yang sempit (Zakir 2008). Furnival turut
berpendapat faktor kolonialisme amat jelas mempengaruhi identiti masyarakat apabila
merujuk kajiannya terhadap masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh itu, ramai pakar sains
juga memperakui kebahagian penduduk di negera yang mempunyai masyarakat majmuk
bergantung kepada kejayaan usaha menyatupadukan rakyat masing-masing. Berdasarkan
perspektif ini, jalan keluar bagi konflik antara kaum bergantung kepada kerjasama antara
golongan elit setiap kaum. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin
politik di Malaysia. Kerjasama antara golongan elit Barisan Nasional telah membawa
kepada kestabilan politik negara dan kerjasama ini mengekalkan Pemerintahan BN
selama 51 tahun. Mengulas mengenai kerjasama ini, Mohamed Khir Johari menganggap
kerjasama ini sebagai blok konkrit yang kukuh di mana orang Cina diibaratkan pasir,
India diibaratkan air dan Melayu diibaratkan simen. Bila digaul bersama ia akan
membentuk sebuah blok konkrit yang terikat kukuh.
38

Tolenrasi pemimpin dari kalangan elit menjadi sentimen kaum di Malaysia reda.
Namun begitu, ia tidak bermakna masalah perkauman di negara ini telah selesai,
sentimen perkauman di negara ini masih ada, cuma ia tidaklah mencetuskan sentimen
perkauman yang membawa kepada pergaduhan, pembunuhan dan sengketa sebagaimana
yang berlaku di Afrika, Lebanon, Filipina, Myanmar dan sebagainya. Begitu juga
kejadian yang berlaku di negara maju seperti kes nasionalisme Quebec di Kanada,
nasionalisme Scot, nasionalisme Welsh, pemberontakan di Ireland Utara dan pengasingan
orang kulit hitam di Amerika Syarikat. Sentimen perkauman di Malaysia lebih nampak
ketara apabila berlakunya musim Pilihan Raya Umum. Kenyataan ini ada benarnya
apabila kita melihat kejadian yang berlaku semasa berlansungnya Pilihan Raya Umum 10
Mei 1969, isu-isu perkauman sering dimainkan dalam kempen Pilihan Raya misalnya
berkenaan isu-isu bahasa dan isu hak-hak keistimewaan orang Melayu. Keadaan inilah
yang membawa kepada rusuhan kaum 13 Mei 1969. Memang tidak dapat dinafikan
sehingga kini politik perkauman sering dimainkan oleh sesetengah pemimpin politik di
negara ini. Umumnya pembentukan parti politik juga dibentuk berasaskan kaum seperti
parti politik UMNO untuk orang melayu, begitu juga dengan MCA dan MIC untuk orang
Cina dan India. Pembentukan parti politik berasaskan kaum tidak salah, tetapi apa yang
perlu kita pertimbangkan ialah setiap politik memperjuangkan kepentingan satu etnik dan
cuba hendak menindas etnik lain hendaklah dihapuskan terlebih dahulu dan membentuk
pertubuhan politik yang bercorak perpaduan nasional serta boleh disertai seluruh rakyat
negara ini tanpa mengira bangsa, keturunan dan kepercayaan (Ibrahim Bin Haji Che’
Noh. 2001). Namun begitu kita memperakui terdapat perkara-perkara yang tidak boleh
dipertikaikan seperti agama rasmi Islam, keistimewaan orang Melayu dan Bahasa Melayu
yang termaktub dalam perlembagaan dalam perkara 3.

Berbalik kepada hubungan antara kaum di Malaysia, sememangnya sentimen


kaum di kalangan etnik reda, tetapi perlu difahami di sini, walaupun reda tetapi benihnya
masih membara, seketika reda dan seketika pasang. Menurut Ibrahim Bin Che’ Noh
(2001) pasang surut ini biasanya terletak kepada isu-isu yang menyentuh perasaan mana-
mana kaum. Oleh itu, benih ini tidak boleh dilenyapkan dengan senang bahkan perlukan
39

kepada kesebatian antara kaum menjadi bangga dengan semangat “kita rakyat Malaysia”.
Namun demikian kotak-kotak permisahan tetap wujud. Oleh itu, penulis cuba
mencadangkan agar Piagam Madinah dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi
pemimpin negara bagi merealisasikan pemerintahan negara Islam di Malaysia,
sebagaimana pemerintahan negara Islam Madinah yang berjaya menyatukan
penduduknya yang pelbagai etnik seterusnya menjadikan Madinah sebagai sebuah negara
yang aman, makmur dan menjadi contoh tamadun yang unggul.

4.3 MENDIRIKAN KERAJAAN ISLAM DI MALAYSIA

Piagam Madinah telah menggariskan beberapa asas dan prinsip utama dalam
pemerintahan negara Islam Madinah. sebagai sebuah dokumen perlembagaan yang
dihasilkan untuk masyarakat dan negara Madinah ketika itu, namun beberapa kandungan
masih lagi berkaitan. Menurut Abdul Monir (2003) prinsip dan asas yang terdapat dalam
Sahifah Madinah ada yang berbentuk umum dan universal maka semestinya sesuai untuk
sepanjang masa dan mudah untuk diterjemahkan. Piagam Madinah merupakan
perlembagaan yang dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW berdasarkan wahyu Allah SWT
dan adalah kita sebagai umat Baginda harus mengikuti apa yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad SAW serta menjadikan Baginda sebagai contoh, bukannya menjadikan barat
sebagai contoh untuk mentadbir negara ini. Sememangnya apa yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad SAW merupakan Sunnah kepada kita membenci Sunnah membawa kita
kepada kekufuran, kefasikan dan penderhakaan.

Pemimpin negara kita sering kali mencari jalan penyelesaian untuk mencapai
perpaduan yang teguh di kalangan etnik. Pelbagai kaedah, pendekatan dan idea yang
dikemukakan oleh pemimpin negara untuk memperkukuhkan perpaduan di Malaysia,
tetapi sayangnya pemimpin negara tidak melihat kepada pendekatan Islam dalam
memecah tembok dan benteng penghalang kepada perpaduan di Malaysia. Hakikatnya
Perlembagaan Persekutuan sendiri dibentuk oleh orang barat. Penulis merasakan perlunya
Malaysia membentuk negara Islam di Malaysia ini sebagaimana negara Islam di Madinah
40

dan perlunya Piagam Madinah dijadikan model kepada Perlembagaan Persekutuan dan
bukannya Perlembagaan British. Pemimpin-pemimpin Islam perlu mengambil pelajaran
dan tauladan di dalam pentadbiran kerajaan khususnya. Di samping itu, pembentukan
kerajaan Islam adalah suatu Sunnah. Maka, mendirikan kerajaan Islam adalah wajib
untuk memastikan kesesuaian ajaran al-Quran dan perkataan, perbuatan dan persetujuan
yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW tidak dinodai.

Meskipun Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah suatu ketika dahulu


mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, namun hakikatnya Malaysia
bukanlah sebuah negara Islam. Perlembagaan Malaysia sendiri digubal oleh suatu
Pesuruhjaya perlembagaan yang dianggotai oleh pakar-pakar yang bukan rakyat Malaysia
dan kebanyakan mereka bukan beragama Islam. Perlembagaan ini tidak membuat rujukan
kepada prinsip-prinsip cara pemerintahan Islam dan ia berpandu kepada apa yang
dikatakan sebagai pemerintahan cara Westminster. Perdana Menteri kita yang pertama
yang kita sangat hormati telah menegaskan bahawa Malaya ialah negara yang sekular dan
pendapat itu telah diterima oleh banyak tokoh politik zaman beliau (Ahmad bin
Mohamed Ibrahim 1999). Adalah tidak benar mengatakan Malaysia sebagai negara Islam
hanya kerana agama rasminya ialah Islam. Salleh Abas KHN telah menyatakan bahawa
tidak syak lagi Islam bukan hanya kumpulan dogma dan upacara agama sahaja akan
tetapi Islam adalah ad-din, cara hidup yang lengkap yang merangkumi semua bidang
kegiatan manusia, sama ada peribadi atau umum, perundangan, politik, ekonomi, sosial,
kebudayaan, moral dan keadilan. Cara peraturan hidup ini dengan segala ajaran dan nilai
moralnya adalah berasaskan kepada wahyu Ilahi yang disampaikan dalam al-Quran dan
Rasul yang akhir, Nabi Muhammad SAW dan Sunnah baginda yang boleh dikatakan
Islam. Menurut Jafril Khalil (2002) pula, Malaysia adalah sebuah negara yang agama
rasminya adalah Islam. Tetapi secara garis kasar Malaysia merupakan negara nasionalis,
sebab negara Islam menurut al-Maududi adalah suatu negara yang secara esensi memakai
ideologi Islam sepenuhnya. Hujah yang seterusnya yang mengatakan Malaysia bukan
negara Islam ialah kerana terdapat undang-undang di Malaysia, yang bercanggah dengan
undang-undang Islam, yang diluluskan dari zaman penjajah akan tetapi setelah lebih 50
41

tahun kerajaan memerintah usaha untuk meminda undang-undang itu supaya ia selaras
atau tidak bertentangan dengan undang-undang Islam tidak ternampak hasilnya. Justeru
itu penulis menyarankan agar Malaysia mendirikan kerajaan Islam seperti mana kerajaan
Islam yang dibentuk Nabi Muhammad SAW di Madinah. Piagam Madinah perlu
dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi pemimpin negara bagi merealisasikan
pemerintahan negara Islam di Malaysia, sebagaimana pemerintahan negara Islam
Madinah yang berjaya menyatukan penduduknya yang pelbagai etnik seterusnya
menjadikan Madinah sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan menjadi contoh
tamadun yang unggul.

Di dalam kerajaan Islam, kerjasama antara kaum di Malaysia tidak bertentangan


dengan Islam, selama mana kerjasama ini tidak menjejaskan kesucian ajaran Islam dan
tidak menzalimi bukan Islam. Berpegang pada firman Allah SWT dalam Surah Al-
Hujurat ayat 11:

“ Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum
perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana)
harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah
kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-
memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-
larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka)
amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan
(ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah
orang-orang Yang zalim”.

Di dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Mumtahanah ayat ke 8-9, pula:

“ Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu tidak mengeluarkan kamu
dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang
42

berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman
rapat orang-orang yang memerangi dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman
kamu, serta membantu orang lain untuk mengusir kamu. Dan ingatlah sesiapa yang
menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Di sini jelaslah bahawa kerjasama dengan orang bukan Islam dibenarkan dalam Islam
selagi mana mereka tidak memerangi umat Islam. Di dalam Piagam Madinah, Ibrahim
Bin Che’ Noh (2001) telah merumuskan kedudukan Non-Muslim di Madinah dan
antaranya ialah bukan Islam bebas mengamalkan dan menganut agama mereka dengan
aman damai, mereka bebas mendirikan tempat ibadat untuk mereka, mereka bebas makan
minum, pakai mengikut cara dan kebudayaan mereka, mereka bebas mencari rezeki
untuk saraan hidup mereka, mereka dibebaskan dari memegang senjata tanpa kerelaan,
mereka berhak memilih ketua mereka, mereka sama mempunyai perlindungan
keselamatan dari musuh terhadap dirinya, keluarga, hartanya dan kerajaan, kedudukan
mereka sama dengan orang muslim dari segi hak dan kewajipan, kecuali dari segi
ketenteraan dan menjadi pemimpin tertinggi dan seterusnya mereka diberi pilihan sama
ada berhukum mengikut syariat Islam atau sebaliknya.

Dari sini jelaslah kepada kita orang bukan Islam di Malaysia tidak akan rugi apa-apa
sekiranya negara Islam diwujudkan di Malaysia, bahkan hak mereka akan lebih
terpelihara. Hal ini kerana dalam Islam tidak ada pilih kasih atau berat sebelah. Lebih
tegas lagi Nabi Muhammad telah memberi amaran keras kepada umat Islam yang
memusuhi umat bukan Islam dalam sabdanya:

“sesiapa yang menyakiti kafir zimmi maka sesungguhnya ia menyakiti aku, dan
sesiapa yang menyakiti aku maka ia menyakiti Allah”.

Sekiranya Islam didirikan di Malaysia, maka semangat bangga diri ‘Kami Rakyat
Malaysia’ akan terlaksana dengan baik dan sempurna. Oleh itu penulis cuba membawa
wadah Islam yang menjamin hak-hak minoriti bukan Islam sebagaimana yang dapat
dirumuskan tentang hak bukan Islam iaitu yang berkenaan status agama, ia ditentukan
oleh prinsip umum al-Quran “Tiada Paksaan Dalam Agama”. Berkenaan dengan
43

perundangan pula, kedudukan orang bukan Islam ditentukan oleh syariat jika mereka
merujuk dan berhakim kepada umat Islam. Sekiranya mereaka tidak merujuk kepada
umat Islam, mereka hendaklah menyelesaikan masalah mereka berdasarkan perundangan
agama mereka, selama mana undang-undang itu dianggap oleh mereka datang dari
sumber agama mereka.

Oleh itu, setiap rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan suci dan tulin haruslah
memilih jalan Islam untuk mengikat tali perpaduan antara kaum. Sekiranya pendekatan
dan cara untuk mewujudkan perpaduan antara kaum banyak yang merujuk kepada dunia
barat dan mengapa pula kita tidak cuba memilih pendekatan yang ditunjukan oleh Nabi
Muhammad SAW dalam merealisasikan benih-benih perpaduan di antara etnik di
Malaysia. Ditegaskan lagi, Islam tetap memberi kebebasan kepada orang bukan Islam
dengan layanan yang sama rata selama mana mereka tidak memusuhi Islam. Hal ini
terbukti apabila masyarakat Madinah di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berjaya
melaksanakan tugas mendirikan masyarakat dengan gigih dan cekal. Mereka berjaya
menunaikan amanah Allah SWT dengan penuh jujur sehingga terbentuk sebuah
masyarakat yang ideal dan menjadi contoh bagi masyarakat manusia seluruhnya.
44

KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan di sini bahawa Piagam Madinah merupakan asas kepada
pembentukan perpaduan di kalangan suku, puak, agama, kabilah dan sebagainya.
Keadaan di Madinah sebelum ini hidup dalam keadaan yang bermusuhan, bergaduh,
benci membenci, berperang dan wujud semangat assabiyyah yang tinggi kepada kabilah.
Namun Nabi Muhammad SAW berjaya menyatupadukan semua puak ini menjadi satu
Ummah yang unggul walaupun terdapat puak Yahudi yang mengkhianati perjanjian.
Piagam Madinah yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam, berpandukan kepada Al-
Quran dan Sunnah. Ia juga membincangkan mengenai persoalan kerjasama antara
masyarakat di Madinah yang terdiri daripada pelbagai kelompok dan sebelum ini sering
bertelagah, berkelahi, dan bergaduh sesama sendiri. Piagam Madinah yang dibentuk ini
mengambil kira hubungan sesama Islam dan juga bukan Islam. Hal inilah menjadi asas
kepada perpaduan di Madinah.

Dalam konteks Malaysia, Piagam Madinah boleh dijadikan rujukan kepada kita
untuk membentuk ikatan perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang secara umumnya
dikategorikan kepada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Berdasarkan pengalaman
13 Mei 1969, ternyata terdapat sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita,
khususnya dari segi hubungan etnik. Sekiranya tiada usaha-usaha untuk menguatkan
perpaduan antara kelompok ini, bila-bila masa sahaja akan berlaku keretakan seperti
kejadian 13 Mei 1969. Piagam Madinah mempunyai kemampuan untuk memecah tembok
atau benteng penghalang kepada perpaduan di Malaysia dengan Piagam Madinah
dijadikan sebagai satu model penyelesaian yang berasaskan Al-Quran dan Al- Sunnah.
Sekali gus dapat membina perpaduan di antara muslim dan non muslim mengikut acuan
Islam, melalui prinsip kebebasan beragama. Piagam Madinah perlu dijadikan sebagai
rujukan dan panduan bagi pemimpin negara bagi merealisasikan pemerintahan negara
Islam di Malaysia, sebagaimana pemerintahan negara Islam Madinah yang berjaya
45

menyatukan penduduknya yang pelbagai etnik seterusnya menjadikan Madinah sebagai


sebuah negara yang aman, makmur dan menjadi contoh tamadun yang unggul

Pembentukan kerajaan Islam adalah suatu sunnah. Maka mendirikan kerajaan


Islam adalah wajib untuk memastikan kesucian ajaran al-Quran dan perkataan, perbuatan,
dan persetujuan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW tidak dinodai. Sebagaimana
yang tertera dalam Piagam Madinah ini, tentang cara dan bentuknya, strategi dan
rancangannya boleh diaplikasikan dalam sistem pemerintahan di Malaysia. Penulis
berharap kerajaan kita akan mampu mewujudkan sebuah negara yang berlandaskan
Islam.

You might also like