3
PENDAHULUAN
Kertas kerja ilmiah ini membincang tentang persoalan kerjasama antara pelbagai kaumatau pelbagai segmen di dalam sesebuah negara bagi mewujudkan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Bagi negara atau masyarakat yang mempunyaikepelbagaian dalam masyarakatnya dan mempunyai perbezaan budaya, bahasa, agama,mazhab, dan cara hidup akan menyebabkan wujudnya kelompok masyarakat yang berpecah-pecah. Menurut smith masyarakat pelbagai kaum ataupun masyarakat pluralwujud apabila,...
a formal diversity in the basic or compulsory institution. The basic institution system embraces kinship, education, religion, property and economy, recreation and certain sodalities and culture
(Smith 1965).Apa yang dijelaskan Smith ini ialah masyarakat pelbagai kaum mempunyai perbezaanatau
segmented.
Perbezaan inilah yang kadangkala mencetuskan konflik antara kaum.Melalui kertas kerja ilmiah ini dapat menghuraikan bagaimana sesebuah negara yang pelbagai segmen mengeratkan hubungan antara segmen.Kertas kerja ilmiah yang bertajuk “Piagam Madinah: Asas Kepada Perpaduan”memberi fokus kepada masyarakat di Madinah dan perbincangan mengenai PiagamMadinah yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam, berpandukan kepada Al-Qurandan Sunnah. Ia juga membincangkan mengenai persoalan kerjasama antara masyarakat diMadinah yang terdiri daripada pelbagai kelompok dan sebelum ini sering bertelagah, berkelahi, dan bergaduh sesama sendiri. Kertas kerja ini melihat bagaimana PiagamMadinah dijadikan sebagai asas bagi membentuk perpaduan di kalangan penduduk dikota Madinah.