menguatkuasakan peraturan bilik darjah bertujuaan memudahkan pembelajaran danmeminimumkan gangguan’.Selain itu, Choong Lean Keow juga menyatakan pendapat Feldhusen (dalam Levin &Nolan 2004) yang menggunakan istilah tingkah laku disruptif yang ditakrifkan sebagai gangguanterhadap pelaksanaan proses pengajaran yang lancar. Dengan itu, apa jua tingkah laku yangmengganggu pengajaran guru boleh dianggap masalah disiplin.Di samping itu, terdapat pandangan yang menyatakan masalah disiplin adalah tingkah lakuyang:i. Mengganggu pengajaranii. Mengganggu hak orang lain yang ingin belajar iii. Tidak selamat secara psikologi taupun fizikaliv. Merosakkan harta bendav- Masalah disiplin mungkin disebabkan oleh guru atau murid.Seperti mana yang kita ketahui, perancangan pengajaran dan pembelajaran oleh guruamat penting dalam memastikan murid dapat memberikan perhatian yang penuh seterusnyamengawal mereka daripada melakukan gangguan dalam pengajaran tersebut. Kegagalan gurumenguruskan tingkah laku murid boleh menimbulkan gangguan kepada murid-murid lain.Mendisiplinkan murid yang menggangu proses pengajaran merupakan rutin seorang gurusemasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Faktor-Faktor Masalah Disiplin Dalam Bilik Darjah
Menurut Choong Lean Keow (2009) juga, terdapat lima faktor yang menyebabkanberlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah. Antaranya ialah faktor rumah. Sesetengahmasalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah merupakan kesan dariapada masalah yangberlaku di rumah murid terbabit. Kebiasaannya murid yang tidak mendapat kasih sayang danperhatian lebih cenderung melakukan masalah disiplin. Krisis dalam keluarga seperti perceraianibu bapa dan penderaan boleh mencetuskan tingkah laku yang bermasalah. Sekiranya berlakusedemikian, guru perlulah berjumpa dengan ibu bapa untuk perbincangan yang lebih lanjut.Rujukan kepada kaunseling diperlukan sekiranya keadaan bertambah buruk dan berterusan.
Leave a Comment