You are on page 1of 8

Semuanya Bermula Ketika. . . .

Nicholas Lidang Mud

Tali lehernya dilonggarkan sedikit.Butang pada pengawal pendingin hawa ditekannya.Suhu menunjukkan 18*C,suhu yang terendah.Namun hatinya yang gelisah tidak mungkin dapat ditenangkan kedinginan suhu tersebut.Suasana ruangan pejabatnya terlalu sejuk,namun makin panas dirasakannya.Pintu pejabatnya diketuk. Tuan,boleh saya masuk?,kedengaran suara pembantu peribadinya,Sofea meminta kebenaran untuk masuk. Ya,masuk,suara Zack menjawab,agak keletihan nadanya. Sofea meletakkan beberapa helaian dokumen di atas meja tuAnnya.Sofea perasan akan kelainan pada riak wajah tuAnnya itu. Tuan sihat?Tuan nak saya ambilkan ubat untuk tuan?,tanya Sofea. Tak perlu Sofea.Saya okey.,Zack menjawab. Betul ke ni tuan?,Sofea cuba mendapatkan kepastian. Zack hanya mengagguk. Tuan,ni ada beberapa dokumen yang perlu ditandatangani.Perjanjian konsesi tanah daripada klien kita dari Korea.,jelas Sofea. Zack hanya membuka ruangan yang perlu ditandatangani.Dia langsung tidak membaca prosedur yang terdapat dalam dokumen tersebut.Dia mempercayai pembantu peribadinya,Sofea yang telah bekerja dengannya hampir tiga tahun. Ada apa-apa lagi?,Tanya Zack. Setakat ini,itu sahaja tuan.Kalau ada apa-apa,saya akan maklumkan kepada tuan.jawab Sofea.Dan kalau tuan perlukan apa-apa,saya sentiasa berada di luar,tuan boleh panggil saya bila-bila,sambungnya. Baiklah,terima kasih,Zack menjawab. Sama-sama,tuan.Kalau begitu,saya nak minta diri dulu.,Sofea meninggalkan pejabat majikannya itu. Zack memandang jam tangAnnya.Jam tangan keluaran Rolex menunjukkan pukul 1pm.Telefon bimbitnya bordering.Nama ayahnya terpapar pada skrin telefon. Hello,ada apa daddy?,Zack memulakan perbualan. Zack,daddy nak ajak Zack makan tengah hari kat Resto Gallery,,kedengaran suara serak-serak basah ayahnya.

Baiklah daddy.Nanti saya akan jemput daddy di rumah.Saya akan sampai dalam masa sepuluh minit.Zack menjawab sopan. Okay,daddy tunggu.ayahnya mematikan panggilan. BMW5i milik Zack meluncur laju di lebuh raya.Dia hairan akan ayahnya yang tiba-tiba mengajaknya keluar makan tengah hari. Suasana di Resto Gallery agak penuh.Para penuntut IPTS dan IPTA menggunakan perkhidmatan wi-fi yang disediakan di Resto Gallery.Zack dan ayahnya mengambil tempat di penjuru restoran. Ada apa daddy?,Zack memulakan bicara. Sebenarnya,daddy nak cakap sikit.Penting.,muka ayahnya serius.Tapi masih menampakkan keceriaan. Zack hanya mengangkat keningnya,dia menunggu ayahnya meneruskan bicara. Zack,ayah dah berumur,ayah nak beri peluang untuk Zack mengendalikan syarikat milik keluarga kita tu.Jadi,ayah rasa minggu depan ayah akan letak jawatan.Ayah nak berehat di rumah,temankan mummy Zack.Daddy rasa Zack faham maksud daddy kerana Zack satusatunya anak daddy.,terang ayahnya. Daddy nak letak jawatan?Daddy pasti?,Nick agak terkejut dengan penjelasan ayahnya. Betul tu Zack.Jadi daddy dah fikirkan,sudah tiba Zack akan meneraju syarikat kita.,jawab ayahnya penuh harapan. Kalau begitu,saya akan cuba sebaik mungkin,Saya janji takkan hampakan daddy.,ujar Zack. Saya akan umumkan pelantikan jawatan pada minggu hadapan.,kata ayahnya. Terima kasih,daddy,Nick menjawab. Sama-sama.Dah,makan hidangan tu,nanti sejuk pula,tak sedap.,ujar ayahnya. Pejabat Zack akan dipindahkan ke pejabat ayahnya.Tugas sebagai CEO N Vista Holdings jauh lebih berat daripada tugas sebelum ini.Dia sedar akan hakikat tersebut.Pembantu peribadinya juga akan dikekalkan iaitu,Sofea.Pembantunya itu amat taat,kerana itu lah dia mengekalkan Sofea sebagai pembantunya.Sofea,gadis kacukan cina-belanda berkulit putih,mula bekerja tiga tahun yang lepas apabila Zack meminta seorang pembantu peribadi.Sofea juga menjadi pujaan ramai jejaka yang bekerja di pejabat yang sama,namun Sofea sudah terbiasa dengan situasi tersebut.Dia bergaul dengan rakan sepejabatnya atas dasar kerja.Sofea amat profesional.Dia amat komited dengan urusan pekerjaAnnya.Tidak hairanlah Zack mengekalkannya sebagai pembantunya.

Tugas pertama Zack ialah berbincang dengan seorang klien yang ingin bekerjasama dengan N Vista Holdings untuk mendirikan sebuah pusat peranginan di sebuah pulau.Nampaknya persetujuan dan perjanjian dimaterai.Tender dan projek bernilai 174 bilion ringgit itu akan dimulakan bulan depan.Zack berasa lega setelah mendapatkan projek terbesar itu.Ramai syarikat pembinaan yang lain bersaing untuk mendapatkan projek tersebut. Zack menggunakan segala pengalamAnnya untuk menarik minat klien tersebut.PhD dalam jurusan pengurusan perniagaan yang diperolehnya dari university terkemuka dunia,University of Harvard ternyata dimanfaatkan sepenuhnya.Anak muda yang baru berusia 26 tahun itu menarik perhatian CEO-CEO senior dari syarikat pembinaan yang lain.Ternyata keputusan ayahnya untuk melantik Zack sebagai CEO N Vista Holdings adalah keputusan yang sesuai.Di rumah,Zack menyampaikan khabar gembira tersebut kepada ayahnya,ayahnya amat bangga. Letihnyarungut Zack sambil melabuhkan punggungnya di atas katil empuk di biliknya. Zack memandang almari bersebelahan katilnya.Dia membuka laci almarinya,dia mencapai sekeping gambar poskad.Wajah rakan lamanya,Diana@Yana terpampang di poskad tersebut.Poskad yang diterimanya minggu lepas,beralamat dari sebuah university di Australia.Dia tersenyum merenung gambar Diana.Sudah lama dia tidak berjumpa satusatunya rakan yang masih berhubung dengannya.Dia mengambil telefonnya,menghubungi Diana.Sudah lebih lapan tahun terputus hubungan. Helo,Zack menyapa. Helo,Dianas here,terdengar suara Diana di talian. Yana,do you remember me?Its your friend,Zack.,jelas Zack. Zack!!!!,jerit Yana bertempik kegembiraan.Suaranya menggambarkan jatuhnya titisan air mata.Oh,Zack!Awak masih ingatkan saya?Saya fikirkan gambar yang saya pos minggu lepas tidak sampai kepada awak.Syukurlah Zack,awak masih ingat saya.Awak sihat?Awak kat mana sekarang?Awak masih belajar?Awak buat apa sekarang,pertanyaan Yana diajukan bertalu-talu. Awak ni,Tanya lah satu-satu.Ok,saya akan jawab semua pertanyaan awak,jawab Zack. Mestilah saya masih ingat awak,Yana.Saya kat Malaysia sekarang.Saya baru sahaja menamatkan pengajian di University of Harvard,dan sekarang saya membantu daddy saya menguruskan syarikat keluarga.,sambung Zack. Hebatlah Zack.Saya akan balik ke Malaysia esok.Jam dua petang.Pengajian saya dah tamat.,ujar Yana ceria. Hmm,memandangkan esok hari ahad,saya boleh menjemput awak di airport.Itu pun kalau awak sudi.,sindir Zack. Bagus juga.Saya tak ada masalah.Terima kasih.Kita jumpa esok.,jelas Yana.

Sama-sama Yana.Baiklah,kita jumpa esok.,Zack mematikan talian. Yana mengangkat bagasinya.Matanya meliar mencari kelibat rakan lamanya,Zack.Kelihatan seorang pemuda berbadan tegap senyum kepadanya.Tak berkelip matanya memandang. Yana!,jerit Zack. (Zack?Itu kah Zack?Segaknya.Aku sangat merinduinya.Andaikan aku dapat mendampinginya,betapa bahagianya hidupku.)bisik hati Yana. Zack.Saya hampir tak kenal tadi.Awak semakin kacak.,puji Yana. Thank you Yana.Awak pun apa kurangnya,semakin ayu.,ujar Zack. Ada-ada saja awak ni,jawab Yana tersipu malu. Zack membantu temAnnya itu mengangkat bagasi dan memasukkannya ke dalam bonet kereta Zack.Zack membukakan Yana pintu kereta.Yana dilayan bagaikan permaisuri.Mereka berdua berbual panjang sepanjang perjalanan ke rumah milik Yana berdekatan dengan sebuah pusat peranginan di atas bukit.Yana sekarang merupakan sebatang kara,ahli keluarganya dikatakan hilang ketika runtuhan salji yang berlaku ketika mereka bercuti di sebuah purgunungan luncur ais di Australia.Zack bersimpati dengan nasib yang menimpa rakAnnya itu. Dia tidak mahu Yana terus bersedih,dia menukar topik perbualan. Zack akan melawat tapak projek di Pulau Nusantara esok. Dia menjemput Yana bersamanya.Diana tidak menolak. Mereka meneruskan perjalanan, kereta milik Zack meluncur laju di atas jalan raya menuju ke rumah Yana. ********************** Pulau Nusantara bakal menjadi sebuah pusat peranginan setanding pusat-pusat pernginan yang terkemuka di dunia.Setelah enam bulan kerja pembinaan,hanya bangunan restoran belum disiapkan.Pulau seluas 218 ekar itu akan dibanjiri para pengunjung dari dalam dan luar negara. Zack dan Yana akan menginap di pulau tersebut berikutan beberapa urusan kerja yang perlu diselesaikan Zack.Pada malam tersebut,Zack melelapkan mata seawal pukul tujuh malam,dia keletihan.

Tuan,esok tuan harus bersedia untuk pelancaran bagi perasmian resort kita di sini,ujar Sofea. Terima kasih kerana mengingatkan saya,Sofea.Tolong maklumkan kepada semua staff,esok adalah hari cuti peristiwa sempena perasmian resort terbaru kita.,terang Zack penuh yakin. Tali lehernya dirapikan.Zack agak gementar untuk berucap di hadapan diplomatdiplomat,VIP-VIP yang dijemput khas dari dalam dan luar negara.Namanya dipanggil untuk berucap seterusnya merasmikan resort terbaru mereka.

Saya sebagai CEO N Vista Holdings amat berbesar hati kerana dapat menyiapkan projek ini tepat pada masanya.Dua perkara yang paling penting ingin saya tekankan adalah,Pulau Nusantara kini telah menjadi aset peribadi saya,saya telah membeli Pulau Nusantara ini dengan harga RM19 bilion .Kedua,saya telah berbincang dengan kesemua ahli Lembaga Pengarah N Vista Holdings dan kata putus telah dibuat.N Vista Holdings akan mengambil alih kesemua saham milik Syarikat Copa Dinamic Berhad,bernilai 294 bilion dollar Amerika,sekali gus membolehkan N Vista Holdings mengambil alih pemilikan terhadap resort ini dan 14 cawangan resort yang lain serata dunia termasuk di Hawaii, Thailand, Korea, Australia dan juga di Las Vegas.Dengan bangganya saya ingin mengumumkan resort ini akan ditukar nama kepada Nusantara Island Resort,dan bukan lagi Copa Beach Resort,harap maklum.Saya berharap tindakan N Vista Holdings mengambil alih kesemua saham Copa Dinamic merupakan tidakan yang berbaloi.Dengan kerjasama agensiagensi pelancongan dan Kementerian Pelancongan Malaysia,walaupun saya masih lagi hijau dalam pengurusan perniagaan dan syarikat,saya percaya N Vista Holdings akan mendapat pulangan yang disasarkan.Terima kasih kepada pihak-pihak yang memberikan sokangan dan kerjasama kepada N Vista Holdings untuk projek Nusantara Island Resort ini.Akhir kata,dengan segala hormatnya,saya merasmikan NUSANTARA ISLAND RESORT.,ucapan perasmian Zack disambut dengan tepukan gemuruh tetamu-tetamu kehormat yang datang.Tidak kurang juga yang memberikan pujian kepada anak muda 24 tahun yang berhati waja itu.Siapa sangka,CEO N Vista Holdings yang baru sahaja dilantik minggu lepas mampu mengambil alih sebuah syarikat perhotelan terkemuka dunia.Oleh kerana pemilik Copa Dinamic tidak mempunyai pewaris lagi,jadi taikun veteran tersebut mengambil keputusan untuk melelong syarikat dan kesemua cawangannya di samping kemelesetan ekonomi sedunia.Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya dan Zack tertarik untuk mengambil alih kesemua cawangan Copa Dinamic. Sejak kita mengambil alih semua resort milik Syarikat Copa Dinamic,keuntungan syarikat kita menaik secara drastik.Jika kita lihat pada statistik ini,keuntungan kita pada bulan ini adalah RM49 bilion,terang salah seorang ahli lembaga pengarah N Vista Holdings. Saya percaya jika meningkatkan promosi untuk resort-resort kita,kita mungkin akan mendapat keuntungan jauh lebih banyak dari angka tersebut.Sejak akhir-akhir ini,pelancong yang datang ke resort kita di Hawaii semakin meningkat.Elok juga jika kita memperluaskan dan menaik taraf resort kita di sana.Saya akan pertimbangkan perkara itu.,jelas Zack. Ternyata pengambilalihan Copa Dinamic menjadi durian runtuh kepada N Vista Holdings.Majoriti ahli lembaga pengarah N Vista Holdings amat berpuas hati dengan cara Zack memimpin N Vista Holdings.Walaupun berpendidikan tinggi,Zack tidak teragak-agak untuk melawat tapak projek,mengunjungi resort-resort miliknya di seantero dunia dan juga bergaul mesra dengan para pekerjanya tanpa mengira status pangkat.Zack amat dikenali para pekerjanya,termasuk para pekerjanya di luar negara,apa tidaknya,dia sering melawat resortresortnya. Hello, boleh saya bercakap dengan Yana?,tanya Zack.

Ya ,Zack .Saya bercakap,jawab Yana. Yana, sebenarnya saya nak bagitau awak yang petang tadi saya telah menempah dua tiket ke Hawaii.Saya fikir nak ajak awak ke sana., terang Zack. Betulkah Zack? Wah,bestnya!,Yana bertempik kegembiraan. Ya, betul. Saya ada lawatan kerja ke sana.Jadi elok juga jika saya mengajak awak untuk turut serta.Lagipun, bosan jika pergi seorang diri.Jika awak setuju, pemandu saya akan menjemput awak esok, pada pukul 8.00am.,ujar Zack. Baiklah Zack.Saya tidak ada sebarang masalah. ,Yana menjawab. Okey, kalau begitu,kita akan jumpa esok. Saya nak tidur dulu.Lagipun dah lewat malam ni.Selamat malam,Yana.Zack menamatkan perbualan. Ya, ya ,ya. Selamat malam,Zack!,nada suara Yana masih seperti terlalu gembira. ************ Kapal terbang Airbus milik syarikat penerbangan Malaysia berlepas meninggalkan landasannya. Zack bersama Yana,mereka duduk bersebelahan di tempat duduk kelas pertama.Setelah empat jam berada di udara, Zack tidak dapat menahan rasa mengantuk,dia tertidur. Tanpa disedari,kepalanya berlabuh atas bahu Yana.Yana menyedarinya,namun dibiarkAnnya. Malah,saat inilah yang Yana tunggu-tunggu,saatnya bersama Zack.Yana berharap agar perhubungannya dengan Zack dapat melebihi batasan sebagai seorang kawan. Sebenarnya,sejak remaja lagi Diana menyukai Zack,namun dia menafikannya.Yana berharap agar dapat meluahkan segala perasaannya kepada Zack apabila di Hawaii nanti.Tambahan pula,pusat peranginan milik N Vista Holdings di Hawaii adalah spot untuk para pasangan untuk berbulan madu.Oleh sebab itulah Yana amat gembira saat Zack mengajaknya ke Hawaii.Yana amat berharap dapat menjadi pasangan Zack.Lagipun,daddy Zack melagakan Zack dengannya sejak akhir-akhir ini.Namun Zack menafikannya,begitu juga Yana,status sebagai kawan dikekalkan.Namun jauh di lubuk hati,Yana amat menyayangi Zack. Sudah sepuluh tahun memendam perasaan,Yana harus meluahkan perasaannya terhadap Zack jika ingin memiliki Zack secara sah.Maklumlah,gadis manakah yang tidak tergila-gilakan anak muda bekerjaya itu,rupanya juga seiras pelakon mat saleh, berkulit agak cerak dan susuk tubuhnya yang menjadi idaman setiap gadis. Bagi Yana,perasaan suka dan sayang memaksanya ingin berada dekat dengan Zack selalu.Yana juga tidak kurang hebatnya. Di universitinya dahulu,dia menjadi pujaan hati ramai penuntut lelaki kampusnya di Queensland,Australia. Tetapi, Yana belum pernah menyulam cinta,dia tidak pernah bercinta walaupun beberapa kali dilamar oleh rakan sekampusnya dahulu,dia tetap menolak.Sekarang,dia bekerja dengan sebuah agensi guaman di ibu negara.Dia juga bekerja sampingan di sebuah syarikat peragaan juga di ibu negara,dia pandai mengagihkan masanya.Sejak bekerja di syarikat guaman tersebut,Yana memenangi kesemua kes yang diuruskannya,dia seorang peguam yang bijak.Selain itu,pose menariknya juga pernah beberapa kali menghiasi muka depan majalah tempatan,standing dengan artis-artis

tempatan.Dia berhasrat untuk menubuhkan syarikat guamannya sendiri,namun dia masih lagi menimba pengalaman dan mencari dana yang secukupnya. Setelah sampai di La Corumba de Resort,Hawaii, Zack danYana diberikan sambutan yang meriah daripada para pekerja resort yang rata-ratanya rakyat tempatan. Pada keesokan harinya, Zack tiba-tiba jatuh sakit.Dia dikejarkan ke hospital tempatan, doktor mengatakan bahawa Zack cuma keletihan dan banyak berfikir. Dia dibenarkan berehat di hotel. Nah,makan ubat ni.kata Yana sambil menyerahkan segelas air dan ubat kepada Zack. Terima kasih Yana .Awak memang baik.Saya minta maaf kerana menyusahkan awak.Zack menelan ubatnya lalu baring di atas katilnya.Yana duduk di sebelahnya. Tidak mengapa, Zack. Memang tanggungjawab saya menjaga awak.,Yana memandang tepat ke mata Zack. Zack hanya tersenyum.Dia kurang faham akan ayat yang baru sahaja diungkapkan Yana.Memang tanggungjawab saya menjaga awak,Zack agak pelik dengan ayat tersebut.Apatah lagi diungkapkan oleh rakan baiknya,Yana. Zack membiarkannya,bagi Zack, mungkin kerana Yana merasakan perkara tersebut merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang kawan. Zack tertidur.Yana masih memerhatikan Zack. Dia menatap wajah Zack sepuas-puasnya.Tangannya mengusap dahi Zack. Tergerak hatinya untuk mengucup dahi itu.Namun Yana menarik tangannya.Dia memejamkan mata.Dia keliru,apakah yang dia rasakan saat ini.Adakah dia sudah jatuh cinta kepada temannya itu?Yana betul-betul keliru.Dia segera membetulkan selimut Zack dan meninggalkan bilik Zack. Yana melabuhkan tubuhnya di atas katilnya,dia masih mengingatkan saatnya mengusap dahi Zack dan saat Zack tidur di atas bahunya ketika di kapal terbang semalam.Dia terbayang wajah jejaka impiannya itu.Yana juga membayangkan jika dia dapat membina bahtera rumah tangga bersama jejaka impiannya itu.Indahnya dunia.Terlintas juga di benak fikirannya memandangkan Zack hanya menganggapnya sebagai teman rapat.Tidak lebih dari itu,pada Zack.Sudah lama juga Yana merancang detik-detik istimewa bersama Zack,untuk memikat hati Zack. Mereka meninggalkan Hawaii setelah Zack menamatkan urusan kerjanya. Percutian selama tiga hari di Hawaii amat memberi makna yang mendalam kepada Yana. Hatinya semakin tergila-gilakan Zack. Bagi Yana, suatu hari nanti, Zack pasti menerima kehadirannya lebih daripada seorang teman....

***********BERSAMBUNG************

You might also like