You are on page 1of 9

Firman ALLAH SWT bermaksud : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta

a memperingati dan menyebut nama Allah, pada harihari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatangbinatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin . (Al Hajj : 28 ) ULASAN AYAT : Bulan Zulhijjah juga merupakan bulan terserlahnya simbol kekuatan dan perpaduan ummat Islam iaitu melalui ibadah Haji dan Wukuf di padang Arafah. Di dalam bulan ini juga bulan bagi ummat islam melaksanakan ibadah korban. Antara peristiwa yang berlaku di dalam bulan ini ialah : 1. Pengorbanan Nabi Ismail a.s. - Nabi Ibrahim a.s. yang medapat gelaran Rasul Ulul'Azmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah ALLAH SWT untuk mengorbankan anak yang disayangi Ismail a.s. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam melalui sembelihan korban sama ada unta,lembu,atau kambing pada 10,11,12 atau 13 Zulhijjah. 2. Bai'tul Aqabah - Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Rasulullah SAW menjadi nabi, berlakulah peristiwa Bai'tul Aqabah (Perjanjian setia Aqabah )yang disertai kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahankan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah SAW kepada penduduk Yatsrib (Madinah ). Sebenarnya Bai'tul Aqabah adalah pembuka kunci kepada penghijrahan Nabi SAW ke Madinah. 3. Hajjatul Wida' (Haji Selamat Tinggal )- Rasulullah SAW hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidup baginda. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi SAW mengerjakan ibadah haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Dalam peristiwa Hajjatul Wida' itu,baginda SAW menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbatul Wida' ) yang terkandung amanat-amanat tentang peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam. 4. Saidina Umar r.a. meninggal dunia dan Saidina Uthman r.a sebagai pengganti - Umar adalah khalifah yang kedua selepas Saidina Abu Bakar r.a. Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah s.a.w. dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar sebagai Umar Al-Faruk (pembeza ). Pada tahun 23 Hijrah, Amirul Mikminin Umar bin AlKhattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah al-Majusi. Perlantikan Uthaman bin Affan sebagai khalifah ketiga dibuat oleh sebuah majlis mesyuarat (Syura )yang telah ditubuhkan oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya. 5. Saidina Ali r.a menjadi khalifah yang keempat - Setelah berlaku kontroversi tentang pembunuhan Uthman r.a, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali r.a. Perlantikan Ali bin Abi Talib berlaku pada tahun 35 Hijrah. Namun begitu Ali juga akhirnya dibunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya. 6. Kita juga disunnatkan bertakbir (Allahu Akbar )dan berzikir padanya, Firman ALLAH SWT yang bermaksud : "Dan supaya mereka menyebut nama ALLAH pada beberapa hari yang termaklum"( hajj : 28 ), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah, Oleh kerana itu para ulama' menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu Umar r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah,di antaranya : "Oleh kerana itu

perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illah Allah ),takbir (Allahu Akbar )dan Tahmid (Alhamdulillah "). WALLAHU'ALAM.

kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my http://www.hanan.com.my/

Tarikh: Selasa, 01 Februari 2005 @20:29:38 Topik: Tazkirah ZULHIJAH, bulan terakhir dalam takwim Islam, merakamkan pelbagai keistimewaan kepada sesiapa menghayati dan menyedari kelebihannya. Zulhijah juga dikenali sebagai bulan haji bersesuaian dengan kewajipan mengerjakan ibadat itu terutama bagi orang berkemampuan. Pada bulan ini umat Islam ditegah berperang bagi membolehkan haji iaitu rukun Islam kelima dilaksanakan. Rasulullah saw melarang umat Islam berperang pada bulan ini kecuali selepas negara dan umat Islam ditentang kaum Musyrikin. Larangan ini menggambarkan kemuliaan Zulhijah yang perlu dipelihara dan bebas daripada kegiatan mungkar yang boleh mencemarkan kesuciannya. Kemuliaan bulan ini antaranya disebabkan banyak peristiwa bersejarah yang dilakukan Baginda. Antaranya adalah peristiwa haji wida iaitu haji terakhir yang dikerjakan Rasulullah sebelum wafat. Haji wida berlaku pada lapan hari bulan tahun ke-10 Hijrah yang bermula selepas Nabi kembali daripada peperangan Tabuk. Ketika itu, Baginda mengutuskan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai pemimpin rombongan haji. Rasulullah pula menghabiskan masa beberapa tahun menyambut kedatangan rombongan pedagang Arab yang tidak putus-putus mengunjungi Baginda untuk menyatakan baiah (taat setia) dan hasrat memeluk Islam. Selepas Baginda berasakan Islam sudah tersebar ke seluruh negara Arab dan menjangkau ke negara sekitarnya, Rasulullah mahu mengerjakan haji sambil mengajar cara ibadat itu kepada umat Islam secara amali.

Baginda mahu menyampaikan nasihat kepada umat Islam dan memberikan kupasan mengenai syariat Islam serta matlamatnya dalam khutbah Baginda. Peristiwa kedua yang patut dihayati oleh umat Islam sempena kedatangan Zulhijah ialah khutbah terakhir Baginda yang disampaikan ketika mengerjakan haji wida. Ini berlaku pada 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Makkah. Kandungan khutbah itu di antara lain mengajak seluruh umat menghayati ajaran Islam yang diturunkan Allah dan melalui perantaraan rasul-Nya. Baginda turut mengingatkan umat Islam menjaga hak mereka dan sentiasa menitikberatkan hak orang lain. Peristiwa bersejarah lain yang berlaku sepanjang Zulhijah adalah perjanjian Aqabah kedua; Saidina Umar memeluk Islam dan kematian beliau; kematian Khalifah Uthman Ibn Affan; pelantikan Saidina Ali sebagai khalifah serta penyerahan kuasa oleh Saidina Hassan kepada Muawiyah Abi Sufian. Justeru, kedatangan bulan ini wajar dihayati oleh setiap umat Islam bersesuaian dengan keagungannya dalam kalendar Islam. Dalam pada itu, Zulhijah turut merakamkan banyak kelebihan iaitu pada 10 hari pertama (satu hingga 10 hari bulan). Ini diikuti kelebihan sepanjang hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 hari bulan. Pada hari itu, umat Islam disunatkan menyembelih korban dan bertakbir setiap kali selepas solat. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi turut menjelaskan kelebihan 10 hari pertama Zulhijah. Berdasarkan hadis panjang itu, setiap hari menceritakan peristiwa dan kelebihan tertentu iaitu:

Hari pertama Zulhijah adalah hari diampunkan dosa Nabi Adam. Sesiapa berpuasa pada hari itu diampunkan dosanya oleh Allah. Hari kedua, Allah menerima doa Nabi Yunus yang berjaya keluar daripada perut ikan. Sesiapa berpuasa pada hari itu pahalanya seolah-olah dia beribadah selama setahun tanpa melakukan maksiat. Hari ketiga, Allah menerima doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu Allah menerima doanya. Hari keempat, Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu nescaya diselamatkan daripada kesengsaraan dan kemiskinan.

Hari kelima, Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu bebas daripada sifat munafik dan azab kubur. Hari keenam, Allah membuka pintu kebajikan bagi Nabi-Nya. Sesiapa berpuasa pada hari itu dipandang Allah dengan penuh rahmat dan tidak akan diazab. Hari ketujuh, ditutupkan pintu neraka dan tidak akan dibuka sebelum berakhir hari ke-10. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menutup 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kesenangan dan kemudahan. Hari kelapan, adalah hari tarwiah (hari jemaah berangkat menuju Mina dan bertalbiah untuk haji). Sesiapa berpuasa pada hari itu mendapat pahala yang tidak diketahui besarnya kecuali Allah. Hari kesembilan adalah hari Arafah. Sesiapa berpuasa pada hari itu nescaya puasanya dapat penebus dosa untuk setahun lalu dan setahun akan datang. Pada hari itu juga diturunkan ayat alQuran terakhir (ayat 3, surah al-Maidah). Hari ke-10 adalah Aidiladha. Sesiapa yang menyembelih haiwan korban pada hari berkenaan, maka titisan pertama yang mengalir daripada darah korban itu akan mengampuni dosanya dan dosa keluarganya. (Kitab Durrah an-Nasihin).

Hayati Peristiwa Penting Dalam Islam Mengikut Bulan.


MUHARRAM

Maal Hijrah/Awal Muharram pd 1 hr bulan Hari Asyura disambut pada 10 haribulan muharam Asyura di ambil dari perkataan asyir berkmaksud 10 Kematian Saidina Husein b. Ali ( cucunda Rasulullah s.a.w ) di Karbala pd 10 haribulan tahun 61 Hijrah. Penciptaan Nabi Adam AS Bahtera Nabi Nuh AS tersadai di atas Bukit Al Judi Nabi Ibrahim AS diselamatkan dari api yang membakarnya Nabi Idris AS dan Nabi Nabi Isa diangkat ke langit.

SAFAR

Peperangan Bani Qainuqak pd thn ke-3 Hijrah.

Peperangan Khaibar pd thn ke-1 Hijrah Kegeringan baginda Rasulullah s.a.w

RABIUL AWWAL

Perlantikan baginda Rasulullah s.a.w menjadi rasul. Peristiwa persembunyian Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar di gua Hira untuk berhijrah ke Madinah pd 2 , 3 dan 4 haribulan. Pembinaan masjid pertama di Quba pd 8 haribulan Hari keputeraan Rasulullah s.a.w pd 12 haribulan. Ketibaan Rasulullah di Madinah dlm peristiwa Hijrah. Kewafatan Rasulullah s.a.w pd 12 haribulan.

RABIUL AKHIR

Berlakunya peperangan Jamal (Unta), perang saudara pertama dalam sejarah Islam. Penyerahan kuasa pemerintahan dari Hasan b. Ali kpd Muawiyah. Tegaknya kerajaan Umaiyah.

JAMADIL AWWAL

Kelahiran Saidina Ali b. Talib pd 8 haribulan. Berlakunya peperangan Bani

JAMADIL AKHIR

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia pd 23 haribulan tahun 13 Hijrah. Perlantikan Saidina Umar sebagai khalifah kedua pd 8 haribulan tahun 13 Hijrah. Berlakunya peperangan Yarmuk di zaman pemerintahan Khalifah Umar alKhattab dlm tahun 13 Hijrah. Serangan atas Kota Makkah dan tembakan bangunan Kaabah tahun 7 Hijrah oleh tentera al-Hajjaj as-Saqafi. Pembunuhan atas Abdullah b. Zubir yg memerintah Kota Makkah oleh alHajjaj as-Saqafi bg pihak Khalifah Abdul Malik b. Marwan. Kelahiran Siti Fatimah az-Zahrah binti Rasulullah s.a.w pd 20 haribulan.

REJAB

Berlaku peristiwa Isra Mikraj pd 26/27 haribulan.

Sembahyang lima waktu disyariatkan dlm peristiwa Isra Mikraj. Berlakunya peperangan Tabuk, peperangan terakhir disaksikan Rasulullah s.a.w.

SYABAN

Malam Nisfu Syaban pd 14 haribulan. Penukaran kiblat dr Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah pd 15 haribulan. Peperangan Bani Mustalik tahun ke-5 Hijrah.

RAMADHAN

Bulan Ramadhan difardukan atas umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Berlakunya peperangan Badar pd 8 haribulan tahun ke-2 Hijrah. Penyempurnaan pembukaan Kota Makkah pd 10 haribulan tahun ke-8 Hijrah. Permulaan turunnya ayat2 suci al-Quran pd 17 haribulan. Tragedi pembunuhan Saidina Ali dlm tahun ke-40 Hijrah,beliau wafat dlm kecederaan ketika memasuki Masjid Kufah pd 17 Ramadhan tahun ke-40 Hijrah.

SYAWAL

Umat Islam merayakan Hari Raya Fitri pd 1 haribulan. Berlakunya peperangan Khandak pd tahun ke-5 Hijrah. Kejayaan tentera Islam pd zaman pemerintahan Khalifah Umar merampas Bandar Madain. Tentera Islam berjaya menawan Istana Raja Parsi yg dikenali dengan nama Istana Putih.

ZULKAEDAH

Peristiwa Umrah, Perjanjian Hudaibiyah dan Baiah Ridhwan berlaku dlm bulan ini. Rasulullah s.a.w menunaikan Haji Wida.

ZULHIJJAH

Orang Islam yg mampu difardukan menunaikan haji di Makkah pd setiap bln ini. Peristiwa Haji Wida berlaku pd 8 haribulan tahun ke-10 Hijrah. Rasulullah s.a.w menyampaikan pidato kpd kaum muslimin di Bukit Arafah sebelum selesai ibadah haji. Saidina Umar al-Khattab wafat setelah dibunuh oleh Abu Lukluk berbangsa Parsi beragama Majusi pd malam Rabu akhir bulan ini pd 23 Hijrah.

Saidina Uthman b. Affan dibunuh di rumahnya di samping tangannya memegang al-Quran pd 18 haribulan tahun 35 Hijrah. Penyerahan kuasa di Kufah oleh Saidina Hassan b. Ali kepada Muawiyah b. Abi Sufian.

Kenapa umat Islam masa kita harus hayati peristiwa penting dalam Islam. Jawapanya senang sahaja, Islam agama kita. Kita wajib tahu mengenai Agama kita dan mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku serta mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
Read more: http://kamalmustafa.com/peristiwa-penting-dalamislam.html#ixzz27iFFD7KN

Kewajipan Menuntut Ilmu dan Mengajarkannya.


Posted by Batik Biru Assalamualaikum Warahmatullah. Dalam kehidupan seharian, kita sering mempalajari sesuatu perkara baru. Tiada seorang pun di dunia ini lahir dalam keadaan berilmu atau sudah cukup ilmunya. Kewajipan menuntut ilmu dan mengajarkannya adalah satu kewajipan bagi setiap muslim. Jika menuntut Ilmu itu satu kewajipan bagi setiap muslimin, maka mengajarkan Ilmu itu yang sudah dedapati itu juga merupakan kewajipan. Pada malam semalam (Selasa, 9hb Sept. 2008), saya telah berjumpa 3 orang sahabat yang baru saya kenali. Walaupun begitu mereka seperti sudah lama saya kenali dan kami begitu mesra sekali. Tetapi tujuan saya berjumpa dengan mereka kerana saya ingin hendak mendengar penerangan mereka tentang sesuatu dan mempelajari sesuatu dari mereka iaitu tentang Al-Quran. Sungguh pun pada waktu itu adalah satu waktu yang singkat, saya dapat suatu Ilmu yang baru yang tidak dapat diperolehi sama ada melalui darah keturunan atau dari duduk bersenang-lenang.

Saya berasa senang hati dan suka kerana mereka sudi berkongsi Ilmu pengetahuan yang tidak semua orang boleh ada dan dapat kepada saya. Mereka memberinya tanpa meminta apa-apa balasan dan jauh sekali meminta upah. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya : "Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut." (Riwayat Bukhari &Muslim) Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya : "Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi." (Riwayat Ibnu Majah) Jadi disini dapatlah disimpulkan menuntut ilmu itu hukumnya wajib ke atas setiap orang Islam, tidak mengira jantina. Sedangkan menuntut ilmu ini pula tidak terhad kepada batasan umur seseorang itu. Syeikh Burhanuddin al-Zarnuyij di dalam kitabnya, Ta'lim al-Muta'allim, menyebutkan bahawa ilmu yang paling utama iaitu yang paling wajib dituntut ialah 'Ilmu-Hal'. Ilmu-hal ialah ilmu yang sangat perlu bagi setiap orang yang sudah baligh. Dengan kata lain, Ilmu yang wajib itu adalah diantaranya ialah Ilmu tauhid dan Ilmu Fiqh (Fikah) kerana tanpa kedua-dua ilmu ini nescaya seseoang muslim tidak dapat beramal. Ilmu tauhid ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah ketuhanan, dan yang mula-mula dipelajari ialah tentang keesaan Allah s.w.t. sendiri, kemudian sifat-sifatNya, termasuklah sifat yang wajib ada padaNya dan yang mustahil disifatiNya. Ilmu tauhid ini juga termasuklah dalam ruang lingkup rukun Iman, iaitu percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul-rasulNya, hari Kiamat dan kepada Qada' dan Qadar. Ilmu Fiqh pula membincangkan soal-soal yang berhubungan dengan cara-cara serta kaifat beribadah kepada Allah s.w.t. dan ebrgaul sesama makhluk, khususnya sesama manusia. Jadi jelaslah sekarang bahawa kedua-dua ilmu itu perlu dikuasai terlebih dahulu supaya seseorang muslim itu mampu hidup dengan baik dan teratur. Selepas itu barulah kita menuntut ilmu-ilmu yang lain seperti perubatan, sains dan teknologi dan lain-lain ilmu yang mendatangkan kebaikkan kepada manusia. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dan maksudnya : "Malaikat membentangkan kepaknya kepada orang yang menuntut ilmu kerana ia gembira dengan apa yang diperbuatnya (menuntut ilmu ini)." (Riwayat Ibnu 'Asakir) Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang maksudnya : "Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah s.w.t., sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada, kecuali satu darjat kenabian." (Riwayat Tabrani)

Dengan adanya dua lagi hadis ini, maka dapatlah kita mengetahui kepentingan menuntu ilmu itu. Kepentingan menuntut ilmu ini sungguh mulia sehingga malaikat membentangkan sayapnya untuk memayungi orang-orang yang menuntut ilmu itu. Tetapi ilmu itu hendaklah ilmu yang baik, lebih-lebih lagi ilmu berkaitan agama, kerana ianya akan beroleh rahmat serta keredaan dari Allah s.w.t. Ilmu yang didapati pula hendaklah dikongsi bersama kerana ianya merupakan sedekah kepada orang yang hendak diajarnya itu. Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya : "Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya." (Riwayat Ibnu Majah) Jadi, marilah kita semua muslimin dan muslimat menuntut ilmu, supaya kita dapat memperkasakan diri kita dan juga umat islam kembali. Kerana realitinya sekarang ini, umat islam sudah jauh ketinggalan terutamanya di negara kita Malaysia. Walaupun pahit, tetapi itulah yang sebenarnya telah berlaku. Wassalam.

You might also like