You are on page 1of 8

Falfasah dengan matlamat & objektif sesuatu Kurikulum

Falsafah Pendidikan
Falsafah pendidikan merupakan pernyataan yang boleh dilihat sebagai pedoman/arah tuju terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Falsafah pendidikan mengandungi kepercayaan, sistem nilai dan harapan yang akan diperolehi daripada sistem pendidikan (Alexander, Lewis, Saylor,1981).

FPK
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
(KPM, 1996)

FPK menjelaskan tujuan & matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Tujuan FPK & pendidikan adalah selaras, iaitu untuk melahirkan individu yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.

Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara (Zailan Moris, 2007).

Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum kegiatan kokurikulum yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi dengan sepenuhnya serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai murni yang diingin dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan, 1996).

Penggubal kurikulum perlu jelas tentang hubungan yang terdapat antara elemen tersebut seperti hubungan antara objektif dengan falsafah atau falsafah dengan isi kandungan kurikulum (Taba, 1956) Membangunkan sesebuah kurikulum bertepatan dengan FPK amat diperlukan supaya matlamat akhir kurikulum selari dengan citra negara.

Kurikulum has mempunyai kerelevan ilmu supaya pelajar itu boleh menghadapi cabaran sebenar dalam masyarakatnya.

Pratt (1980) menyatakan bahawa sesuatu kurikulum perlu mempunyai ilmu di dalamnya, mampu untuk melatih minda dan boleh menyediakan pelajarnya keupayaan untuk menyumbang kepada sektor pekerjaan.

You might also like