You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

PERKARA:

MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN

2. PUNCA-PUNCA KEGAGALAN GURU MENGURUSKAN BILIK DARJAH

3. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI BILIK DARJAH

4. SOALAN II : HURAIKAN BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGURUS BILIK DARJAH DENGAN BERKESAN MELALUI AMALAN KOMUNIKASI YANG BERKESAN. 5. RUJUKAN

4-7

6. REFLEKSI

PENGHARGAAN

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Di sini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang terlibatkan dalam menjayakan tugasan Ilmu Pendidikan ini. Jutaan penghargaan diucapkan kepada Pensyarah Ilmu Pendidikan (Pedagogi), Encik Mohamad Ali Bin Che Awang Teh yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan selama saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Beliau tanpa jemu menjawab segala pertanyaan saya berkaitan tugasan ini. Tanpa dorongan dan kerjasama beliau tidak mungkin saya berupaya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih sekali lagi. Penghargaan juga kepada semua rakan yang sudi membantu selama ini. Segala jasa baik kalian tidak akan saya lupakan dan hanya Allah mampu membalas jasa anda semua. Kepada isteri yang dikasihi, terima kasih kerana banyak memberi dorongan dan pengorbanan serta memahami tanggung jawab yang terpaksa saya pikul. Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu. Sekian, terima kasih. Wassalam.

SOALAN II : HURAIKAN BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGURUS BILIK DARJAH DENGAN BERKESAN MELALUI AMALAN KOMUNIKASI YANG BERKESAN. Pengurusan bilik darjah sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Jere Brophy (1988) adalah tindakan untuk membina dan mengekalkan persekitaran bilik darjah yang kondusif bagi mencapai matlamat daripada segi arahan menyusun keadaan fizikal bilik darjah, membina peraturan serta prosedur dan mengekalkan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Julie P. Stanford dan Barbara S.Clement (1983) mendefinisikannya sebagai konsep pengurusan bilik darjah yang lebih luas merangkumi disiplin pelajar. Hal ini meliputi segala tingkah laku guru dalam mendidik pelajar menyertai dan bekerjasama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi membina persekitaran pembelajaran yang produktif. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif serta sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini juga bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang berjaya dalam pelajaran bahkan juga mempunyai modal insan yang tinggi. Walau bagaimanapun, sekiranya guru gagal dalam menjalankan

pengurusan bilik darjah dengan baik natijahnya akan timbul pelbagai masalah salah laku yang dikaitkan dengan permasalahan disiplin pelajar. Antaranya seperti masalah ponteng, buli, samseng, melanggar peraturan sekolah dan

sebagainya. Bukan itu sahaja, salah laku pelajar turut mempunyai hubungkait dengan masalah komunikasi dan interaksi individu-individu. Hal ini dapat dilihat daripada kajian oleh ahli sosiologi yang mengkaji tingkah laku berlandaskan fenomena sosial. Kelakuan dan perangai seseorang individu adalah terhasil daripada interaksinya. Buktinya, seseorang itu lahir dalam keadaan bersih daripada sebarang pengaruh. Hanya apabila bertemu dengan makhluk-makhluk sosial barulah tingkah laku dan perangai mereka terbentuk. Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan. Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaanjangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.

Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri kesesuaian (relevan) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan, organisasi pengajaran dan sokongan-sokongan yang membantu peningkatan aktiviti-aktiviti perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik motivasi dan penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem bagi menampakkan keberkesanannya. Peranan dan pengorbanan guru sebagai penggerak dan pengubah iklim yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih kondusif sebagai jambatan utama susunan pembelajaran yang memberangsangkan ke arah pembentukan modal insan di kalangan murid. Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra di antara sesama murid, dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria, meyeronokkan yang menyentuh emosi, meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan enovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat, yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru dan rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti

sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, sama ada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan muridmurid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. (Ee Ah Meng, 1996). Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu, segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran. ("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).

Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya. Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif. Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah : Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi

pembelajaran Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas

Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin. KESIMPULAN Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berintrkasi, dan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan di samping memiliki wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan atau refelkesi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam. Maka jelaslah di sini bahawa pengurusan bilik darjah dan komunikasi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai ejen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

BIBLIOGRAFI 1. http://s6.invisionfree.com/DRAGONIZER/index.php?showtopic=1198 2. http://yik.itgo.com/text/sek_berkesan.html 3. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp? dt=0509&pg=is_01.htm&sec=Isu_Semasa&y=2005 4. http://www.google.com.my/search? hl=en&q=kegagalan+guru+menguruskan+bilik+darjah&btnG=Google+Search& meta= 5. http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004.pdf 6. Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. 7. Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Ke arah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. 8. Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 9. Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1990), Pedagogi Asas Pendidikan, Kuala Lumpur, Kayazano Enterprise. 10. Berita Harian. 23 Oktober 2001. Pelajar Terdedah Unsur seram, ganas.

You might also like