You are on page 1of 11

Sejauhmanakah teori masih diperlukan dalam pengajian hubungan antarabangsa?

Pendahuluan Kunci utama dalam sains adalah perkembangan teori. Teori membantu kita memahami fenomena yang terjadi, menerangkan bagaimana fenomena-fenomena tersebut berkaitan dalam suatu pola dan kemudian menggunakan pengetahuan ini untuk kepentingan kita. Teori hubungan antarabangsa pun telah lama wujud bahkan sebelum disiplin hubungan antarabangsa itu sendiri, Ianya seringkali dimasukkan ke dalam undang-undang antarabangsa, sains politik dan sejarah diplomatik. Teori-teori ini kemudian dipisahkan dan dikembangkan menjadi disiplin tersendiri pada tahun 1919. Sejak masa itu, teori hubungan antarabangsa terus berkembang dan terbahagi menjadi pelbagai sub-disiplin. Bagaimanapun, berbanding dengan teori dalam sains, teori hubungan antarabangsa tidak mempunyai sebuah teori komprehensif yang menghubungkaitkan teori-teori lainnya. Ia juga menghadapi batasan dan cabaran yang tidak dialami oleh teori sains, hal ini menyebabkan teori hubungan antarabangsa terbelakang daripada teori disiplin lainnya. Lalu apakah teori masih diperlukan dalam mengkaji hubungan antarabangsa? Jawapannya terkandung dalam fungsi teori itu sendiri.

Definisi Teori Teori adalah alat intelektual yang memberikan kita cara untuk mengatur kerumitan dunia dan membantu kita melihat bagaimana peristiwa saling berkaitan. Teori menyederhanakan kenyataan (fakta) dan membantu memisahkan fakta yang penting atau tidak. Secara sederhananya, teori memberitahu kita tentang apa yang kita lihat dan bagaimana benda-benda yang kita lihat saling berhubungan. James Dougherty dan Robert Pfaltzgraff menerangkan teori sebagai refleksi sistematis sebuah peristiwa, didesain untuk menjelaskannya dan menunjukkan bagaimana mereka berkaitan dalam pola yang cerdas dan bermakna,daripada hanya menjadi barangan rawak dalam alam semesta yang inkoherens. Paul Viotti dan Mark Kauppi juga menjelaskan teori sebagai cara untuk membuat dunia atau sebahagian daripadanya jelas atau lebih dipahami. Pemahaman ini didapatkan dengan cara yang melebih penjelasan dari pengamatan peristiwa dan terlibat dalam penjelasan sebab-akibat atau dugaan berdasarkan kejadian atau kondisi sebelumnya. Dari kedua definisi di atas, terdapat asumsi umum bahawa terdapat pola dalam kejadian antarabangsa dan teori Hubungan Antarabangsa ialah untuk mendedahkan pola ini.1 Hubungan Antarabangsa Hubungan antarabangsa mempunyai dua makna. Makna pertama ialah disiplin yang cuba untuk menjelaskan aktiviti politik yang melewati sempadan negara dan utamanya, berfokus kepada hubungan politik antara kerajaan sebagai wakil daripada negara. Makna kedua adalah

Sterling-Folker, J. (2006). Making sense of internatonal relations theory. Boulder: Lynne Rienner Publishers. Hal. 4

Hubungan yang terjadi melalui sempadan antarabangsa dan aktiviti serta perilaku para pelaku antarabangsa. Sehingga teori dalam hubungan antarabangsa membantu kita memutuskan apa yang kita kaji dalam hubungan antarabangsa dan bagaimana kita memahami kerumitan politik dunia, juga mengapa kita mengkaji hal tersebut. 2 Salah satu cara lain dalam memikirkan teori HA ialah sebuah set model/standard atau struktur analitik untuk pelbagai cara dimana sebuah kejadian atau aktiviti yang bersifat antarabangsa dan transnasional dikategorikan, dijelaskan atau dipahami. Standard ini kemudian digunakan pada detail suatu kejadian, dan membolehkan kita untuk mengorganisasikan detail dalam cara yang mendedahkan pola yang lebih besar dan disedari di dalam dan keseluruhan fenomena tersebut. Seperti yang Bary Buzan katakan,melihat melaluinya (teori) membuat bahagian tertentu kelihatan lebih jelas ketika bagian lain terdorong ke latar belakang.3 Dalam cara yang sama, ialah memungkinkan untuk melihat topik HA atau kejadian dari perspektif yang berbeza dan melihatnya sebagai contoh dari beberapa pola politik dunia. Setiap perspektif HA mengandung blok asumptif yang disusun sedemikian rupa untuk mengenal dan menyorot pola tertentu dalam HA. Keuntungan dalam mengkaji dan memahami teori HA sebagai sebuah domain analitik yang berbeza dari topik dan kejadian yang empirik, ialah memperkenalkan kita pelbagai cara untuk melihat dan memahami pelbagai konteks dalam semua kejadian atau topik tertentu, tak hal apakah ianya masa lampau, sekarang ataupun senario masa depan.4

2 3

Steans, J., & Lloyd, P. (2001). International relations: perspectives and themes. Harlow, England: Longman. hal.5 Sterling-Folker, J. (2006). Making sense of internatonal relations theory. Boulder: Lynne Rienner Publishers. hal. 5 4 Ibid, hal. 5

Inti Sifat dan fungsi teori Sebuah teori tidak selalunya diterima oleh semua pakar, ianya dibuat sebagai penjelasan umum suatu fenomena, dibuat sedemikian rupa sehingga memuaskan bagi seseorang yang mengetahui ciri kenyataan yang sedang dipelajari. Teori yang kuat adalah teori yang mempunyai pengaruh yang luas pada pemikiran sebahagian besar, bila tidak majoriti para sarjana untuk masa yang lama sebelum digantikan oleh teori yang baharu. Dalam Hubungan Antarabangsa, teori seperti ini ialah teori realisme. Walau dalam sains sosial, terutamanya Hubungan Antarabangsa, teori-teori kuat ini tidak mampu untuk menjadi prinsip dan hipotesis yang mendasari teori Hubungan Antarabangsa yang komprehensif dan koheren. 5 Ianya tidak selalunya tergantung pada bukti empirik untuk kesahihannya, hal yang diperlukan ialah pernyataan yang menyimpulkan hubungan antara kejadian yang teori tersebut fokuskan secara logik. Hal ini kerana kegagalan dalam pengamalan teori mungkin boleh dikesan ke faktor-faktor di luar teori itu sendiri. Teori mempunyai beberapa fungsi utama. Fungsi teori pertama-tama ialah untuk memahami dan mengatur kerumitan fenomena dan berusaha untuk menjelaskannya secara lebih sederhana. Daripada usaha ini, teori pula berfungsi untuk mengetahui pola dan penyusunan fenomena-fenomena yang berlaku. Pola dan struktur penyusunan ini kemudian digunakan untuk mengambil keputusan dan menelaah masa depan.

Dougherty, J. E. (2001). Contending theories of international relations : a comprehensive survey. New York: Longman. Hal. 22

Kenneth W. Thompson

lalu menerangkan fungsi teori ini menjadi tiga bahagian.6

Pertama, iaitu memungkinkan mengatur dan mengurus data. Ianya merupakan alat yang berguna untuk memahami sesuatu. Ianya memberikan rangka untuk berhipotesis secara sistematik ataupun imajinatif. Ianya membuat keteraturan dan erti pada sekumpulan kejadian, tanpa teori, sekumpulan kejadian ini tidak akan berkaitan dan bermakna. Fungsi ini ditekankan oleh Morgenthau. Mengurus dan mengatur data membantu pemerhati untuk membezakan keseragaman dan kelainan. Sebagai contoh, pada satu skim analisis, teori membantu kita

memahami dan membezakan aspek-aspek politik dunia yang tetap, berubah-ubah dan boleh dimanipulasi. Fungsi kedua, teori mensyaratkan kriteria dalam pemilihan masalah untuk analisis intensif dibuat jelas atau eksplisit. Pemilihan masalah berdasarkan teori ini membantu

mendedahkan asumsi tersembunyi dalam penyelidikan sehingga mengeluarkan dimensi dan implikasi yang mungkin diabaikan. Fungsi ketiga, teori bukan hanya menjadi alat untuk memahami keragaman dan keteraturan tapi juga kemungkinan (contingencies) dan ketidakrasionalan (irrasionalities). Dalam politik modern, terdapat keperluan untuk pengetahuan khusus dalam faktor kemungkinan. Ianya diperdebatkan bahwa dalam anatomi sistem tirani yang dibahas melalui undang-undang umum dan persamaan mungkin kurang menjelaskan hubungan antara nazisme yang nihilistik dengan komunisme yang utopis.7

W. Thompson, K. (1955). Toward a theory of international politics. The American Political Science Review , 49 (3), 733-746. Hal. 735-736 7 ibid

Perkembangan Teori Hubungan Antarabangsa Perkembangan pengajian Hubungan Antarabangsa tidak luput daripada dua kenyataan, pertama perkembangannya berkaitan erat dengan perkembangan pengajian-pengajian lain. Kenyataan kedua ialah perkembangannya tidaklah berjalan dengan konsisten. Pada suatu masa, perkembangan teori mungkin berlaku besar-besaran, dan pada masa yang lain, ianya hanya menyokong teori-teori yang sudah ada sahaja.8 Sejak penubuhan disiplin HA, beberapa buku hubungan antarabangsa pada awalnya hanya memasukkan pemerhatian teoretik dalam topik-topik seperti nasionalisme, imperialisme, kolonialisme, ideologi dan lain-lain. Jarang sekali ditemukan usaha-usaha untuk mengkaitkan teori-teori tersebut ke dalam teori yang lebih besar dan koheren. Sejak tahun 1940an terutama setelah Perang Dunia kedua, terdapat perkembangan yang tetap dalam metodologi dan kaedah untuk penyelidikan, analisis dan teori hubungan antarabangsa. Usaha untuk membentuk teori yang komprehensif pun dimula dengan debat besar pertama antara realis dan utopianis. Pada masa inilah, sarjana banyak menemukan konsep, model, teori dan wilayah penelitian baharu dalam Hubungan Antarabangsa. Seterusnya, pada tahun 1960an, analisis teori hubungan antarabangsa pula meluas dengan memasukkan pandangan psikologi, biologi, sosiologi, ekonomi dan sains behavioralis lainnya untuk menjelaskan politik antarabangsa. Pada tahun 1960an pula, debat besar kedua antara tradisionalis dan behavioralis terjadi. Teori dalam hubungan antarabangsa Terdapat beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam berteori hubungan antarabangsa.

Mas'oed, M. (1990). Ilmu Hubungan Internasional, Disiplin dan Metodologi. Jakarta: LP3ES. Hal. 13

Luasnya bidang yang dirangkum oleh Hubungan Antarabangsa.

Ketika disiplin hubungan antarabangsa dibentuk, sarjana memperoleh kesukaran dalam menentukan sifat dan skopnya. Pada tahun 1935, Sir Alfred Zimmern mencadangkan bahawa hubungan antarabangsa merangkum ilmu pengetahuan alam hingga filosofi moral. Ianya dipandang sebagai kumpulan subjek-subjek yang dilihat dari satu sudut pandang tertentu.9 Bagaimanapun, beberapa sarjana menganggap teori hubungan antarabangsa sebagai bagian dari sains politik. Pandangan ini juga dimiliki oleh sarjana dan guru sejarah dan sains politik yang merasakan tidak ada subjek Hubungan Antarabangsa yang tidak masuk dalam bidang ilmu sains sosial lainnya, sehingga ia belum bisa dikatakan sebagai suatu disiplin akademik tersendiri. Sebuah disiplin yang terlalu luas beresiko tidak boleh dipahami oleh minda manusia. Bagaimanapun di sisi lain, apabila sebuah studi boleh menjelaskan isu Hubungan Antarabangsa dan lebih relevan, maka ia seharusnya digunakan walaupun studi tersebut merupakan bahagian dari pengajian yang lain.10 Normatif atau empirik?

Pendekatan teori Hubungan Antarabangsa terbahagi menjadi dua, pendekatan empirik, iaitu membuat model/teori tentang apa yang pelaku antarabangsa lakukan, bagaimana dan mengapa, dengan harapan model/teori ini boleh dievaluasi melalui pemerhatian. Sedangkan pendekatan normatif memasukkan nilai benar atau salah tindakan pelaku antarabangsa, apakah ianya adil atau tidak. Sarjana seringkali berdebat tentang bagaimana cara kita melihat dunia, apakah dengan objektif dan tanpa penglibatan emosional? Atau dengan melibatkan nilai dan norma yang kita

Dougherty, J. E. (2001). Contending theories of international relations : a comprehensive survey. New York: Longman. Hal.19 10 Ibid, hal. 21

bawa?. Sebagai contoh, dalam pengajian perang dan keamanan, sebuah pandangan yang netral akan membahas keagresifan manusia untuk menjelaskannya dan menjangkakan wujud manifestasinya sedangkan pandangan dengan komitmen moral mungkin akan berusaha untuk memahami perang dengan tujuan untuk memansuhkannya demi dunia yang lebih damai. Kedua pendekatan ini pula mempunyai masalah masing-masing. Ketika kita berusaha menilai benar atau salah suatu tindakan melalui pendekatan normatif, kita memasukkan nilai dan norma agama, etika dan pelbagai unsur budaya. Walau semua norma dan nilai ini turut pula mempengaruhi orang-orang dalam membuat keputusan, kita tidak dapat memutuskan yang mana satu set norma yang lebih tinggi dari norma yang lain.11 Bagaimanapun, kerana alasan normatif pulalah kita mengkaji hubungan antarabangsa pada awalnya. Penubuhan pengajian Hubungan Antarabangsa pertama di Universiti Wales sendiri ditujukan untuk merangsang dan memajukan kerja sama antarabangsa dan niat baik.12 Hal ini selalu menjadi cabaran bahagi pendekatan empirik terutama pada kajian bidang-bidang seperti etika perang, hak asasi manusia, kemiskinan global dan keadilan antarabangsa. Tradisionalis atau behavioralis?

Berbanding dengan bidang sains, teori hubungan antarabangsa agak terbelakang, hal ini kerana pengkajian hubungan antarabangsa secara saintifik baru berkembang sejak tahun 1950-an oleh kaum behavioralis.13 Mereka berusaha menemukan teori yang boleh menerangkan

(eksplanatorif) dan menjangkakan (prediktif) dengan meneliti sebanyak mungkin kes demi

Russett, B., Starr, H., & Kinsella, D. (2004). World politics: the menu for choice (7th ed.). Belmont, California: Thomson/Wadsworth. Hal. 42 12 Thompson, K. W. (1952). The study of international politics: a survey of trends and developments. The Review of Politics , 14 (4), 433-467. Hal. 437 13 Mas'oed, M. (1990). Ilmu Hubungan Internasional, Disiplin dan Metodologi. Jakarta: LP3ES. Hal. 24

11

mencari pola yang berulang. Hal ini berbeza dengan pendekatan sebelumnya, iaitu tradisionalis, yang beranggapan setiap kes adalah unik sehingga memerlukan pengkajian tersendiri. Hal ini juga tidak terlepas dari dugaan bahawa fenomena hubungan antarabangsa tidak boleh dikaji secara saintifik. Berbeza dengan objek ilmu sains yang konstan, objek Hubungan Antarabangsa selalu berubah mengikut masa. Beberapa terma hubungan antarabangsa pula seringkali

diperdebatkan, terma-terma seperti keselamatan, perdamaian, demokratik dan konsep negara itu sendiri. Sedangkan dalam sains, terma seperti cecair, wap air, natrium klorida dan pembelahan nuklear ialah jelas dan tidak diperdebatkan lagi. Pendekatan behavioralis juga mendapat kritikan terutama pada akhir 1960-an. Penekanan kaum behaviouralis pada kaedah saintifik yang berlebihan membuat kajian hubungan antarabangsa menjadi kurang relevan dengan keperluan manusia. Pendekatan behavioralis yang cenderung bersifat empirik dan kuantitatif seringkali mengkaji topik-topik yang mudah dibahas dalam kaedah kuantitatif seperti perilaku orang dalam pilihan raya. Topik-topik penting yang sukar dibahas dengan kaedah kuantitatif seperti sebab terjadinya perang, sedikit sekali dikaji. Kesimpulan Teori masih diperlukan dalam hubungan antarabangsa untuk menjelaskan politik dunia yang rumit. Pemahaman kita terhadap hubungan antarabangsa kemudian memungkinkan kita untuk menemukan pola yang mencorakkan politik dunia. Dengan pengetahuan atas pola ini, kita boleh mengambil keputusan ataupun jangkaan daripada suatu kejadian. Pelbagai teori dan

perspektif dalam hubungan antarabangsa juga membantu kita melihat sebuah kejadian dalam pelbagai sudut yang berbeza. Justeru untuk memahami dunia politik yang selalu berkembang dan berubah, teori Hubungan Antarabangsa telah meluas dan menjadi sebuah bidang yang

multidisiplin. Bagaimanapun, berbanding dengan bidang sains lainnya, teori Hubungan Antarabangsa mempunyai batasan dan cabaran yang tersendiri. Teori Hubungan Antarabangsa masih belum memiliki sebuah teori umum secara sistematis yang mengaitkan secara logis teoriteori Hubungan Antarabangsa lainnya. Para sarjana Hubungan Antarabangsa pun cenderung melibatkan emosi dan nilai yang dipegang dalam berteori dan penyelidikan dibanding dengan sarjana saintifik yang objektif dan netral terhadap penyelidikannya.

10

Bibliografi

Dougherty, J. E. (2001). Contending theories of international relations : a comprehensive survey. New York: Longman. Mas'oed, M. (1990). Ilmu Hubungan Internasional, Disiplin dan Metodologi. Jakarta: LP3ES. Russett, B., Starr, H., & Kinsella, D. (2004). World politics: the menu for choice (7th ed.). Belmont, California: Thomson/Wadsworth. Steans, J., & Lloyd, P. (2001). International relations: perspectives and themes. Harlow, England: Longman. Sterling-Folker, J. (2006). Making sense of internatonal relations theory. Boulder: Lynne Rienner Publishers. Thompson, K. W. (1952). The study of international politics: a survey of trends and developments. The Review of Politics , 14 (4), 433-467. Thompson, K. W. (1955). Toward a theory of international politics. The American Political Science Review , 49 (3), 733-746.

11

You might also like