You are on page 1of 1

REFLEKSI

Bersyukur kepada Allah S.W.T. dengan limpah kurnianya kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya. Dalam proses membuat dan menyudahkan kerja kursus ini, pemahaman tentang melakukan surat jemputan iaitu surat kiriman rasmi, minit mesyuarat, laporan selepas mesyuarat, kertas kerja dan laporan aktiviti menjadikan kami semakin bertambah mantap. Hal ini yang demikian kerana nota kuliah tidak cukup untuk membuatkan kami memahami sesuatu perkara. Bagi memahami sesuatu perkara, kita perlulah mencari altenatif untuk mencari, mengkaji dan menganalisanya sendiri. Oleh itu, pemahaman kita akan lebih bertambah mantap kerana kita sendiri yang menghadapinya dan melaksanakan tugas tersebut. Tugasan yang telah diberikan kepada ialah kami perlu memilih satu acara atau aktiviti untuk dilaksanakan dan kami perlu merancang aktiviti tersebut seterusnya menjalankannya. Aktiviti yang dipilih oleh kami ialah Karnival Boling IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Tugasan ini memerlukan kami membuat satu mesyuarat antara ahliahli persatuan dan membuat surat kiriman rasmi jemputan iaitu surat kiriman rasmi, minit mesyuarat dan laporan selepas mesyuarat. Kemudian, kami disuruh untuk

membuat kertas kerja bagi mendapat kelulusan untuk menjalankan aktiviti yang dirancang oleh kami. Akhir sekali, kami membuat laporan aktiviti berdasarkan aktiviti yang telah kami jalankan. Dalam kami menghasilkan kerja kami, banyak rujukkan contoh-contoh format daripada internet, majalah, jurnal dan buku yang membantu kami untuk menyiapkan kerja kami. Dengan siapnya kerja ini, kami mengharapkan ia akan menjadi permulaan buat kami untuk membiasakan diri kami untuk membuat sesuatu aktiviti dan membuat prosedur-prosedur yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti.

Sebagai bakal seorang guru, kerja kursus ini akan banyak membantu dalam memahami tugas kami untuk mendidik anak murid kami kelak. Oleh itu, pemasalah yang bakal dihadapi kelak akan diselesaikan dengan cara kita memahami sepenuhnya sesuatu perkara contonya projek ini supaya dapat membimbing anak-anak kita ke arah yang positif dalam kehidupan mereka kelak.

You might also like