You are on page 1of 4

IHRAM Project

PROJEK INFORMASI
IHRAM Project
Program IHya RAMadhan 1434H Bersama Etnik Minoriti (Orang Asal/ Asli Muallaf)
Tarikh: 01 Ramadhan 1434H//10 Julai 2013 (Rabu) 29 Ramadhan 1434H/07 Ogos 2013 (Rabu) Tempat: Perkampungan Orang Asli Terpilih Seluruh Malaysia Anjuran:

YAYASAN AL-KHALIFAH

1. PENGENALAN ORANG ASLI Orang Asli terbahagi kepada 3 etnik iaitu Negrito, Senoi dan MelayuProto yang mengandungi 18 sub-etnik. Mengikut statistik daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang menguruskan pentadbiran hal ehwal masyarakat orang Asli , terdapat seramai lebih kurang 180 ribu Orang Asli di Semenanjung Malaysia pada tahun 2011.

Negrito Kensiu Kintak Lanoh Jahai Mendriq Bateq

Senoi Temiar Semai Semoq Beri Che Wong Jah Hut Mah Meri

Melayu-Proto Temuan Semelai Jakun Orang Kanaq Orang Kuala Orang Seletar

Sumber : Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2011

Manakala, pembahagian kepercayaan/ agama dengan taburan mengikut negeri adalah seperti di bawah. Berdasarkan data tersebut, penduduk orang Asli beragama Islam hanyalah sekadar 25% sahaja daripada jumlah penduduk Asli di Malaysia ini

Justeru, bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, pihak Yayasan Al-Khalifah menyeru manamana badan kerajaan, badan agama, badan bukan kerajaan dan swasta untuk turut sama menjayakan program IHRAM Project bagi membantu masyarakat Orang Asli yang tinggal di pinggir dan pedalaman di seluruh Malaysia. Agar, Ramadhan kali ini memberikan seribu makna yang sangat bererti dan bernilai kepada mereka. InsyaAllah!

IHRAM PROJECT
IHRAM Project adalah penjenamaan semula Program Ihya Ramadhan Bersama Etnik Minoriti (Orang Asli Muallaf) bagi tahun 2013/ 1434H di bawah pengurusan NGO Yayasan Al-Khalifah serta bekerjasama dengan rakan strategik NGO Islam lain. IHRAM adalah singkatan dari perkataan IHya RAMadhan. i. Matlamat / Objektif: Memupuk semangat penghayatan agama Islam kepada kumpulan sasaran. Memberi tunjuk ajar dan mendidik asas-asas Fardu Ain seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Melatih diri menunaikan ibadah sunat di bulan Ramadhan seperti Solat Tarawih berjemaah, tadarus al-Quran, bersahur dan berzikir. Memberi penerangan tentang hukum-hukum Feqah yang berkaitan bulan Ramadhan. Merapatkan ikatan silaturrahim di antara masyarakat Oarang Asli dan penduduk berdekatan. ii.Kumpulan/Tempat Sasaran: Perkampungan Orang Asli terpilih Seluruh Malaysia. iii. Penyertaan Aktivis / Sukarelawan: Staff Yayasan Al-Khalifah NGO dan sukarelawan yang ingin turut serta. iv. Tarikh: 01 Ramadhan 1434H/10 Julai 2013(Rabu) 29 Ramadhan 1434H/ 07 Ogos 2013 (Rabu) v.Promosi /Kempen: i. Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) ii. Kempen Iftar/ Berbuka Puasa: Taja 1 Ringgit untuk 1 Muallaf Orang Asli iii. Kempen Tajaan Terbuka vi.Perhubungan: ::Pengurus IHRAM Project : En. Nor Azhar B Mohamed ::Tel: 017-6708076, 011 -11317842 (sms,whatsapp,wechat) ::Email : yayasanalkhalifah@gmail.com ::Website : www.yayasanalkhalifah.com ::FB: https://www.facebook.com/YAK.IHRAM.Project @ https://www.facebook.com/Yayasan.Al.Khalifah vii. Pusat Operasi IHRAM Project: 1.No 5,Jalan Gombak Ria 8, Taman Gombak Ria, 68100 Batu Caves Selangor 2.Lot 1690-8,Jalan Dato Hj Kaharudin, Kg Changkat, 53100 Kuala Lumpur. ::Salurkan Sumbangan Kepada:: 1.CIMB Admin IHRAM Project Nama Akaun : Nor Azhar b Mohamed No Akaun : 0111 0065 202 520 2.MAYBANK Admin IHRAM Project Nama Akaun : Nor Azhar B Mohamed No Akaun : 1622 0006 2408 3.MAYBANK Yayasan Al-Khalifah Nama Akaun : Al-Khalifah Foundation No Akaun : 5640 1611 8396

KEMPEN IHRAM PROJECT


1. KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS (KSSB)
Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1433H, IHRAM Project akan menjalankan Kempen Seorang Sekampit Beras khusus untuk membantu fakir miskin, yang terdiri daripada golongan minoriti Semenanjung iaitu Masyarakat Orang Asli di pinggir dan pedalaman belantara yang sudah dikenalpasti. Simbolik sekampit Beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya bagi menampung keperluan untuk hidup terutama bagi mereka yang memerlukan. Nasi umpama makanan mewah bagi mereka kerana makanan ruji mereka seharian adalah berunsurkan ubi kayu. Hal ini kerana terlalu sukar untuk mendapatkan sumber makanan lain di hutan belantara Malaysia. Justeru, dengan sekampit beras dapat mengurangkan sedikit bebanan mereka bagi menampung keadaan puasa selama sebulan bagi yang muslim.

2. KEMPEN IFTAR/BERBUKA PUASA: TAJA 1 RINGGIT UNTUK 1 ORANG ASLI


Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1433H, IHRAM Project akan menjalankan Kempen Iftar/Berbuka Puasa Taja 1 Ringgit untuk 1 Muallaf Orang Asli Khusus untuk membantu fakir miskin, yang terdiri daripada golongan minoriti Semenanjung iaitu Masyarakat Orang Asli di pinggir dan perdalaman belantara Malaysia yang sudah dikenalpasti. Dengan bertemakan Tajalah Sebanyak Boleh, Untuk Memberi Seramai Mungkin, menjadi simbolik bahawa Ramadhan ini menjadikan bulan kasih sayang dimana yang fakir miskin dibantu dan dikasihi manakala yang kaya dihormati. Walaupun dengan sumbangan RM 1, ia sudah cukup bernilai dan memberikan kemewahan berbuka puasa bagi masyarakat asli Islam di pedalaman.

3. KEMPEN TAJAAN TERBUKA


Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1433H, Pihak Yayasan Al-Khalifah akan menjalankan kempen Tajaan Terbuka bagi memastikan Orang Asli Muslim dapat beribadah di bulan puasa nanti dengan cara kesederhanaan terutamanya mengerjakan ibadah terawikh. Antara barangan yang diperlukan dari sumbangan orang ramai adalah: Telekung Kain Batik Kain Pelekat Songkok @ Kopiah Sejadah Selain itu bahan keperluan/ material harian seperti: Gula Tepung Minyak Dan Lain-lain (yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan mereka)

Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

You might also like