You are on page 1of 9

Penderaan (pemikiran Kritis) Wilma Binti Talib Pengenalan Penderaan bermaksud memukul atau menyeksa secara fizikal atau

emosi dengan sengaja 1. Pembantu rumah pula bermaksud seseorang yang bekerja di bawah seorang tuan, mengerjakan semua kerja-kerja rumah seperti mengemas,memasak dan mencuci kain dalam tuan punya rumah. Mereka dibayar untuk berkhidmat kepada tuan rumah. Kini, pelbagai kes penderaan di laporkan oleh pihak media masa dan hal ini telah membawa impak kepada negara Malaysia. Selain daripada berkemungkinan menjejaskan hubungan dengan Negara asing,kes ini juga boleh menimbul krisis kenyakinan tehadap pentadbiran Negara dan juga system kehakiman Negara kita2 Antara punca berlakunya penderaan pembantu rumah adaalah disebabkan masalah personality majikan yang garang, sikap pembantu rumah yang malas dan sering melakukan kesilapan ketika bekerja, masalah rumah tangga majikan, psikologi majikan, komunikasi yang tidak berkesan antara majikan dan pembantu, da tiadanya undang-undang yang melindungi hak pembantu rumah. Kebanyakan kes penderaan yang dilaporkan melibatkan pembantu rumah yang berasal daripada Negara luar seperti Indonesia dan juga Myammar. Oleh yang demikian, hal ini perlu diatasi dengan segera agar tidak menjejas hubungan antarabangsa dengan negara luar selaki gus tidak mengancam keselamatan negara kita.

1 2

Zainuddin Ahmad. Bahasa Melayu. Petaling Jaya: longman Malaysia.1994. hlm 70. http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1467&Itemid=161

Langkah mengatasi masalah penderaan pembantu rumah Mengubal akta berkaitan pekerja asing Badan perundangan perlu memperbaiki perlindungan undang-undang pekerja asing. Sekiranya perlu, akta pekerjaan dan akta imigresen yang sedia ada perlu dipindah untuk member perlindungan yang adil kepada pekerja asing. Hukuman dan denda yang setimpal perlu dijatuhkan keatas majikan yang memdera pembantu rumah. Sebagai contoh, majikan Muntik Bani, A.Murugan disabitkan bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam3.

Inilah gambar majikan keji yang mendera pembantu rumah dari Indonesia hingga

meninggal dunia.

Berita Harian, isnin Julai, 2010, muka surat 3

Peranan majikan Majikan perlu memahami konsep pembantu rumah, mereka bukan hamba yang perlu bekerja mengikut semua kemahuan mereka. Terdapat juga majikan yang tidak membayar gaji pekerja seperti kes Siti Hajar yang tidak dibayar gaji RM5004 setiap bulan setelah bekerja selama 20 bulan. Majikan perlu melakukan peranan mereka, pembantu rumah hanyalah pekerja dan menerima gaji. Oleh itu majikan perlu membayar gaji pembentu rumah mereka. Majikan juga perlu menetapkan jadual bekerja pembantu mereka mengikut waktu pejabat. Keadaan ini akan menyebabkan pembantu rumah dapat menyelesaikan tugas tanpa ponteng sebelum majikan mereka pulang daripada bekerja. Majikan juga perlu member sedikit

kebebasan kepada pembantu agar mereka tidak tertekan ketika bekerja. Majikan sebaiknya jangan membawa masalah dan tekanan ditempat kerja ke rumah sehingga bertindak kasar dengan pembantu kerana masalah di tempat kerja5.
Pembantu biasanya adalah golongan yang kurang

berpendidikan dan taraf sosio ekonominya rendah. Majikan harus faham keupayaan sesuatu pembantu yang dan janganlah kemampuan

mengharapkan

melebihi

pembantu. Tatacara bekerja disetiap rumah juga adalah berbeza. Ajari pembantu dengan jelas dan sabar. Kadangkadang pembantu perlu diajar berulang-ulang tentang sesuatu perkara.6

4 5

Julai 2009, http://fikratulummah.blogspot.com/2009/07/isu-penderaan-pembantu-rumah-siapakan.html http://www.iklaneka.net.my/tips.htm 6 http://www.iklaneka.net.my/tips.htm

Pembantu rumah wajib kursus bahasa Melayu Pembantu rumah dari negara luar perlu diwajibkan mengikuti kursus bahasa Melayu7. Langkah ini penting kerana kebanyakkan masalah berpunca daripada kurangnya keberkesanan komunikasi dan pemahaman antara majikan dan pembantu. Keberkesanan komunikasi mampu mengeratkan hubungan baik selain mengelakkan permasalahan antara majikan dan pembantu rumah. Melalui kaedah ini, pembantu rumah akan didedahkan dengan asas bahasa Melaysia yang membolehkan mereka berkomunikasi, memahami budaya, cara hidup dan undang-undang Negara ini. Sekiranya pembantu rumah dapat memahami arahan majikan, maka mereka tidak akan melakukan kesilapan ketika bekerja. Kempen Kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) perlu melaksanakan kempen kesedaran bagi mengatasi masalah penderaan pembantu rumah. Sebagai contoh, kempen keluarga ku, Syurgaku8 bagi memupuk rasa cinta bermula daripadda institusi kekeluargaan dan mencegah daripada berlakunya kes-kes penderaan dalam institusi tersebut terutamanya kes penderaan pembantu rumah. Pendekatan dari segi agama Setiap agamasama ada agama Islam, Kristian mahupun Budha mengharamkan penganutnya untuk melakukan keganasan, apatah lagi melakukan penderaan ke atas orang lain. Melalui pendekatan dan mendalami agama, masalah agama dapat diatasi. Oleh itu, majikan perlu mendapatkan didikan agama begitu juga dengan pembantu rumah. Hal ini dapat dilakukan dengan mewajibkan majikan dan pembantu rumah mengikut kursus agama. Hotline Kerajaan perlu mewujudkan hotline aduan di bilik gerakan ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia9 untuk pembantu rumah asing, majikan dan orang ramai membuat aduan. Hal ini akan dapat mengatasi masalah penderaan pembantu rumah.

7 8

Kosmo, rabu 2 November 2011, muka surat 4 Penderaan, Mohd Awis Asha B.Jasri, muka surat 30, tahun 2003 9 Berita harian, Bernama, 11 Julai 2009

Tempatkan pembantu rumah mengikut majikan seagama Langkah menempatkan pembantu rumah beragama Islam dengan majikan seagama mampu menyelesaikan banyak masalah membabitkan kedua-dua pihak10. Keadaan ini akan memudahkan dua pihak kerana mempunyai budaya yang sama dan pembantu rumah dapat memahami budaya hidup majikan. Kegagalan majikan memahami cara hidup pembantu rumah yang beragama Islam oleh majikan yang bukan islam boleh manimbulkan ketengangan seperti disuruh memandikan anjing dan memasak babi yang sememangnya haram disisi agama islam. Apabila pembantu rumah tidak melakukan apa yang disuruh oleh majikan, maka risiko untuk penderaan pembantu rumah adalah tinggi.

10

Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 21 Jun, arkib 22/06/2009

Kesimpulan Pembantu rumah tidak sepatutnya dilayan sebagai nilai alatan semata-mata. Pembantu rumah juga merupakan manusia yang mempunyai nilai intrinsic dan mempunyai hak kemanusiaan yang sama seperti majikan. Oleh itu, penderaan pembantu rumah perlulah ditegah kerana ianya merupakan perbuatan yang tidak bermoral. Sekiranya maslah penderaan pembantu rumah tidak diatasi dengan segera, keselamatn Negara akan terancam kerana membabitkan isu negara luar. Disamping dimensi kemanusiaan dengan ramifikasinya,isu jenayah dan penderaan yang melibatkan pembantu rumah warga asing di Malaysia, juga mempunyai dimensi diplomasi dan hubungan internasional serta dimensi keadilan dan pentadbiran undang-undang. Oleh itu, masalah penderaan pembantu rumah perlu diatasi dengan segera.

SENARAI RUJUKAN

Buku
Zainuddin Ahmad. Bahasa Melayu. Petaling Jaya: longman Malaysia.1994. Mohd Awis Asha B. Jasri, Penderaan,2003. Akhbar

Bernama, Berita Harian, isnin Julai, 2010. Bernama, Berita Harian, 11 Julai 2009. Kosmo, Rabu. 2 November 2011. Utusan Malaysia, 22 Jun 2009 Internet
http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1467&Itemid=161

http://www.kujie2.com/isu-semasa/lagi-kes-penderaan-pembantu-rumah.html http://mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1467%3Akes-derapembantu-rumah-warga-asing&catid=150%3Anews&Itemid=161&lang=en http://fikratulummah.blogspot.com/2009/07/isu-penderaan-pembantu-rumah-siapakan.html http://www.iklaneka.net.my/tips.htm

You might also like