Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
53Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
cabaran pendidikan islam dan pendidikan negara

cabaran pendidikan islam dan pendidikan negara

Ratings:

4.4

(5)
|Views: 3,265 |Likes:
sebahagian dari kerja untuk falsafah islam (dpli upsi 2009)
sebahagian dari kerja untuk falsafah islam (dpli upsi 2009)

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: ABANG ISAIFUDDIN BIN ABANG NORAN on Apr 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/01/2013

pdf

text

original

 
Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Pendidikan Islam dan Pendidikan negara?
Cabaran teknologi maklumat dan media massa:Teknologi bukanlah sesuatu yang asing dalam ajaran dan sejarah Islam. Ia merupakansuatu proses yang berterusan dan berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkanurusan kehidupan
1
. Maka, revolusi teknologi maklumat merupakan suatu perkara yang akanterus berkembang pesat dengan ledakan ilmu. Masyarakat akan berorientasikan maklumat(information-oriented society) kerana maklumat boleh didapati dengan mudahnya keranateknologi semakin berkembang disamping arus semasa yang mengharuskan seseorang itu celik IT.Selari dengan perkembangan teknologi maklumat, struktur pendidikan akan menjadilebih tercabar kerana terpaksa merubah untuk menilai serta menstruktur semula secarakeseluruhan bagaimana sekolah beroperasi, pendekatan yang digunakan dalam pengajaran sertacara pelajar belajar. Perkara ini haruslah dilakukan secara berhati-hati agar nilai-nilai agamatidak terjejas walaupun kita inginkan kemajuan setara dengan negara-negara luar yang sudahpunmaju lebih awal dari Malaysia, namun runtuh dari segi akhlak dan moralnya.Malah terdapat pelbagai kesan negatif yang berlaku akibat daripada perkembanganteknologi maklumat serta media massa. Antara bahana yang sering menjadi perbualan ialahkelekaan dalam mengerjakan ibadah, hubungan kekeluargaan yang kurang intim keranakesibukan melayan rancangan televisyen, kemerosoton di dalam pembelajaran serta tiada fokusdi dalam kelas kerana waktu senggang banyak ditumpukan untuk ber “chatting” sehingga kelarut malam.Antara saranan untuk menghadapi cabaran ini ialah segala perubahan yang dilakukansama ada di dalam kurikulum mahupun selain itu hendaklah mendapatkan khidmat nasihat dariahli agama terlebih dahulu sebelum membuat segala kata putus. Ini kerana kerjasama yangsecara telus ini akan membuahkan hasil yang dihajati kerana terdapat kesepakatan antara fuqahaserta ahli pakar yang lain seperti penggubal kurikulum.
1
Zulkiple Abd. Ghani,
Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat 
, 2003, UtusanPublication & Distributor Sdn Bhd, Kuala Lumpur, muka surat 84
 
Seterusnya, segala rancangan yang tidak mempunyai nilai-nilai yang positif hendaklahdikurangkan penayangannya di kaca televisyen sebagai langkah awal untuk mengurangkan pengaruh media massa ke atas kecemerlangan diri pelajar. Sebaliknya, rancangan yang berbentuk pendidikan serta akademik hendaklah ditayangkan tidak terhad pada waktu siangsahaja malahan pada waktu perdana iaitu sekitar jam 7 hingga 10 malam.Cabaran persepsi masyarakat mengenai didikan agama hanya terletak pada ahli agama:Dalam pendidikan moden, kurikulum itu tidak lagi terbatas kepada perkara yangdiberikan dalam lingkungan sekolah sahaja, bahkan juga meliputi hal-hal yang bersangkutandengan aspek kehidupan di luar sekolah
2
. Sehubungan dengan itu, pendidikan agama misalnya bukan hanya berlaku di sekolah sahaja malahan juga berlaku di luar sekolah seperti di rumah dankawasan kejiranan.Antara dilema yang dihadapi oleh generasi pada masa kini ialah hilangnya konsep ta’dibdalam pendidikan. Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapaikecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadap mendidik,mengajar adab serta membentuk akhlak. Bagi menangani dilema ini, proses mendidik danmembentuk seseorang pelajar itu hendaklah membawanya ke arah pembentukan peribadi, sikap,watak serta sahsiah yang selaras dengan yang diredhai oleh Allah SWT
3
.Berbalik kepada masalah yang utama iaitu salah tanggapan masyarakat terhadap didikanagama hanya terletak di bahu ahli agama. Sebaliknya, ibu bapa adalah merupakan golonganyang menjadi tunjang di dalam mendidik anak-anak mereka. Pendidikan anak-anak tersebut berlaku sebelum anak itu lahir lagi iaitu kedua-dua orang tuanya melakukan amal soleh serta banyak bersoa kepada Allah SWT agar dikurniakan anak yang taat pada Allah serta menyayangikedua orang tuanya nanti apabila sudah dewasa.
2
Dr Jalaluddin,
Filsafat Pendidikan Islam: Konsep dan Perkembangan
, 1999, PTRajaGrafindo, Jakarta, muka surat 43
3
Dr Ibrahim Hashim,
Kuliah 2 (Falsafah & Kurikulum Pendidikan Islam)
, TamanBernam 9,UPSI
 
Peranan guru ataupun ustaz serta ustazah hanya terhad sewaktu masa persekolahansahaja. Sekiranya amanah ini dilakukan secara satu pihak sahaja, mana mungkin hasil yang kitainginkan itu akan dapat berlaku. Meskipun guru mempunyai tugasan serta bebanan kerja yang banyak, perkara ini tidaklah menjadi permasalahan besar kerana terdapat pembahagian tugastelahpun dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah. Pendidikan Islam tidak berkesan jikasekolah sahaja yang memberi pendidikan Islam sedangkan keluarga dan masyarakat tidak turutsama membantu atau sebaliknya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan pendidikanIslam
4
.Secara tuntasnya, tugasan mendidik anak bangsa terutamanya yang bergelar Muslimhendaklah dilakukan secara kolektif iaitu secara kerjasama antara guru, ibu bapa sertamasyarakat setempat.Cadangan serta gagasan untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam pendidikan:Muhammad Naquib Al-Attas menyebutkan di dalam bukunya mengenai sistem pendidikan yang seharusnya diikuti oleh orang Islam iaitu sistem yang berpaksikan kepadaajaran Islam dengan menjadikan Rasulullah SAW itu sebagai ikutan yang terbaik. Antaranyaialah “So the Islamic University must reflect the Holy Prophet in terms of knowledge and rightaction..
5
”. Pendidikan yang terlalu bermodelkan Barat hendaklah dikesampingkan kerana Islam juga mempunyai ramai tokoh-tokoh yang berketrampilan dalam bidang pendidikan seperti IbnKhaldun yang terkenal dengan teori Malakah.Guru berperanan untuk membentuk manusia dari segi perwatakan serta penampilannya.Maka dengan sebab itu, seseorang guru haruslah memiliki kualiti sebagai guru yang ideal. Guruideal yang dimaksudkan ialah mampan dan utuh akidahnya serta kepercayaannya kepada AllahSWT dalam semua aspek. Beliau mampu menonjolkan peribadi dan perlakuan yang diredhaioleh Allah SWT dalam setiap tindak-tanduknya . Malah guru yang ideal selalu bermohon pertolongan dan bimbingan daripada Allah SWT dalam menjalankan tugasannya sebagai pendidik anak bangsa.
4
Mohd Yusuf Ahmad,
Pengajian Islam
, 2005, Cetakan Kedua, Penerbit Universiti Malaya,Kuala Lumpur, muka surat 213
5
Syed Muhammad Naquib Al-Attas,
The Concept of Education in Islam: A Framework For An Islamic Philosophy of Education
, 1999, ISTAC, Kuala Lumpur, muka surat 39

Activity (53)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Dija Khadija liked this
Aiman Fahim added this note
cmne nk download ni?perkongsian ilmu ni bgus dh, tp sygnye xleh nk download...
Qier Irayie liked this
Mohd Zahid liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->