Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
14Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Analisis Politik Semasa

Analisis Politik Semasa

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 817 |Likes:

More info:

Published by: shafie bin abu bakar on Apr 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/07/2013

pdf

text

original

 
Analisis Politik Semasa:Politik Malaysia Ke Mana Arahnya ?
(Ucapan Dasar yang disampaikan dalam Forum di atas di PKNS pada 26 April 2009)
Pendahuluan
Membicara ke mana arahnya politik Malaysia memerlukan penelitian terhadap situasi politik semasa. Penelitian seharusnya melibatkan corak dan kecenderungan parti-parti politik semasa, pimpinan dan pihak-pihak berkaitan dengan politik, baik dari kalangan pemerintah atau lawannya. Darinya dapat ditelah ke mana arahnya. Situasi politik sekarang dapat dikatakan adalah `
Hangat dan Mencabar`.
 
Masalah Barah Rasuah
Dapat dikatakan hangat kerana banyak isu-isu besar dan semasa berlaku. Kedua-dua pihak sama ada kerajaan UMNO-BN dan Kerajaan Menunggu - Pakatan Rakyat (PR)sekurang-kurangnya menghadapi dua cabaran. Kedua-dua pihak seharusnya berusaha bagi mengatasi cabaran pertama dan berlomba-lomba bagi mengatasi cabaran kedua iaitu,menampilkan kewibawaan masing-masing bagi memenangi hati rakyatDilihat kepada cabaran pertama bagi pihak kerajaan, banyak pertanda menunjukkan politik pemerintah di dalam keadaan sakit akibat dari berbagai simpton.
Paling parah
oleh barah rasuah yang ketara berlaku. Isu ini terbawa kepada pemilihanMesyuarat Agung UMNO 2009 dan tahun-tahun sebelumnya. Bagi tahun 2009 adatokoh-tokoh yang ditolak pencalonan dan ada yang diberi amaran. Ada yang disabitkanrasuah, tapi masih kekal berkedudukan. Tiada persempadanan nilai yang jelas dankeadaan menjadi bercelaru dan keliru. Amalan barah rasuah ini bukan kali pertama, tetapitelah menjadi budaya politik UMNO-BN, tetapi tindakan kali ini lebih tegas, tetapi bercelaru. Bayangkan betapa selama ini Negara diterajui pemimpin-pemimpin barahrasuah. Falsafah mudah mereka `Politik Peluang Menghimpun Kekayaan danKedudukan`. Sebab itu raihlah berbagai kesempatan bagi mendapat kedudukan di dalam politik hatta melibatkan `Politik Wang`. Melalui politik juga terbuka peluang pulangankewangan. Peluang projek pembangunan Membela Rakyat adalah peluang mendapatmanfaat, sebahagian kecil peruntukan mengalir kepada rakyat, tapi yang lebih besar disunglap. Ada usaha sebelum Tun Abdullah Ahmad Badawi mengundur diri memerangirasuah, tetapi keberkesanannya dapat dipersoalkan. Selepas pengundurannya tiada peningkatan penekanan. Sakit barah rasuah ternyata tidak berkurangan sembuh. Dalamdiam-diam makin merebak dan mengancam.
Pencabulan Undang-UndangCabaran
yang merupakan
 
Penyakit kedua UMNO-BN berhubung dengan
PerundanganNegara
. Sebelum pilihanraya ke 12 pada Mac 2008, isu yang hangat digunakan PakatanRakyat (PR) ialah tentang kredebiliti perundangan Negara. Mungkin kes Lingam masihsegar di dalam ingatan. Kes yang membongkar pendustaan terang-terangan dari pihak 
 
lawyer membawa kepada bekas-bekas hakim Negara amat mengejutkan. Negara maludan dunia mentertawakan perundangan Negara.Adakah keyakinan pada kredebiliti perundangan dapat dikembalikan ? Tidak !
Kes pencabulan undang-undang dan keruntuhan Kerajaan Negeri Perak 
bukti jelasdapat diketengahkan. Kita gunakan
`keruntuhan
`. Kerana kerajaan sah dipilih rakyatdiruntuhkan secara rampasan (6 Februari 2009). Kuasa Speaker tidak dihormati (contoh penggantungan Menteri Besar dan 6 Exco lain dari menghadiri Sidang Dewan pada 18Feb. 2009), berlaku keruntuhan perundangan apabila pihak executive kerajaan mengarahdan menguasai secara tidak sah terhadap pihak legislative. Mutakhir mereka memanggilmesyuarat DUN pada 7 Mei 2009 tanpa melalui Speaker yang sah dan tanpa menunggukeputusan mahkamah tentang siapakah Menteri Besar yang sebenar dan sah di Perak..Walau apa pun penghujung bagi episode politik Perak ini, sama ada kuasa dikembalikankepada Nizar Menteri Besar Perak dan PR yang dianggap pihak berkuasa yang sah atau pihak UMNO-BN meneruskan kekuasaan dengan apa cara, sebenarnya pada hakikatnya pihak UMNO-BN sedang menggali kuburnya sendiri untuk dikebumikan pada pilihanraya ke 13 akan datang yang kesannya dijangka berlaku ke luar dari Perak. Merekamungkin dalam masa terhad mendapat untung sekarung secara haram, tetapi ruginya berterusan berguni-guni. 
Kes Fairuz dan Perundangan
Satu contoh permainan politik kotor. Dalam usaha BN untuk menjatuhkan kerajaanPakatan Rakyat seperti di Perak, kerja ini dilakukan juga seperti di Selangor, Kedah danPulau Pinang. Mutakhir di Pulau Pinang Mohammad Fairuz Khairuddin Timbalan KetuaMenteri Pulau Pinang dituduh terlibat dengan rasuah. Bagi menjaga nama baik parti danKerajaan PR Fairuz mengumumkan perletakan jawatan sebagai ADUN Penanti, selepasianya meletakkan jawatan dari Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, sebab itu pilihanraya kecil terpaksa diadakan. Datuk Seri Najib yang baru mengambil alih terajukepimpinan Negara sebagai Perdana Menteri, menyedari pihak UMNO-BN terperangkapdengan perangkap yang mereka pasang dan menyedari kemungkinan besar UMNO-BNtidak akan memenangi kerusi Penanti, Beliau telah membayangkan UMNO-BN tidak akan bertanding di Penanti atas alasan pembaziran. Satu kenyataan yang mengejutkan,kerana selama ini tidak pernah UMNO-BN sebagai pemerintah takut dan pengecutsedemikian rupa. Ketakutan ini timbul berikut dari kegagalan UMNO-BN memenangisebarang kerusi pilihanraya kecil di Semenanjung selepas pilihanraya ke 12 bermula dariPermatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Penanti bakalmenanti tambah memalukan UMNO-BN seterusnya. Tarikh penamaan calon pilihanrayakecil Penanti diumumkan pada 23 Mei dan tarikh pembuangan undi pada 30 Mei (setakatini UMNO masih belum membuat keputusan). Apa yang mau dibangkitkan di sinisebelum tarikh penamaan calon dan mengundi diumumkan, tiba-tiba 23 Aprildiumumkan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa Fairuz bersihdan tidak ada asas yang kukuh bagi pendakwaan rasuah terhadap beliau. Dengan pengumuman ini tidak ada pihak berhak melarang mereka yang berfikiran warasmembuat spekulasi. Apakah pihak berkuasa membuat arahan supaya dikaji kes Fairuzsehingga dibuat pengumuman sedemikian dengan harapan Fairus menarik balik  perletakan jawatan dan dengan ini dapat menyelamatkan maruah UMNO-BN dan
 
kepimpinan Datuk Seri Najib. Pertanyaan juga timbul tentang kebebasan SuruhanjayaPencegah Rasuah Malaysia (direformkan sejak April 21 2009) dan juga SPR di dalammenjalankan tugas. Walau bagaimana harapan UMNO-BN (Datuk Seri Najib) ini tidak  berlaku. Fairuz mempertahankan kredebiliti dan maruah dan tidak menjilat apa yangdiludah.Dia tetap meletakkan jawatan. Dia berhak mengambil tindakan undang-undangterhadap mereka yang memfitnah dan memalukannya. Tabik dan hormat pada Fairuz. Diamempertahankan maruah dirinya. Nampaknya jerat yang dipasang menjerati UMNO-BNdan tembelang terbungkar.
Masalah SosialCabaran yang merupakan Penyakit ketiga
kepada UMNO-BN yang tidak kurangkroniknya melanda Negara yang melibatkan orang politik membawa kepada orang awam,ialah penyakit sosial yang melibatkan jenayah dan moral. Kes penangkapan dan hukumanterhadap penjenayah dadah perkara biasa, mereka yang terlibat di dalam penyalahgunaandadah berterusan meningkat, pembunuhan, rogol, ragut dan rompak terus meningkat danmenjadikan rakyat di dalam ketakutan dan hidup tidak tenteram. Satu survey yangdilakukan menunjukkan 38% daripada yang merisaukan rakyat ialah penyakit sosialyang termasuk di bawahnya jenayah (The Star, 12 Feb 2008: 1).Inilah keadaan yang dihadapi rakyat di bawah pemerintahan UMNO-BN. Bagimemulihkan kepercayaan rakyat mereka perlu berusaha membersihkan diri merekaterutama dari segi rasuah, pencabulan perundangan dan masalah sosial dan moral yangmelibatkan pihak tertinggi membawalah kepada rakyat. Cabaran pembersihan ini tidak mudah dilaksanakan. Ianya memerlukan pendekatan yang komprehensif dan praktis.Jikaini tidak dapat diatasi, maka rakyat akan terus menolak UMNO-BN di dalam mana-mana pilihanraya akan datang.
Kerajaan Menanti Pakatan Rakyat (PR) –Cabaran Dalaman
Bagi PR mereka juga tidak kurang dari cabaran permasalahan yang dihadapi sama adayang bersifat dalaman dan luaran.Cabaran dari segi dalaman PR yang diwujudkan bagi menentang UMNO-BN dalam pilihanraya ke 12 dan di luar dugaan memenangi lima buah negeri. Pakatan yang terdiridari tiga parti yang berlainan ideologi – Islam , Keadilan dan Demokratik ini sehinggakini masih belum duduk dan membincangkan titik persamaan dasar dan landasan perjuangan. Mereka masih belum mampu mengenengahkannya kepada rakyat secara jelas. Sebaliknya ada pimpinan membuat kenyataan dan cabaran bercanggah yangmenggugat kekukuhan pakatan. Sokongan dan pemilihan yang dibuat oleh rakyat lebihkerana, tiadanya alternative lain dan adanya tawaran yang lebih baik dari PR berbandingdengan UMNO-BN. Jika tindakan memperkasakan pakatan dari segi ideologi danmatlamat perjuangan tidak diambil dan pihak yang memerintah negeri mengambil pendekatan bersendirian, akan membawa kepada ketidakselarasan dan kecelaruan yang boleh menggugat parti dan pemerintahan.Dari satu segi PR yang lebih merupakan ikatan luar dan bukan dalaman, maka kita dapatiikatan di dalam PR itu agak rapuh. Pendukungnya juga rapuh dari segi prinsip perjuangan

Activity (14)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Siti Nadiah liked this
rozziana liked this
asma_hani_2 liked this
firdaus_nawi_1 liked this
Nurul Roslin liked this
najwanhayati liked this
Memet Makmur liked this
adawiah_eq liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->