Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
231Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

Ratings:

4.0

(2)
|Views: 10,154 |Likes:
Published by obykpm

More info:

Published by: obykpm on Apr 30, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/29/2014

pdf

text

original

 
KESAN AMALAN GAYA KEPEMIMPINAN PENGETUA TERHADAPPERUBAHAN TINGKAH LAKU DALAM ORGANISASIAbstrak 
 Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan amalan gaya kepemimpinan pengetua yang dikomunikasikan kepada kakitangannya terhadap perubahan tingkah laku warga dalam sesebuah organisasi. Hasil tinjauandan analisa enam artikel mendapati bahawa enam gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua mampu memberi kesan terhadap perubahantingkahlaku dalam sesebuah organisasi. Gaya-gaya kepimpinan yang dibincangkan dalam kajian ini adalah gaya kepimpinan kolaboratif terbuka, autoritatif membina, situasi, transformasi, pengajaran, dan pemudah cara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua yang mengaplikasikan gaya kepimpinan yang berbeza mengikut situasi berbezamampu meningkatkan tahap motivasi dan kepuasan kerja guru. Gayakepimpinan juga membantu perubahan terhadap pemantapan pengurusan sekolah. Pengetua didapati berjaya mengatasi apa jua konflik yandihadapi dan mengadakan perancangan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran sekolah. Gaya kepimpinan juga didapati mempengaruhi pembentukan potensi diri dan inovasi. Akhir sekali, perubahan terhadap pengajaran dan pembelajaran juga dipengaruhi oleh gaya kepimpinan pengetua. Namun begitu, gaya kepemimpinan pengetua hanya memberikesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhikeberkesanan organisasi.
1
 
Pengenalan
Kepimpinan telah diterima sebagai faktor utama yang membezakan antaraorganisasi yang berkesan dengan organisasi yang tidak berkesan. Kepimpinan pengetuaadalah pengaruh yang paling penting dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk danmempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu.Ralph M. Stogdill (1981) berkata, kepimpinan ialah proses mempengaruhi secara tersusunkegiatan-kegiatan sesuatu kumpulan ke arah menentukan dan memenuhi matlamatorganisasi atau kumpulan itu.Pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuahorganisasi (Stodgill, 1974). Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arahkecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, bagi organisasi seperti sekolah, pengaruhkepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaansekolah di bawah pimpinannya. Pembentukan organisasi sekolah berkesan, sangat bergantung kepada kepimpinan pengetuanya.Pengetua sekolah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat sekolahkerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus di sesebuah sekolah.Pengetua merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah menengah, dilantik olehKementerian Pelajaran Malaysia, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah dan persekitarannya. (Jemaah Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan,1993).Pengetua sekolah di Malaysia bertanggungjwab dalam hal-hal yang berkaitandengan sekolah termasuklah (Hussien, 1993, p21):a.Berusaha bagi mencapai dasar pendidikan di peringkat sekolah b.Mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan pelajar,guru dan staf sokongan sekolah.c.Menyediakan khidmat bantu yang secukupnya bagi meningkatkan pengajarandan pembelajaran.d.Mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah.2
 
Selain itu, tugas pengetua seperti yang disediakan oleh Bahagian Sekolah meliputitujuh bidang utama iaitu:a.Pengurusan kegiatan kurikulm, kokurikulum dan hal ehwal pelajar. b.Pengurusan sekolah (pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan perjawatan)c.Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.d.Perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.e.Kemajuan sekolahf.Pengajarang.Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan.Peranan pengetua menjadi penting kerana tugas utamanya adalah memastikan“core business” sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai kejayaannya.Menyentuh tentang peranan ini, Greenfield (1995:75) merumuskan “ Oleh kerana sekolahmerupakan organsisasi yang bersifat normatif, kepimpinan merupakan alat yang palingefektif bagi mengurus dan menambah baik sekolah. Kepimpinan merupakan satu bentuk yang istimewa bagi mengajak orang lain, secara sukarela menukar tabiat mereka sepertitindakan, sikap dan andaian-andaian”.Gaya kepimpinan dapat didefinisikan sebagai:“….. satu struktur kemahuan yang terselindung dalam diri pemimpin danmempengaruhi gelagatnya dalam berbagai-bagai suasana kepimpinan. Jadi, stailkepimpinan merujuk kepada keseragaman matlamat dan kemahuan pemimpindalam suasana berlainan.” ( Fiedler dalam Razali Mat Zin, 1996)Gaya kepemimpinan seorang pengetua juga merupakan faktor penting dalamkeberkesanan sesebuah kumpulan atau organisasi (Ezhar Tamam, 1999 dalam Shukri,2004). Gaya kepemimpinan seorang pengetua boleh membawa kepada pencapaian hasilutama organisasi. Gaya tersebut juga mampu mempengaruhi perubahan besar dalamorganisasi serta membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai misi, matlamat dan strategiorganisasi (Chan, 2004).3

Activity (231)

You've already reviewed this. Edit your review.
selviasok liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
PURNAMA MERINDU liked this
Indra Maniam liked this
Indra Maniam liked this
Sity Elyane liked this
Indra Maniam liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->