kepada Barisan Nasional untuk mengambil alih pucuk kepimpinan negeri. Keputusan tersebut jelas mengecewakan banyak pihak dan tindakan Datuk Seri NIzar yang enggan melepaskan jawatannya serta terus mempertahankan kerajaan yang dipilih rakyat telah mengakibatkanPakatan Rakyat dituduh sebagai penderhaka dan ia diperburukkan lagi dengan insiden kekecohanyang tercetus semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry diKuala Kangsar. Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak telahdimanipulasi oleh UMNO untuk mengalih pandangan rakyat terhadap taktik kotornya dan iaternyata berjaya menyemarakkan sentimen rakyat terhadap kedudukan dan intitusi beraja diMalaysia. Ia jelas menampakkan belang UMNO yang terus memainkan isu perkauman dan turutmengheret institusi beraja dalam kancah politik bagi mengabsahkan kedudukannya dalam arena politik Malaysia. Di mana kecundangnya komponen-komponen parti kaum yang lain sepertiMCA, Gerakan, PPP dan MIC merupakan satu petunjuk yang jelas dari rakyat yang mulaimenolak politik perkauman yang sempit serta tidak menyumbang ke arah pembentukan negara bangsa.Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah mencurahkan ‘minyak ke api’ apabila beberapasiri demonstrasi jalanan dilancarkan di seluruh negara dan lebih daripada seratus laporan polistelah dibuat terhadapnya. Reaksi yang begitu hebat daripada orang ramai khususnya orangMelayu terhadap kenyataan Karpal Singh dikaitkan dengan motif politik Barisan Nasional yang bertindak memperjudikan institusi beraja apabila ‘senjatanya’ politik perkauman dianggap basi.Justeru itu, ia melakukan penjenamaan semula agenda politiknya dengan memasukkan unsur-unsur tambahan dengan mengutarakan isu kontrak sosial, kedudukan orang Melayu, kedaulatanRaja Melayu serta status agama Islam. Motif politik UMNO begitu ketara apabila sekumpulan pemuda UMNO yang dipimpin bekas Menteri besar Selangor, Datuk Seri Muhamamad Khir Toyo bertindak mengadakan satu demontrasi di Pulau Pinang dan cuba menghampiri rumah pemimpin DAP tersebut. Ia kemudian disusuli dengan ugutan bunuh terhadapnya dankeselamatan Pengerusi DAP turut tergugat apabila sekumpulan penyokong UMNO Selangor telah bertindak menceroboh bangunan Parlimen bagi mendesaknya memohon maaf atas tuduhanterhadap parti tersebut. Ia kemudiannya disusuli dengan dakwaan terhadapnya di mahkamah ataskesalahan di bawah Akta Hasutan.
2