membezakan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalampengurusan bilik darjah itu sendiri.menurut kedua-dua pakar ini, merekaberpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakanproses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap guru itu bertindakuntuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalampengajaran dan pembelajaran.
JENIS-JENIS BILIK DARJAH
Sejajar dengan perkembangan sistem,terdapat beberapa jenis bilik darjahpada masa kini dan diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya.Antara jenis bilik darjah yang telah dikenal pasti ialah bilik darjah tradisi,bilikdarjah KBSR dan KBSM,bilik darjah mata pelajaran khas dan bilik darjahterbuka.
Bilik darjah tradisi
Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidikmurid di bawah kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR danKBSM diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagisekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh gurumenggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanyapelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Gurulazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaranmenggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guruserta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan danpendengaran ditempatkan di hadapan3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebihberpusat pada guru.4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama didalam bilik darjah.5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan