Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Penjajahan Bahasa

Penjajahan Bahasa

Ratings: (0)|Views: 113|Likes:
Artikel tentang penjajahan bahasa dengan fokus terhadap India & Filipina
Artikel tentang penjajahan bahasa dengan fokus terhadap India & Filipina

More info:

Published by: Muhammad Firdaus Ariff on Apr 30, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/14/2009

pdf

text

original

 
Penjajahan Bahasa
Sekali imbas, penguasaan Bahasa Inggeris kelihatan seperti membawa peluang ekonomiyang lebih baik. India menjadi juara
outsource
atau subkontrak melibatkan operasi pusat perkhidmatan pelanggan dan pengaturcaraan. Formulanya ialah penguasaan BahasaInggeris yang baik. Begitu juga warga Filipina yang menjadi pembantu rumah, jururawatdan pelayan di seluruh dunia yang tidak diragui kemampuan bahasa Inggeris yang baik.Kedua-dua India dan Filipina menggunakan Bahasa Inggeris dalam pendidikan primer mereka. Faktor inilah yang menarik minat firma antarabangsa untuk menggunakankhidmat mereka iaitu sumber pekerja berbahasa Inggeris yang berkemahiran tinggi padaharga yang murah.Kedudukan India sebagai pilihan firma antarabangsa untuk operasi pusat perkhidmatan pelanggan dan pengaturcaraan membuka peluang ekonomi yang lebih baik kepada 1.6 juta generasi baru India.Dahulunya mereka hanya berpeluang menjadi jurujual dengan purata gaji sebanyak US$1800 setahun, tetapi bekerja di firma
 
subkontrak  membolehkan mereka mencapaigaji permulaan antara US$3600 hingga US$6000 iaitu sekitar  RM12,509 ke RM20,489.  Dengan gaji sebegitu banyak, mereka bukan sahaja menjadi lebih kaya daripada ibu bapamereka tetapi ini membuka pintu kepada mereka bagi menyertai golongan kelasmenengah India yang rata-rata mempunyai pendapatan sekitar US$5000 (RM17,374)setahun.Kini Filipina juga mengikut jejak langkah India sebagai destinasi pilihan firma-firmaantarabangsa, khususnya Amerika Syarikat. Industri Subkontrak di negara Filipinamencatatkan perkembangan sebanyak 90 peratus pada tahun 2006 dan menyumbangUS$1.7 bilion atau RM5.9 bilion kepada ekonomi Filipina.Faktor teras yang menjadikan Filipina pilihan syarikat-syarikat antarabangsa ialah pendedahan meluas mereka kepada budaya Barat. Mereka dianggap lebih serasi melayankerenah pelanggan dari Amerika Syarikat.Pada Oktober 2006,
 Philippine Overseas Employment Administration
menetapkan gaji pembantu rumah warga Filipina yang bekerja di luar negara dinaikkan daripada US$200(RM686) kepada US$400 (RM1,372). Untuk perbandingan, atendan penerbangan diFilipina menerima gaji US$200 manakala jurutera pula mendapat bayaran US$400setahun.Menurut rekod data Bank Dunia, imigran Filipina menyumbang US$17 bilion setahun ketanah air mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan sumbangan mereka itulah yangmenyokong ekonomi Filipina yang tenat kerana jumlah itu melebihi jumlah pelaburanterus asing dalam negara.
 
Tetapi, adakah perkembangan pesat dari segi material sebegini dapat memberi pertumbuhan yang sihat kepada warga India dan Filipina?Kerjaya sebagai pegawai khidmat pelanggan memerlukan mereka berkerja lewat malammelayan para pelanggan di Amerika Syarikat dan Eropah. Bukan itu sahaja, rata-rata pelanggan mereka bersikap tidak sabar dan mengherdik mereka.Kaji selidik meliputi 1,749 pekerja di 19 syarikat subkontrak dijalankan oleh firmakonsultan teknologi
 International Data Corp
dan majalah
 Dataquest 
mendedahkan satusisi yang mengejutkan melibatkan tenaga kerja asing murah yang mahir berbahasaInggeris.Sejumlah 32 peratus responden mengadu mengalami kesukaran untuk tidur. Sukudaripada mereka mengalami masalah penghadaman manakala satu per lima menghadapimasalah penglihatan.Masalah tidur dan penghadaman mungkin dianggap kecil. Bagi Dr. Ravi Kasliwal, pakar kardiologi Hospital Indraprastha Apollo di New Delhi melihatnya sebagai petanda buruk.Menurut Ravi, masalah tersebut adalah simptom kepada penyakit jantung. Ditambah puladengan faktor makanan tradisi India yang berlemak tinggi dan faktor genetik yangmembawa risiko diabetis yang lebih tinggi. Kehilangan produktiviti dijangka membawakerugian sebanyak US$9 bilion kepada India.Bagi generasi muda Filipina yang ditinggalkan ibu bapa yang bekerja di luar negara, duityang dihantar pulang tidak begitu bermakna kerana masalah sosial yang melanda mereka.Tanpa pengawasan ibu bapa, mereka terdedah kepada penyalahgunaan dadah, seksrambang dan gagal dalam persekolahan. Kajian Asia-Pacific Policy Center di Manilamendedahkan remaja Filipina dalam lingkungan 13-16 tahun adalah kumpulan yang paling teruk terjejas.Organisasi untuk Pekerja Migran dan Keluarga di Quezon City adalah antara organisasiyang prihatin dengan keadaan keadaan meruncing ini. Nimfa Melegrito yang mengetuaiorganisasi ini telah mengalami kesan kerjaya sebagai pekerja imigran terhadap perkembangan keluarganya. Tiada seorang pun anaknya berjaya menamatkan pengajiandi kolej seperti yang diharapkannya walaupun dia dapat menghantar wang setiap bulan.Di India krisis kewangan dunia sudah mula menggugah industri subkontrak mereka. Para pekerja tempatan berkemahiran dalam bahasa Inggeris mendukung perjalanan firmaantarabangsa dalam aspek pengurusan pejabat. Realitinya para pekerja ini tidak berupaya bertahan tanpa kewujudan firma-firma subkontrak. Jika firma-firma antarabangsa tidak lagi mampu menggunakan khidmat mereka, berlaku pengangguran wargakerja industriini secara besar-besaran.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->