You are on page 1of 16

PENDUDUK PERIBUMI v.

EKRIM HYDRO ENGINEERING SDN BHD dan PENGARAH ALAM SEKITAR MAHKAMAH RAYUAN, PUTRAJAYA

PENGHAKIMAN Summer Yap Pei Ying J; [1] Ini ialah rayuan penduduk peribumi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak yang menolak aplikasi penduduk peribumi atas dasar: [a] undang-undang yang relevan di sini ialah undang-undang negeri dan bukannya undang-undang persekutuan, oleh itu, tiada sebarang penyalahgunaan undang-undang berlaku, dan [b] plantif tiada locus standi di dalam kes ini kerana mereka (penduduk peribumi) gagal menunjukan bahawa mereka telah mengalami kerugian atau kecederaan istimewa jika kerajaan membina empangan tersebut. LATAR BELAKANG KES [2] Syarikat Ekrim Hydro Engineering Sdn.Bhd telah dianugerahi dengan suatu projek besar di dalam negeri (Sarawak) untuk membina sebuah empangan kedua terbesar di Asia Timur Selatan. Projek ini akan dijalankan di salah satu kawasan hutan dimana kawasan itu dihuni oleh beratus orang asli berdekatan kawasan itu. [3] ordinan negeri tidak mempunyai had atas pembinaan empangan. [4] tidak seperti undang-undang yang terkandung dalam Akta Alam Sekitar persekutuan ( Federal Environmental Act) yang mengkehendaki suatu laporan salinan iaitu Penilaian Kesan bagi Alam Sekitar (PKAS) diumumkan kepada sesiapa yang akan dipengaruhi oleh aktiviti

tersebut. Kumpulan orang ini mempunyai hak untuk membuat sebarang representasi kepada kerajaan jika mempunyai sebarang masalah di pihak mereka. [5] Ekrim telah meneruskan projek sejurus selepas medapat kelulusan daripada autoriti yang releven, termasuk Pejabat Tanah dan Kementerian Alam Sekitar. Laporan PKAS diperolehi tetapi tidak diumumkan kepada penduduk peribumi. [6] penduduk peribumi telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengeluarkan injuksi atas Ekrim Hydro Engineering Sdn Bhd dan Pengarah Alam Sekitar atas dasar: [a] kelulusan yang diberi oleh pihak berkuasa negeri kepada syarikat tersebut adalah batal kerana tidak selaras dengan undang-undang persekutuan megenai aktiviti tersebut, dan [b] hak penduduk peribumi untuk meneliti atau memeriksa laporan PKAS diabaikan.

HUJAH-HUJAH YANG DIKEMUKAN OLEH PEGUAM ISU PERTAMA DARI PEGUAM PIHAK PERAYU [7] peguam pihak perayu pula menghujahkan, bawah isu yang sama, Negara Malaysia ialah anggota dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa, dan telah menandatangani pelbagai perjanjian berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, negara Malaysia adalah terikat untuk mematuhi dan melaksanakan perjanjian, triti dan konvensyen seperti mana yang telah dipersetujui.

[8] Negara Malaysia telah menyertai dan melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa, di mana telah menandatangani pelbagai perjanjian, triti dan konvensyen berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar seperti Perjanjian Stockholm 1972, Deklarasi Rio 1992, dan Konvensyen Bio Diversiti 1992. Konvensyen Bio Diversiti misalnya, meliputi

keseluruhan ekosistem dan bersifat mengikat, di mana negara anggota adalah terikat untuk mengimplementasikan kandungan konvensyen tersebut.

[9] memberi contoh kes negara commonwealth, Shehla Zia v WPDA, Mahkamah Agung Pakistan yang telah memutuskan bahawa deklarasi Rio bertindak sebagai kuasa pengikat yang utuh. [10] Perkara 76(1)(a) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Parlimen boleh membuat undangundang mengenai perkara yang disebut dalam senarai Negeri bagi melaksanakan sebarang triti, perjanjian atau konvensyen, dan sebarang keputusan pertubuhan antarabangsa yang dianggotai Persekutuan. Peguam menegaskan, Malaysia telah menandatangani perjanjian dan konvensyen antarabangsa, maka, undang-undang Persekutuan harus diguna pakai. jika pembinaan tersebut dilaksanakan, jelas telah mencabuli persetujuan yang telah dicapai dalam perjanjian dan konvensyen [11] peguam menegaskan pula Perkara 76(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Perkara 76(1)(a) adalah tidak tepakai hanya jika ia melibatkan perkara-perkara berhubung undang-undang dan adat istiadat bumiputera Sarawak. Oleh yang demikian, penggunaan Perkara 76(2) adalah tidak relevan, maka, Perkara 76(1)(a) adalah terpakai. [12] ] peguam menyatakan Perlembagaan Australia adalah serupa dengan perlembagaan Malaysia dari segi pengagihan bidang kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan. Perlembagaan harus diinterpretasikan secara meluas dan umum dalam termanya. Memberi contoh kes Commonwealth v Tasmania, Makhamah Tinggi Australia merujuk kepada

konvensyen antarabangsa, laporan PBB, dan perjanjian yang melibatkan penyertaan Australia dalam usaha pengekalan alam sekitar. Murphy J memutuskan bahawa ancaman seperti pemusnahan hutan, dan kepupusan spesies flora dan fauna menunjukkan bahawa pengekalan budaya dan alam semulajadi bergantung kepada kerjasama antarabangsa. Hal ini terletak di bawah bidang kuasa hal ehwal luar Australia. Mahkamah Tinggi telah mengesahkan keesahan dan pengaplikasian undang-undang Persekutuan, dan bukannya undang-undang Negeri. Murphy J turut menghujahkan bahawa hal ehwal luar juga mampu bertindak sebagai hal ehwal dalam negeri, seperti dalam perkara berhubung pemeliharaan dan pengekalan spesies terancam. [13 Kepentingan empangan tersebut kepada masyarakat adalah tidak relevan, memandangkan impak yang timbul daripada pembinaannya jelas menjejaskan kualiti alam sekitar. Contoh kes

yang dikemukan ialah kes Vellore Citizens Welfare Forum v Union of India di mana mahkhamah memutuskan bahawa pembangunan dan ekologi harus bertindak seiringan.

[14] peguam menghujakan Seksyen 1(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan bahawa penggunaan akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia. Tiada pengecualian kepada mana-mana negeri dicatatkan. Oleh yang demikian, boleh dikatakan sememangnya penggubal berniat untuk menyertakan negeri Sarawak dalam pemakaian Akta ini. [15] Ordinan negeri Sarawak yang memperuntukkan bahawa laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) tidak perlu diumumkan kepada masyarakat umum adalah bercanggah dengan peruntukan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling yang memerlukan laporan tersebut diumumkan, dan membenarkan penduduk yang terjejas untuk membuat representasi. Merujuk kepada Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Negeri yang berlawanan dengan undang-undang Persekutuan adalah terbatal setakat mana yang ianya berlawanan, dan undangundang Persekutuan hendaklah dipakai. Justeru, nyata di sini bahawa sememangnya undangundang Persekutuan adalah terpakai dalam menentukan pembinaan empangan ini, dan bukannya undang-undang Negeri.

ISU PERTAMA DARI PEGUAM PIHAK RESPONDAN [16] peguam pihak respondan menghujahkan bahawa undang-undang Negeri yang harus digunakan atas dasar kerajaan negeri mempunyai kuasa eksekutif untuk mengawal kegunaan dalam apa cara yang difikirkannya wajar melalui perundangan.

[17] peguam menjelaskan bahawa seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekitar(AKAS) sememangnya terpakai bagi seluruh Malaysia, tetapi ia tidak dilanjutkan pada projek pembinaan empangan di negeri Sarawak kerana ia tertakluk di bawah bidangkuasa Negeri Sarawak,yang mana Parlimen tidak mempunyai kuasa perundangan terhadapnya. Tanah termaktub dibawah bidangkuasa kerajaan negeri dan ini dapat dirumuskan dalam Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan,dibaca bersama-sama dengan Jadual ke-9.

[18] peguam respondan Undang-Undang Persekutuan (AKAS) tidak tergunapakai dalam kes ini.Hanya Ordinan Negeri yang merupakan undang-undang negeri digunapakai dalam kes ini. Oleh kerana empangan ini dibina di Negeri Sarawak,haruslah diikut undang-undang yang terpakai dibawah negeri ini.Sarawak,pada hakikatnya mempunyai undang-undang alam sekitar sendiri dalam Ordinan Sumber Asli 1949. Ordinan Sumber Asli 1949 Sarawak merupakan Ordinan yang sesuai terpakai di Sarawak dan bukan undang-undangPersekutuan(AKAS).

[19]Setiap senarai perundangan mestilah diberi makna luas yang mana skopnya tidak dikurangkan penjimatannya sehingga kepada tahap keperluan ,untuk memberi kepada kuasa perundangan. Oleh kerana dalam kes ini timbul pertikaian penggunaan undang-undang manakah yang harus digunapakai, maksud persekitaran harus dititikberatkan.Pengintepretasian

perlembagaan persekutuan perlu dititikberatkan berhubung dengan penggunaan AKAS di Sarawak.

ISU KEDUA DARI PEGUAM PIHAK PERAYU [20] peguam pihak perayu pula, menghujahkan, bawah isu yang kedua, bahawa pihak perayu ada locus standi dalam perkara ini. perayu telah mengalami banyak kemusnahan dan kesan yang negatif daripada tindakan pihak responden. hutan merupakan sumber mata pencarian kepada mereka. Projek pembinaan hidroelektrik ini akan membinasakan hutan. Habitat semulajadi hidupan liar akan musnah. Sumber makanan dan perlindungan hidupan liar juga akan hilang. rumah dan tanah pihak perayu juga akan dibinasa akibat projek ini. Tanah yang diduduki kaum peribumi tersebut merupakan warisan yang telah diduduki oleh generasi mereka terdahulu. Mereka telah lama menjalani kehidupan dan cara hidup mereka sendiri di sana. [21] Tanah dan hutan bukan sahaja merupakan sumber mata pencarian tetapi adalah kehidupan itu sendiri yang merupakan asas kewujudan sosial, kebudayaan dan keagamaan mereka sebagai penduduk asal. Kemusnahan hutan menyebabkan kehidupan suku kaum perayu terjejas. Hal ini kerana hutan memainkan peranan yang penting sebagai sumber mata pencarian dan juga keperluan asas hidup seperti air dan makanan terhadap suku kaum perayu. suku kaum pihak perayu tidak dapat menikmati dan menjalani kehidupan seperti yang sebelumnya. Hal ini

menunjukkan bahawa walaupun tiada sebarang kecedaraan fizikal, tetapi terdapat unsur peminggiran dari aspek kehidupan mereka. [22] peguam merujuk kepada kes Kajing Tubek & Ors v Ekran Bhd & Ors dimana di dalam kes itu hanya tiga orang penduduk peribumi yang membawa kes itu ke mahkamah sedangkan mereka yang akan mengalami kesan akibat daripada pembangunan projek empangan hidroelektrik di Bakun adalah beribu orang. Disebabkan itu, kes yang dibawa oleh tiga orang penduduk peribumi itu kalah di Mahkamah Rayuan. Walaubagaimanapun, hal ini adalah berlainan dengan kes pada hari ini dimana perkataan natives adalah merujuk kepada semua penduduk peribumi yang akan terjejas akibat projek pembinaan empangan dan bukan hanya melibatkan segelintir penduduk peribumi sahaja. Disebabkan semua penduduk peribumi terjejas dalam hal ini, maka pihak perayu mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini ke mahkamah. [23] juga menambah, di Filipina, salah sebuah negara Komanwel, Mahkamah Agung dalam kes Oposa, mengesahkan hak sekumpulan kanak-kanak Filipino untuk membawa tindakan bagi pihak diri mereka dan pihak generasi yang akan datang, tentang suatu operasi yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Aduan tersebut adalah berasaskan hak untuk mendapatkan ekologi yang seimbang dan sihat.

ISU KEDUA DARI PEGUAM PIHAK RESPONDAN [24] dalam isu kedua, berkaitan dengan locus standi kaum peribumi Sarawak, peguam pihak respondan menegaskan bahawa Perayu tiada locus standi untuk membawa tindakan ini ke mahkamah atas hujah bahawa Seksyen 34A(8) merupakan kes kesalahan jenayah dan kuasa sebenar untuk membawa tindakan ini ialah Peguam Negara. oleh itu, perayu tiada kausa tindakan. Seksyen 34(A)(8), Akta Kualiti Sekeliling 1974, jika ada sesiapa yang meneruskan projek tanpa persetujuan Direktor Jeneral adalah bersalah. Jika kesalahan itu tertakluk di bawah kesalahan jenayah, di mana adanya penalti dan bukan gantirugi, tiada individu yang berhak mengambil tindakan.

[25] memberi contoh kes Kerajaan Malaysia v Lim Kit Siang bawah penghakiman Hakim Abdul Hamid CJ (Malaya). Beliau menegaskan bahawa jika statut menimbulkan kesalahan jenayah,

dimana ia mengandungi penalti dan bukan gantirugi- kenyataan umum ialah tiada individu yang berhak membawa tindakan ini ke mahkamah, melalui injunksi,deklarasi atau pampasan. Beliau juga berpendapat bahawa kuasa untuk membawa tindakan ini ke mahkamah harus diberi kepada Peguam Negara, melalui pertimbangan Peguam negara atau permintaan individu dimana faedahnya berkaitan dengan hal tersebut. Perayu-perayu tidak berhak untuk membawa tindakan ini ke mahkamah. peguam menyatakan perayu gagal membuktikan mereka mengalami apa-apa kecederaan atau kerugian yang istimewa,khusus,terus dan penting akibat daripada projek ini.

[26] Menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Dalam kes ini, nyawa tersebut telah dilucut menurut undang-undang yang sah dan bertulis, iaitu mengikut Ordinan Sumber Asli 1949 Sarawak. Hak kebebasan perayu-perayu sebenarnya di lucut di bawah undang-undang yang bertulis dan sah. Maka, projek pembangunan hidroelektrik adalah berperlembagaan di bawah peruntukan Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan. [27] peguam respondan mengemukakan kes Karpal Singh V Sultan Selangor[1988] 1 MLJ 64, hakim Abdul Hamid CJ (Malaya). Dalam Mahkamah Rayuan, peguam telah mengemukakan beberapa soalan; Peguam pihak respondan; [i] sama ada undang-undang releven yang boleh digunapakai dalam kes ini adalah undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri.

[ii] sama ada penggunaan AKAS terpakai dalam kes ini.

[iii] Samaada perayu mempunyai locus standi untuk membawa kes ini ke mahkamah.

Peguam pihak perayu;

[iv] Sama ada telah berlaku perlanggaran dari aspek pengaplikasian undangundang apabila undang-undang yang diguna pakai adalah undang-undang Negeri, dan bukannya undang-undang Persekutuan.

[v]Sama ada penduduk Peribumi memiliki locus standi untuk membawa kes ini untuk dibicarakan di mahkamah.

Saya, Hakim Yap Pei Ying, setelah meneliti hujah-hujah yang dikemukakan kedua-dua belah pihak peguam, membuat penghakiman yang teliti yakni secara satu persatu keatas setiap hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak peguam. Pihak-pihak yang dimaksudkan ialah perayu (sekumpulan penduduk peribumi di Negeri Sarawak) dan responden pertama( Ekrim Hydro Engineering Sdn Bhd) serta respondan kedua(Pengarah Alam Sekitar).

Menjawab soalan [i] dan [iv],

[28] dalam menjawab soalan ini, pada pandangan saya, sememangnya undang-undang Negara adalah tertinggi dan berdaulat, ia harus diikuti dan dipatuhi, termasuk dalam kes sebegini. hakikatnya, dalam kes sebegini, menurut jadual kesembilan, senarai 2, senarai negeri, butir 2(a),yang menyatakan bahawa, tanah, kesemua dibawah adalah terletak dibawah kuasa negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya;

[a] pemegangan tanah,perhubungan antara tuan tanah dengan penyewa, pendaftaran hak milik dan surat ikatan mengenai tanah, penerokaan, kemajuan tanah dan memelihara tanah, sekatan sewa.

[29] dalam jadual kesembilan, sememangnya jelas menyatakan bahawa butir yang tersenarai dibawah senarai negeri adalah dibawah penguasaan kerajaan negeri itu sendiri. Maka itu, Kerajaan Negeri Sarawak sememangnya mempunyai hak keatas penggunaan tanah tersebut tanpa

merujuk kepada Kerajaan Persekutuan. Pembinaan empangan di Negeri Sarawak sememangnya tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak.

[30] mengikut pandangan saya, memandangkan pembinaan empangan kedua terbesar di Negara Malaysia, adalah penting dari segi pembangunan ekonomi mahupun pembangunan sosial Malaysia. Oleh itu, perancangan pembinaan empangan tersebut haruslah dibuat secara teliti dan sistematik. Walaupun syarikat Ekrim Hydro Engineering sdn bhd telah mendapatkan kelulusan yang releven dari pihak autoriti termasuk Pejabat Tanah dan Kementerian Alam Sekitar, namun itu, kelulusan itu diberikan oleh Kerajaan Persekutuan sahaja.

[31] undang-undang persekutuan itu yang mulia dan berdaulat sememangnya telah menggariskan bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam Jadual Kesembilan. Tidak dapat lagi dinafikan bahawa pembinaan empangan di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Negeri Sarawak. Oleh itu, kelulusan yang diperoleh oleh responden pertama adalah tidak sah secara keseluruhan atas dasar tiada persetujuan Kerajaan Sarawak.

[32] tambahan pula, dalam jadual kesembilan, senarai 3A, butir 13, yang memperuntukan tambahan kepada Senarai Bersama Bagi Negeri Sarawak atas;

[a] pengeluaran, pembahagian dan bekalan kuasa air dan letrik yang dijanakuasa oleh air.

[33] dalam senarai ini, lagilah jelas menunjukkan bahawa pembinaan empangan itu sendiri sememangnya terletak dibawah kuasa Kerajaan negeri, dan bukannya kerajaan pusat. Hasil yang diperoleh dari empangan tersebut, iaitu dalam bentuk tenaga elektrik yang dijana oleh empangan tersebut adalah terletak dibawah penguasaan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menguruskannya. Adalah munasabah jika sesuatu undang-undang Negara yang memberi kuasa kepada sesuatu negeri untuk menguruskan suatu penjana elektrik secara bebas, mengaut keuntungan daripada pembinaan tersebut tanpa berkongsi dengan Kerajaan Persekutuan, maka, pembinaan penjana itu haruslah diuruskan oleh Kerajaan Negeri tersebut, yang juga membawa maksud, segala peraturan dan undang-undang itu sememangnya dalam kawalan Kerajaan Negeri itu sendiri.

[34] dengan merujuk kepada keputusan mahkamah Rayuan dalam kes Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar & anor v. Kajing Tubek & ors and other, yang memutuskan bahawa ordinan negeri haruslah digunakan dalam hal berkaitan penggunaan tanah di Negeri Sarawak. Di sini, saya bersetuju dengan keputusan mahkamah tersebut, dan saya akan merujuk kepada keputusan mahkamah tersebut dalam memutuskan kes ini.

[35] mengenai perjanjian alam sekitar yang digariskan oleh peguam pihak perayu, dan saya setuju bahawa Negara Malaysia sememangnya telah berkompromi dengan Negara antarabangsa supaya memelihara alam sekitar, namun itu, pembangunan Negara juga harus diteruskan. Yang penting, Negara itu sendiri harus menilai tahap kepentingan dan membandingkannya antara kepentingan alam sekitar dan pembangunan Negara.

[36] pada pandangan saya, pembinaan empangan hidroelektrik ini sememangnya membawa kebaikan dan keburukan kepada Negara dan penduduk tempatan. Yakni, kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan pembagunan ini, ini juga bermakna kerajaan telahpun menilai semua aspek yang terlibat. Pembinaan empangan ini sememangnya akan menghapuskan sebuah hutan, tetapi pada masa yang sama, ia dapat membekalkan sumber elektrik kepada beberapa juta penduduk di Malaysia malah mampu untuk menyalurkan tenaga elektrik kepada Negara-negara jiran.

[37] perjanjian antarabangsa antara Negara Malaysia dengan Negara lain sememangnya tiada kaitan dengan pembinaan empangan di negeri Sarawak kerana ia hanya mempengaruhi sekumpulan penduduk di negeri Sarawak sahaja dan bukannya penduduk di Negara Asing. Selain itu, pihak perayu juga menyenaraikan beberapa kes-kes antarabangsa untuk menyokong hujah mereka. Penyenaraian kes-kes ini menarik perhatian saya untuk memasukkan kenyataan per curiam oleh Hakim Gopal Sri Ram HMR dalam kes Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar & Anor v Kajing Tubek & Ors and Other Appeals [1997] 3 MLJ 23 dimana beliau menyatakan;

Apabila mahkhamah kita perlu menentukan sama ada untuk memohon deklarasi dalam undangundang awam dalam sesuatu kes tertentu, mereka mestilah berwaspada dalam memakai keputusan mahkhamah negara lain kerana alasan untuk memberikan atau menolak kebenaran dalam bidang kuasa lain itu boleh bergantung kepada keperluan ekonomi, politik, budaya dan latar belakang masyarakat individu dalam mana mahkhamah itu berfungsi.

Kenyataan Hakim Gopal Sri Ram HMR telah jelas menunjukkan ketidakrelevanan kes-kes antarabangsa dibangkitkan atau dijadikan penguat hujahan dalam isu seperti yang ditimbulkan dalam mahkhamah ini.

Menjawab soalan [ii],

[38] sama ada penggunaan AKAS (EQA, Environment Quality Act, Akta kualiti Alam Sekitar 1974) dalam kes ini adalah sah atau tidak, di sini, saya ingin kaitkan dengan Perintah Kualiti Alam Sekitar (aktiviti yang telah ditetapkan)(penilaian kesan kepada alam sekitar) 1987 [ perintah 1987].

[39] AKAS, sememangnya telah mengisytiharkan bahawa ia terpakai di seluruh Negara Malaysia mengikut seksyen 1 (1) AKAS,

[a] seksyen 1 (1) EQA, Akta ini dikenali sebagai Environment Quality Act 1974, (Akta Kualiti Alam Sekitar), dan harus digunapakai di seluruh Negara Malaysia.

[40] selain itu, di bawah AKAS, seksyen 34A harus dibaca sekali dengan Perintah Kualiti Alam Sekitar (aktiviti yang ditetapkan)(penilaian kesan kepada alam sekitar) 1987

[a] seksyen 34A AKAS,

(1) Menteri, selepas berbincang dengan counsel, aktiviti yang mempunyai signifikasi kesan terhadap alam sekitar ialah aktiviti yang ditetapkan.

[b] Perintah Kualiti Alam Sekitar (aktiviti yang ditetapkan)(penilaian kesan kepada alam sekitar) 1987 telah menyenaraikan 19 jenis aktiviti yang ditetapkan dan salah satu ialah,

Butir 13 perenggan (b)-

(b) empangan dan penjanaan kuasa hidroelektrik merujuk kepada salah satu atau kedua-duanya sekali. (i) empangan melebihi 15 meter tinggi dan kawasan merangkumi 40 hektar (ii) reservoir dengan permukaan melebihi 400 hektar

[41] berpegang kepada kedua-dua akta dan perintah ini, sememangnya AKAS adalah terpakai dalam projek ini. Pembinaan empangan di seluruh Malaysia, termasuk negeri Sarawak haruslah tertakluk dibawah AKAS dan Perintah Kualiti Alam Sekitar.

[42] namun itu, kita haruslah ingat bahawa Perintah Kualiti Alam Sekitar telahpun dipinda pada tahun 1995, menjadi, Perintah Kualiti Alam Sekitar (aktiviti yang ditetapkan)(penilaian kesan kepada alam sekitar) pindaan 1995. Dalam pindaan ini, seksyen 2 menyatakan,

(2) kualiti alam sekitar (aktiviti yang ditetapkan) (penilaian kesan alam sekitar) Perintah 1987 telah dipinda sengan memasukkan, selepas perenggan (2), perenggan berikutnya; (3) berhubung dengan negeri Sarawak, perintah ini tidak terpakai dimana aktiviti yang ditetapkan bawah jadual pertama Sumber dan Alam Sekitar kebangsaan (aktiviti yang ditetapkan) perintah 1994 bawah bahagian 11 rezab kerajaan Sarawak bertarikh 11 ogos 1994, yang menyatakan jika adanya ketidak konsisten

antara dua perintah ini( perintah 1987 dan perintah pindaan 1995), perintah pindaan 1995 haruslah digunapakai.

[43] maka itu, adalah jelas menunjukkan, pindaan 1995 sememangnya telah mengeluarkan Negeri Sarawak daripada tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekitar (aktiviti yang ditetapkan)(penilaian kesan kepada alam sekitar) 1987. Ini juga bermakna, pembinaan empangan di negeri Sarawak yang sebelum ini tertakluk di bawah kerajaan persekutuan bawah AKAS dan Perintah Kualiti Alam Sekitar (aktiviti yang ditetapkan)(penilaian kesan kepada alam sekitar) 1987 adalah batal, dan Perintah Kualiti Alam Sekitar (aktiviti yang ditetapkan)(penilaian kesan kepada alam sekitar) pindaan 1995 haruslah digunakan sepenuhnya.

[44] oleh itu, tiada lagi konflik undang-undang atau perintah mana yang harus digunapakai dalam kes ini. Pembinaan empangan di Negeri Sarawak yang ingin dijalankan oleh Syarikat Ekrim Hydro Engineering Sdn.Bhd adalah tidak tertakluk dibawah AKAS mahupun Perintah Kualiti Alam Sekitar (aktiviti yang ditetapkan)(penilaian kesan kepada alam sekitar) 1987.

Menjawab soalan [iii] dan [v],

[45] di sini saya ingin mendefinisikan apakah itu locus standi, iaitu hak untuk membawa tindakan atas satu deklarasi dalam undang-undang awam. Persoalan yang amat besar disini, samaada pihak perayu, penduduk peribumi Sarawak mempunyai hak untuk membawa tindakan atas deklarasi kerajaan untuk membina empangan di tanah Sarawak, berhampiran kawasan tempat tinggal mereka, dalam undang-undang awam.

[46] merujuk kepada seksyen 34A(8) AKAS;

[a] jika ada sesiapa yang melanggar akta ini (iaitu meneruskan projek pembinaan empangan ini) tanpa persetujuan Direktor Jeneral adalah bersalah atas kesalahannya.

[47] adalah jelas disini bahawa, seksyen 34A(8) AKAS barang sesiapa yang melanggar Akta ini, ia telah melakukan kesalahan, dan merupakan kesalahan jenayah.pada pendapat saya, jika diandaikan baawa syarikat Ekrim ini telah melanggar tatacara Akta ini sekalipun, kesalahan ini akan dikategorikan sebagai kesalahan jenayah, di mana adanya penalti dan bukan gantirugi, tiada individu yang berhak mengambil tindakan. Maka, ia merupakan bidang kuasa seorang peguam Negara yang bertindak sebagai pendakwa raya yang akan memutuskan sama ada ingin membawa kes ini ke mahkamah atau tidak.

[45] merujuk kes yang telah dikemukakan oleh peguam pihak respondan, Kerajaan Malaysia v Lim Kit Siang, dalam penghakiman Hakim Abdul Hamid CJ (Malaya), Beliau menegaskan bahawa jika statut menimbulkan kesalahan jenayah, dimana ia mengandungi penalti dan bukan gantirugi. maka, tiada individu yang berhak membawa tindakan ini ke mahkamah samaada melalui injunksi,deklarasi atau pampasan. Yang Arif juga berpendapat bahawa kuasa untuk membawa tindakan ini ke mahkamah adalah terletak pada Peguam Negara dan melalui pertimbangan Peguam negara atau permintaan individu dimana faedahnya berkaitan dengan hal tersebut. [48] Pihak perayu sememangnya tidak mempunyai hak untuk membawa tindakan ini ke mahkamah dimana akta ini mengandungi kesalahan jenayah dan kuasa sebenar untuk membawa tindakan ini ialah Peguam Negara. [49] saya bersetuju dengan pandangan Hakim Abdul Hamid CJ dimana pelanggaran statut atau Akta sememangnya merupakan suatu jenayah, dan adalah terletak pada peguam Negara untuk membawa kes tersebut ke mahkamah, dan bukannya orang awam yang membawa kes tersebut ke mahkamah. Oleh itu, saya menegaskan bahawa penduduk peribumi Sarawak tidak mempunyai kausa tindakan dalam kes ini. [50] saya bersetuju pula dengan hujah peguam pihak perayu, dimana kawasan hutan yang ingin dibina emapangan hidroelektrik dihuni oleh beratus lebih orang, dan saya amat jelas bahawa penduduk peribumi Sarawak sememangnya hidup bergantung kepada hutan tersebut setiap hari. Saya juga bersetuju bahawa hutan merupakan sumber mata pencarian kepada mereka.

[51] pembinaan empangan di hutan tersebut akan menghapuskan hutan tersebut selama-lamanya yang juga membawa kepada pembinasaan habitat semulajadi penduduk peribumi serta binatang. Sumber makanan juga turut akan terjejas akibat daripada pembinaan empangan ini.

[52] namun itu, pihak perayu tidak membuktikan bahawa pembinaan empangan ini sememangnya telah menyebabkan peenduduk peribumi Sarawak yang tinggal berhampiran dengan hutan tersebut mengalami apa-apa kecederaan atau kerugian yang istimewa (khusus,terus dan penting).

[53] pada pandangan saya, kerugian yang dialami oleh orang asli Sarawak ini boleh diberi pampasan oleh syarikat Ekrim dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan untuk mereka mengikut apa yang telah digariskan dalam Ordinan Tanah Sarawak. Dalam erti kata lain, kerugian yang dialami oleh orang asli Sarawak boleh diganti rugi dengan wang ringgit kerana kerugian mereka sekadar abstrak sahaja.

[54] namun itu, pampasan yang diberikan oleh syarikat Ekrim haruslah munasabah dan harus mendapat persetujuan dari kawasan mana orang asli yang terlibat.

[55] dalam hujah peguam pihak respondan, perkara 5(1) perlembagaan persekutuan telah digariskan.

Perkara 5(1) perlembagaan persekutuan; tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. [56] pada pandangan saya, perkataan diambil nyawa adalah tidak releven dalam kes ini seperti yang digariskan oleh peguam pihak respondan. Dimana dalam interpretasi saya, perkara 5(1) ini bermaksud nyawa seseorang dan kebebasan seseorang tidak boleh diambil dengan sewenangwenangnya kecuali seseorang itu dipenjarakan menurut undang-undang. [57] namun itu, perkataan dilucutkan kebebasan ini terpakai dalam kes ini, dimana jelas menunjukkan kebebasan orang asli telah dilucutkan menurut undang-undang iaitu melalui

Ordinan Sumber Asli 1949 Sarawak. Kewujudan peruntukan undang-undang bertulis yang sah ini telah membenarkan projek pembinaan empangan hidroelektrik dibina di tanah Negeri Sarawak.

Rumusan kepada sebab; Sebab-sebab saya memutuskan bahawa rayuan yang dibawa oleh pihak perayu ditolak dapat sirumuskan seperti dibawah; [i] undang-undang yang releven dengan projek pembinaan empangan ini adalah ordinan Negeri dan bukannya undang-undang persekutuan(AKAS). [ii] memandangkan AKAS tidak lagi terpakai dalam kes ini, maka, pihak perayu tidak mempunyai hak dibawahnya. [iii] perjanjian antarabangsa tidak boleh dikaikan dengan kes ini kerana projek pembinaan empangan hidroelektrik ini hanya melibatkan sekumpulan penduduk peribumi di Sarawak sahaja. [iii] perayu tidak mempunyai locus standi dalam kes ini kerana perayu tidak mempunyai kausa tindakan. Kausa tindakan seharusnya dibawa oleh peguam Negara memandangkan ia ialah kesalahan jenayah. [iv] kelucutan kebebasan diri menurut undang-undang bawah perkara 5(1) perlembagaan persekutuan adalah sah kerana ia dilakukan mengikut undang-undang iaitu Ordinan Sumber Asli 1949 Sarawak. [v] pihak perayu tidak membuktikan bahawa pembinaan empangan ini sememangnya telah menyebabkan penduduk peribumi Sarawak yang tinggal berhampiran dengan hutan tersebut mengalami apa-apa kecederaan atau kerugian yang istimewa (khusus,terus dan penting).

Rayuan ditolak.

You might also like