You are on page 1of 42

Setinggi Penghargaan kepada Persatuan Lapis Lazuli Light Malaysia

Kerana Menyediakan Sebuah Buku Panduan Kesihatan Yang Bermanfaat Ini

LAPIS LAZULI LIGHT


Siri Buku Kesihatan Keseluruhan
Fizikal, Mental dan Rohani (1)
Pencegahan Lebih Baik Daripada Pengubatan

Segala maklumat dan cara perubatan yang terkandung dalam risalah ini -tidak
bermaksud menggantikan cara perubatan profesional dan nasihat doktor. Pembaca
berhak mempercayai idea risalah ini dan membuat keputusan mengenai kesihatan
atau cara perubatan diri sendiri. Jangan mengikuti cadangan dalam risalah ini,
jikalau anda tidak rela menerima dan bertanggungjawab atas kesan yang timbul.
Pengarang dan penerbit risalah ini tidak bertanggungjawab atas kesan atau akibat
buruk yang timbul daripada penggunanan segala cadangan atau maklumat risalah
ini. Risalah, ini hanya. bertujuan membekalkan maklumat berkenaan kepada orang
ramai, menggunakannya atau tidak, bergantung semata-mata kepada pembaca
sendiri.

Dr. Lai Chiu Nan


Pengenalan Ringkas Keluarga Dr. Lai Chiu Nan berasal dari Dongan, Hunan. Beliau
dilahirkan di Tainan, Taiwan. Sejak kecil lagi, beliau mengikut ibu bapanya berhijrah
ke Amerika. Setelah memperolehi ijazah kedoktoran kimia di Massachusetts Institute
of Tecnology, Cambridge (M.I.T), beliau bertugas di Pusat Kanser University of
Texas M.D. Anderson Hospital dan Tumor Institute selama 10 tahun, di mana
beliau khusus mengkaji pencegahan dan pengubatan penyakit kanser. Beliau pernah
membentangkan laporan "Fungsi Pencegahan Penyakit Kanser oleh Rumput
Gandum dan Klorofil", "Hubungan Kalium dan Natrium dengan perkembangan
Kanser" dan "Hubungan Bioelektrik dengan Kanser." Beliau sering memberi
ceramah tentang pencegahan penyakit kanser di merata rata tempat di dunia,
termasuk: Eropah dan Amerika, Asia Tenggara, India, Nepal dan negara-negara
yang lain.

Pada tahun 1981, di bawah projek pertukaran akademik Amerika dengan negeri
China, beliau mewakili Akademi Sains Amerika ke negeri China untuk mengkaji
hubungkait antara kanser kerongkong dengan mikronutrien di Lingxian, Henan
bersama dengan Pusat Tumor Akademi Sains Perubatan China. Beliau
menubuhkan Pusat Pemulihan dan Pemeliharaan Kesihatan Lapis Lazuli Light pada
tahun 1991 di California, Amerika.

Beliau menganjurkan Kesihatan keseluruhan "Jasad, Rohani dan Roh" yang


menegaskan kesihatan menyeluruh berasaskan kesihatan keseluruhan bumi. Beliau
menggalakkan orang ramai melindungi ekologi alam sekitar dan sumber alam

1
semula jadi serta mengamalkan pertanian organik. Sari pati perubatan Cina dan
Barat dikaitkan dengan prinsip alam semula jadi oleh Dr. Lai. Beliau mengajar
kita tentang cara-cara memperolehi kegembiraan dan menyingkirkan kesakitan.
Beliau pernah mengutarakan penggunaan pelbagai cara yang asli untuk
menghilangkan tekanan kehidupan dan mengawal perasaan. Selain itu juga,
beliau mengajar kita mengenali makanan kesihatan semula jadi dan meninjau
kesihatan keseluruhan dari segi fahaman tenaga. Banyak buku dan majalah
beliau berkenaan dengan penjagaan kesihatan telah diterbitkan. Buku-buku dan
majalah-majalah tersebut telah membantu ramai pesakit kanser dan pesakit tenat
pulih daripada penyakit-penyakit mereka.

10 Peraturan Penjagaan Kesihatan Jasad, Rohani dan Roh

1. Perasaan kasih sayang setiap masa. Pertuturan dan perbuatan yang boleh
menyakiti orang lain haruslah dielakkan terutamanya bagi perbuatan membunuh.
Tidak membunuh adalah syarat asas kesihatan, ini termasuk tidak membunuh
secara tidak langsung umpamanya makan daging ayam, itik dan ikan. Ini adalah
kerana prinsip asas alam semula jadi ialah "Apa yang ditanam, itulah yang akan
diperolehi". Cara-cara penjagaan kesihatan yang lain juga akan berkesan jikalau
kita dapat melakukan prinsip ini. Jikalau prinsip ini tidak dapat dilakukan, tidak
berguna kita berjumpa doktor atau mencari-cari ramuan ubat.

2. Pemakanan semula jadi harus diutamakan. Bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan,


benih, buah berbiji keras, jenis kacang dan Rumpair laut harus diutamakan
dalam pemakanan. Pepatah orang Cina "Penyakit dijangkiti melalui mulut", oleh
itu badan akan sihat jikalau makanan yang boleh menjejaskan kesihatan
dielakkan. Keutamaan pemakanan tumbuh-tumbuhan justeru memenuhi
maklumat teknologi terbaru dalam bidang perubatan pada masa sekarang.

3. Luka lama dan baru, kemarahan dan kesedihan harus disingkirkan. Sifat periang
dan bersikap optimistik adalah faktor utama kesihatan. Walaupun pemakanan
kita dapat memenuhi prinsip kesihatan, namun kita juga tidak akan sihat jikalau
kita selalu mengingati dendam lama dan merasakan hidup ini tidak adil untuk diri
kita. Sebaliknya jikalau seseorang itu selalu gembira, walaupun pemakanannya
ringkas dan sederhana, dia tetap akan sihat. Cuba renungilah warna biru langit,
ia boleh menyingkirkan segala perkara yang tidak adil atau yang menyedihkan.
Kepercayaan diri sendiri juga boleh menyingkirkan perkara-perkara yang tidak
gembira. Jikalau dapat kita sedari bahawa segala-galanya tidak bersifat
persendirian, demikian juga pada musuh dan ahli keluarga. Maka tidaklah akan
kita menyempitkan pemikiran diri dan sesat dalam kehidupan yang penuh
dengan khayalan.

4. Melibatkan diri dalam kerja-kerja yang bermanfaat kepada orang lain.


Kehidupan akan membosankan jikalau kita hidup semata-mata untuk diri sendiri.
Sebaliknya kehidupan akan bermakna jikalau segala-gala perbuatan kita memberi
manfaat kepada masyarakat. Sayang sekali jikalau kita mensia-siakan masa untuk
melakukan perkara-perkara yang tidak bermakna.

2
5. Memempatkan diri dalam keadaan yang penuh dengan kasih sayang dan
berfaedah kepada diri sendiri. Setiap orang memerlukan kasih sayang. Orang
yang dikelilingi oleh kawan yang banyak akan sihat, manakala orang yang
kesendirian atau hidup dalam suasana yang penuh kemusuhan pula mudah jatuh
sakit. Jikalau kita ingin mendapatkan kasih sayang haruslah kita memberi kasih
sayang terlebih dahulu. Kadangkala pesakit tidak dapat mengubah suasana
tempat tinggal yang tidak penuh dengan kasih sayang, lebih baik berpindah ke
tempat lain yang penuh dengan kasih sayang untuk beristirehat demi
memulihkan penyakitnya.

6. Melindungi nyawa, termasuk binatang, burung dan serangga, ikan, udang


dan lain-lain.
Pesakit tenat patut giat menyelamatkan nyawa makhluk lain supaya dapat
memanjangkan umur, dan mengubah nasib. Selain tidak membunuh, kita juga
harus menasihati orang lain supaya tidak membunuh. Menasihat kawan makan
makanan nabati (vegetarian) sebulan atau kurang makan daging sesekali, ini
dapat menyelamatkan nyawa yang tidak terkira. Cara demikian bukan sahaja
jimat, bahkan dapat memanjangkan umur.

7. Menghilangkan dosa
Haruslah bertaubat dengan tulus ikhlas akan perkara-perkara yang menyakiti orang
lain dan dosa pada tuhan. Memohon maaf kesalahan dan dosa pada masa silam dapat
disingkirkan dengan cara bertaubat dan berdoa dan lan-lain.

8. Beriman.
Kerasukan unsur spiritual negatif ke dalam tubuh kita mungkin merupakan
salah satu faktor yang menyebabkan penyakit. Negara Barat, umpamanya
Amerika terdapat banyak maklumat yang membincangkan aspek ini.
Sebilangan pakar psikologi juga telah dapat meneliti akan gejala ini. Jikalau
unsur spiritual negatif dapat dikeluarkan dari badan kita, keadaan penyakit
akan bertambah baik dengan segera. Cara yang paling berkesan untuk
mengeluarkan unsur spiritual negatif dari badan kita adalah dengan beriman
dan memohon pertolongan tuhan. Merenungi keseluruhan badan diri sendiri
dengan disinari oleh cahaya keemasan serta berfikir bahawa "Kita" telah
mendapat perlindungan dan roh kita terlepas daripada penderitaan. Segala
benda yang hidup dalam badan kita juga dapat melepaskan diri daripada
penderitaan atas sinaran cahaya ini.

9. Berzikir
la boleh menambahkan tenaga.

10. Bersyukur dengan limpah kurnia dan nikmat dari Tuhan.

Bersyukur atas nikmat dan limpah kurnia dari tuhan adalah cara yang
paling mudah untuk mendapatkan keredaan tuhan. Gembira ketika
memikirkan perkara perkara yang berfaedah kepada segala makhluk hidup
yang dilakukan oleh orang lain dan diri sendiri pada masa lampau, masa
sekarang dan masa yang akan datang. Ini dapat menambahkan tenaga.

3
Penyakit Kanser Dapat Diubati
Penceramah: Dr. Lai Chiu Nan

"In my research, I have shown that if cancer cells are grown in high - potassium
medium, they revert to normal cells. Cancer is reversible."
"Kajian saya telah membuktikan bahawa jikalau sel-sel kanser dikultur dalam media
yang berkalium tinggi (High Potassium), ia akan berubah menjadi sel-sel normal
semula. Kanser boleh dipulihkan"

Penyakit kanser adalah penyakit yang dapat dicegah dan diubati. Sekiranya pakar-pakar
perubatan dan orang ramai mempunyai pengetahuan yang sewajarnya mengenai
penyakit ini, maka penyakit kanser bukan saja tidak akan ditakuti orang ramai, bahkan
kesengsaraan dan perbelanjaan yang tidak perlu dapat dielakkan.

Memahami Kesihatan dan Penyakit dari Segi Tenaga Keseluruhan

Bidang sains telah menjangkaui daripada teori fizik Newton (Newton physic) kepada
teori atom, teori nuklear dan teori kuantum. Teori kuantum (Qantum Theory) dan teori
fizik Newton mempunyai dua perbezaan yang asas:

(1) Teori kuantum memperjelas segala gejala alam semula jadi (termasuk
penyakit) dari segi tenaga.

(2) Teori kuantum menegaskan bahawa segala sesuatu merupakan komposisi


atom-atom mikro, maka perubahan sebahagian kuantum akan menyebabkan
perubahan keseluruhannya.

Oleh itu teori kuantum adalah fahaman secara keseluruhan, manakala teori fizik
Newton adalah kajian secara fragmen. Secara tradisional, perubatan Barat disenaraikan
dalam kategori ilmu Biologi, ia lebih mengutamakan analisa penghuraian, dan
mengabaikan penggunaan teori kuantum kimia dan fizik yang ditemui dalam bidang
perubatan. Oleh kerana bidang perubatan tidak mengamalkan teori kuantum fizik,
maka cara pengubatan secara fragmen, di mana pengubatan hanya diberi kepada
bahagian yang sakit sahaja telah berakar umbi.

Doktor Albertson George adalah ahli sains yang menemui vitamin C, sejak tahun
1940 lagi beliau berpendapat bahawa bidang biologi dan bidang perubatan akan
menemui pencapaian yang lebih tinggi jika kajiannya berasaskan teori mekanika
kuantum.

Dalam teori mekanik kuantum, jasad, rohani dan roh adalah fahaman secara
keseluruhan, manakala dalam teori fizik Newton pula is merupakan bidang yang
berasingan (sakit badan bertemu doktor, sakit rohani bertemu pakar psikologi,
mengenai perkara roh pula bertemu ahli agama, bahkan mereka yang jahil percaya
kepada tahayul akan memohon bantuan hantu dan dewa). Sebagai contoh doktor

4
hanya mengubati penyakit dan tidak mengubati orang, mengubati kanser dan tidak
mengubati orang, akan tetapi kanser membiak di badan orang!

Jika dibincangkan secara menyeluruh, kesihatan tidak boleh difahamkan sebagai


kesihatan perseorangan, sebaliknya harus difahamkan sebagai kesihatan keseluruhan
masyarakat dan bumi, barulah tidak dikongkong pada pandangan bahawa alam semula
jadi adalah sumber wang yang patut diterokai dan mengabaikan kepentingannya
terhadap keseimbangan keseluruhan ekologi. Alangkah bumi yang kita duduki telah
mengalami kemusnahan yang besar akibat pandangan manusia yang unilateral dan
sifat mementingkan diri sendiri. Sebenarnya kemusnahan alam semula jadi bermakna
kemusnahan manusia dan kemusnahan diri sendiri.

Jika ditinjau dari segi fahaman tenaga, konsep asas penyakit ialah:
-- tenaga tinggi ketika sihat
-- tenaga rendah sewaktu lemah atau sakit
-- tenaga organisma yang mati adalah paling rendah

Bakteria dan bakteria penyakit terkandung dalam udara pada bila-bila masa, akan
tetapi ia hanya dapat mempengaruhi kesihatan ketika seseorang itu berada dalam
keadaan yang lemah (tenaga rendah). Oleh itu, penyakit dapat dicegah dengan
penambahan tenaga. Cara hidup, makanan serta nafsu yang dapat menambahkan
tenaga harus diamalkan, sebaliknya segala makanan dan perbuatan yang akan
merendahkan tenaga pula harus dielakkan untuk menyembuhkan penyakit.
Umpamanya arak yang boleh melukai otak dan merosakkan fungsi pembuangan
kotoran hati, bahkan merupakan bahan pelarut yang paling baik bagi sel-sel kanser,
maka hindarilah meminum arak. Sembelit dalam jangka waktu panjang akibat
kekurangan serabut kerana terlalu banyak makan daging dam makanan diproses
rendah serat boleh menyebabkan penyakit kanser dan penyakit kronik. Kemarahan,
kebencian, kerisauan dan stress dalam jangka waktu panjang juga akan
mengakibatkan penyakit kanser; memikirkan orang dan perkara yang tidak gembira
juga akan menurunkan tenaga.

Dilihat dari segi tenaga, makanan semula jadi yang tidak berlemak dan senang
dihadamkan harus dimakan, sesiapa yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pula
harus menerima pancaran matahari pada waktu pagi. Makanan seperti lima jenis
bijirin (padi, sekoi, jawawut, gandum dan kacang), sayur-sayuran dan buah-buah
yang kurang beracun dan tidak berminyak haruslah diutamakan.

Kita tidak harus terlalu mementingkan warna, bau dan rasa makanan, sehingga tidak
menghiraukan kehilangan tenaga akibatnya. Lebih baik memakai pakaian yang dibuat
daripada kapas atau rami. Hukum alam semesta adalah apa yang ditanam itulah
yang akan didapati. Jikalau yang ditanam itu pahit, balasan pahit pula akan
diterima. Agama masing-masing mempunyai cara bertaubat yang berbeza. Bertaubat
dengan tulus ikhlas, berhasrat untuk tidak akan mengulangi kesalahan dan
memaafkan diri sendiri juga dapat menambahkan tenaga kerohanian.
Umpamanya balasan baik adalah tenaga yang baik ---berniat untuk melakukan perkara
baik ke atas orang lain adalah balasan baik. Oleh kerana alam semesta merupakan satu
lingkungan yang besar, hati bagaimana yang dikeluarkan, akan mendapat balik
tenaga yang begitu juga, kasih sayang tanpa syarat dikeluarkan, akan mendapat balik
tenaga yang menggembirakan.

5
Penyakit kanser sama dengan penyakit kronis dan penyakit lain, kejadiannya
adalah disebabkan oleh gabungan pelbagai faktor yang menurunkan tenaga badan:
termasuk faktor dalaman dan faktor luaran, selain itu ia juga berkaitan dengan
prinsip alam semula jadi (termasuk hukum sebab dan akibat alam semula jadi). Oleh
demikian, is harus difahamkan dengan menggunakan konsep tenaga keseluruhan teori
kuantum. Aspek psikologi dan fisiologi, faktor dalaman dan luaran serta prinsip alam
semula jadi haruslah diperhatikan dalam pencegahan dan pengubatan penyakit
kanser.

Mulai dengan perbincangan tentang pencegahan: Kebelakangan ini Akademi Sains


Negara Amerika (National Academy of Sciences) telah membentangkan sebuah
laporan mengenai penyakit kanser, kesimpulannya adalah selain arak dan rokok,
makanan juga mempunyai hubungan erat dengan penyakit kanser. Sebagai contoh,
sesuatu kajian telah mendapati bahawa angka kejadian penyakit kanser bagi penghisap
rokok yang selalu makan lobak merah adalah lebih rendah berbanding dengan penghisap
rokok yang jarang makan lobak merah. Lobak merah kaya dengan vitamin A yang dapat
mencegah penyakit kanser. Selain daripada itu, sayur-sayuran yang berwarna hijau tua
juga mempunyai fungsi yang sama. Laporan ini telah mengemukakan beberapa
cadangan tentang pencegahan penyakit kanser: Kurang makan makanan yang
berminyak dan berlemak, kurang makan gula dan garam, banyak makan sayur-
sayuran, buah-buahan yang segar dan bijirin kasar. Kesimpulan ini adalah berdasarkan
banyak pengkajian sains dan terdapat banyak maklumat yang mendalam sering
didapati, maka tidaklah dibincangkan secara mendalam di sini.

Walaupun faktor alam sekitar dan faktor fisiologi berpengaruh penting terhadap
kejadian penyakit kanser, akan tetapi faktor psikologi juga merupakan faktor
yang penting. Sejak beberapa ribu tahun yang lalu bidang perubatan negeri China
telah mengetahui bahawa perasaan dan penyakit saling mempengaruhi, "Hati
tenang dan mengawal nafsu" merupakan rahsia memanjangkan umur, ini termasuk
makanan yang dimakan tidak berminyak dan terkawal. Hubungan perasaan dengan
penyakit kanser juga tercatat dalam tradisional Barat. Dalam tahun 1200
Masihi, Doktor Galen pernah menulis bahawa peluang menghidapi penyakit kanser
payudara adalah lebih tinggi bagi wanita yang sentimental berbanding dengan wanita
yang optimistik, ini adalah berdasarkan pengalaman dan penelitian ketika beliau
bertugas sebagai seorang doktor. Banyak maklumat yang berkaitan dengan aspek ini
telah dikumpulkan oleh beliau dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pendapat
umum bahawa jikalau faktor perasaan muram dalam jangka waktu panjang dan
faktor kekurangan kasih sayang keluarga sewaktu kanak-kanak wujud pada masa yang
sama, mungkin akan menambahkan kadar kejadian penyakit. Satu atau dua tahun
sebelum menghidapi penyakit, pesakit kanser biasanya akan kehilangan minat atau
kehilangan harapan terhadap kehidupan, atau mengalami perubahan yang hebat
umpamanya kehilangan pasangan hidup dan sebagainya. Perasaan murung akan
mempengaruhi pelbagai fungsi badan, terutamanya fungsi kekebalan terhadap
penyakit. Oleh kerana terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan penyakit
kanser, maka pelbagai aspek haruslah dipertimbangkan dalam pencegahannya.

Sebahagian cara pengubatan panyakit kanser secara tradisional di kalangan rakyat


jetata adalah berbeza dengan cara pengubatan hospital kerana pengubatannya lembut,
tidak mempunyai kesan sampingan, bahkan orang yang tidak berpenyakit atau

6
berpenyakit kronik juga akan mendapat manfaatnya. Bagaimanakah tentang hasilnya?
Memang terdapat banyak contoh yang berjaya, barulah is dapat disebar luas. Walau
bagaimanapun tidak mungkin terdapat cara pengubatan 'yang mempunyai hasil
perubatan yang seratus peratus, akan tetapi sekurang-kurangnya ia boleh
memperbaiki keadaan badan pesakit. Tiga cara pengubatan yang diperkenalkan di
bawah mempunyai kelebihan masing-masing, ketiga-tiga cara ini boleh digunakan
pada masa yang sama. Tiga cara pengubatan ini ialah cara pengubatan pemakanan,
Qi-gong dan ubat herba.

(I) Cara Pengubatan Pemakanan

Kepentingan makanan telah disebutkan dalam perbincangan pencegahan penyakit


kanser. Secara dasarnya, pesakit kanser harus mematuhi prinsip pencegahan:
makan makanan berlemak rendah dan makanan yang mengandungi banyak
serabut, banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar, kurang
makan gula dan garam.

Tahun kebelakangan ini, pengubatan pemakanan telah diberi perhatian di


Amerika secara beransur-ansur. Jenis pertamanya adalah mengutamakan
makanan mentah. Makanan jenis ini termasuk lobak merah, tauge, timun,
seladeri, pocai (sejenis sayur mirip mayam), ketumbar dan sayur-sayuran lain
yang tidak dimasak serta pelbagai jenis buah-buahan yang terdapat pada
musimnya. Selain itu juga terdapat buah berbiji keras, bijian, biji bunga
matahari dan kecambah gandum dan sebagainya. Aliran cara pengubatan
pemakanan ini ditemui oleh Hippocrates Health Institute, Boston (H.H.I.)
Pengetuanya adalah Dr. Ann Wigmore. Puan Edie Mae telah menulis " Saya
Berjaya Menggunakan Cara Semula jadi untuk Mengatasi Penyakit Kanser" (How I
Conquered Cancer Naturally) yang menceritakan pengalamannya di H.H.I.
Penyakit kanser payudara beliau telah dikawal dengan makanan. Pengubatan
pemakanan ini melarang makan jenis daging, ikan, udang, beras putih,
tepung putih, gula putih, makanan dalam tin, sayur-sayuran yang ditumis
secara cepat masih boleh dimakan.

Pengubatan pemakanan jenis kedua bernama Makrobiotik. la diperkenalkan ke


Amerika oleh seorang sarjana Jepun yang bernama Michio Kushi. Pengubatan
pemakanan timur ini, telah diamalkan sejak 20 tahun dahulu di Amerika.
Cara pengubatan ini mengutamakan keseimbangan Yin Yang (asas yang
berlawanan dalam alam, yang pertama feminin dan negatif, yang kedua
maskulin dan positif), makanan yang terlalu bersifat positif seperti daging dan
makanan yang terlalu bersifat negatif seperti gula putih mudah menyebabkan
kehilangan keseimbangan badan, penyakit adalah akibat daripada kehilangan
keseimbangan badan. Makan terlalu banyak bijirin yang bersifat neutral dan
sayur-sayuran yang lebih bersifal neutral tidak akan mempunyai keburukan.
Makrobiotik juga menegaskan bahawa harus makan makanan bermusim dan
makanan tempatan, orang yang tinggal di daerah yang beriklim sederhana tidak
harus makan makanan daerah beriklim panas, semasa musim sejuk pula tidak
harus makan sayur-sayuran yang tumbuh di musim panas.

Makrobiotik dapat mengubati penyakit kanser. Seorang profesor muzik di


bahagian tengah Amerika telah menghidapi penyakit kanser kelenjar ludah perut,

7
tumornya sebesar genggaman tangan, beliau berjaya menggunakan cara
pengubatan makanan untuk menghilangkannya. Penyakitnya tidak pernah
berulang dalam tujuh tahun, akhirnya beliau mati kerana hepatitis, doktor
baru membuktikan bahawa kansernya telah hilang. Selain itu, pengetua sebuah
hospital telah menulis sebuah buku yang bernama "Penyedaran Nyawa"
(Recalled by Life, Boston Houghton Mifflin Co. keluaran 1982) yang
menceritakan pengalaman beliau menggunakan cara pengubatan makanan
untuk menyembuhkan penyakitnya. Buku ini ditulis bersama oleh Anthony J.
Sattilaro, M.D. dan Tom Monte.

Pengalaman yang diceritakan dalam buku tersebut berlaku pada bulan Mei
tahun 1978 hingga cuti musim panas 1981, Doktor Anthony J. Sattilaro, M. D.
mendapati dirinya menghidapi penyakit kanser dan secara kebetulan beliau
mengetahui. bahawa makanan yang sesuai boleh mengawal penyakit kanser.
Akhirnya beliau dapat mengatasi penyakit kanser tersebut. Pada tahun 1978,
penulis didapati menghidapi penyakit kanser prostat, X-Ray - di bahagian
tulang telah mendapati kansernya telah tersebar ke bahagian kepala, bahu,
tulang dada dan tulang belakang. Ketika itu beliau berumur 47 tahun dan
kerjayanya sedang berada dalam kemuncak, baru saja beliau memegang
jawatan pengetua hospital methodist San Francisco. Akan tetapi, penyakit
telah mengubah segala-galanya. Penyakit ini amatlah berbahaya bagi
orang yang berumur 50 tahun ke bawah. Jangkaan yang paling optimistik
telah menyatakan bahawa beliau tidak akan hidup lebih daripada tiga
tahun, bahkan tidak lebih daripada 18 bulan. Pembedahan dan pengubatan
hormon juga tidak dapat mengawal pertumbuhan sel-sel kanser.

Pada waktu beliau bersedia untuk urusan kematiannya, beliau mendapat tahu
bahawa ayahnya telah mati kerana penyakit kanser. Dalam perjalanan balik
dari menghadiri upacara pengebumian ayahnya, beliau berpatah hati dan
dalam keadaan tidak dapat berbuat apa-apa lagi, tiba-tiba beliau
menghentikan keretanya untuk menumpang dua orang pemuda di tepi jalan
raya, perbuatan aneh ini telah menyelamatkan nyawa beliau. Beliau
mendapati bahawa dua orang pemuda tersebut baru saja habis belajar
pengubatan pemakanan semula jadi di Boston melalui perbualan dalam
kereta. Sebaik saja menaiki kereta salah seorang daripada mereka telah
tidur, manakala seorang lagi ketika berbual dengan pengarang
memberitahu beliau "Penyakit kanser tidak sukar diubati", ini hanyalah kata-
kata ikhlas dan naif orang muda bagi seorang doktor. Akan tetapi pemuda
itu menerangkan dengan ramah-tamah bahawa makanan yang sesuai boleh
mengubati penyakit kanser, bahkan berjanji akan mengirim maklumat
kepada beliau. Beberapa minggu kemudian beliau telah menerima senaskah
buku yang memperkenalkan contoh-contoh kejayaan pengubatan penyakit
kanser dengan makanan. Nama buku tersebut adalah "Pendekatan
Makrobiotik ke atas Penyakit Kanser" (A Macrobiotic Approach to Cancer).

Mulai dari saat itu, beliau dengan sikap tidak putus asa dan cuba dengan
sedaya-upaya, akhirnya beliau telah berjaya mengatasi penyakit kanser
dalam masa 5 tahun. Bagi seorang doktor yang menerima latihan ilmu
perubatan Barat akhirnya menerima cara Macrobiotic juga. Jikalau bukan
dialami oleh diri sendirinya, beliau pasti tidak akan mempercayainya.

8
Makrobiotik amat berbeza dengan kebiasaan makan dan minum beliau satu
ketika dahulu. Oleh kerana Doktor Anthony J. Sattilaro, M.D. bujang, maka
pada masa dahulu beliau mengambil sarapan, makan tengah hari dan
makan malam di restoran. Beliau amat mementingkan makanan, setiap kali
makan mesti terdapat daging, terdapat manisan pada makan malam, kadang kala
beliau makan dua jenis manisan. Walaupun sudah 20 tahun usus dan lambung
(kelenjar gastrik) beliau bermasalah, sehingga sering ceret-beret, akan tetapi
beliau tidak menghiraukannya dan hanya makan ubat saja. Berdasarkan keadaan
penyakitnya, beliau bukan saja dilarang makan ikan, daging, bahkan tidak
boleh makan minyak, gula dan tepung dalam prinsip Makrobiotik. Makanan
beliau adalah 50% beras perang, 25-30% sayur sayuran, 15% jenis kacang dan
Rumpair laut, sup dan perisa yang digunakan adalah miso. Selain daripada
itu, tidak boleh makan terlalu kenyang, terutamanya tidak boleh tidur dengan
perut kenyang pada waktu malam, dan setiap suap nasi harus dikunyah secara
perlahan-lahan. Kesihatannya telah bertambah baik dalam masa sebulan. Sakit
punggung beliau selama dua tahun telah sembuh. Selepas 15 bulan beliau pergi
membuat X~ Ray, mendapati kesemua tumor kansernya telah hilang. Penyakit usus
dan lambungnya selama 20 tahun juga telah sembuh. Beliau berharap dapat
membantu pesakit lain dengan pengalamannya, maka beliau mewajibkan restoran
hospital membekalkan beras perang dan sayur sayuran kepada pesakit, bahkan
bersedia memulakan satu projek pengkajian memerhatikan tindak balas pesakit
terhadap pengubatan pemakanan. Perlu ditambah bahawa, sayur-sayuran
bolehlah dimasak dengan cara mengukus dan memasak dengan cepat. Bagi
mereka yang tidak menghidapi penyakit kanser bolehlah makan sayur-sayuran
yang digoreng dengan sedikit minyak.

(II) Cara Pengubatan Qi-gong

Bagi orang Cina, Qi-gong (Chi Kung) sedikit sebanyak mempunyai unsur
misteri. Ia digolongkan dalam jenis pengamen oleh sesetengah orang, bahkan is
juga dikaitkan dengan kung fu dan sebagainya. Sebenarnya Qi-gong merupakan
satu cara pengubatan penyakit pada masa lampau di negeri China. "Pengarahan
pergerakan daya tenaga" pernah disebut dalam "Peraturan perubatan dalaman
maharaja Huangdi". la adalah cara pengubatan yang lebih utama daripada cara
pengubatan akupunktur dan ubat herba. Pengubatan " pergerakan daya tenaga"
terdapat beberapa kebaikan: ekonomi, tidak sakit, orang yang berpenyakit atau
tidak berpenyakit juga akan mendapat manfaat. Cara pengubatan Qi-gong sudah
popular di Dinasti Han. Banyak dokumen perubatan yang terperlihara dalam
sebuah makam Dinasti Han yang ditemui di Mawangdui, Changsha Hunan. Di
antara dokumen tersebut terdapat rajah-rajah dan keterangan "Pengarahan
pergerakan daya tenaga" yang teliti. Akhirnya Qigong telah kehilangan
tradisinya sebagai cara pencegahan penyakit dan cara penjagaan badan. la telah
berubah menjadi satu cara bagi pendeta agama Tao menjalankan Taoismes.
Sehingga terputus hubungannya dengan perubatan.

Qi-gong menjadi popular semula di negeri China dalam beberapa tahun


kebelakangan ini. la mengutamakan pengubatan penyakit. Qi-gong "baru" ini
berkesan bagi pelbagai jenis penyakit kronik. Cara berlatihnya mengutamakan
Xing-gong (satu cara berlatih dalam Qigong). Pada permulaan berlatih pesakit

9
hendaklah melapangkan fikiran, berhati tenang dan berfikiran optimistik.
Demi mencapai keadaan tenang, sewaktu berlatih bolehlah "memilih tajuk",
umpamanya bunga, kayu, dan benda yang berada di sekeliling kita. Ketika
mempunyai niat yang rumit, haruslah menumpukan fikiran kepada benda yang
dipilih. Biasanya kesihatan penyakit kronik akan bertambah baik setelah berlatih
satu jam setiap hari. Pesakit kanser pula harus berlatih lebih kurang 4 jam
sehari. Tempat berlatih yang paling baik adalah tempat yang berudara segar dan
terdapat pokok dan air, jikalau terdapat pokok tusam paling baik. Cara
berlatih yang utama adalah sama seperti bersiar-siar, tumit kaki menyentuh
lantai dahulu, kemudian tapak kaki pula menyentuh lantai, kedua-dua belah
tangan bergerak dari kiri ke kanan dengan mengikut rentak kaki. Penting bagi
pesakit kanser menghirup banyak oksigen, cara menghirup udara adalah
dua kali hirup dan satu kali hembus, satu langkah dan dua kali hirup, satu
langkah dan satu kali hembus, biasanya bermula dengan kaki kiri. Keseluruhan
badan haruslah kendur terutamanya hendaklah "lembut bulat", kedua-dua belah
mata memandang pada tempat yang sama. Selain Xing-gong, terdapat Shou-
gong Yubei-gong dan Shou-gong (cara berlatih dalam Qi-gong), berdasarkan
keadaan penyakit yang berlainan terdapat 20 lebih jenis cara latihan. Kini
telah terdapat lebih daripada 7 ribu orang pesakit yang sembuh akibat cara
pengubatan ini, termasuk pelbagai jenis penyakit kanser. Ramai di antaranya
adalah pesakit tahap akhir. Saya pernah berjumpa dengan 2 orang pesakit kanser
tahap akhir yang menyembuhkan penyakitnya dengan Qi-gong.

Qi-gong dapat mengubati penyakit, terutamanya is membolehkan darah


mengalir dengan lancar. Matlamat yang dicapai adalah melalui cara
pengenduran badan, berperasaan tenang, melakukan gerakan badan dan
ditambah dengan penghirupan. "Bunyi keluaran" juga merupakan salah satu
jenis Qi-gong.

Keadaan penyakit yang berbeza dan bunyi berbeza yang dikeluarkan oleh
pesakit dijadikan sebagai panduan pengubatan. Sekurang-kurangnya Qi-gong
dapat memperbaiki keadaan perasaan, tidur dan selera pesakit. Qi-gong
dapat mengurangkan kesan sampingan akibat cara pengubatan kemoterapi dan
radioterapi.

Berlatih Qi-gong harus mempunyai guru yang sesuai kerana is tidak mudah
dilatih sendiri. Tetapi terdapat satu jenis gerakan mudah yang boleh dilatih
sendiri. Gerakan mudah ini boleh dikatakan sebagai satu jenis Qi-gong, is adalah
gerakan mengayunkan tangan. Maklumat mengenai gerakan mengayunkan
tangan mudah diperolehi di Taiwan, dikatakan bahawa is diturun-
temurunkan oleh mahaguru Da-mo, caranya ialah kedua dua belah kaki dan
bahu berada dalam keadaan serentak, bahagian bawah badan diketatkan, jari kaki
seperti cakar mencakar lantai, dubur ditarik ke atas, keseluruhan badan
bahagian atas badan pula dikendurkan, lidah menahan rahang atas dengan
perlahan, kedua-dua mata memandang secara bersama. Kedua-dua tangan letak
di tepi badan, tapak tangan mengarah ke belakang, ketika ini mengarah ke
belakang sebanyak 30 darjah dan berkendur, tangan diletak balik tempat asal,
mengira setiap kali tolak. Orang yang mula berlatih bolehlah berlatih sehingga
seratus atau dua ratus kali, kemudian bertambah hingga seribu kali. Orang
yang sakit perlu banyak berlatih. Di Taiwan terdapat juga contoh menyembuhkan

10
penyakit kanser dengan cara gerakan mengayunkan tangan, ibu saudara saya
adalah salah seorang yang mendapat manfaat daripadanya.

(III) Cara Pengubatan Ubat Herba

Penggunaan ubat herba untuk mengubati penyakit telah bermula sejak


beribu-ribu tahun di negeri China. Herba Klasik Shennong telah
menyatakan bahawa ubat herba berhubungan rapat dengan kebudayaan
negeri China. Ubat herba boleh mengubati penyakit kanser bukan lagi
merupakan satu penemuan baru. Tabib Cina memberi ramuan ubat yang
berlainan berdasarkan keadaan penyakit yang berbeza. Terdapat beberapa
jenis ubat herba yang berkesan dalam pengubatan penyakit kanser: Lobelia
China (sejenis pohon yang mirip pinus), Cephalotaxus, Rehmannia Glutinosa,
Oldenlandia, Buah Ligustrum (Ligustrum lucidum), Astragalus membranaceus,
Jamur Kuping Putih (Auricularia auricula judae), Angelica, Ginseng dan
Lycium Chinese dan sebagainya. Terdapat laporan sains yang mengatakan
bahawa Jamur Kuping Putih (Auricularia auricula judae) dan Buah
Lingustrum (Ligustrum lucidum) boleh menambahkan fungsi kekebalan
terhadap penyakit bagi pesakit. Lebih baik meminta nasihat daripada tabib
Cina yang berpengalaman tentang cara penggunaan ubat herba ini. Ubat
herba Cina merupakan satu kaedah yang tidak boleh diabaikan.

Penggunaan ubat herba juga mempunyai sejarah yang lama di negara lain.
Ubat herba yang lebih terkenal dalam pengubatan penyakit kanser adalah:
Chaparral yang digunakan oleh orang Indian Utara Amerika dan Red
Clover Blossom yang digunakan oleh orang Gipsi. Dalam keadaan tertentu,
ubat ini boleh digunakan secara sendirian dan mempunyai kesan. Di Utah,
muka seorang lelaki tua yang berumur 68 tahun mengalami ketumbuhan
tumor yang merebak ganas, beliau enggan menjalani pembedahan. Akhirnya
beliau makan Chaparral dan sembuh dalam masa 8 bulan. Doktor beliau cuba
memberi ubat herba yang sama kepada pesakit yang lain, dan mendapati ia
berkesan. Re d Clover Blossom juga dapat mengubati tumor. Jethro Kloss dalam
buku "Kembali ke Eden" menerangkan bahawa, ubat ini boleh dimakan setelah
dimasak selama 15 minit. Dalam bab `Perbincangan tentang pengubatan penyakit
kanser' ada menyebut bahawa selain ubat herba juga harus makan makanan
yang tidak berminyak, mengambil udara yang segar, mendapat cahaya matahari
dan air yang mencukupi dan pengurutan pada kulit.

Walaupun penggunaan secara berasingan beberapa jenis ubat yang disebutkan di


atas mempunyai kesannya tertentu, akan tetapi kesannya tidaklah memuaskan.
Jikalau beberapa jenis ubat herba dimasak secara bersama, kadang-kadang akan
membawa kesan yang tidak dapat dijangkakan. Jason Winters telah menulis buku
"Menghapuskan Kanser" yang mengenai pengalaman beliau berjuang dengan
penyakit kanser. Secara kebetulan beliau telah menemui 3 jenis ubat herba (2
jenis di antaranya adalah Red Clover Blossom dan Chaparral) dan ubat-ubat
tersebut dimasak secara bersama, akhirnya penyakit kanser kerongkong beliau
telah sembuh. Keadaan peristiwa adalah seperti berikut: Jason Winters menghidapi
penyakit kanser kerongkong pada 4 tahun yang lepas, selama 6 jam telah
dihabiskan di atas meja operasi untuk penyayatan (istilah Indon untuk biopsy?)
bagi pemeriksaan. Doktor berpendapat bahawa beliau hanya dapat hidup untuk

11
3 bulan lagi. Beliau sudi menerima pengubatan, akan tetapi beliau enggan
menjalani pembedahan. Pada mulanya doktor bersedia mengeluarkan lidah,
daging bahagian keronkong beliau, akan tetapi ini tidak dapat memanjangkan
umurnya. Beliau mulai membaca pelbagai jenis buku dan mendapati ubat herba
dapat mengubati penyakit. Beliau telah pergi ke Singapura untuk mencari sejenis
ubat herba kuno Asia, ubat herba ini tumbuh di negara Asia. Akhirnya beliau
menemui seorang nenek yang tinggal di kampung yang ada menanam jenis ubat
ini. Setelah mendapatkannya beliau segera makannya setiap hari, sel-sel kanser
tidak berkembang lagi, akan tetapi is tidak hilang. Seterusnya beliau pergi ke
England, tempat kelahirannya, di sana beliau dapat tahu tentang kegunaan Red
Clover Blossom, maka sejenis ubat lagi yang digunakannya. Namun demikian badan
beliau masih lemah dari sehari ke sehari, wang simpanannya juga telah habis.
Setelah beliau balik ke rumahnya, setiap hari beliau masih memasak teh ubat herba
untuk diminum, selain ubat herba yang dibawa balik dari negara Asia dan
negara Eropah, ditambah pula dengan Chaparral Amerika Utara. Tiga jenis ubat
herba ini dimasak dan diminum secara berasingan, namun badannya masih tidak
bertambah baik. Suatu hari dalam keadaan yang paling teruk, beliau memasak 3
jenis ubat herba secara bersama, keajaiban telah berlaku. Beliau segera
mendapati bahawa inilah yang diperlukan olehnya. Hari tersebut beliau telah
meminum sebanyak 16 cawan, semenjak itu badannya bertambah baik dari
sehari ke sehari, kesemua sel-sel kansernya telah hilang dalam masa 3
minggu, 9 minggu kemudian beliau bekerja semula. Setelah berita ini disebar
luaskan, setiap hari terdapat lebih daripada 100 orang beratur untuk berjumpa
dengan beliau. kerana mahu mendapatkan ubat herba tersebut. Seorang pendeta
juga meminum ubat herba yang sama, bawasir yang dialami beliau selama 20
tahun telah hilang. Sehingga kini terdapat 3 juta orang Amerika yang pernah
menggunakan ubat herba ini, terdapat lebih daripada 100 juta orang di dunia
yang pernah mencubai ubat herba ini. Berjuta-juta pucuk surat yang memberitahu
beliau akan kesan ubat herba tersebut.

Penyakit kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Oleh
demikian, banyak aspek harus diperhatikan dalam pengubatannya. Prinsip
utamanya adalah untuk memulihkan daya tahan penyakit dan keadaan badan
pesakit. Beberapa jenis cara pengubatan yang diperkenalkan dalam bab ini,
adalah cara lembut dan tidak mempunyai kesan sampingan.

"Penyakit masuk dari mulut " boleh dikatakan sebagai faktor utama kejadian
penyakit kanser, maka pencegahan dan pengubatan penyakit kanser haruslah
bermula dari makanan. Makanan boleh memperbaiki keadaan badan, manakala
ubat herba dan Qi-gong pula boleh mempercepatkan penyembuhan penyakit.
Jikalau ketiga-tiga cara di atas digunakan secara bersama, kesannya adalah
lebih baik.

Pesakit mestilah bertekad untuk mengatasi penyakit kanser. Jikalau ragu-ragu


dan tidak bertekad hati, pasti tidak akan mendapat kesannya. Kehidupan dan cara
makan minum juga harus diubah dengan sedaya-upaya. Yang merokok
hendaklah berhenti merokok, yang tidak suka bersenam haruslah meluangkan
masa untuk bersenam. Cara gerakan mengayunkan tangan, dan Tai Ji Quan
(sejenis senaman silat tradisional China) sangat sesuai bagi orang yang berbadan
lemah. Sentiasa bersikap optimistik adalah sangatlah penting. Cara-cara yang

12
bijaksana bagi berjuang dengan penyakit kanser dan menghilangkan
kesengsaraan akan mempertingkatkan tenaga kita dengan konsep teori kuantum
keseluruhan, menjalani kehidupan dengan mengikuti prinsip alam semula
jadi, menjadi seorang yang penuh dengan kasih sayang.

Sebab-musabab, Pencegahan dan Pengubatan Penyakit Kronik

Cara kehidupan kita dan alam sekitar adalah sebab-musabab kejadian penyakit
kronik. Umpamanya makan dan minum sebenarnya adalah perkara paling asas,
tidak perlu dianalisis. Akan tetapi kebiasaan makan dan minum kita semakin berjauhan
dengan keseimbangan ekologi alam semula jadi pada masyarakat sekarang. Melainkan
anda pernah meluangkan masa untuk memahaminya, jikalahu tidak, janganlah anda
makan sebarangan. Ini adalah kerana kini terdapat banyak masalah racun pertanian,
masalah pemprosesan makanan. Makanan yang kelihatan cantik, sebenarnya tidak
mengandungi zat makanan. Anda semua haruslah meluangkan masa untuk memahami:
makanan apakah yang sebenarnya kita makan sekarang? Pengaruh apakah yang
dibawa olehnya? Dengan demikian barulah dapat kita menjaga kesihatan badan kita.

Pada tahun 1930an, pernah terdapat seorang doktor gigi yang mengelilingi dunia
untuk menyelidiki keadaan makanan dan kesihatan di setiap masyarakat. Negara yang
beliau pergi adalah Eropah, Swiss, Asia, Artik dan Afrika. Tahun 1930 adalah zaman
penggantian cara lama dengan baru, pada ketika itu, terdapat beberapa tempat yang
masih mengekalkan masyarakat pertanian kuno. Beliau mendapati keadaan kesihatan
semakin teruk setelah memasuki masyarakat perindustrian. Apakah ukurannya? Oleh
kerana beliau adalah seorang doktor gigi, maka gigi dan kerosakan gigi digunakan
sebagai ukuran. Beliau mendapati biasanya di antara 3 orang dewasa akan terdapat
sebatang gigi rosak bagi masyarakat yang makan makanan tradisional, akan tetapi
purata setiap orang akan terdapat 9 batang gigi rosak jikalau makanan diubah
kepada makanan industrialisasi, seperti makanan dalam tin, beras putih, tepung putih
dan gula putih. Daripada tiga orang mempunyai sebatang gigi rosak berubah menjadi
seorang mempunyai 9 batang gigi rosak, cuba anda fikirkan betapa besar
perbezaannya? Oleh kerana gigi mencerminkan kekukuhan keseluruhan struktur
tulang, maka gigi akan rosak jikalau struktur tulang tidak teguh. Ini bermakna,
seseorang tidak akan mengalami kerosakan gigi tanpa sebab, gigi hanya akan
rosak ketika kesihatan dalam keadaan yang lebih teruk. Suatu kali ketika berada di
sebuah pulau di Scotland beliau mendapati dua orang adik- beradik yang berasal
dari sebuah keluarga yang sama, di mana abang makan makanan yang
tradisional, manakala adik pula lebih suka makan makanan dalam tin dan gula, gigi
salah seorang di antaranya baik, dan tidak rosak, seorang lagi pula giginya banyak
yang tanggal. Perbezaan kebakaan tidaklah besar bagi keluarga yang sama, kenapa gigi
salah seorang daripada adik beradik tersebut tidak tanggal, manakala gigi seorang
lagi pula rosak? Ini adalah disebabkan oleh ketidaksamaan makanan yang dimakan,
inilah penemuan baru bagi beliau.

Selepas perubahan makanan yang dimakan, selain penyakit sengal, gejala cacat bentuk
tulang juga didapati, selain itu penyakit tuberkulosis juga bertambah. Memang dalam
masa kini penyakit tuberkulosis tidak menjadi masalah, akan tetapi, ia pula
merupakan suatu masalah yang serius dalam tahun 1930. Beliau memberi contoh
orang yang hidup dalam hutan, makan makanan tradisional, umpamanya: makan roti
kasar, minum susu kambing, bahkan yoghurt juga dibuat dengan cara semula

13
jadi. Mereka jarang menghidapi penyakit tuberkulosis; manakala terdapat ramai
orang yang tinggal di sekitar bandar yang menghidapi panyakit tuberkulosis. Doktor
gigi tersebut mendapati gigi rosak, penyakit tuberkulosis, dan penyakit sengal telah
bertambah setelah makan makanan perindustrian.

Makanan kita kini telah mengalami banyak perubahan selepas 50 tahun kemudian.
Tahun-tahun kebelakangan ini, saya pernah pergi ke India, Amerika, China, Thailand
dan banyak negara, dan mendapati bahawa orang yang benar-benar sihat amatlah
sukar ditemui. Setiap negara terdapat penyakit yang berbeza, sebenarnya keadaan
kesihatan amatlah teruk, ini adalah kerana kebiasaan makan dan minum kita kini
telah terpisah dengan alam semula jadi. Kenapa makanan yang telah diproses boleh
menyebabkan gigi kita rosak? Ini adalah kerana pemprosesan akan menyebabkan
makanan kehilangan zat mineral. Umpamanya beras perang dan beras putih, apakah
perbezaannya? Beras perang dan dedak kaya dengan zat mineral dan vitamin,
terutamanya vitamin B. Setelah kulitnya dibuang, beras putih tidak lagi
mengandungi zat mineral. Keadaan sama bagi gula merah yang mengandungi zat
mineral, manakala gula putih pula tidak mengandungi zat mineral. Penyakit
kolesterol tinggi biasa dihidapi oleh orang masyarakat sekarang. Orang biasanya
menyangka kolesterol tinggi adalah disebabkan oleh pengambilan makanan,
seberarnya tidak. Sebab sebenarnya adalah kerana badan kita boleh mengeluarkan
kolesterol, kolesterol akan menjadi tinggi ketika metabolisme tidak seimbang. Terdapat
satu cara pengubatan yang mudah, iaitu banyakkan makan gula merah atau
molases, ia adalah sirap yang tertinggal ketika membuat gula putih, yang berwarna
hitam itu, dalamnya semua adalah zat mineral. Salah satu jenis zat mineral di
antaranya boleh membantu metabolisme kolesterol. Sebenarnya tebu merupakan sejenis
makanan kesihatan yang mengandungi zat makanan yang baik, akan tetapi kita
mengasingkan bahagian yang manis dengan zat makanannya dan kita hanya makan
bahagian yang manis sahaja.

Cuba berfikir dengan teliti: makanan semula jadi dalam kehidupan kita, seperti buah-
buahan yang pada asalnya sangatlah manis, dan mengandungi zat makanan yang
tinggi. Kandungan gula sesuatu makanan berhubung rapat dengan kesuburan tanah.
Perbezaan kandungan gula bagi jagung yang ditanam di atas tanah subur dengan
jagung yang ditanam di tanah tidak subur adalah sangat besar. Jagung yang manis
mengandungi zat makanan yang baik berbanding dengan jagung yang tidak
manis. Kita bukan saja menghilangkan zat mineral dalam pemprosesan makanan,
bahkan merosakkan kesuburan tanah ketika bercucuk tanam.

Tahun-tahun kebelakangan ini, kami mempercayai akan sains. Jikalau negara Barat
kini terdapat satu agama, agama tersebut adalah sains. Sains merupakan agama yang
sebenar bagi negara Barat sekarang. Oleh kerana orang terlalu mempercayai akan
sains, sehingga menjadikannya sebagai sejenis tahyul, maka kita hanya mempercayai
alat-alat sains dan tidak mempercayai orang. Oang Barat mempunyai kecenderungan
ini. Pernah sekali mereka menghabiskan belanja yang besar untuk membuat kajian,
kemudian mengumumkan di akhbar bahawa susu ibu orang paling baik bagi
bayi, ini memang merupakan perkara yang tidak perlu dikaji dan telah
dimaklumi, akan tetapi disebabkan oleh semua orang terlalu mampercayai sains,
sehingga sains menjadi sejenis tahyul.

14
Sebenarnya pemeliharaan tanah merupakan kerja tradisional, bangsa bangsa zaman
kuno mempunyai cara pemeliharaan tanah masing-masing, terutamanya bagi petani
negeri China yang amat mementingkan tanah. Negeri China masih boleh
mengekalkan kesuburan tanah sejak beribu-ribu tahun lagi kerana petani memahami
bahawa bilakah tanah harus direhatkan dan bilakah harus dibajai. Akan tetapi,
pertanian kini mengutamakan hasil tanaman yang maksimum dalam masa singkat,
bahkan tanaman yang ditanam harus tumbuh dengan cepat. Ini didorong oleh hati
yang tamak, kerana mahu mendapat keuntungan yang banyak. Maka banyak bahan
kimia telah digunakan supaya tanaman dapat tumbuh dengan cepat dan cantik,
bahkan berhasil banyak. Namun kita tidak menambah balik jenis mikronutrien yang
berbeza yang telah dikeluarkan dari tanah, yang ditambah hanyalah baja kimia.
Tanah semakin tidak subur. Sayur sayuran yang ditanam pula kekurangan zat
makanan. Saya masih ingat akan rasa buah teratai yang dimakan sewaktu kecil,
sangatlah sedap sehingga sekarang saya masih ingat akan rasanya, kini buah
teratai di Taiwan tidak lagi mempunyai rasa dahulu, ini adalah kerana kehilangan
mikronutrien, oleh demikian, walaupun makan banyak makanan ini, badan pula tidak
akan mendapat zat makanannya.

Satu lagi kajian menunjukkan bahawa kandungan galian pada otot bagi orang Amerika
hanyalah 1/5 daripada orang Afrika. Akan tetapi kandungan galian bagi binatang liar
Amerika masih hampir sama dengan binatang liar Afrika. Ini bukanlah masalah tanah,
bahkan adalah kerana makanan yang dimakan oleh masyarakat bertamadun
terlalu halus, sehingga zat galian dalam badan juga berkurangan.

Selain daripada itu, kandungan mikronutrien juga boleh menyebabkan penyakit


jantung dan pembekuan saluran darah. Sebelum ini pernah saya sebutkan bahawa,
penyakit sengal (Arthritis) dan penyakit jantung disebabkan oleh ketidakseimbangan
zat tanah dan makanan. Sekarang ingin saya mengemukakan satu masalah lagi, iaitu
kenapakah makanan yang telah diproses tidak dapat memelihara kesihatan badan
kita? Ini adalah kerana dalam pemprosesan makanan biasanya akan ditambah dengan
garam, maka makanan dalam tin dan sayur-sayuran juga mengandungi garam. Saya
kurang jelas akan pemprosesan makanan di Taiwan, di Amerika biasanya kepingan
kentang dan almond juga ditambah dengan garam. Sebenarnya garam merupakan
sejenis bahan pengawet, oleh itu pada masa dahulu ikan dan daging diawet garam.
Kita akan makan garam yang banyak ketika makan makanan yang telah diproses.

Garam (natrium) dan kalium merupakan bahan yang diperlukan oleh badan kita,
akan tetapi kandungan kalium dalam badan kita haruslah dua kali ganda lebih
daripada garam (natrium). Makanan di Taiwan sekarang mungkin sama dengan
makanan di Amerika. Keadaan sekarang adalah sebaliknya kerana sekarang kita makan
dua kali ganda garam dan satu kali ganda kalium. Bagaimanakah dapat kita
berbanding dengan nenek moyang kita? Lebih sepuluh ribu tahun dahulu, kalium
yang diambil oleh manusia adalah 16 kali ganda daripada garam, daripada 16 kali
ganda berubah menjadi 0.5 kali ganda, cuba anda fikirkan berapa banyakkah
perbezaannya? la akan menyebabkan banyak penyakit. Umpamanya penyakit kencing
manis. Biasanya orang beranggapan bahawa penyakit ini adalah kerana terlalu banyak
makan gula, memang gula mempunyai pengaruhnya, akan tetapi sebab utamanya
adalah kerana ketidakcukupan pengeluaran insulin. Pengeluaran insulin dipengaruhi
oleh kalium, di mana kalium boleh meransang pengeluaran insulin. Pengeluaran
insulin akan berkurangan. ketika kita makan banyak garam dan kurang makan

15
kalium, akibatnya akan menyebabkan penyakit kencing manis. Satu penyakit lagi
ialah tekanan darah tinggi. Ada orang menggunakan binatang untuk membuat
kajian, di mana binatang diberi makan garam yang banyak, didapati tekanan
darahnya naik, sebaliknya tekanan darah pula akan turun ketika diberi makan
kalium yang banyak, maka nisbah kalium dan natrium akan mempengaruhi
tekanan darah.

Nisbah kalium dan natrium bagi sel-sel yang normal adalah lebih kurang 5
hingga 6. Sewaktu pertumbuhan dan pembahagian sel-sel, nisbah kalium dan
natrium pula akan berkurangan. Nisbah kalium dan natrium bagi sel-sel kanser
adalah kurang daripada nisbah kalium dan natrium sel-sel normal, maka nisbah
kalium dan natrium mencerminkan pembahagian sel-sel. Makan banyak garam dalam
jangka waktu yang panjang serta pencemaran udara dan alam sekitar akan
menyebabkan penyakit kanser. Berdasarkan statistik, nisbah penyakit kanser bagi
beberapa negara yang banyak makan garam di dunia adalah tinggi, manakala
nisbah penyakit kanser bagi negara yang kurang makan garam adalah rendah.
Melalui nisbah kalium dan natrium, kita dapati bahawa penyakit kanser akan
berkurangan dengan makan kalium yang banyak, kalium mempunyai fungsi
perlindungan. Kalium adalah bersifat larutan air, umpamanya makanan dalam tin dan
tauhu sebenarnya mengandungi kalium yang tinggi, akan tetapi kalium telah hilang
ketika pemprosesan makanan, yang tinggal hanyalah protein.

Tumbuh-tumbuhan adalah sumber kalium yang paling baik, ini adalah kerana
tumbuh-tumbuhan dapat memadatkan/mengumpulkan kalium. Disebabkan kehidupan
yang mewah, orang pada masa kini biasanya kurang makan sayur sayuran, kebanyakan
mereka lebih suka makan daging ayam, itik dan ikan, akan tetapi binatang bukan
merupakan sumber kalium yang baik. Sebagai contoh: sebelum diberi perisa, iaitu
sebelum ditambah dengan garam, nisbah kalium dan natrium yang paling tinggi
bagi daging, telur mahupun susu lembu hanya 3 hingga 5; setelah ditambah
dengan sedikit garam, proporsinya segera turun menjadi 0.1, ini bermakna
garam adalah 10 kali ganda lebih daripada kalium. Nisbah kalium dan natrium
bagi sayur sayuran dan kacang soya pula adalah lebih kurang 200 hingga 300,
pisang mempunyai 200, jenis labu juga mempunyai 200 hingga 300, tembikai
mempunyai 700, buah-buahan seperti jeruk keprok dan epal mempunyai lebih
daripada 200, oleh itu, sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber kalium
yang paling baik.

Tadi dikatakan bahawa masyarakat perindustrian paling mudah menjangkiti penyakit


melalui makanan, sekarang magi kita teruskan dengan perbincangan tentang masalah
yang paling diminati oleh orang ramai - masalah mengenai protein. Orang biasanya
menganggap bahawa daging ikan mengandungi protein yang kaya, sebenarnya protein
adalah dibentuk oleh asid amino, protein hanya dapat dihasilkan oleh 8 jenis asid
amino yang ada pada masa yang sama. 2 jenis asid amino daripada 8 jenis asid amino
ini akan hilang ketika dipanaskan, biasanya kita berpendapat bahawa protein boleh
didapati daripada daging ikan, sebenarnya protein daging ikan akan hilang setelah is
dimasak. Oleh kerana kita jarang makan daging ikan mentah, maka badan kita
memerlukan lebih banyak protein. Selain daripada itu, 2 jenis asid amino ini juga akan
mempengaruhi daya ingatan dan semangat kita, kekurangan 2 jenis asid amino ini
akan menyebabkan kita mudah berasa letih. Manakala protein tumbuh tumbuhan
pula boleh dimakan mentah, umpamanya kacang tanah, bijian, tauge juga boleh

16
dimakan mentah. Oleh kerana protein makanan ini tidak dirosakkan, maka protein
yang kita perlukan adalah tidak banyak. Semangat dan daya ingatan dapat
dipertingkatkan dengan penambahan pengambilan protein mentah. Sebenarnya jumlah
protein yang kita perlukan adalah tidak banyak seperti apa yang yang disangkakan.
Orang pada masa dahulu beranggapan bahawa protein hanya boleh didapati daripada
daging lembu. Berdasarkan kajian Amerika, protein yang kita perlukan adalah tidak
banyak, terutamanya bagi protein yang tidak dipanaskan, iaitu lebih kurang 1/3
daripada protein masak.

Keperluan kalsium boleh dikurangkan dengan tidak terlalu banyak makan protein.
Orang Amerika di Afrika mendapati, orang Afrika pada umumnya adalah
mengutamakan jenis sayursayuran dan tumbuh-tumbuhan, pengambilan kalsium
mereka adalah sangat kurang, namun demikian mereka tidak mempunyai penyakit
tulang rapuh. Walaupun pengambilan kalsium bagi orang Amerika adalah banyak,
akan tetapi mereka sentiasa menghidapi penyakit tulang rapuh, ini adalah kerana
bahan sampingan yang bersifat masam akan dihasilkan selepas penghadaman
protein. Oleh kerana kalsium berfungsi meneutralkan sifat masam, maka pengambilan
protein yang banyak akan menghabiskan lagi banyak kalsium.

Pengambilan sumber protein berlebihan akan menyebabkan kekurangan kalsium.

Kesimpulannya, makanan yang semakin mendekati alam semula jadi dan makanan
yang tidak melalui pemprosesan makanan adalah lebih baik. Jikalau anda mempunyai
sebidang tanah atau halaman kecil, bolehlah anda menyuburkan tanah tersebut untuk
menanam sayur-sayuran yang tidak dibubuh racun, dengan itu tanaman yang
ditanam pasti kaya dengan zat makanan. Jikalau tidak berkemampuan berbuat
demikian, anda boleh mencambahkan tauge setiap hari, sekurang-kurangnya kita
tahu bahawa is adalah selamat dimakan kerana tidak beracun. Ini adalah sedikit
cadangan bagi orang yang tinggal di rumah pangsapuri bandar.

Nafsu Yang Timbul akan Mempengaruhi Fisiologi dan juga


Merupakan Sumber Penyakit

Sekarang ingin saya membincangkan sedikit-sebanyak hasil kajian saya tentang


kesihatan psikologi. Walaupun dengan memakan makanan yang sama, seorang akan
sakit, manakala seorang lagi pula tidak sakit, ia adalah kerana manusia merupakan
binatang yang kompleks. Nisbah bagi orang yang menghidap penyakit kanser
kerongkong di Lingxian, Henan adalah tertinggi di dunia, kerana mereka makan sayur-
sayuran jeruk, iaitu sejenis sayuran yang tidak dibubuh garam dan dijeruk selama
lebih daripada 3 bulan, sehingga is berlapuk. Mereka berpendapat bahawa rasanya
adalah sedap. Walaupun semua orang di Lingxian, Henan makan sayursayuran jeruk
bersama roti atau mantou (roti kukus) yang dibuat daripada tepung jagung, akan
tetapi tidak semua orang menghidapi penyakit kanser kerongkong. Penduduk tempat
tersebut memberitahu saya bahawa, sebelum menghidapi penyakit kanser
kerongkongnya, kerongkong akan berasa tidak sihat ketika terlalu marah atau tidak
gembira kerana sesuatu perkara. Ini telah menyatakan bahawa perasaan hati akan
mempengaruhi kesihatan badan.

17
Sebelum ini pernah saya menerangkan bahawa nafsu yang timbul akan mempengaruhi
fisiologi. Perasaan hati bagaimanakah yang paling tidak berfaedah kepada badan kita?
Seseorang tentu tidak akan berasa gembira jikalau perasaan tertekan dan dapat
kelebihan atau keperibadian diri sendiri tidak diperkembangkan. Terutamanya bagi
orang timur yang lebih konservatif, di mana ibu bapa menaruh harapan yang tinggi
terhadap anak-anak mereka, mereka berharap anak-anak mereka mempunyai rnasa
depan yang cerah. Oleh kerana ibu bapa berpendapat bahawa ilmu kedoktoran
amat baik, maka mereka memaksa anak mereka mempelajari ilmu kedoktoran,
walaupun anak mereka tidak meminatinya. Dalam keadaan sebegini, mungkin anda
akan kelihatan amat berjaya, namun anda tidak mempunyai kepuasan jiwa, kerana
tidak dapat memperkembangkan kelebihan diri sendiri. Tidak dapat
memperkembangkan kelebihan diri sendiri mempunnyai kesan yang besar terhadap
fisiologi, ini boleh dilihat daripada contoh-contoh secara langsung.

Terdapat seorang doktor Lawerence Leshan di Amerika yang khusus mengkaji cara-
cara pengubatan penyakit kanser dengan psikologi. Beliau memberi contoh: Seorang
peguam yang amat berjaya telah menghidapi penyakit kanser otak. Beliau mempunyai
3 orang anak yang comel dan isteri yang cantik. Keperluan umum telah dimilikinya.
Doktor berpendapat bahawa tidak boleh menjalani pembedahan. Setelah beliau
berjumpa dan bersembang dengan doktor psikologi, doktor psikologi mendapati:
isterinya adalah dicari oleh ibunya dan bukan pilihan sendiri; menjadi peguam juga
dipaksa oleh ayahnya dan bukan kerjaya yang diminatinya. Sebenarnya beliau
meminati seni muzik, selama ini beliau berhasrat menjadi seorang ahli muzik. Oleh
kerana ayahnya adalah seorang peguam dan mahu beliau mewarisi kerjayanya; maka
beliau telah menjadi seorang peguam. Walaupun beliau kelihatan amat berjaya, akan
tetapi kehidupan selama ini bukanlah kehidupan yang diingininya. Doktor psikologi itu
bercakap dengan beliau, " Jikalau tidak boleh hidup lagi kerana penyakit kanser otak,
maka lebih baik anda menjalani kehidupan pilihan sendiri kerana setelah anda
meningal dunia segala-galanya tidak berguna lagi."

Dalam keadaan itu, beliau meninggalkan kerja peguamnya dan mulai mempelajari
muzik, beberapa tahun kemudian beliau telah menjadi anggota orkestra simfoni,
penyakit kanser otaknya telah hilang tanpa diubati.

Terdapat satu faktor lagi yang mempengaruhi psikologi, iaitu tidak boleh memaafkan
orang lain. Dalam kehidupan pasti akan timbul perasaan dipersalahkan, anda akan
berasa tidak sihat jikalau anda tidak dapat memaafkan orang yang tidak baik kepada
anda dan selalu memikirkan orang tersebut. Lebih baik memaafkan orang lain demi
kesihatan anda, ini disebut sebagai "Pemaafan" dalam mazhab Konfusianisme di
negara kita. Dengan demikian, hati anda tidak akan berasa susah ketika memikirkan
orang tersebut, ini berfaedah kepada fisiologi dan psikologi.

Selain daripada itu, lebih baik kita selalu tahu berhutang budi, dengan ini kita tidak
akan menyalahkan tuhan dan orang lain. Biasanya kita tidak tahu menghargai
kebahagian yang dimiliki dan selalu lupa akan apa yang dimiliki, sebaliknya kita
memikirkan barang yang kita tidak ada. Jikalau anda selalu mempunyai perasaan
sebegini, ini akan membebankan badan kita. Walau bagaimanapun, kita akan
gembira selalu jikalau tahu berhutang budi, apa yang dimaksudkan "puas dan senang
akan apa yang dimiliki" sebenarnya merupakan satu cara memeliharakan kesihatan.
Kehidupan anda tentu akan berwarna-warni dengan adanya hati yang tahu

18
berhutang budi dan sanggup memaafkan orang lain serta keberanian menyatakan
keperibadian diri sendiri. Maksudnya bersyukur.

Mernaafkan orang lain memang mudah diperkatakan, namun sebenarnya is tidak


mudah untuk dilakukan. Selain daripada cara memaafkan orang lain yang sedia ada,
kita boleh menggunakan kasih sayang untuk mengubatikan kelukaan jiwa, namun
mahu mencintai musuh dan orang yang menyakiti diri sendiri memang tidak mudah
dilakukan. Sekarang biar saya memberitahu satu cara memaafkan orang lain ---
menggunakan cara merenungi warna untuk menggantikan orang yang tidak disukai.
Warna biru langit biasa adalah cinta tanpa bersyarat. Jikalau terdapat sesuatu perkara
yang tidak dapat anda lupakan, cubalah anda menggunakan cara merenu ngi warna.
Pada mulanya memikirkan orang tersebut, kemudian menggunakan cahaya warna
biru untuk menyelubungi orang tersebut, berbuat demikian selama 5 minit hingga 10
minit setiap hari. Kebencian anda terhadap orang tersebut akan berubah selepas
satu bulan, masa yang diperlukan mungkin seminggu sahaja jikalau cepat. Cahaya
warna biru dapat menghilangkan salah faham, bahkan menambahkan perasaan
kasih sayang. Jikalau hubungan anda dengan seseorang tidak baik, bila-bila pun
anda boleh menggunakan cara ini untuk menghilangkan salah faham dan kelukaan.

Terdapat satu cara lagi, iaitu menggunakan pernafasan panjang untuk melakukan
perubahan. Oleh kerana masalah jiwa biasanya adalah disebabkan oleh tidak dapat
melupakan sesuatu dan kebimbangan, maka keadaan ini boleh diubah dengan
pernafasan panjang. Pernafasan dapat mempengaruhi perasaan hati kita, terutamanya
bagi pernafasan panjang yang dapat menenangkan hati kita. Sebenarnya pernafasan
kita akan menjadi cepat ketika kita sedang gelisah atau marah, manakala
pernafasan perlahan ketika kita berhati tenang. Maka bolehlah anda mencubai cara
menarik nafas panjang. Jikalau sebelah tangan anda diletak di atas dada, sebelah
tangan pula diletak di atas perut, kemudian bernafas secara biasa, cuba anda
perhatikan tangan manakah yang mulai bergerak. Kebanyakan orang adalah tangan
di atas mulai bergerak, ini bermakna bahagian atas paru-paru digunakan untuk
bernafas, cara penafasan ini juga boleh dikatakan sebagai pernafasan pendek. Cara
pernafasan ini akan menyebabkan kita mudah berasa tegang. Jikalau tangan
bawah anda mulai bergerak dahulu, ini bermakna cara pernafasan yang digunakan
adalah pernafasan perut, is juga boleh dikatakan sebagai pernafasan panjang.
Bolehlah anda berbaring di atas katil untuk berlatih, sebuah buku diletak di atas
perut, buku dan perut ditolak ke atas ketika menarik nafas, perut ditarik balik
ketika berhembus. Secara umumnya, berbaring adalah lebih mudah untuk berlatih.
Pada mulanya tarik nafas dan hembus nafas yang dilakukan adalah sebanyak 10
kali, lama-kelamaan hati akan berasa senang dan tidak gelisah lagi. Cara
pernafasan yang mudah dipelajari ini boleh mengubah perasaan hati kita.

Syarat-syarat Asas Kesihatan Jasmani dan Rohani


-- Tidak Menyakiti Orang Lain

"Hati akan berasa tenang kerana tidak melukai orang lain," ini adalah syarat asas
kegembiraan. Terdapat 5 prinsip tidak melukai orang lain: tidak membunuh, tidak
mencuri, tidak berbohong, tidak berzina, tidak minum arak. Keterangannya adalah
seperti berikut

19
Tidak Membunuh: Semua binatang dan serangga juga takut mati. Kita akan berasa
gembira ketika melihat kelahiran nyawa baru, sebaliknya kita akan berasa takut dan
menjauhkan diri apabila menampak orang mati. Biasanya kita menanti-nantikan
musim bunga dan mengeluh ketika menampak daun gugur pada musim luruh. Oleh
demikian, ketika mengejar kehidupan yang sihat, gembira dan sejahtera, haruslah
kita melindungi nyawa dan elak daripada mencederakan nyawa secara langsung
atau tidak langsung . Kita akan pendek umur dan banyak penyakit jikalau kita
membunuh nyawa. Ingat bahawa alam semesta adalah satu lingkungan besar, apa yang
dikeluarkan pasti akan kembali. Terdapat satu ungkapan lagi di kalangan rakyat
China: "Sup sayur-sayuran dan taufu dapat menyelamatkan nyawa." Sebenarnya
bidang perubatan telah mempunyai banyak bukti yang dapat membuktikan bahawa
sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin dapat mencegah pelbagai jenis penyakit kronik
seperti penyakit kanser, penyakit jantung, penyakit kencing manis dan lain-lain
lagi. Kebaikan tidak membunuh yang lain adalah berwajah serasi, ramah-tamah
dan disukai orang ramai. Cuba anda perhatikan kesemua pmbunuh dalam penjara
adalah berwajah ganas, kejam dan ditakuti orang ramai. Jikalau mahukan
kegembiraan mestilah tidak boleh membunuh.

Tidak Mencuri: Setiap orang pasti mencintai barang yang dimilikinya. Orang yang
kena curi pasti bersusah hati. "Barang yang tidak diingini, jangan diberi kepada orang
lain." Tidak mencuri termasuk tidak mengambil harta benda yang tidak halal. Kebaikan
tidak mencuri adalah tidak akan kekurangan kekayaan. Tidak curi masa kerja, curi
barang kerajaan, tidak makan rasuah.

Tidak Berbohong: "Bencana keluar dari mulut, penyakit masuk dari mulut" . Jikalau
tidak berhati-hati akan percakapan, sering kali akan kita lafazkan kata-kata yang
dikesali kemudiannya. Percakapan yang jujur akan mendapat kepercayaan orang
lain dan seterusnya dapat mengekalkan persahabatan. Orang yang biasa berbohong
tidak dapat membezakan yang benar dan yang palsu, fikirannya kacau-bilau. Ini akan
melukai diri sendiri dan orang lain. Dalam keadaan sebegini bolehkah kita hidup
dengan gembira? Tidak berbohong termasuk tidak bercakap kata-kata munafik. Kata-
kata bohong ini is akan menyakiti diri sendiri dan orang lain.

Tidak Berzina: laitu tidak melakukan hubungan lain selain hubungan biasa antara
lelaki dan perempuan. Dalam tradisional, berzina bermakna melakukan hubungan
luar selain hubungan suami dengan isteri. Memandangkan kebanyakan lelaki dan
perempuan masyarakat sekarang telah mempunyai hubungan sebelum berkahwin,
maka definisinya telah dilonggarkan. Hubungan antara lelaki dengan perempuan
adalah paling kompleks di dunia ini. la adalah syurga dan neraka selain itu ia
mungkin adalah lakonan gembira dan lakonan tragedi. Disebabkan nafsu
memiliki di antara lelaki dengan perempuan amat kuat, maka sangatlah penting
bagi mempertahankan sistem monogami demi kebahagiaan perkahwinan. Tragedi
pasti akan terjadi dengan kemasukan orang ketiga.

Tidak Minum Arak: Alkohol boleh menyebabkan orang kehilangan akal budi. Orang
yang berbudi, mungkin akan membunuh, mencuri, berbohong dan berzina selepas
minum arak. Lebih baik jangan minum arak jikalau mahukan kegembiraan.

Menghilangkan Halangan Hati Sanubari

20
Setelah memiliki syarat-syarat asas kegembiraan, seterusnya haruslah menghilangkan
halangan hati sanubari. Terlebih dahulu, haruslah bertaubat akan perbuatan
menyakiti orang lain dan sendiri: Ini adalah seperti seorang yang digigit oleh
ular berbisa, sebelum dibubuh ubat, terlebih dahulu haruslah mengeluarkan bisanya.
Bertaubat akan kesalahan dan pada waktu yang sama bertekad tidak akan
melakukan kesalahan lagi. Lebih baik bertaubat di hadapan anggota keluarga
yang tua atau orang yang disakiti. Jikalau tidak dapat melakukannya bolehlah
menganggap diri sendiri bertaubat di hadapan mereka atau di hadapan Tuhan.

Memaafkan Diri Sendiri dan Orang Lain: Setelah bertaubat, haruslah memaafkan diri
sendiri dan orang lain, hal tersebut jangan disimpan dalam hati. Kita akan disakiti
sekali lagi, jikalau kita tidak dapat memaafkan orang lain, kerana kita akan berasa
tidak senang setiap kali memikirkan orang yang menyakiti kita.

Kesabaran Mengubah Kemarahan: Kemarahan merupakan halangan terbesar bagi


kegembiraan, maka kemarahan haruslah disingkirkan. Kesabaran tidak bermakna
menekankan kemarahan, bahkan adalah dengan mempertingkatkan kesempurnaan
batin supaya tidak membuta-tuli. Mengikut prinsip alam semesta, kemarahan hanya
akan melukai diri sendiri, kerana apa yang dikeluarkan akhirnya akan kembali
kepada kita juga. Kesabaran tidak bermakna membiarkan orang lain
menyakiti/melukai kita dengan sesuka hati, bahkan adalah agar kita tidak risau,
tidak marah, sebaliknya memikirkan cara penyelesaian dengan fikiran yang tenang.
Keupayaan berfikir pasti akan turun ketika kita sangat marah, tindakan membabi
buta- hanya akan memburukkan lagi keadaan. Ketika kita berhadapan dengan
orang yang kurang ajar, bolehlah kita menganggapnya sebagai bayi yang deman
teruk dan pemikirannya kurang waras.

Menderma Mengubah Sifat Kedekut: Orang yang murah hati pasti mernpunyai banyak
kawan, manakala orang yang kedekut pula pasti akan kesendirian. Oleh demikian,
jikalau mahukan kegembiraan haruslah tahu memberi dan menderma, terutamanya
memberi kepada orang yang memerlukan pertolongan, "Menolong orang adalah
sumber kegembiraan." Kita pasti akan berasa gembira ketika membantu orang lain
dengan murah hati.

Bersyukur Mengubah Sikap Keangkuhan: "Puas dan senang akan apa yang dimiliki."
Orang yang bersikap angkuh dan berperasaan tidak puas hati akan menyalahkan
Tuhan dan orang lain, seterusnya akan tidak gembira. Bersyukur boleh mengubah
sikap keangkuhan dan perasaan tidak puas hati. Orang biasanya tidak tahu
menghargai kebahagiaan yang dimilikinya. Biasanya kita tidak akan menghargai
cuaca baik, kita tidak memperhatikan matahari yang terbit dan terbenam. Kita
hanya akan sedar tentang betapa berharganya cuaca baik ketika kelebihan air
hujan atau kekurangan air hujan. Kita tidak akan hidup lagi jikalau matahari
hilang. Oleh demikian, haruslah sentiasa berhutang budi dan berterima kasih
kepada tuhan. Dalam kehidupan terdapat ramai orang dan perkara yang patut kita
bersyukur, terutamanya kawan baik, ibu bapa, anak-anak, badan yang sihat. Kita
masih berpeluang mencipta nyawa asalkan kita masih hidup. Pepatah "Selagi gunung
hijau itu tercengkam, takkan kayu akan habis dibakar." Justeru menasihati anda
supaya selalu bersyukur.

21
Bertumpang Gembira Mengubah Sifat Kecemburuan: Cemburu ketika melihat orang
lain berjaya adalah perkara yang paling tidak gembira dan menjejaskan
persahabatan. Tumpang gembira dapat menghilangkan perasaan cemburu. Tumpang
gembira bermakna kita juga turut berasa gembira ketika melihat orang lain berjaya
dan berbuat baik. Kita bukan sahaja berasa gembira, bahkan juga menanam benih
yang berjaya ketika tumpang gembira.

Hati Kesamarataan Mengubah Kasih Sayang Bertumpu: Hati kesamarataan dapat


menghilangkan sifat membeza yang kuat dan kasih sayang bertumpu. Oleh kerana
orang biasanya menaruh perhatian dan terlalu mencintai ahli-ahli keluarga sendiri
dan kawan baik sendiri, mereka akan berasa susah hati apabila berpisah dengan
orang yang disayangi. Sebenarnya jikalau hati kita terbuka, orang yang dapat kita
berjumpa itu semuanya adalah orang yang berjodoh/serasi dengan kita, maka di
mana-mana pun kita dapat bertemu orang kesayangan, dengan itu kita akan
berasa gembira dan sihat selalu.

Cara-cara di atas adalah beberapa cara yang dapat menghilangkan halangan hati
sanubari, anda pasti akan berasa gembira selalu jikalau dapat melakukannya.

Melainkan manusia dapat menghasilkan sekeping daun, jikalau tidak, pengetahuan


sains dan teknologi hanya permainan silap mata yang lucu semata-mata bagi seluruh
alam semula jadi. Thomas A. Edison

Makanan adalah Ubat Mujarab


Penceramah: Dr. Lai Chiu Nan

Makanan nabati (sayur-sayuran/vegetarian) adalah ubat mujarab, ini boleh


dibincangkan dari kesihatan perseorangan hingga ke kesihatan bumi. (Tidak dapat
dinafikan bahawa kita bergantung kepada kesihatan bumi untuk hidup)

Kesihatan Perseorangan dan Makanan Nabati (Vegetarian)

Kesihatan perseorangan dibincangkan terlebih dahulu. Konsep "makanan lebih baik


daripada ubat" sedia ada di negara Barat dan negara Timur. Makanan dapat
mempengaruhi kesihatan bukanlah pendapat baru, kenapakah makanan nabati dapat
mengekalkan kesihatan badan? "Sayur-sayuran dan tauhu dapat menyihatkan badan"
tersebar luas di kampung negeri China. Sebenarnya sejak beribu-ribu tahun makanan
petani negeri China ringkas, selain hari kebesaran, biasanya mereka makan makanan
nabati. Kebanyakan mereka hidup dengan sihat, kecuali dalam keadaan kebuluran
atau menghidapi penyakit berjangkit.

Setelah memasuki masyarakat perindustrian dari masyarakat pertanian, bukan saja


alam sekitar kehidupan telah berubah, bahkan pemakanan kita juga mengalami
perubahan yang besar. Pada masa dahulu, daging hanya dapat dimakan pada hari
kebesaran, namum is dapat dimakan tiap-tiap hari pada masa kini. Pada masa
dahulu, gula putih adalah barang mewah, namun is dapat dibeli bila-bila masa saja
pada masa sekarang. Beras bulu dan tepung kasar juga telah digantikan oleh beras
putih dan tepung putih. Perubahan pemakanan dalam masa 20 hingga 30 tahun yang
singkat ini telah mempengaruhi keadaan kesihatan secara umumnya. Penyakit-

22
penyakit seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, penyakit kanser, penyakit
gemuk dan penyakit menjadi tua sebelum waktu mudah didapati. Nampaknya seakan-
akan umur purata telah meningkat, akan tetapi sebenarnya kadar kematian bayi telah
menurun. Purata umur (Life Expectancy) selepas umur 40 tahun di Amerika tidak
meningkat sejak 50 tahun. Sains perubatan telah bertambah maju, akan tetapi
dapatkah is memanjangkan umur, inilah yang diragui. Hakikat telah membuktikan
bahawa makanan nabati yang sesuai bukan saja dapat mencegah penyakit, bahkan
dapat mengubati penyakit. Buku-buku dan majalah yang mengenai aspek ini adalah
banyak. Kedai-kedai buku di -Amerika terdapat banyak buku jenis ini. Walaupun ada
ahli gizi yang menitiberatkan pemakanan mentah dan ada pula yang menitikberatkan
pemakanan yang telah dimasak, ada yang menitikberatkan beras bulu, ada pula yang
menitikberatkan kecambah gandum, akan tetapi kesemuanya telah membuktikan
bahawa makanan nabati dapat mengubati penyakit.

Sebuah buku diberi sebagai contoh. Dr. Henry Bieler, dalam bukunya "Makanan adalah
Ubat Mujarab Anda" (Food Is Your Best Medicine) menunjukkan bahawa ubat Barat tidak
kira dalam keadaan apa pun juga mempunyai kesan sampingan, is akan menyebabkan
penyakit-penyakit yang lain. Sebaliknya, makanan tidak terdapat kekurangan ini. Beliau
menggunakan makanan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit selama 50 tahun
bertugas sebagai seorang doktor. Pesakit beliau termasuk bintang filem Hollywood,
Gloria Swanson adalah murid setia beliau sejak tahun 1927.

Gloria Swanson berumur panjang dan dapat mengekalkan keremajaannya. Buku ini
menitikberatkan hubungan erat sayur-sayuran dan kesihatan. Beliau mengemukakan
banyak contoh tentang penggunaan sayur-sayuran untuk mengubati penyakit dalam
petikan "Sayur-sayuran adalah Ubat Mujarab Pengubatan Diri Sendiri Anda"
(Vegetables As Do-it-yourself Therapy). Beliau berjaya menggunakan alfalfa (ketika itu
adalah akhir musim luruh, sayur-sayuran segar tidak dapat dibeli), susu segar dan
roti bergandum penuh (whole meal bread) untuk mengubati penyakit kulit berborok
yang telah berberapa tahun seorang petani. Sejak itu, petani tersebut tidak berani makan
daging babi, gula putih dan tepung putih lagi. Selain daripada itu, cara pengubatan
penyakit kencing manis adalah di mana pesakit dibiar berehat selama 2 hingga 3
hari. Dalam masa ini, pesakit hanya minum sup yang dimasak dengan seladeri,
seladeri Belanda (Parsley), kacang buncis dan labu Itali. Kemudian kembali kepada
pemakanan yang sesuai, namun makanan nabati juga diutamakan. Minum sup sayur-
sayuran selama 2 hingga 3 hari (tidak ditambah garam), sehingga dapat mencari
pemakanan yang sesuai dan dapat mengawal penyakit kencing manis. Beliau
berpendapat bahawa kalium adalah kandungan utama pankreas. Penyakit kencing
manis akan dihidapi ketika fungsi pankreas tidak sempurna. Fungsi pankreas akan
pulih jikalau menambahkan kandungan kaliumnya. Sayur-sayuran kaya dengan
kalium. Nisbah kalium dan natrium sayur sayuran adalah ratusan kali ganda
berbanding dengan ikan. Contoh penggunaan makanan nabati untuk menghilangkan
tumor juga disebut. Seorang bintang filem dapat menghilangkan tumor rahim yang
sebesar limau besar dengan pemakanan nabati selama 2 tahun.

Dr. Henry Bieler mengamalkan pemakanan nabati. Beliau telah berumur hampir 8 0
tahun ketika bukunya diterbitkan pada 1965. Beliau baru meninggal dunia
kebelakangan ini. Beliau mencadangkan supaya kurang makan daging dan makanan
yang telah diproses, sebaliknya banyak makan sayursayuran dan padi-padian yang
tidak diproses.

23
Cara perlaksanaan makanan yang menganggap makanan nabati sebagai ubat mujarab
boleh dibahagi kepada 2 aliran. Satu aliran berpendapat segala makanan dimakan
mentah, terutamanya bagi kecambah tumbuh-tumbuhan. Memang terdapat banyak
contoh yang berjaya mengubati penyakit, akan tetapi is mungkin tidak sesuai dengan
selera orang Cina. Satu cara makan lagi adalah cara yang mengutamakan beras
perang, sekoi, gandum kuda dan sayur-sayuran yang dimasak, cara ini disebut
sebagai Makrobiotik. Pada prinsipnya cara makan ini ditentukan mengikut cuaca alam
sekitar tempat tinggal, cara ini menitikberatkan makan makanan bermusim dan
makanan tempatan. Makanan yang dimakan termasuk jenis benih (bijian dan
sebagainya), Rumpair laut (rumpair laut), sayur-sayuran dan akar sayur (lobak dan
sebagainya), buah-buahan kering, buah-buahan segar, bijirin dan jenis kacang,
kurangkan minyak, sayur dimasak atau dikukus, kurangkan garam, miso digunakan
sebagai perisa. Makrobiotik amat popular di Amerika, kebelakangan ini terdapat
banyak contoh pesakit kanser yang berjaya menggunakan cara makan ini untuk
memulihkan kesihatan.

Kalium dan natrium harus dibincangkan ketika menerangkan sebab-sebab makanan


nabati dapat mengubati dan mencegah penyakit. Pernah diterangkan sebelum ini
bahawa tumbuh-tumbuhan mengandungi kalium yang tinggi, jikalau nisbah kalium
dan natrium digunakan sebagai ukuran, labu ialah 360 (iaitu kalium adalah
360 kali ganda bagi natrium), kacang kedelai 331, pisang 380, jeruk keprok
221; sebaliknya daging ayam, itik dan ikan paling banyak tidak melebihi 3 hingga 5,
ham adalah 0.3, iaitu natrium lebih daripada kalium, udang karang 0.9.
Maklumat di atas adalah maklumat kementerian pertanian Amerika. Pendek kata,
sayur-sayuran dan buah-buahan biasanya terdapat 200 ke atas, makanan yang
telah diproses pula seperti kek, makanan dalam tin dan sebagainya berada di
bawah 1. Masalah kalium dan natrium tidak banyak dibincangkan oleh sains, ia
adalah bidang baru bagi kami. Kenapa kalium berhubung rapat dengan kesihatan
kita? jikalau sel-sel mahu berfungsi normal, haruslah menyerap banyak kalium dan
menyingkirkan natrium. Kandungan kalium dalam selsel adalah lebih kurang 10
kali ganda natrium, jikalau sel-sel yang rosak kehilangan kalium, is segera akan mulai
membiak dan memecah belch. Nisbah kandungan kalium dan natrium bagi sel-sel
dalam pertumbuhan dan sel-sel kanser adalah kurang daripada sel-sel yang
normal. Kalium dan natrium boleh mengawal pertumbuhan sel-sel. Sel-sel kanser dapat
membiak dengan tidak terhad mungkin mempunyai hubungan secara langsung
dengan kalium, pengkajian dalam aspek ini masih berada di tahap permulaan. Pada
masa ini, ilmu statistik telah melaporkan bahawa perbandingan terbalik pengambilan
kalium dan angka kejadian penyakit kanser beberapa negara adalah satu, ini telah
menerangkan bahawa kalium mungkin dapat mencegah penyakit kanser. Mungkin
disebabkan penambahan pengambilan kalium, sayur-sayuran boleh mengubati
penyakit kanser. Secara umum, tekanan darah tinggi berkaitan dengan kelebihan
natrium, bahkan kalium dapat menurunkan tekanan darah. Vegetarian tidak akan
mempunyai gejala tekanan darah tinggi jikalau tidak makan terlalu banyak garam.
Berdasarkan penyelidikan Kerajaan Amerika, orang yang normal harus mengambil
banyak kalium berbanding dengan natrium, nisbah kalium dan natrium adalah 2:1.
Sebenarnya nisbah pengambilan pada masa kini adalah 0.7, patutlah penyakit kanser
dan penyakit jantung memduduki tempat pertama (Taiwan juga hampir sama) di
dalam penyakit yang menyebabkan kematian di Amerika, dan is mendahului di

24
dunia. (Mengikut laporan, dijangka akan terdapat 45 juta orang mati akibat
penyakit kanser di Amerika pada tahun ini, ini bermakna orang yang mati
setiap hari adalah sejumlah 1231 orang).

Kesihatan Nabati (Vegeratian) dan Bumi

Perbincangan hubungan makanan nabati dengan kesihatan badan di atas adalah untuk
membuktikan bahawa makanan nabati memang merupakan ubat mujarab. Apakah
hubungan makanan nabati dengan kesihatan bumi? Ini akan dibincangkan di bawah.

Kini kita telah sedar akan terhadnya sumber bumi, terutamanya minyak bumi, tanah
yang subur dan air yang bersih, kita juga tahu bahawa ramai orang di bumi
yang perut mereka tidak kenyang. Adakah ini disebabkan oleh ketidakcukupan
bahan makanan? Atau disebabkan oleh ketidaksesuaian pengendalian? Frances Moore
Lappe dalarn "Makanan bagi Planet Kecil" (Diet for a Small Planet) pernah menjelaskan
dengan jitu bahawa masalah sekarang bukanlah kerana ketidakcukupan bahan
makanan, bahkan adalah kerana pembaziran sumber bumi. Penggunaan bijirin untuk
membela lembu, kambing dan babi adalah amat membazir, purata 7 paun bijirin
dan jenis kacang hanya dapat menghasilkan 1 paun daging. Biasanya nisbah pertukaran
daging penternakan babi di Taiwan adalah lebih kurang 4, ini dikira dengan
menggunakan babi bulu. Jikalau puratanya dikira dengan daging bersih, ditambah
pula dengan faktor=faktor kerugian akibat kematian babi, pengangkutan makanan
ternakan dan penyimpanan dalam gudang, ia hampir sama dengan angka "7".
Pembelaan lembu lagi membazirkan. Satu paun daging lembu memerlukan 16 paun
bijirin dan kacang kedelai. Lima puluh peratus tanaman pertanian yang dihasilkan di
Amerika digunakan untuk membela ternakan.

Baja kimia dan racun pertanian banyak digunakan untuk menghasilkan tanaman yang
banyak, ini bukan saja mencemarkan tanah bahkan menghabiskan minyak bumi
(kebanyakan baja kimia dan racun pertanian adalah bahan sampingan minyak
bumi). Pada masa yang sama, tanah yang telah dirosakkan tidak dapat dipulih
secara semula jadi (Regenerate). Setiap tahun kehilangan banyak tanah yang subur
dan tenaga produktif pula turun setiap tahun, dengan demikian harus menggunakan
lagi banyak baja kimia, ini telah menyebabkan edaran buruk.

Air adalah satu lagi sumber bumi yang berharga. Air minuman dan air pengairan hanya
berkurangan dan tidak bertambah pada setiap tahun. Paras air bawah tanah beberapa
tempat di Amerika turun antara 6 inci hingga 6 kaki setiap tahun. Penghasilan
daging lembu menghabiskan banyak air, 1 paun daging lembu yang dihasilkan
memerlukan 2500 gelen air, manakala satu paun kacang kedelai yang ditanam hanya
memerlukan 1 hingga 3 peratus air daripadanya. Lima puluh peratus air di
Amerika adalah digunakan untuk menghasilkan jenis daging. Pakar-pakar telah
menyeru kita supaya harus mempertimbangkan semula kebiasaan makan dan minum
kita, kerana kita akan menghadapi masalah kekurangan air.

Penggunaan sumber bumi adalah kurang bagi menghasilkan makanan yang bersifat
tumbuh-tumbuhan berbanding dengan makanan yang bersifat binatang. Satu contoh
yang diberi ialah: Penghasilan 1 kalori protein, jikalau mendapatkannya daripada
kacang soya hanya memerlukan 2 sumber tenaga; jenis kacang lain atau bijirin ialah
3.5 kalori, daging babi adalah 35 kalori, daging lembu 78 kalori.

25
Orang dahulu berpendapat protein binatang adalah lebih tinggi daripada protein
tumbuh-tumbuah, ini merupakan pengetahuan yang tidak menyeluruh. Protein adalah
dibentuk oleh asid amino, 8 jenis daripadanya sangatlah diperlukan oleh badan kita.
Kandungan protein bijirin dan jenis kacang amat tinggi, akan tetapi kandungan asid
aminonya tidak sama rata. Jenis kacang mengandungi Lysine yang tinggi, tetapi
sebahagian asid amino yang mengandungi sulfur adalah rendah. Bijirin pula
sebaliknya. Jikalau ia dimakan secara bersendirian, nilainya pula akan berkurangan,
akan tetapi jikalau ia dimakan bersama, nilainya pula akan bertambahan. Biasanya
orang tidak akan hanya makan kacang semata-mata dan tidak makan bijirin. Oleh
demikian, penggunaan protein tumbuhan tidak rendah daripada penggunaan protein
daging.

Makanan tradisional banyak negara di dunia dipadankan dengan amat sesuai, taufu
dan nasi di negeri China, kacang merah dan biskut jagung di Mexico, kecap bijian
(atau garbanzo bean) dan biskut gandum Timur Tengah, kacang dan nasi atau biskut di
India. Makanan tumbuh-tumbuhan boleh menyediakan semua keperluan badan,
termasuk protein, jikalau kita tidak terlalu memilih makanan. Berdasarkan penyelidikan
purata protein yang dimakan oleh orang Amerika Syarikat adalah 2 kali ganda
keperluan badan. Pengambilan protein masih tinggi daripada keperluan badan jikalau
tidak makan daging. Protein yang terlalu banyak bukan sahaja membazirkan
tenaga, bahkan akan menjejaskan badan terutamanya buah pinggang.

Lampiran I

Contoh-contoh Nyata

Tukak Lambung (Ulser perut): Puan Wong yang tinggal di Hawaii menghidapi
penyakit tukak lambung, gambar X-ray mendapati bahagian yang tukak berwarna
merah. Lambungnya akan berasa sakit setiap kali beliau makan buah-buahan seperti
jeruk keprok dan buah-buahan yang lain. Beliau mengubah makanannya kepada
makanan semula jadi setelah menerima cadangan ibu saya, pada waktu yang sama
makan sekeping daun segar confrey setiap hari (dimakan pada waktu pagi ketika perut
masih kosong). Tidak sampai beberapa minggu, penyakit tukak lambung beliau
bertambah baik. Gambar X-Ray menunjukkan bahawa gastriknya tidak lagi berwarna
merah. Apabila makan buah-buahan gastriknya juga tidak sakit lagi.

Alergi: Seorang Cina di Australia menghidapi penyakit alergi lebih daripada 10 tahun.
Pernafasan beliau susah ketika perubahan musim, ubat yang dimakan pula akan
menyebabkan penyakit asma. Setelah beliau makan sekeping daun segar confrey
setiap hari, keadaan penyakitnya telah bertambah baik dalam masa tidak sampai
sebulan, oleh itu keyakinan terhadap diri sendirinya telah bertambah, bahkan beliau
mengubah cara makan dan minumnya dengan mengutamakan sayur-sayuran, buah-
buahan dan kurang makan daging. Sejak itu penyakit alerginya tidak berulang lagi.
Walaupun beliau telah berumur hampir 70 tahun, namun beliau masih sangat aktif dan
sihat, bahkan kelihatan lebih muda lagi berbanding dengan masa dahulu.

Hempedu berbatu: Terdapat banyak contoh yang berjaya mengeluarkan batu hempedu
dengan menggunakan jus apel, garam epsom dan minyak zaitun. Antara orang

26
yang saya kenali itu terdapat 7 orang, termasuk saya sendiri pernah menggunakan
cara tersebut. Sekarang saya memberi beberapa contoh

Rakan sekerja saya Jim telah berumur 50 tahun lebih, beliau menjalankan kerja
pemeliharaan sel-sel. Pada suatu hari, ketika beliau berjumpa dengan saya, beliau
mengadu bahawa baru-baru ini beliau selalu sakit perut dan doktor mengatakan bahawa
sakitnya adalah disebabkan oleh parasit. Perut beliau masih sakit selepas makan ubat,
selain itu beliau juga mempunyai gejala pening kepala. Setelah mendengar
keterangannya, saya pasti bahawa sakit perutnya adalah kerana hempadunya berbatu
dan bukan kerana parasit. Sudah beberapa tahun dia makan ubat yang menurunkan
kolesterol, kebelakangan ini kerana tidak sihat barulah beliau berhenti makan ubat
berkenaan. Keterangan kotak ubat yang dimakannya, ada menyebutkan bahawa salah
satu kesan sampingan penggunaan ubat tersebut adalah saluran empedu mengeras.
Beliau menggunakan cara pengeluaran batu hempedu, satu minggu kemudian banyak
batu dikeluarkan, perut beliau tidak sakit lagi.

Satu contoh lagi ialah setiausaha yang mempunyai penyakit hempedu berbatu yang
serius. Doktor mencadangkan supaya beliau menjalani pembedahan, akan tetapi beliau
menangguhkannya. Beliau tidak boleh makan makanan yang berminyak. Setelah
mendapat cara pengeluaran batu hempedu, 5 hari berturut-turut beliau minum 4 gelas
jus apel setiap hari, pada hari yang keenam tidak makan nasi, pada pukul 6 malam
minum segelas air yang ditambah dengan sesudu garam epsom, pada pukul 8 malam
minum lagi segelas air garam epsom, pada pukul 10 malam minum segelas air
lemon yang ditambah dengan minyak zaitun. Beliau menelefon saya pada pukul 7:30
pagi hari keesokan untuk memberitahu saya bahawa beliau telah berjaya mengeluarkan
14 biji batu, ada yang sebesar ibu jari, ada pula halus seperti pasir. Sejak itu beliau
boleh makan banyak makanan dan tidak mempunyai kesan sampingan yang buruk.

Contoh yang terakhir adalah seorang wanita bangsa Cina berumur 30 tahun yang
tinggal di Hillston. Oleh kerana hempedunya berbatu, kadang kala beliau mengalami
kesakitan selama 4 jam. Doktor mencadangkan supaya beliau menjalani pembedahan.
Beliau meminta nasihat daripada saya, sebanyak 2O hingga 30 biji batu hempedu yang
sebesar kacang polong telah dikeluarkan dengan mengeunakan cara yang mudah ini,
terdapat beberapa biji yang sebesar ibu jari. Walaupun saya tidak mempunyai gejala
hempedu berbatu, akan tetapi saya dapat mengeluarkan beberapa biji batu dengan
menggunakan cara tersebut. Mengikut ramalan saya, setiap orang mungkin
mempunyai batu empedu, yang berbeza hanyalah bilangan dan saiz batu empedu.

Kanser paru-paru: Kanser paru-paru adalah penyakit yang sangat sukar diubati bagi
doktor Barat. Maklumat pusat kanser negara Amerika menunjukkan bahawa nisbah
hidup 5 tahun adalah 10 peratus. Nisbah hidup bagi pesakit yang dirawat dan tidak
dirawat adalah sama. Pada awal bulan Mei tahun ini, seorang pesakit paru-paru
yang ditemani oleh ahli keluarganya datang ke pejabat saya, beliau mahu mempelajari
Qi-gong.

Beliau menghidapi penyakit kanser paru-paru pada awal bulan Mac, pada mulanya
beliau mahu segera menjalani pembedahan, akan tetapi pada masa yang sama didapati
menghidapi penyakit kanser, poros usus, maka pembedahan poros usus dijalani
terlebih dahulu dan dibuktikan bahawa is bersifat ganas. Pembedahan bahagian paru-
parunya ditangguh hingga akhir bulah Jun. Saya mencadangkan supaya beliau

27
mengubah cara makan dan minumnya dan berlatih Qi gong. Artikel saya
(Perbincangan tentang cara-cara pengubatan penyakit kanser) juga diberi kepada
beliau. Selain daripada itu, saya mencadangkan supaya beliau makan tepung bibit
barli (Barley Green), kerana ia lebih mudah didapati berbanding dengan bibit
gandum. Pada masa yang sama menambah zat mineral serta makan barang-barang
buatan Goldstake. Pada awal bulan Jun, beliau mulai mempelajari Waidangong, beliau
diajar secara persendirian oleh Betty orang Amerika (tamatan kelas antarabangsa
Taiwan). Satu hari sebelum menjalani pembedahan pada akhir bulan Jun, beliau
pergi ke hospital Andeson untuk pemeriksaan sebelum pembedahan, didapati
bayangan paru-parunya hampir tidak ada lagi (sebenarnya adalah kanser berpanjang
lebih kurang satu setengah sentimeter garis tengah yang jelas), akhirnya
pembedahan telah dibatalkan. Dalam keadaan tidak dapat diterangkan, doktor
mengatakan bahawa mungkin kerana radang dan bukan kanser, beliau tidak berani
memberitahu doktor bahawa beliau pernah mencuba resepi ubat kalangan rakyat.
Akhirnya disahkan dari maklumat pemeriksaan doktor hospital, rekod beberapa kali
X-Ray dan pengujian darah mulai bulan Mac bahawa ia adalah kanser, cuma tidak jelas
samaada ia bersifat sedia ada atau disebabkan pengalihan. Sehingga akhir bulan Jun,
keadaan penyakitnya baru bertambah baik. Saya menanyakan beliau dan ahli
keluarganya cara apakah yang telah digunakan, mereka memberitahu bahawa
kesemua cadangan saya telah pernah mereka cuba, maka tidak tahulah cara
mana satu yang berkesan. Kanser paru-paru dapat dihilangkan dalam masa tidak
sampai sebulan adalah sangat cepat, saya berpendapat bahawa cara pengubatan yang
bersifat sintesis amat berkesan. Cara-cara di bawah adalah cara yang
digunakan oleh beliau: berjumpa dengan tabib Cina, makan ubat tradisional Cina,
makan makanan nabati, makan tepung bibit barli, pit mineral dan berlatih Qi gong.

Lampiran II

Makanan Sebagai Ubat Mujarab

Jikalau mahu makan makanan yang berfaedah kepada kesihatan, terlebih dahulu
haruslah menyediakan bahanbahannya. Bahan-bahan yang asas boleh dibahagi kepada
jenis padi-padian, jenis kacang, jenis benih dan buah berbiji keras, gariggang laut, dan
barangan buatan kacang kedelai. Jenis kacang lebih baik dibiar bercambah untuk
dimakan kerana gizinya lebih kaya dan ia lebih mudah dihadamkan. Jikalau mahu
dimasak lebih baik is direndam terlebih dahulu kerana dalam proses bercambah
dalam air, protein jenis kacang akan diurai menjadi asid amino yang mudah
diserap dan kandungan pelbagai jenis vitaminnya juga akan bertambah. Miso
(taucu) selain berfungsi sebagai bumbu, ia juga dapat menyingkirkan radioaktif logam
dalam badan. Rumpair laut (Rumpair laut) yang kaya dengan zat mineral boleh
melengkapkan kekurangan makanan daratan.

Bijirin: kuning oat (Oatmeal, rolled oats), sekoi (Millet), gandum kuda (Buckwheat),
barli (Barley), rai (Rye), gandum (Wheat), beras perang (Brown Rice), jagung (Corn)
dan lain-lain lagi.

Jenis kacang: Kacang merah (Adzuki beans), kacang hijau (Mung beans), kacang
buncis (Lentil), kacang hitam (Black beans), kacang putih (Peas) dan kacang kuda
(Chick Peas).

28
Jenis buah berbiji keras: Bijan (Sesame), biji bunga matahari (Sunflower seeds), biji labu
(Pumpkin seeds), Almond (Almond), biji tusam (Pine nuts), kacang gajus (Cashew
Nuts), walnut, kacang tanah (Peanut) dan lain-lain lagi.

Lemon: Lemon mempunyai banyak kebaikan dalam pemeliharaan kesihatan. Air


minuman boleh ditambahkan beberapa titik air lemon. la boleh menghilangkan nanah
dan mensteril jikalau is disapu pada tempat luka, umpamanya kulit alergi atau jerawat,
nanah dan sebagainya. Air lemon juga dapat mengubati penyakit sembelit, tukak
lambung, demam dan lain-lain lagi. Segelas air suam yang ditambah dengan sebiji air
lemon boleh ditambah dengan molases. Ketika kerongkong radang, boleh
menggunakan air lemon untuk mencuci mulut, orang yang ginjal berbatu juga boleh
minum banyak air lemon.

Halia: Halia bersifat panas, is boleh mendorong peredaran darah. Ketika menumis sayur-
sayuran atau memasak sup pati boleh dimasukan satu atau dua hiris halia, is boleh
meneutralkan makanan yang terlalu bersifat sejuk.

Penggunaan secara luaran juga mempunyai fungsi yang sama. Cara kompres panas
luaran: sejemput halia mentah hiris yang dibalut dengan kain kasa dimasukkan ke
dalam air dan dimasak selama 10 minit, kemudian sapu tangan dimasukkan ke
dalam air halia untuk direndam, akhirnya bolehlah tuam panas pada bahagian badan
yang tidak sihat. Ketika selsema bolehlah tuam pada bahagian paru-paru; ketika fungsi
ginjal lemah boleh tuam pada bahagian belakang pinggang; orang yang mempunyai
penyakit denging telinga kadang kala bolehlah tuam panas pada bahagian pinggang
selama setengah jam, keadaan penyakit akan bertambah baik.

Molases (Molasses iaitu hasil sampingan membuat gula putih) (gula merah, gula tebu):
Sebenarnya tebu tergolong dalam jenis rumput, i a mengandungi zat makanan yang
baik, akan tetapi dalam proses menghasilkan gula putih, vitamin dan zat mineral
telah dipadatkan dalam Molases, terutamanya bagi Vanadium yang boleh
menguraikan kolesterol. Orang yang mempu nyai kolesterol yang tinggi boleh makan
sesudu molases setiap hari.

(Keterangan: Molases tidak dapat dibeli di pasaran di Taiwan, tetapi is boleh diganti
dengan gula merah)

Miso (tauco): Terdapat banyak jenis Miso, is boleh dibuat daripada kacang kedelai,
Barli, gandum kuda, beras dan sebagainya yang diragikan. Oleh kerana ia kaya dengan
vitamin B12, maka ia adalah sumber yang penting bagi vegetarian untuk mendapatkan
B12. Dalam Miso terdapat satu jenis ragi istimewa yang boleh mengeluarkan bahan
radioaktif daripada badan. Dalam akhir perang dunia kedua, setelah bom atom
digugurkan ke Hiroshima, sebahagian orang yang tinggal dalam hospital yang
mengutamakan pengubatan makanan telah selamat. Ini adalah kerana pengetua
hospital tersebut menyuruh semua orang makan Miso secara terusan, bahkan
hospital Katolik yang bersebelahan itu pula mengalami kematian dan kecederaan
yang teruk. Demi tidak merosakkan ragi Miso, lebih baik ditambah ketika sayur--
sayuran hendak dihidangkan, is boleh menggantikan kecap dan garam.

29
Rumpair laut : Rumpair laut adalah sumber mikronutrien dan zat mineral yang paling
baik. Oleh kerana pertanian masa kini banyak menggunakan baja kimia dan tanah
biasanya kekurangan mikronutrien, maka mesti makan benda hidup laut untuk
menambahkan mikronutrien. Ketidakseimbangan pengambilan zat mineral akan
menyebabkan banyak penyakit.

Sup menguatkan buah pinggang: Menggunakan kacang hitam, bidara hitam, kacang
tanah, kulit beligo dan gula hitam yang sama bilangannya untuk dimasak sup, ia
boleh menguatkan fungsi buah pinggang. Sup ini boleh dimakan beberapa kali dalam
seminggu, is adalah resepi kalangan rakyat.

Bubur Bijirin: Menggunakan mesin pengisar untuk menghancurkan 5 jenis bijirin


yang dipilih supaya menjadi serbuk dan ditambah dengan air yang mencukupi
untuk dimasak menjadi bubur. la akan berasa manis setelah ditambah dengan anggur
kering atau madu, sebaliknya is akan berasa masin ketika ditambah dengan Miso
dan minyak bijian, boleh juga dibubuh serbuk bijian atau serbuk biji labu.

Muesli: Ini adalah makanan kesihatan yang dicipta oleh Bircher Benner, ahli gizi
makanan Swiss yang terkenal. Orang dewasa dan kanak-kanak juga boleh makan,
pesakit boleh makan tiga kali
sehari.

Kadar seorang: 2 sudu kuning oat, 4 sudu air sejuk, sesudu benih atau walnut,
setengah biji air lemon, sebiji buah-buahan (pisang, epal, betik dan buah-
buahan yang dipilih mengikut musim), kuning oat direndam dalam air satu
malam.Pagi keesokan hari pagi ditambah dengan bahan-bahan yang lain, buah-
buahan dipotong halus dan digaul bersama, is boleh dimakan dengan tanpa
dimasak.

Manusia hanya akan menyedari bahawa wang tidak dapat mengenyangkan


perut yang lapar apabila pokok yang terakhir ditebang, sungai yang terakhir
dicemari, dan ikan yang terakhir ditangkap dan dimakan! - ramalan orang
Indian Amerika

Sup Menguatkan Buah Pinggang

Bahan-bahan : 2 cawan kacang hitam, 2 cawan kacang tanah, 7 biji bidara hitam, 2
cawan kulit beligo.

Bahan tambahan: 1 cawan gula hitam.


Cara memasak
(1) Terlebih dahulu merendamkan bahan bahan selama 3 hingga 5 jam,
kecuali kulit beligo.
(2) Bahan-bahan dimasak dengan 5 kali ganda air di atas api kecil selama
20 minit. Memadamkan api selama 15 minit, dan akhirnya direbus secara
perlahanlahan selama 1 jam.
(3) 10 minit sebelum diambil ditambahkan gula hitam.

Khazanah Penjagaan Kesihatan

30
Pemberusan kulit secara kering mempunyai banyak faedah -- cara pembersihan
kotoran limpa yang berkesan.

Dalam pembersihan bahan kotoran dan lendir sistem limpa, terlebih dahulu kerja
pembersihan usus besar haruslah dilakukan dengan baik, supaya bahan kotoran yang
melekat pada sistem limpa dapat mengalir ke arah usus besar dengan sendirinya, dan
akhirnya dikeluarkan melalui dubur. Pemberusan kulit secara kering boleh
dilakukan demi mencapai kesan pembersihan yang sepenuhnya.

Sistem limpa sama dengan usus besar, kedua-duanya juga akan terkumpul bahan
kotoran yang lama. Sesetengah lendir baru dihasilkan, manakala ada pula yang telah
lama terkumpul dan sudah menjadi keras sehingga melekat dengan ketat pada sistem
limpa, akibatnya is akan tersumbat dan radang. Jikalau usus besar tersumbat dengan
serius, maka bahan kotoran yang dikeluarkan oleh sistem limpa tidak dapat
dikeluarkan, akhirnya is akan terkumpul pada sistem limpa, seterusnya mengalir ke
bahagian organorgan badan yang lain, ini akan mengakibatkan penyakit.

Pembersihan usus amat penting. Jikalau usus besar tidak dapat mengeluarkan
kotoran, maka hati akan bertanggungjawab atas tugas ini, akibatnya air empedu yang
banyak akan mengalir ke lambung bersama-sama kotoran dan mengakibatkan
muntah. Kebanyakan rumput hijau berfungsi mengeluarkan kotoran hati dan limpa,
patutlah binatang suka makan rumput ketika sakit.

Walaupun usus besar bersih dan dapat mengeluarkan kotoran dengan lancar,
namun pemberusan kulit secara kering juga hendaklah mengambil masa beberapa
bulan, baru dapat membersihkan sistem limpa dengan sepenuhnya. Keadaan kesihatan
badan kita akan bertambah baik jikalau kita memberus kulit secara kering selama 5
minit setiap hari, beberapa bulan berturut-turut. Pemberusan kulit secara kering sama
dengan bersenaman kuat selama 30 minit sehari.

Cara dan langkah pemberusan kulit secara kering adalah seperti berikut: Berus yang
dipilih hendaklah dikhaskan untuk kegunaan mandi sahaja. Pemegang berus
hendaklah panjang, bulu berus lebih baik dibuat daripada serabut tumbuhan semula
jadi, bulu plastik tidak boleh digunakan. Berus harus sentiasa dalam keadaan
kering dan dikhaskan untuk kegunaan pemberusan kulit sahaja, is tidak boleh
digunakan untuk mandi.

Bahagian badan selain muka sekurang kurangnya mesti diberus satu kali. Memberus
kulit sama dengan menyapu lantai, hanya dengan menghala ke sesuatu arah saja, tidak
boleh diberus secara berulang-alik atau secara bulatan, tenaga yang digunakan
hendaklah sederhana. Perut bawah dijadikan sebagai pusat, bahagian atas badan
termasuk bahagian kerongkong dan dada depan diberus menghala ke bawah,
manakala bahagian bawah badan iaitu kaki, peha, lengan diberus menghala ke
atas; walaupun lengan digolong sebagai bahagian atas badan, namun is diberus
seiras dengan kaki, iaitu diberus menghala ke atas; bahagian bahu dan belakang
badan yang tidak mudah disentuh pula boleh diberus secara melintang.

31
Satu hari boleh diberus I hingga 2 kali, setiap kali diberus selama 5 minit. Oleh
kerana bulu berus semula jadi adalah lebih kasar, maka daging dan kulit yang lembut
dan halus akan berasa sakit pada permulaan beberapa hari pemberusan, ini adalah
gejala yang normal. Lama kelamaan kulit akan sesuai jika tenaga yang digunakan
sederhana.

Kotoran akan dikeluarkan melalui tahi selepas 1 atau 2 hari pemberusan jikalau
racun limpa banyak. Kotoran yang dikeluarkan oleh limpa agak berlainan berbanding
dengan kotoran yang terkumpul dalam usus besar. Kotoran limpa seperti lendir,
warnanya lutcahaya dari hening ke perang tua. Kotoran usus besar pula melekat
dan berwarna aspal hitam.

Pemberusan kulit secara kering sangat mudah dilakukan dan mempunyai kesan
yang baik. Ia dapat dibandingkan dengan urut Turki selama 20 hingga 30 minit.
Pemberusan kulit secara kering bukan saja dapat mengekarkan kelancaran sistem limpa
dan memberangsangkan metabolisme, bahkan dapat juga membersihkan sel-sel mati
permukaan kulit dan merangsang pengedaran darah.

Kebersihan Luar

Kulit adalah organ pengeluaran kotoran utama, is tergolong dalam saluran paruparu,
oleh kerana paru-paru dan usus besar adalah bahagian luarar. dan bahagian
dalaman yang saling mempengaruhi, maka kulit akan membayangkan keadaan
kesihatan dan kebersihan usus besar. Kulit akan kelihatan bersinar jika usus besar bersih.
Jikalau kulit bermasalah, bermakna badan sedang mengeluarkan kotoran yang
tidak dapat dikeluarkan oleh paru-paru dan usus besar. Bukan saja kulit, Aura kami
juga harus dibersihkan. Di bawah adalah beberapa cara pembersinan badan:

Pemberusan Kulit Secara Kering Pemberusan kulit dengan berus semula jadi atau berus
petola dapat membuangkan sel-sel mati dan merangsang peredaran darah. Kulit yang
telah diberus secara kering boleh dimandi secara langsung dengan tanpa
menggunakan sabun. Pemberusan kulit menghala ke arah usus besar. (Cara yang teliti
sila rujuk pada artikel pemberusan kulit secara kering).

Mandi Panas dan Sejuk

Ini adalah cara mandi yang amat memberansangkan. Ia dapat merangsang peredaran
darah dan menambahkan daya tahanan terhadap kesejukan. Caranya adalah: mula-
mula mandi dengan air panas selama 2 hingga 3 minit, kemudian ditukar kepada
mandi air sejuk selama 30 saat, cara ini diulangi sebanyak 3 kali. Pada kali
pertama air panas ditukar kepada air sejuk, air panas ditutup secara perlahan-
lahan supaya is menjadi suam dan seterusnya menjadi sejuk. Suhu badan dapat
dikekalkan dengan cara kedua-dua belah tangan ditekan secara bersilang di bawah
ketiak dan melompak dengan tidak berhenti-henti. Cara ini diperkenalkan oleh doktor
California Wu Yong Zhi, mengikut beliau selepas satu minggu, tidak akan takut
sejuk lagi.

Mandi Pembersihan "Aura"

32
Pencemaran yang ditinggalkan dalam Aura badan kita adalah lebih sukar dibezakan.
Kebanyakannya adalah disebabkan oleh perasaan negatif, umpamanya kemarahan ,
ketakutan, kesedihan, kebimbangan dan sebagainya.

Kita boleh menggunakan cara "Merenungi Warna" ketika mandi untuk


membersihkannya. Membayangkan air yang berwarna biru kehijauan disiram ke atas
badan dan mengeluarkan pencemaran Aura.

Mandi Cuka

Mandi - cuka juga adalah satu cara pembersihan Aura. Merendam selama 20 minit
dalam bejana mandi yang mengandungi separuh air dan satu gelas cuka epal (Apple
Cider Vinegar).

Mandi Garam Epsom

Merendam selama 20 minit dalam bejana mandi yang mengandungi 3 hingga 4


paun garam Epsom. Ini dapat membantu mengeluarkan kotoran dalam badan melalui
kulit.

Mandi Garam Epsom dan Soda

Mandi ini dapat mengeluarkan sinar radioaktif dalam badan. Setelah menaiki kapal
terbang atau menjalani pengubatan radioaktif boleh merendam dalam air panas
yang mengandungi I paun garam Epsom dan 1 paun Baking Soda selama 20 minit.
Pesakit yang telah menjalani pengubatan radioaktif boleh melakukannya seminggu sekali,
beberapa bulan berturut-turut.

Pembersihan Dalaman

Keracunan kronis akan berlaku jikalau usus besar tidak lancar, ini adalah kerana
usus besar adalah organ pengeluaran kotoran utama. Kotoran sebanyak 5 hingga 25
paun akan terkumpul dalam usus orang yang mengutamakan makanan yang telah
dimasak. Kotoran ini akan diserap dan akan mempengaruhi kesihatan badan. Sayur-
sayuran dan buah-buahan segar yang tidak dimasak serta senaman amat penting bagi
kebersihan dan kesihatan usus besar. Beberapa cara pembersihan usus dan pengeluaran
kotoran diperkenalkan di bawah.

Cara Pembersihan Usus dengan Bentonite Clay

Bentonite Clay adalah sejenis serbuk putih yang terhasil setelah peletupan gunung
berapi, ia mempunyai daya penyerapan yang kuat. la, dapat menyerap dan
mengeluarkan lendir dinding usus.

Cara Menyediakan
1 cawan Bentonite Clay dituangkan ke dalam segelas air secara perlahan-lahan,
sambil dikacau hingga pekat seperti kanji, kemudian dituangkan ke dalam botol kaca
untuk disimpan. la dimakan pada waktu pagi dan malam setiap hari, selama 2
hingga 3 minggu berturut-turut. Dalam masa ini lebih baik mengamalkan pemakanan

33
nabati. Sesudu teh Bentonite Clay yang telah dikacau ditambahkan ke dalam segelas
air untuk diminum sebelum makan sarapan. Sesudu teh Bentonite Clay yang tidak
ditambah dengan air dimakan secara langsung sebelum makan malam.

Cara ini boleh dilakukan sekali setahun atau beberapa kali setahun.

Enema (Pemasukan cairan langsung ke dalam usus melalui dubur untuk mencuci
perut, mengubati penyakit dan sebagainya) Usus besar umpama paip yang berpanjang
5-6 meter, oleh kerana is digunakan sepanjang masa, maka dindingnya terkumpul
kotoran lama. Menggunakan air untuk mencucinya adalah cara untuk mengeluarkan
kotoran.

Guru enema di Amerika menuangkan air suam ke dalam usus besar secara perlahan-
lahan dengan menggunakan tekanan mesin untuk mencuci dan mengeluarkan kotoran.
Dr Norman Walker dalam buku "Colon Health" mencadangkan supaya enema boleh
dilakukan sebanyak 2 kali setahun, keseluruhan prosesnya mengambil masa lebih
kurang I jam. Ahli profesional bidang ini dapat dicari dengan merujuk kepada
Colonics atau Colon Irrigation dalam buku telefon. Kesan yang tidak dapat dijangka akan
diperolehi.

Pengeluaran Kotoran Hati

Di bawah adalah cara pengeluaran kotoran hati yang diberikan oleh Mr Jack
Schwatz: setengah gelas air suam yang ditambah dengan sebiji lemon, sesudu teh
molasses, sesudu teh minyak zaitun dan sedikit Cayenne Pepper diminum pada
waktu pagi ketika perut masih kosong selama 10 hari berturut-turut.
Pengeluaran Batu Empedu Hati dan empedu berhubung rapat. Orang yang hatinya
tidak baik boleh melakukan pembersihan empedu, walaupun banyak orang tidak
terdapat gejala empedu berbatu, namun empedu biasanya berbatu.

Sebanyak 4 hingga 5 biji epal dimakan atau 4 gelas jus epal diminum selama 5 hari
berturut-turut, pemakanan seperti biasa (kurang minyak). Jus epal berfungsi
melembutkan batu supaya is mudah dikeluarkan.
Tidak makan malam pada hari keenam. Segelas air suam yang dibubuh sesudu teh
garam Epsom (Epsom Salt) diminum pada pukul 6 malam. Segelas air yang sama
diminum pada pukul 8 malam. Setengah gelas air lemon segar ditambah dengan
setengah gelas minyak zaitun yang dikacau rata diminum pada pukul 10 malam. Jus
lemon dapat melembutkan paip empedu, manakala minyak zaitun pula dapat
merangsang kandung empedu supaya menghasilkan air empedu yang banyak yang
dapat mengeluarkan batu.

Batu akan keluar pada hari ketujuh. Benda berbentuk bulat seperti minyak yang
berwarna hijau yang terapung di permukaan air adalah batu. Batu yang dikeluarkan
mungkin sebesar arbei dan ada yang kecil seperti pasir halus. Jikalau banyak batu
dikeluarkan pada pertama kali (terdapat orang yang dapat mengeluarkan sebanyak 100
lebih biji batu), maka boleh melakukannya lagi selepas beberapa bulan.

Cara Pembersihan dengan Sayur-sayuran Sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar


adalah pembersih badan yang paling baik. Serabut semula jadinya umpama berus
dapat mengeluarkan kotoran, supaya usus besar sentiasa dalam keadaan bersih. Sayur-

34
sayuran dan buahbuahan dapat membekalkan zat makanan dan menyihatkan usus
besar serta mencairkan kotoran yang terkumpul dalam badan.

Segelas air suam ditambah dengan sebiji lemon diminum pada waktu pagi ketika masih
berperut kosong. la dapat membersihkan ginjal dan memudahkan pengeluaran najis.
Makan sekeping tembikai selang setengah jam ketika ginjal radang. Boleh juga dengan
hanya makan tembikai selama I hingga 3 hari, ini adalah satu cara puasa (1) yang
dapat membersihkan sistem penghadaman dan sistem pembuangan.
Epal dan lobak merah yang dihiris halus juga adalah pembersih usus besar yang
baik.
• Puasa adalah cara pengeluaran kotoran badan yang amat berkesan, kesemua
organ-organ badan dapat berehat dalam masa puasa. la dapat mengubati
pelbagai penyakit dan menyihatkan badan. Ia agak berlainan dengan puasa
yang diamalkan oleh agama islam dan agama buddha.
• Puasa hendak dilakukan di bawah seliaan pakar puasa atau orang yang
berpengalaman, ia Tidak boleh dilakukan sendiri.

Air -- Pembersih yang Paling Baik


Sistem penghadaman lebih baik diberi rehat setiap ketika masa, dengan hanya
minum air sumber dan air suling, ini disebut sebagai puasa air. Puasa dapat
mengeluarkan kotoran yang terkumpul dalam badan. Orang biasa boleh berpuasa
selama 1 hingga 3 hari. Berpuasa dalam masa yang panjang lebih baik dilakukan di
bawah bimbingan orang yang berpengalaman. Puasa air tidak sesuai bagi orang
yang terlalu lemah. Bagi orang yang berbadan lemah harus minum jus buah-buahan
dan sayur-sayuran selang 1 atau 2 hari masa puasa air. Sebelum puasa harus
mempunyai suatu masa kurang makan. Selepas puasa pula juga harus mempunyai
suatu masa makan semula, dimulai dengan minum sup beras atau jus sayur sayuran
dan buah-buahan, kemudian ditambah dengan makanan pepejal, jika tidak usus dan
lambung akan tidak dapat menyesuaikan diri, akibatnya akan menderita kerana
perut kembung. Cara puasa yang salah bukan saja tidak berfaedah, sebaliknya akan
memudaratkan badan, kadangkala is amat berbahaya, lebih baik i a dilakukan di
bawah ke seliaan pakar puasa.

Cara Pengubatan Papan Condong - Kesan Menentang Daya Tarikan Bumi


Epal yang jatuh ke atas kepala Newton telah menyebabkan Newton menemui daya
tarikan bumi. Manusia telah dipengaruhi secara mendalam oleh daya tarikan
bumi sebelum Newton menemuinya. Matahari terbit pada waktu pagi dan
terbenam pada waktu senja. Peredaran bulan juga mempengaruhi pasang surut
air laut, air pasang ditarik kembali ke atas bumi kerana pengaruh daya tarikan
bumi. Alam semesta terdapat hukum alam semula jadi. Daya tarikan bumi
menyebabkan semua benda dengan sendirinya akan turun ke bawah. Air mengalir
dari tempat tinggi ke tempat rendah. Burung akan jatuh ketika kehilangan daya
terbang, rumput tidak dibasahi oleh hujan atau embuh pula tidak akan menghala ke
atas lagi, sebaliknya ia akan baring di atas tanah. Anjing yang kaki depannya
diangkat ke atas akan mati selepas 4 jam kerana bahagian kepalanya kekurangan
darah. Arnab juga akan mati selepas 45 minit jikalau kedua-dua telinganya diangkat
ke atas. Rupanya binatang telah mengetahui hukum alam semesta ini sejak awal
lagi, maka kebanyakkan binatang tidur dengan kepala terbenam, kedudukan
bahagian kepala lebih rendah daripada bahagian badan yang lain. Burung helang
menundukkan kepalanya ketika terbang supaya bahagian otaknya mempunyai darah

35
yang mencukupi, penglihatannya yang tajam, otaknya pula cergas dan tenang agar
dapat menangkap mangsa tangkapan sejauh 8 hingga 10 batu.

Dalam jangka masa panjang, daya tarikan bumi akan membawa kesan buruk
kepada manusia. Oleh demikian manusia terpaksa baring ketika tenat atau sakit.

Dr. Bernard Jensen, saorang tokoh dalam bidang cara pengubatan semula jadi di
Amerika Syarikat, dalam bukunya " Slanting Board" menunjukkan bahawa penggunaan
papan condong yang mudah dapat membetulkan kesan buruk yang disebabkan oleh
daya tarikan bumi. Penggunaan papan condong selama 10 minit lebih setiap hari amat
berkesan bagi penyakit kekurangan darah otak, tekanan darah rendah, isi perut dan
usus turun, kelemahan kandung kencing, penglihatan tidak baik, kesukaran
pendengaran, pancaindera rasa lamban, daya ingatan lemah, kekakuan bahagian
leher, peredaran darah tidak baik dan penyakit lain. Penggunaan papan condong
bukan sahaja dapat membekalkan darah yang mencukupi kepada jantung, paru=paru,
otak, mata, telinga, muka, bahkan dapat mengembalikan isi perut dan usus yang turun
ke tempat asalnya. Maka pesakit beliau mesti menerima cara pengubatan papan
concong yang ekonomi dan mudah ini. Banyak pesakit telah sembuh dengan
menggunakan kaedah ini.

Cara Membuat Papan Condong


Memilih papan lapis tiga yang tebal, panjang 6 kaki, lebar 18 hingga 20 inci.
Papan diletak secara condong pada hujung katil, sofa atau di atas benda yang
lain. Berbaring di atas papan condong dengan kaki menghala ke atas dan kepala
menghala ke bawah. Jarak hujung kaki dari lantai lebih baik 18 inci hingga 14
inci. Pita yang lebar dipaku pada hujung kaki papan condorg supaya kaki lebih kukuh
dan tidak mudah melurut ke bawah. Papan seterika boleh digunakan jikalau tidak
dapat mencari papan. Terdapat banyak jenis papan condong yang selesa dijual di
pasaran.

Cara Penggunaan

Mesti dalam keadaan berperut kosong atau 2 jam selepas makan. Masa selepas bangun
dari tidur, sebelum tidur atau sebelum makan malam juga adalah masa yang sesuai.
Setiap kali papan condong digunakan selama 15 minit. Faedah juga akan diperolehi
walaupun dengan penggunana papan condong hanya selama 5 minit sahaja. Baju yang
dipakai harus longgar dan selesa. Pakar kecantikan memperkenalkan papan ini, kerana
is dapat mengurangkan kedut kulit dan menyihatkan kulit. Selepas pulang dari kerja,
berbaring di atas papan condong dapat menghilangkan keletihan.

Perhatian: Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi, berpenyakit jantung, penyakit
ginjal, rahim keluar darah dan pesakit kanser tidak boleh menggunakan papan
condong. Pesakit lain sebelum menggunakannya harus mendapatkan nasehat daripada
doktor terlebih dahulu.

Rumput Gandum – Darah Hijau

Rumput gandum adalah makanan lengkap yang mengandungi pelbagai jenis asid
amino. Asid amino mempengaruhi fungsi penghadaman makanan, penmyerapan
makanan, daya tahan terhadap penyakit, pemulihan luka, fungsi hati dan keadaan

36
semangat dan sebagainya. Ia dapat memulihkan sel-sel yang dapat memanjangkan
umur manusia. Gandum

juga dapat menyerap 92 jenia bahan galian daripada 102 jenis bahan galian tanah,
ia kaya dengan bahan galian kalsium, fosforus, natrium dan kalium. la berfungsi
bersama enzim dalam badan membantu sel-sel mengeluarkan kotoran dan
menghasilkan darah. Bahan galian juga berfungsi mengekalkan kenormalan
metaboliame, terutamanya ia amat penting bagi mengekalkan nilai asid alkali (pH)
darah. Rumput gandum paling kaya dengan vitamin A dan vitamin C semulajadi.
Ia juga mengandungi zat makanan, abscisic (dapat menghalang pertumbuhan
tumor), vitamin dan mikronutrien yang diperlukan oleh manusia, ia digelar sebagai
"Darah Hijau" .

Jus rumput gandum segar mengardungi 70% klorofil. Ia boleh dimakan dan
tidak mempunyai kesan sampingan. Klorofil adalah bahan pengubatan semula jadi
yang paling mutlak. Klorofil (rumput gandum) berfungsi mengawal keadaan yang
dapat menghalang pembesaran bakteria, sebaliknya tidak bertindak secara langsung
ke atas bakteria. Walaupun klorofil boleh didapati daripada banyak jenis
tumbuhan, akan tetapi rumput gandum mengandungi pelbagai komposisi yang
berfaedah kepada kesihatan badan.

Fungsi Pemeliharaan Kesihatan dan Kegunaan Rumput Gandum

Jus rumput gandum bukan saja dapat membersihkan darah, membantu


penghadaman, bahkan adalah ubat kumur yang baik. la dapat mencuci kotoran
rangga mulut, mengubati kesakitan gigi, kesakitan kerongkong dan mencegah
kerosakan gigi.

Kecederaan: Cairan rumput gandum atau rumput gandum yang telah dikunyah
(hampas dikeluarkan) disapu pada tempat luka.

Jus rumput gandum adalah pembersih kulit yang sangat baik, zat makanannya
dapat diserap oleh kulit. Merendam selama 15 hingga 20 minit dalam air suam
yang mengandungi jus rumput gandum, kemudian mandi dengan air sejuk. Ia juga
dapat mengubati penyakit kulit seperti eksema, kurap dan penyakit kulit yang lain.

Jus rumput gandum boleh dijadikan ubat pemusnah kuman, ia mempunyai fungsi
perlindungan dan pengubatan.

Jus rumput gandum kaya dengan enzim. Aspek tenaga, kesihatan, semangat dan
keuletan kita akan bertambah balk setelah minum jus rumput gandum.

Enema dengan rumput gandum dapat mengeluarkan kotoran dinding poros usus,
membersihkan dan mengubati organ-organ dalaman. Enema selama 20 minit,
kemudian dimasukkan jus rumput t gandum sebanyak 4 cawan, berhenti selama
20 minit. Ia dapat mengubati sembelit dan menghapuskan bakteria.

Jus rumput gandum dapat menghilangkan bekas luka pada paru-paru yang terbentuk
akibat penyerapan gas yang bersifat asid. Ini adalah kerana klorofil dapat

37
menambahkan. bilangan sel-sel darah merah dan mengurangkan tindakan monoksid
arang ke tahap yang paling rendah.

la dapat menurunkan tekanan darah tinggi kerana ia dapat mengeluarkan kotoran


dalam badan dan menambahkan kandungan zat besi dalam darah serta merangsang
peredaran darah.

Rumput gandum berfungsi menguatkan fungsi pembuluh halus. Jus rumput gandum
dapat meneutralkan Guanidine, iaitu sejenia racun yang dikeluarkan oleh tempat luka
kebakaran tumor. Guanidine boleh menyebabkan keletihan otot, sakit kepala, sakit
lambung dan gejala-gejala lain.

Jus rumput gandum mengandungi vitamin E yang dapat merangsang pengeluaran


hormon.

Rumput gandum juga dapat mengubati luka kebakaran, luka potong, gigitan
serangga dan luka yang lain.

Rumput gandum menambahkan daya tahanan kita terhadap radioaktif dan X-Ray. (ia
kaya dengan laetrile (Vitamin B17 ) yang dapat merosakkan sel-sel kanser tanpa
mempengaruhi sel-sel normal). la dapat juga menyerap bau busuk dan mencegah
pencemaran alam sekitar.

Beberapa keping rumput gandum dimasukkan ke dalam air yang telah ditambah
florin selama beberapa minit, florin dapat dihilangkan. Ia dapat membersihkan
sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dicemari oleh racun pertanian.

Jus rumput gandum adalah bahan zat makanan yang paling baik bagi wanita hamil
kerana ia hampir mengandungi kesemua zat makanan. Jus rumput gandum dapat
mengubati kanak-kanak yang terlalu aktif dan mengeluarkan racun logam seperti
aluminium, merkuri, plumbum, tembaga dan sebagainya dalam badan kanak-
kanak.

Berapa Banyak Jus Rumput Gandum yang Harus Diminum

Pada permulaan, setiap kali minum 1 sudu jus rumput gandum pekat (boleh
ditambah dengan perlahan-lahan). Jus rumput gandum dibiarkan bergaul sebati
dengan air liur baru ditelan, minum 3 kali sehari . Ia diminum setengah jam sebelum
makan.

Rumput gandum dituai dekat pada bahagian akar. Sebahagian enzim dan zat makanan
rumput gandum akan dirosakkan dalam proses pengisaran oleh alat pengisar buah-
buahan, kerana kelajuan pengisaran yang terlalu cepat. Jus rumput gandum yang
segar perlu diminum segera, ia tidak boleh disimpan lama (diminum dalam masa lebih
kurang 30 minit). Rumput gandum yang belum dikiaar boleh dibungkus dengan beg
plastik untuk diaimpan dalam peti sejuk.

38
Cara Penanaman Rumput Gandum
1. Benih gandum harus diaimpan dengan baik supaya tidak dimakan oleh ulat dan
tidak menjadi lembab. Ia boleh disimpan dalam peti sejuk. Ketika digunakan, benih
yang pecah, busuk dan yang tidak boleh bercambah harus dibuang.

2. Benih yang telah dipilih direndam dengan air sejuk selama 4 hingga 6 jam
supaya mempercepatkan percambahan benih.

3. Menuangkan air yang direndam selama 4 hingga 6 jam, kemudian


dibentang dalam pinggang yang cetek dengan sama rata, ditutupi dengan
kain, gantikan air dan dikeringkan sebanyak 2 atau 3 kali setiap hari
supaya mengekalkan kebasahannya, ia akan berkecambah putih selepas 1 atau 2
hari kemudian.

4. Benih gandum yang telah berkecambah dibubuh ke atas tanah, ia disiram dengan
menggunakan cerek penyiram, pinggan tidak boleh berair kerana ia akan menjadi
busuk. Ia tidak boleh dijemur terlalu lama dan secara langsung di bawah
matahari terik. Ia harus dipindah ke tempat yang terdapat penyinaran matahari
secara tidak langsung, setiap hari disiram air satu kali untuk mengekalkan
kebasahan tanah yang sesuai.

5. Ketika bercambah sampai 4 hingga 5 inci tinggi bolehlah dituai, setelah


dituai dan dibersihkan haruslah segera diperas airnya. Air yang diperas harus
segera diminum, ia boleh diaimpan dalam peti sejuk selama 12 jam. Selepas 12
jam ia akan rosak. Rumput gandum yang baki janganlah dibersihkan dengan
air buat sementara, gunakan kotak plastik untuk menyimpannya dalam peti
sejuk, ia boleh disimpan sel hari.

Air Awet Muda


Bahan-bahan : 1 cawan benih gandum
Cara membuat:
(1) Mencuci gandum (Dikacau dengan tangan, lalu benih yang terapung di
permukaan air dibuang)

Gandum direndam dalam air selama 4 hingga 6 jam, kemudian biarkan


airnya dikeringkan dan dimasukkan ke dalam botol yang bermulut lebar,
mulut botol ditutup dengan kain kasa, diletak di tempat yang teduh untuk
berkecambah.

(2) Setiap hari ditambah air dan dititik kering sebanyak 3 hingga 4 kali, 1 atau 2
hari kemudian akan berkecambah putih yang panjangnya 0.2 sentimeter,
menggunakan air sejuk untuk membasuhnya sehingga bersih.

(3) Tuangkan 3 kali ganda air sejuk untuk merendamkannya selama 18 hingga 24
jam, kemudian air tersebut boleh dituang untuk diminum, ia boleh direndam
kali kedua, sisa benih gandum yang telah direndam adalah baja yang
paling baik bagi tumbuh-tumbuhan.

39
Gandum dalam proses rendam akan menghasilkan enzim dan ragi yang dapat
membantu penghadaman makanan, vitamin A dan E kandungannya boleh
memperbaiki keadaan badan, menghilangkan keletihan dan memperkuatkan
daya tahanan terhadap penyakit. Jikalau selalu minum dapatlah mengekalkan
keremajaan, dan dapat mengubati penyakit kulit dan penyakit kronik.

Gerakan Badan Papan Condong (1)

I. Gerakan asas: Berbaring dengan terlentang selama 5 hingga 15 minit, kepala


menghala ke bawah dan kaki menghala ke atas. Gaya ini mempunyai kesan
yang besar. Orang yang rahimnya condong ke belakang bolehlah berbaring
dengan muka menghadap ke bawah, ini dapat membantu rahim kembali ke
tempat asalnya.

2. Penyusutan bahagian perut: Kedua-dua belah tangan diangkat dan diletak


berhampiran dengan kedua-dua belah telinga, kemudian diletak kembali ke
tempat asal. Gerakan ini diulangi sebanyak 10 hingga 15 kali.

Gerakan Badan Papan Condong (2)

40
3. Penyusutan isi perut: Ketika menarik nafas, iai perut diangkat ke atas
menghala ke arah bahu. Iai perut kembali ke tempat anal ketika menghembus
nafas. Gerakan ini diulangi sebanyak 10 hingga 15 kali.

4. Merangsangkan peredaran darah: Kedua-dua belah pcha bengkok ke bawah


seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Bahagian kepala bergerak ke
kiri dan ke kanan sebanyak 5 hingga 6 kali. Kepala diangkat ke atas dan
berpusing ke kiri dan ke kanan sebanyak 4 kali. Gerakan ini diulangi
sebanyak 2 kali.

Gerakan Badan Papan Condong (3)

41
5. Penyusutan daging: Kedua-dua belah kaki diangkat menghala ke langit
dengan lurus, kemudian kaki kiri diletak ke bawah dan seterusnya kaki
kanan diletak ke bawah. Gerakan lambat, lutut hendaklah lurus ketika kaki
diletak ke bawah. Kedua-dua belah kaki diangkat ke atas dan lurus menghala
ke langit, kemudian diletak ke bawah secara perlahan-lahan.

6. Gerakan sintesia: Kedua-dua belah kaki diangkat lures menghala ke langit,


kemudian bergerak seperti menunggang basikal, sebanyak 15 hingga 25
kali. Kelajuan gerakan adalah berlainan bagi orang yang berlainan, ia
botch dilakukan dengan perlahan-lahan dan kemudian bertambah cepat.

42

You might also like