You are on page 1of 40

PRO FORMA

PROGRAM SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

MAKLUMAT KURSUS

Nama Kursus -

Kod Kursus Kredit Jam Interaksi Bahasa Pengantar Semester

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu BMM 3104 3 (2 +1) 60 Jam

Bahasa Melayu Empat ( Buku Panduan PISMP DK, 2007/2008)

2 Jam kuliah + 2 jam amali Tajuk Terdapat 15 tajuk Rujukan Asas Abdul Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors. Sdn. Bhd. Penilaian Kerja kursus 60 % Pep. Akhir 40 %

Prosedur Kursus -

HASIL PEMBELAJARAN
1.

2. 3.

4.

Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran -kemahiran bahasa. Menyediakan rancangan pengajaran untuk mengajarkan kemahiran-kemahiran bahasa. Membina dan menggunakan bahan bantu mengajar kemahiran-kemahiran bahasa. Membuat latihan penilaian kemahirankemahiran bahasa.

KEMAHIRAN DALAM BAHASA MELAYU

Lisan

(Mendengar & Bertutur) Membaca Menulis

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

KONSEP OBJEKTIF

PROSES

DAN

BENTUK

KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR

1.Kemahiran lisan yang paling asas dan tidak diberikan penekanan serta masa yang sepatutnya, jika dibandingkan dengan kemahiran bahasa yang lain. Kerap diabaikan dalam pengajaran pembelajaran oleh guru.

2.Berlaku pada peringkat penerimaan dan mempunyai integrasi yang rapat dengan kemahiran bertutur.

3.Larry Barker dalam bukunya Listening Behavior merumuskan bahawa kemahiran mendengar mempunyai empat komponen, iaitu: i. mendengar sebagai proses mendengar ii.mendengar untuk penumpuan iii. mendengar untuk memahami iv.mendengar untuk mengingat.

4.Seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar berupaya mendengar dengan baik perkara yang dituturkan dan dapat memahami maksud serta boleh menafsir perkara yang didengari dengan tepat.

5.Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) berpendapat apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya mengenali dan dapat membezakannya. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi ini ditentukan oleh keupayaan

6. Berlaku melalui fikiran, bukan perasaan. 7. Untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah dan bukti.

8. Untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik, kesusasteraan, drama dan bahan kreatif lain. 9. Untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi.

10. Lebih dipelajari melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otak.


11. Tidak semua pelajar berjaya menjadi pendengar yang aktif, kebanyakan orang adalah pendengar yang pasif.

12. Untuk meningkatkan mutu kemahiran mendengar, penekanan melalui pengajarannya, latihan dan pengujian hendaklah dilaksanakan secara terancang dan sistematik.

13. Peratus Kepentingan Kemahiran Mendengar dalam Perhubungan Seharian

Aktiviti
Pembacaan

% Kekerapan
4%

11%
Penulisan Percakapan/Pertuturan Pendengaran 22% 63%

AMALI

Berdasarkan penerangan dan penjelasan tadi, jelaskan apa yang anda faham tentang kemahiran mendengar.

RUMUSAN

Kemahiran Mendengar merupakan kemahiran menerima, menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. (28/6/10) (Modul PGSR, 2008, p.

OBJEKTIF MENGAJAR KEMAHIRAN MENDENGAR

Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh: memperoleh idea; mencari isi-isi penting; melakukan arahan/ tindak balas; mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;

mengenal

pasti isi-isi yang tersirat; mentafsir makna-makna yang tersirat, mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda,

MENGIKUT ZURIAH YUSOFF,1992 : 4


Mendengar melibatkan dua proses utama; 1. Membuat Jangkaan Seseorang yang mendengar sesuatu akan menjangkakan apa yang akan didengar seterusnya. Contohnya, jika kita mendengar berita kebakaran, tentu kita akan membuat pelbagai jangkaan seperti bentuk kebakaran, kerugian yang ditanggung mangsa dan sebagainya. Dengan itu kita akan menjadi pendengar yang berkesan.

2. Menentukan Tujuan Setiap orang perlu mempunyai tujuan untuk mendengar agar boleh menjadi pendengar yang berkesan. Antara tujuan mendengar mungkin untuk hiburan,pengetahuan dan maklumat. Mendengar tanpa tujuan menjadikan apa-apa yang didengar tidak bermakna.

PROSES MENDENGAR
Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Terdapat empat peringkat proses mendengar;
i. ii. iii. iv.

mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. (Modul PGSR, 2008, p. 8)

PENERANGAN
Ketika

mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan

Proses

menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan.

Akhirnya,

bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.

RUMUSAN

Mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa-apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.

BENTUK-BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR


(i) Pendengaran Aktif Pendengar terlibat secara aktif dengan melibatkan diri dengan penghantar maklumat semasa berlakunya komunikasi Pendengar bertanggungjawab secara giat untuk memahami isi kandungan dan perasaan yang dizahirkan Boleh wujud dalam suasana komunikasi yang terbuka seperti perbincangan dll.

(ii) Mendengar secara pasif Merupakan peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu. Banyak perkara yang boleh mendorong kanakkanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.

(iii) Mendengar Secara Bertelau-telau Mendengar secara bertelau-telau berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua. Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif. Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka kurang biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu. Contoh, orang Melayu belajar Bahasa Inggeris.

(iv) Mendengar Tanpa Tindak Balas Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna antara katakata dalam ayat-ayat yang diucapkan menyebabkan mereka tiak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati atau sebagainya.

(v) Mendengar Secara Membuak-buak Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Pada peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih rendah. Kemahiran mendengar secara menebuk ini juga berlaku dalam kalangan pelajar bahasa ibunda. Ini berlaku kerana mereka pasti yang mereka cukup berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.

(vi) Mendengar Dengan Beremosi Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Ini dikatakan begitu kerana pendengar dapat merasakan sesuatu hingga memberangsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar, memahami dan bertindak terhadap ujaran tersebut.

(vii) Mendengar Secara Berhati-hati Mendengar pada peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan itu adalah untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami dengan tepat dan betul.

(viii) Mendengar Secara kritikal Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta yang didengarnya.

(ix) Mendengar Dengan Pengamatan Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku dalam kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna jika proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Ini bermakna si pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan

(x) Mendengar Secara Kreatif Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan kemahiran ini menjadi matlamat pengajaran bahasa lisan pada peringkat mendengar. Pada peringkat ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah dia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Ini bermakna dia dapat memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Dia juga boleh membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu.

AKTIVITI AMALI

Hasilkan sebuah grafik berkaitan bentukbentuk kemahiran mendengar.

SEKIAN UNTUK TAJUK INI

You might also like