You are on page 1of 5

1.Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?

MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa Instruksional. Masa Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa sebarang gangguan. 2.Adakah MMI satu dasar baharu? MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam kepimpinan instruksional. MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya telah menjadi amalan warga pendidik sejak sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan konsep guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian, MMI diberikan jenama baharu dan diberikan penekanan semula oleh pihak KPM. 3.Apakah perlu MMI di sekolah? MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi memastikan peningkatan keberkesanan pembelajaran murid berteras konsep Guru Mengajar dan Murid Belajar. 4.Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan MMI? Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI. 5.Apakah faedah MMI kepada murid? Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum jika MMI dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Manakala guru yang menghayati MMI akan berupaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid. 6.Siapakah urus setia MMI? Peringkat sekolah GPK Pentadbiran Peringkat PPD Pegawai Meja yang dilantik Peringkat JPN Pegawai Meja yang dilantik Peringkat KPM Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM Pimpinan sekolah 7.Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan MMI? JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh dibincangkan dalam JK Kurikulum. 8.Betulkah guru-guru tidak boleh keluar mengiringi murid untuk menyertai sebarang aktiviti dan program yang diadakan di luar sekolah?

MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti lain selepas mendapat kebenaran daripada pemimpin sekolah. 9.Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang aktif. Saya telah menerima tawaran untuk melakukan aktiviti sukarelawan membantu mangsa yang cedera semasa negara ditimpa bencana. Adakah pihak pemimpin sekolah akan memberikan kebenaran kepada saya untuk menyertai aktiviti tersebut? Pemimpin sekolah sepatutnya membuat pertimbangan berdasarkan keperluan dan keutamaan peranan guru berkenaan. Sekiranya tiada halangan guru berkenaan boleh menyertai aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan bahan PdP untuk murid-murid sepanjang ketiadaannya disekolah. 10.Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah dan guru kerana perlu menyediakan pelbagai bentuk laporan? MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan guru. Ini kerana KPM sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan MMI agar tidak membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, garis panduan berkaitan pelaksanaan MMI disediakan oleh KPM bagi membantu semua pihak melaksanakan MMI dengan berkesan. 11.KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak luar. Sekiranya agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah? Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana agensi yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti berkenaan. 12.Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, kursus atau aktiviti luar jika menerima surat arahan daripada KPM, JPN dan PPD? Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan atas kewajaran guru-guru ini terlibat dalam aktiiviti dan program yang diarahkan. Sekiranya guru menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu menyediakan bahan PdP yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah. 13.Sebagai Pengetua/Guru Besar, adakah saya berhak untuk tidak membenarkan guru-guru saya untuk menyertai aktiviti/program luar jika menerima surat arahan KPM/ JPN/PPD ? Sebagai Pengetua atau Guru Besar instruksional, pemimpin sekolah perlu memberikan kerjasama dan

komitmen kepada KPM, JPN dan PPD dalam menjayakan segala program demi meningkatkan profesionalisme guru dan membangunkan modal insan murid. 14.Sekiranya saya tidak dapat melaksanakan PdP atas urusan rasmi, bolehkah saya menggantikan waktu tersebut di luar waktu persekolahan? Perlu mendapatkan persetujuan daripada pemimpin sekolah. 15.Saya telah diarahkan untuk mejalankan tugas rasmi, adakah perlu saya mengganti waktu yang telah tertinggal tersebut? Perlu mendapatkan persetujuan daripada pemimpin sekolah. 16.Bolehkan program kokurikulum diadakan pada waktu persekolahan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan? Program yang dijalankan pada waktu persekolahan perlu mendapat kebenaran bertulis sama ada daripada pihak PPD, JPN atau KPM. 17.Bolehkah guru meninggalkan bilik darjah bagi membuat persiapan acara peringkat Daerah/Negeri/Kebangsaan yang dikelolakan oleh sekolahnya? Boleh, guru yang terlibat perlu memastikan PdP bagi kelas yang ditinggalkan dapat berjalan seperti biasa. 18.Adakah bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan Awam menjejaskan keberkesanan MMI? Tidak. 19.Adakah pihak Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI? Contohnya pembantu makmal. Semua pihak di sekolah memainkan peranan dalam pelaksanaan MMI. HAL EHWAL MURID 20.Pelaksanaan MMI menyebabkan murid tidak boleh menyertai aktiviti kokurikulum dan sukan? MMI tidak menghalang murid untuk menyertai mana-mana aktiviti di atas. KPM menyarankan agar pemimpin sekolah dan guru terlibat mengurus masa murid berkenaan bagi memastikan proses pembelajaran tidak terganggu. 21.Pelaksanaan MMI menyebabkan sekolah tidak boleh mengadakan sebarang bentuk perayaan seperti

Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Kanak-Kanak, Sambutan Hari Lahir, Hari Kantin dan sambutan keagamaan. MMI tidak menghalang pihak sekolah mengadakan aktiviti di atas. Walaupun demikian, sekolah perlu merancang dengan teliti supaya keberkesanan pembelajaran murid tidak terabai. 22.Pelaksanaan MMI telah menyebabkan guru tidak boleh menyertai aktiviti luar seperti aktiviti persatuan dan sukan? Guru-guru masih boleh terlibat dengan aktiviti luar setelah memastikan PdP di kelas yang ditinggalkan dapat dilaksanakan sama ada secara modul, guru ganti atau lelongan jadual dan apa-apa pendekatan yang sesuai. 23.Adakah mendapat perkhidmatan kaunseling pada masa persekolahan dianggap sebagai sebahagian daripada proses PdP? Ya. Unit kaunseling perlu merancang pertemuan dengan klien supaya tidak mengganggu masa instruksional murid kecuali kes-kes yang memerlukan tindakan segera. AKADEMIK 24.Pelaksanaan MMI hanya mementingkan akademik dan tidak mementingkan aspek-aspek lain. MMI tidak meminggirkan mana-mana elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,iaitu melahirkan insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 25.Adakah MMI ini menghalang murid untuk menyertai aktiviti lawatan sambil belajar pada waktu persekolahan.? Murid masih boleh terlibat dengan aktiviti luar pada waktu persekolahan selagi berlakunya proses PdP dan mematuhi SPI yang sedia ada SPI Bil. 10/2011 26.Bagaimanakah sumbangan Guru Cemerlang di sekolah-sekolah lain dalam memastikan keberkesanan MMI. Pendekatan PdP yang berkesan yang dilaksanakan oleh GC perlu dikongsikan dengan guru-guru lain bagi mengoptimumkan keberhasilan pembelajaran murid. 27. Bolehkah saya melaksanakan aktiviti PdP di luar bilik darjah? Boleh,selagi keberhasilan pembelajaran murid dicapai dan perlu mendapat kebenaran pihak pemimpin sekolah.

28. Bolehkan sekolah menganjurkan program peningkatan akademik seperti Seminar /Teknik Menjawab Soalan pada waktu persekolahan? Boleh, dengan syarat program yang dianjurkan melibatkan semua murid tingkatan yang sama. 29.Bolehkah sekolah ganti pada hari Sabtu melaksanakan aktiviti dan program selain daripada PdP, Contoh: Gotong-royong. Pelaksanaan sekolah ganti (Sabtu) sepatutnya mengikut jadual hari pesekolahan yang diganti. KOKURIKULUM 30. Pelaksanaan MMI boleh menjejaskan tenaga guru bagi melaksanaan aktiviti sukan / kokurikulum di peringakat PPD/JPN/Kebangsaan. Amalan MMI tidak menjejaskan pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah.

You might also like