You are on page 1of 17

BMM3103 PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

SHAZANA SHAMSUDDEEN NURUL JANNAH MAMAT

DEFINISI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN


Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.

CIRI-CIRI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN


1) KAEDAH JIGSAW 2) KRITIKAN TERBUKA 3) PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

KAEDAH JIGSAW
Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). Kaedah jigsaw menekankan 5 perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu: Pergantungan secara positif . Tanggungjawab Interaksi secara terus (bertentang mata) Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian Penilaian kendiri secara berterusan

Berdasarkan rajah 1 di bawah ia adalah model Jigsaw yang biasa digunakan dalam kaedah pengajaran berkesan. Pelajar yang telah diberi latihan akan kembali ke kumpulan masing-masing dan akan menjadi ketua untuk membimbing rakan-rakan yang lain dalam kumpulan.

Rajah 1: Strategi Jigsaw (Aronson, 2000)

KRITIKAN TERBUKA
Membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).

Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.

Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan 5 perkara:
1)Intonasi dan kejelasan suara, 2)Keyakinan diri di khalayak ramai, 3)Kelancaran bahasa, 4) Penampilan, 5)Maklum balas terhadap soalan yang diterima.

* Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
* Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. * Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar.

Satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).

PENILAIAN RAKAN KUMPULAN (PRK)

Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.

Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

Pelaksanaan Penilaian Pembelajaran:


Tajuk: Keluarga Kompetensi Dasar 1. PKN 1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah .

Pelaksanaan Penilaian Pembelajaran:


Tajuk: Keluarga
Kompetensi Dasar 1. PKN 1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah .

a. Indikator
1.PKN

Menyebutkan ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik . Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain.
Memberi contoh hidup rukun di rumah. Menjelasan akibat hidup tidak rukun di rumah. Menyebutkan manfaat hidup.

b. Langkah-langkah Pembelajaran:
A. Set Induksi: Menyanyikan lagu :Keluargaku Sayang (Melodi: Bangun Pagi) B.Kegiatan Inti: 1. Menceritakan hidup rukun di rumah. 2. Menyebut ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik . 3. Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain. 4. Memberi contoh hidup rukun di rumah.

5. 6. 7. 8.

9.

Menjelaskan akibat hidup tidak rukun di rumah . Menyebutkan manfaat hidup. Menggunakan kata tanya dengan betul. Menulis kata Tanya (siapa, apa, di mana, bagaimana) Menyelesaikan masalah yang berkaitan . (Lengkapkan ayat) Penutup: Bersama-sama menyanyi lagu Keluargaku Sayang mengikut Melodi Bangun Pagi

Bahan Bantu Mengajar


Kad Kata Tanya Kad Perkataan Gambar Ahli Keluarga

Kad Huruf

Penilaian:
1. Lisan

2. Bacaan

3. Tulisan

4. Portofolio

You might also like