You are on page 1of 52

PENGENALAN

Israk dan Mikraj adalah di antara


peristiwa-peristiwa penting
berlaku dalam sejarah
Islam.Peristiwa ini disambut pada
bulan Rejab setiap tahun untuk
memperingati dan mengambil
pengajaran daripadanya.
AYAT AL-QURAN
Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di
Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk Kami memperlihatkan kepadanya
tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah
yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui .
DEFINISI
ISRAK ialah Perjalanan Nabi
Muhammad s.a.w pada waktu
malam dari Masjid al- Haram di
Mekah ke Masjid al- Aqsa di
Baitul-Maqdis, Palestin.
MIKRAJ ialah
perjalanan Nabi
Muhammad s.a.w. dari
Masjid Al-Aqsa naik ke
langit hingga ke
Sidratul-Muntaha dan
terus ke Hadziratul-
Quds.
LATAR BELAKANG

Peristiwa ini juga berlaku


selepas Tahun Dukacita iaitu
setelah kewafatan isterinya, Siti
Khadijah dan bapa saudaranya,
Abu Talib.
Sebelum peristiwa ini, Nabi
dihina, dicaci dan dicederakan
di Taif ketika cuba
menyebarkan dakwah Islamiah
di sana.
MENGAPA ISRAK DAN MIKRAJ BERLAKU ?
Salah satu mukjizat Nabi Muhammad.
Salah satu cara Allah menunjukkan kekuasaanNya.
Menghibur dan menenangkan hati Nabi Muhammad
s.a.w.
Nabi menerima perintah solat secara langsung dari Allah
di tempat yang paling tinggi dan suci (Hadziratul Quds)

PERISTIWA SEBELUM ISRAK
Nabi Muhammad dibedah oleh
Malaikat Jibril dan Mikail a.s. untuk
menyucikan hati. Ketika itu Nabi
sedang tidur di Masjid Al-Haram
bersama Hamzah dan Jaafar bin
Abu Talib.
Setelah dibedah, seekor Buroq
membawa Nabi untuk di Israkkan.

TEMPAT-TEMPAT PERSINGGAHAN NABI SEMASA ISRAK
1. Kota Toiyibah @ Yathrib
(Madinah)- Tempat Nabi akan
berhijrah dan menegakkan
negara Islam.
2. Madyan - Tempat Nabi Musa
berteduh.
3. Bukit Tursina - Tempat Nabi
Musa bermunajat dengan Allah.
4. Baitul-Laham- Tempat Nabi Isa
dilahirkan.
5. Baitul- Maqdis- Tempat yang
menjadi kiblat yang pertama
bagi umat Islam.
Nabi Muhammad s.a.w. solat
sunat 2 rakaat di semua tempat
yang disinggahi.
1. Jin Afrit membawa obor dan
mengejar Nabi dari belakang
dengan tujuan untuk menghalang
perjalanannya.
Setiap usaha kebaikan pasti ada
halangan, gangguan dan ujian.
Musuh utama manusia ialah
syaitan dan sekutunya.
Manusia dilarang bersahabat dan
mendekati syaitan dan sekutunya.
2. Petani bercucuk tanam dan dapat
memungut hasilnya dengan segera
tanpa henti-henti.
. Allah kurniakan pahala yang
berlipat ganda kepada orang yang
berjihad pada jalanNya dan suka
bersedekah.
. Orang yang buat kebaikan pasti
akan menerima ganjaran dari Allah.
. Islam menggalakkan umatnya
berusaha mencari rezeki yang halal
dan membuat kebajikan.
3. Bau wangi kubur tukang sikat
rambut anak Firaun (Masyitah) dan
anaknya.
- Iman yang teguh perisai utama dari
sebarang ujian dan dugaan Allah.
- Allah akan mengurniakan kepada
orang yang berani
mempertahankan keimanan.
- Kemuliaan seseorang terletak di
atas keimanan.
4. Manusia memecahkan
kepalanya sendiri dengan batu.
~ Balasan orang yang berat atau
malas mengerjakan solat fardu.
~ Solat fardu ibadah yang wajib
diutamakan bagi setiap muslim.
~ Setiap muslim mesti menjaga
solatnya walau dalam keadaan
apa sekalipun.
5. Manusia makan duri daripada
bara api.
Orang yang tidak
mengeluarkan zakat akan
diazab di akhirat nanti.
Zakat perlu dikeluarkan bagi
orang yang telah cukup syarat
untuk kepentingan orang
Islam.
Zakat juga merupakan perisai
orang Islam di alam barzakh
dan di akhirat.
6. Manusia makan daging busuk.
Perbuatan zina adalah dosa besar
dan azab yang menanti di
akhirat.
Zina merosakkan institusi
masyarakat.
Zina, homoseks, lesbian dan
seumpamanya boleh membawa
kepada pelbagai penyakit seperti
AIDS, Siplis dan sebagainya.
7. Manusia berenang dalam lautan
darah dan dibaling dengan batu.
Amalan riba adalah haram dan
punca penindasan dan kezaliman
dalam masyarakat.
Orang yang mengamalkan riba
termasuk pemberi, penerima,
pencatat dan saksi akan
menerima azab Allah.
Islam menggalakkan sifat tolong-
menolong, bermuafakat dan kasih-
mengasihani dalam hidup
bermasyarakat.
8. Kayu berduri mengait orang yang
lalu.
Orang yang suka mengganggu
atau menhalang orang lain
membuat kebajikan akan dibalas
dengan siksa yang pedih.
Islam menggalakkan umatnya
menjaga ketenteraman awam.
Islam juga melarang umatnya
membuang masa dan membuat
kerja yang tidak berfaedah.
9. Manusia yang tidak mampu
mengangkat beban (kayu) yang
dipikul tetapi terus ditambah.
Siksaan yang pedih bagi orang
yang menerima amanah tetapi
tidak melaksanakannya.
Amanah mesti ditunaikan kepada
orang yang berhak.
Sikap tamak, pentingkan diri sendiri
gila kuasa (pangkat) adalah sifat
yang dibenci oleh Allah.
.10 10. Manusia yang menggunting lidah
dan bibirnya dengan gunting api
neraka.
Islam mengutuk orang yang pandai
bercakap tetapi tidak melaksanakan
apa yang dicakapnya.
Orang Islam mestilah bercakap benar
dan merialisasikannya.
Bercakap dusta adalah di antara ciri-
ciri orang munafik
11.Manusia yang mencakar muka dan
dadanya dengan kuku tembaga.
` Mengumpat adalah satu dosa besar
yang wajib dijauhi.
` Fitnah boleh merosakkan diri sendiri
dan hubungan masyarakat.
` Siksaan yang pedih kepada orang
yang suka mengumpat dan suka
mendengarnya.
12.Anak lembu yang keluar daripada
lubang yang sempit dan bila besar ia
bersusah payah hendak masuk
semula ke dalam lubang yang sempit
itu.
[ Sikap angkuh dan menyombong diri
adalah ditegah oleh Islam.
[ Sifat sombong dan angkuh juga punca
permusuhan dan menutuskan silatur
rahim.
[ Amalkan cara hidup Islam dengan
sifat-sifat mahmudah.
13.Mendengar panggilan daripada
sebelah kanan (Yahudi) dan kiri
(Nasrani).
_ Yahudi dan Nasrani adalah musuh
tradisi orang-orang Islam.
_ Golongan ini akan sedaya-upaya
cuba menghancurkan Islam dan
umatnya.
_ Setiap muslim mesti sentiasa
berwaspada dengan tektik dan
gerakan Yahudi dan Nasrani
dengan memantapkan akidah dan
perpaduan ummah.
14.Suara panggilan wanita yang sangat
cantik dengan penuh perhiasan di
tubuhnya.
} Kemewahan dunia digambarkan
dengan wanita yang cantik dan penuh
dengan perhiasan yang boleh
menggoda manusia menunaikan
tanggugjawab sebagai khalifah Allah.
} Orang yang kurang mantap
akidahnya akan diperalatkan untuk
merosakkan masyarakat.
} Setiap Muslim mesti menjaga
kehormatan dan kemuliaan diri.
15. Orang tua yang menghalang di
tengah jalan untuk mengemukakan
pertanyaan kepada Nabi.
] Iblis sentiasa berusaha dan tidak
pernah mengenal penat dan putus
asa untuk menggoda manusia
dengan pelbagai cara.
] Setiap muslim mesti sentiasa
berwaspada dengan tipu muslihat
syaitan.
] Sikap istiqomah dalam ibadah
dapat menyekat godaan syaitan.
16. Perempuan yang terlalu tua
(bongkok) memanggil Nabi
Muhammad untuk bertanya.
Bumi telah terlalu tua, hampir
berlaku kiamat.
Setiap Muslim hendaklah
memanfaatkan masa dengan
kerja yang berfaedah di dunia dan
akhirat.
Membanyak dan menyegerakan
taubat kepada Allah dan
memohon maaf sesama manusia.
1. Menemui para Nabi dan
malaikat yang menyambut
kedatangannya dengan
penuh penghormatan dan
kemuliaan pada setiap pintu
langit yang dilaluinya serta
mendoakan untuknya. Di
antara Nabi-nabi yang
ditemui oleh Baginda ialah :


Langit Pertama Bertemu dengan Nabi
Adam a.s.
Langit Kedua Bertemu dengan Nabi Isa
dan Nabi Yahya a.s.
Langit Ketiga Bertemu dengan Nabi
Yusuf a.s.
Langit yang Keempat Bertemu dengan
Nabi Idris a.s.
Langit yang Kelima Bertemu dengan
Nabi Harun a.s.
Langit yang Keenam Bertemu dengan
Nabi Musa a.s.
Langit yang Ketujuh Bertemu dengan
Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ibrahim a.s ada berpesan
kepada Nabi Muhammad s.a.w.
agar umatnya memperbanyakkan
tanaman syurga dengan membaca
zikir seperti berikut :

2. Setelah melalui lapisan langit yang
ketujuh, Nabi Muhammad melihat
pelbagai keajaiban sehingga Baginda
dibawa ke Sidratul-Muntaha. Di sini Nabi
dapat melihat rupa Malaikat Jibrail a.s.
yang sebenar.
3. Nabi Muhammad s.a.w. juga dibawa
melihat syurga yang mempunyai 8
tingkat dan neraka 7 tingkat serta
penghuni-penghuninya. Nabi melihat
kebanyakan ahli syurga terdiri dari
orang-orang miskin.Manakala neraka
kebanyakan terdiri dari kaum wanita.
4. Nabi terus diMikrajkan sehingga ke
Mustawa hingga Nabi mendengar
Qalam yang menulis di Luh- Mahfuz.
Seterusnya naik hingga ke Arasy dan di
sinilah Nabi bermunajat dengan Allah.
5. Kemuncak dari Israk dan Mikraj ini
adalah kefarduan ibadah solat. Pada
mulanya sebanyak 50 waktu, tetapi atas
nasihat Nabi Musa a.s. , Nabi berulang-
alik menemui Allah, akhirnya solat fardu
hanya tinggal 5 waktu sehari semalam
sahaja yang difardukan kepada umat
Nabi Muhammad s.a.w.
PENGAJARAN DARIPADA
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
1. Peristiwa ini adalah bukti kebesaran,
keagungan dan kekuasaan Allah yang
boleh melakukan sesuatu dengan
qudrat dan iradatNya yang
ditunjukkan kepada Nabi Muhammad
untuk disampaikan kepada umatnya.
2. Solat ialah satu-satunya ibadah yang
diwahyukan secara langsung kepada
Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu solat
merupakan tunggak segala ibadah
dan sebagai penentu penerimaan
amalan-amalan lain.
3. Peristiwa ini juga menguji keimanan
manusia sama ada menyakini tentang
apa yang disampaikan oleh Nabi atau
menolaknya.
4. Gambaran-gambaran yang
dipaparkan dalam peristiwa ini banyak
yang boleh dijadikan pengajaran
supaya manusia menjauhkan maksiat
dan sifat-sifat mazmumah (terkeji) dan
mengerjakan perintah Allah serta
mengamalkan sifat-sifat mahmudah
(terpuji) dalam kehidupan seharian.
Ganjaran yang besar bagi orang yang
beriman dan siksaan yang pedih bagi
mereka yang ingkar.
4. Setiap Muslim juga mesti
berwaspada dari godaan-godaan
syaitan di samping perancangan-
perancangan golongan Yahudi
dan Nasrani untuk menghapus
umat Islam di bumi ini hingga hari
kiamat.
5. Setiap Muslim hendaklah
melakukan Tazkiyatul-Nafs iaitu
penyucian jiwa dan hati dengan
solat, zikrullah, membaca Al-
Quran, infaq harta, muhasabah,
mengingati mati dan sebagainya.
KESIMPULAN
Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku ke
atas Nabi Muhammad s.a.w. adalah suatu
kenyataan yang tidak boleh dinafikan
kebenarannya. Sebagai seorang Muslim
yang committed dengan ajaran Islam, kita
menyakini peristiwa ini dan menjadikannya
sebagai suatu cara untuk membuat
muhasabah diri dalam hidup kita. Semoga
dengan cara ini kita tidak akan tergolong
dalam golongan mereka yang lalai dan
hanyut dengan keduniaan hingga
mengabaikan tanggungjawab sebagai
khalifah Allah di dunia yang fana ini.
RINGKASAN PERISTIWA
ISRAK & MIKRAJ
Masjid
Al-Haram
Madinah/ Yathrib Bukit Tursina Madyan
Baitullaham
Gambaran-gambaran Kehidupan di dunia
Masjid
Al-Aqsa
Langit 1
Nabi Adam
Langit 2
Nabi Yahya & Isa
Langit 3
Nabi Yusuf
Langit 4
Nabi Idris
Langit 5
Nabi Harun
Langit 6
Nabi Musa
Langit 7
Nabi Ibrahim
Bertemu Allah Difardukan Solat 5 waktu Sidratul- Muntaha,
Mustawa,Arasy
AKHIR
KALAM
SOALAN KUIZ
1. Sebutkan nama surah dari Al-Quran yang menceritakan tentang
kisah Israk & Mikraj?
2. Nabi apa yang telah di Israk dan Mikraj oleh Allah?
3. Waktu bila Nabi Muhammad di Israkkan?
4. Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad pada waktu malam
dari Masjid Al-Haram ke ?
5. Bulan apa Nabi Muhammad di Israk dan Mikrajkan
oleh Allah?
6. Apakah kenderaan Nabi Muhammd ketika Israk dan
Mikraj?
7. Sebutkan nama malaikat yang menemani Nabi semasa
peristiwa Israk dan Mikraj?
8. Apakah tujuan Allah mengisrak Nabi Muhammad?
9. Berapa jumlah rakaat mula-mula Allah fardukan kepada Nabi dan
umat Islam untuk solat?
10. Apakah pengajaran dari peristiwa Israk dan Mikraj?
11. Ada berapa tingkat syurga?
12. Ada berapa tingkat neraka?
13. Sebutkan nama Nabi yang ditemui oleh Nabi
Muhammad s.a.w. ketika Mikraj?
14. Siapakah musuh umat Islam?
15. Sebutkan satu gambaran yang Nabi Muhammad lihat
semasa peristiwa Israk?
16. Kenapa Nabi Muhammad bersedih sehinggakan
tahun itu disebut Tahun Dukacita?
17. Di manakah Nabi Muhammad berjumpa dengan
Allah untuk menerima perintah solat fardu ?
SEKIAN. TERIMA KASIH.
SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT
PENGAJARAN DAN PENGIKTIBARAN DARI
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
TERSEBUT.
USTAZAH SITI JULIANA BINTI HJ. JAMIL

You might also like