You are on page 1of 14

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

TRAVELOG JEJAK PATANI 2013 Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya 19-26 Mei 2013, Patani Thailand

Dari Kiri Tengku Farhanan bt Tengku Mohamed(ahli GPTD UNISEL merangkap ketua program Jejak Patani Mei 2013),Ummahatul Hamimah bt Yatim(ahli GPTD Unisel merangkap setiausaha program), Huzaifah Ahmad(sekretariat GPTD Pusat), Muhammad Farid Salman Alfarisi (Pelajar Islam Indonesia), Encik Suhail Ahmad bersama anak kecilnya (Presiden GPTD Pusat), Encik Izwan Suhadak (Penasihat GPTD Unisel), Rizaman b Mohd Sukri (ahli GPTD Unisel), Abdul Hakim Shahbudin (sekretriat GPTD Pusat, saya Ili Akmal bt Mohd Razif (ahli GPTD Unisel dan PPMU Unisel) dan Amalina Ismail (Exco Dokumentasi & Penerbitan PKPIM Pusat) di pejabat GPTD Pusat bertempat di Gombak, Selangor. Pengenalan Setahun sudah berlalu selepas saya ke Patani pada raya qurban. Saya pernah berfikir adakah mungkin saya kembali ke Patani semasa saya melihat jam saya yang pecah disebabkan terjatuh di pengkalan Tak Bai pada hari peringatan Tak Bai berdarah tahun lepas.Tahun ini pada bulan Mei, saya berasa sangat kagum dengan apa diaturkan oleh Allah SWT bila saya kembali ke Patani
Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

dengan tugas yang agak mencabar dengan perjalanan yang lebih jauh. Tujuh orang sukarelawan dengan pelbagai latar belakang menyertai Jejak Patani 2013 untuk Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya. Program ini dianjurkan bersama Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), Universiti Selangor (Unisel), Global Peace Mission Malaysia (GPM), Persatuan KebangsaanPelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pelajar Islam Indonesia (PII) dan Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT). Saudari Tengku Farhanan Tengku Mohamed (GPTD) sebagai Pengarah Projek dibantu Timbalan Pengarah, Saudari Ili Akmal Mohd R a z i f ( G P T D ) d a n Saudari Ummahatul Hammimah Yatim (GPTD) sebagai Setiausaha, Saudara Mohd Rizalman Mohd Sukri (GPTD) sebagai Fotografer, Saudari Amalina Ismail (PKPIM), Saudara MuhammadFarid Salman Alfarisi (PII) dan Saudara Izwan Suhadak Ishak (Unisel) memantapkan lagi program ini. Ini kali kedua saya berkesempatan ke Patani.Saya telah menyimpan wang sebanyak RM100 setiap bulan dari wang saku yang diberi oleh bapa saya untuk menyertai kembara ini.Saudara-mara serta kenalan juga turut memberi wang kepada saya supaya dapat saya manfaatkan untuk diagihkan ke tempat-tempat di Patani yang memerlukan bantuan. Jikalau pada tahun lepas lawatan saya ke Patani lebih kepada beramah mesra dengan orang-orang di Patani, kali ini lebih dari itu.Saya akan menjadi penyampai sumbangan dan juga menyumbangkan bakti di situ bersama rakan-rakan dengan menjadi guru sukarelawan di Tadika di Kampung Datuk,Patani. Pelajar-pelajar yang bersekolah di Tadika bukan berumur 4-6tahun tapi 7-12tahun. Sebelum ke sana tahun ini, saya dan rakan-rakan menghadapi cabaran dari segi kewangan dan juga mental.Walaubagaimanapun ia sebenarnya satu ujian untuk menilai sejauh mana kesungguhan kami semua bersama motto GPTD menjejak.meneladani.memimpin. Kem Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Kem ini diwujudkan lantaran anak-anak Patani yang semakin kehilangan kemahiran membaca danmenulis dalam bahasa Melayu tulisan rumi oleh kerana assimilasi siamism.Apa yang menarik ialah mereka cuma boleh membaca dan menulis bahasa melayu dalam tulisan jawi . Sebelum kami ke Patani, saya menyusun atur modul mengajar bahasa inggeris dan Tengku Farhanan menyusun atur modul mengajar bahasa Melayu.Apabila modul sudah siap, kami membuat simulasi di hadapan
Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

rakan-rakan grup jejak Patani untuk mendapatkan maklum balas sama ada modul sesuai ataupun tidak.Simulasi ini dibuat sebanyak dua kali. Apa bila kami di Patani. Kami cuba mendekati pelajar-pelajar Tadika Kampung Datuk,Patani untuk mengetahui dan memeriksa samaada modul yang disediakan kami bersesuaian untuk tahap pemahaman mereka atau tidak.Dari tinjauan saya buat selama lima hari, saya dapati mereka suka jika cara pembelajaran menggunakan lukisan dan nyanyian. Pada hari kem diadakan, cuma beberapa pelajaran dari modul itu dapat digunakan untuk mengajar. Mereka suka lagu pilihan kami seperti God is the creator ,Head and shoulders dan Rasulullah.

Sesi lagu God is the creator

Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

Sesi lagu Rasulullah Lagu Head and Shoulders lagu mengenali anggota badan amat berkesan untuk menarik minat mereka belajar bahasa inggeris kerana lagu ini berserta formasi. Kem ini bukan saja belajar menulis dan membaca. Lagu Rasulullah yang diajar oleh saudara Faris pelajar Indonesia juga menjadi kesukaan mereka.Kami mendapati lagu-lagu nasyid dari Malaysia seperti dari kumpulan Raihan, Hijjaz dan Saujana telah lama mempunyai peminatnya di sini.Malah lagu-lagu nasyid dari Malaysia seperti lagu Keluarga Bahagia telah dialihbahasa ke bahasa Thailand. Keenam-enam daripada kami menjadi pengajar kem bahasa manakala Encik Izwan Suhadak membantu kami jika ada di antara kami perlukan bantuan semasa mengajar.

Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

Saya dan Cheng Ho Kids Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan nama tokoh seperti AlFateh(Saudari Amalina Ismail), Cheng Ho (Saya,Ili Akmal Mohd Razif), Haji Sulong (SaudaraRizalman), Syeikh Samad (Muhammad Salman Faris Alfarisi), Syeikh Ahmad (SaudariTengku fa r h a n a n T e n g k u M o h a m e d ) d a n Syeikh Daud (Saudari Ummahatul Hamimah Yatim).

Encik Izwan Suhadak bersama pelajar-pelajar tadika

Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

Tengku Farhanan bersantai dengan pelajar-pelajar tadika

Tengku Farhanan dan kumpulan Syeikh Ahmad mendapat tempat pertama Setiap ku m p u l a n t e r d i r i d a r i p a d a 1 2 a t a u 1 3 o r a n g . S e t i a p kumpulan diwajibkan membuat war cry.Nampaknya war cry dari kumpulan saya Cheng Ho menarik minat kumpulan lain dan murid-murid sekolah tadika yang tidak menyertai kem. Semasa waktu rehat saya kerap diminta untuk mengajar mereka membuat war cry Cheng Ho dari murid-murid yang bukan ahli kumpulan saya. Ahli kumpulan saya kebanyakkannya pemalu dan agak sukar juga untuk mengajar mereka menjadi berani.

Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

Ahli kumpulan saya suka bergaduh dan kuat mengejek kumpulan lain. Saya akhirnya dapat mengawal mereka dengan mengajak mereka menyanyi kuat-kuat mengikut lagu kumpulan yang mana saja sedang berlatih. Mereka suka cara itu. Saya sangat kagum dengan saudari Farhanan kerana orang yang saya kenali cepat tertekan dapat mengawal kanak-kanak nakal dari kumpulannya dan s e t e r u s n y a m e n d a p a t t empat pertama dalam persembahan. Murid-murid yang menyertai kem ini berumur dalam lingkungan 10-12 tahun.Separuh dari mereka terutamanya lelaki berkelakuan amat nakal dan sering saja merayau keluar bila kita mengajar di hadapan.Tapi, mereka amat suka jika mereka diberi peluang untuk melukis atau kita mengajar mereka melukis.Mereka suka saya mengajar mereka melukis basikal menggunakan huruf M. Faris walaupun mengalami kesukaran untuk berbicara dengan anak-anak itu dan membuat mereka faham lantaran dia dari Indonesia, juga berjaya mengawal anak-anak itu dengan menggunakan dialek Kelantan yang telah diajar saudari Tengku Farhanan. Saudara Rizalman yang kurang sihat menjadi sihat secara ti ba-tiba bila mengajar anak-anak itu.Saudari Amalina pada mulanya takut-takut untuk mengajar kerana dia mendapat murid yang paling nakal akhirnya dihormati anak muridnya itu. Pelajar-pelajar Tadika itu pada mulanya takut kepada saya,melarikan diri dari saya kerana saya memakai pendakap gigi. Saya terpaksa merayu kepada mereka jangan lari sebab nanti saya sedih.Selepas itu mereka menjadi berani dengan saya kerana saya menarik perhatian mereka dengan melukis. Dialog Mahasiswa di Princess of Narathiwas University Perjalanan kami ke Universiti agak menarik bila kami mengetahui kami akan melalui PutraJaya dan Stadium Bukit Jalil. Memang nama-nama tempat itu menyerupai di Malaysia. Sesampai di sana, kami bertemu dengan Perwakilan Pelajar PNU secara formal di meja bulat dalam keadaan kami baru sampai ke Patani dan belum mandi. Kami juga disambut pensyarah-pensyarah mereka.Mereka juga memakai mengikut warna dengan maksud tertentu. Mereka agak kagum kerana kami berani datang ke Patani membuat kerja sukarelawan walaupun tempat mereka bukan tempat yang selamat. Dari pertemuan itu kami mendapat tahu yang PNU juga setiap minggu membuat kelas bahasa Melayu dan pendidikan Islam di Tadika. Tengku Farhanan juga menegaskan dalam pertemuaan itu yang isu konflik ini tidak diketahui serata asia kerana saudara Faris dari Indonesia pernah memberitahu kami yang di Indonesia tidak pernah menyiarkan
Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

tentang isu di Patani. Jadi, program yang kami laksana ini sedikit sebanyak membuka mata dan telinga kawan-kawan yang mengenali GPTD dari luar negara tentang isu pergolakan di Patani. PNU mempunyai usaha untuk memantapkan bahasa Inggeris di kalangan pelajar mereka.Mereka pernah ke Malaysia untuk menyertai kem bahasa Inggeris di UPM.Kehadiran saya menarik perhatian salah seorang pelajar mereka(Naimah Saaree) bila saya memberitahu saya mengambil pengajian Teaching English as A Second Language dan kami berbual sambil bertukar-tukar pendapat mengenai budaya dan bahasa.Dia memberitahu saya dia selesa berbahasa Siam yang dipelajarinya sejak kecil. Dialog Santai bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa Prince of Songkhla University MPP mereka berlainan dengan MPP PNU.Hussin Sawal Presiden MPP PSU bersama MPP yang lain berpakaian santai dan yang bagusnya ialah keadaan yang santai itu telah membuat kami lebih cepat mesra dengan mereka. Walaupun kami bertemu bukan di bilik meja bulat dan cuma berkipas siling, kami rasa selesa bertukar pandangan dengan mereka. Mereka pada mulanya seperti endah tak endah bila kami bercakap tentang proses pendamaian di Patani dan motif kami di Patani kemudian mula berkongsi tentang aktiviti mereka yang lebih kurang sama apa yang dilakukan oleh PKPIM dan GPTD.Mereka memperkenalkan kami dengan Deep South Watch iaitu kumpulan journalis Patani bebas yang menyiarkan berita semasa Patani sama ada di website ataupun di media cetak. Deep South memberitahu yang suratkhabar sudah 20tahun tidak wujud di Patani dan sekarang mereka sedang menghidupkan kembali akhbar jawi. Zuhri Naib Presiden MPP PSU menarik perhatian saya bila dia memberitahu yang dia mengambil bahasa Melayu di PSU sebagai major pengajiannya.Dia ada memberitahu kami yang mereka juga sering ke Kuala Lumpur untuk seminar dan program-program yang diadakan di pusat-pusat pengajian di sekitar Kuala Lumpur. Pada pukul 6petang semasa di situ, lagu kebangsaan mereka dipasang dan seluruh Universiti walau di mana mereka sedang berdiri akan menghormati lagu itu.Kenderaan yang bergerak akan berhenti untuk menghormati lagu kebangsaan. Mukhtar ditembak sehingga buta Saudara Isama-ae Abdul Rahman, Presiden Yayasan Pendidikan dan PembangunanSumber Daya Manusia Thailand (FEHRD) membawa kami melawat Mukhtar(20tahun) yang ditembak sehingga buta kedua belah matanya semasa dia berumur 13tahun.Mukhtar yang menjadi
Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

mangsa tentera yang mabuk pernah diadili kesnya di Mahkamah Tentera Thailand.Tapi kes itu senyap begitu saja walaupun pihak kerajaan telah memberikan wang pampasan lebih sejuta bath(RM 100 ribu) kepada keluarga mangsa. Saya pernah juga berkongsi apa saya pelajari mengenai sifat Mukhtar dalam tazkirah berantai grup jejak patani semasa kami di Kampung Datuk,Patani. Beliau walaupun sudah hilang penglihatannya, beliau tetap senyum dan ketawa walaupun ada bertanyakan soalan adakah dia cuma duduk di rumah berbanding kawan-kawannya yang kini sudah bekerja. Berbanding dengan kita yang cukup pancaindera tapi jika ada masalah yang sedikit sudah bermasam muka hingga ada yang terasa hati bila melihat muka kita yang masam itu. Pemetaan Komuniti Kami dibahagikan kepada tiga grup. Grup pertama adalah Saudari Tengku Farhanan TengkuMohamed dan saya Ili Akmal Mohd Razif yang akan menumpu di lokasi rumah penduduk kampung di sebelah Selatan. Grup Kedua terdiri daripada Saudari Ummahatul Hammimah Yatimdan Saudari Amalina Ismail pula akan membuat pemetaan di kawasan yang berhampiran sungaidan laut. Grup Ketiga pula melibatkan Saudara Izwan Suhadak Ishak, Saudara Mohd RizamanMohd Sukri dan Saudara Muhammad Farid Salman Alfarisi akan fokus ke lokasi pemakamandan rumah yang berhampiran di arah Utara. Semua akan berkumpul pada jam 11.00 pagi di Bilik Operasi di Tadika Darul Huda.

Masjid Kampung Datuk

Saya dan Farhanan tiba di bilik operasi awal sebelum pukul 11pagi.Walau bagaimana pun kami berhasil bertemu penduduk-penduduk kampong itu
Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

yang pernah tinggal di Malaysia lebih dari 10tahun .Kebanyakkan mereka bekerja di restoran tom yam dan apabila mereka semula di Patani, mereka membuka perniagaan mereka sendiri.Bila ditanya mengapa tidak terus tinggal di Malaysia, kata mereka rindukan keluarga. Walaupun pada mulanya semasa kami cuba mendekati penduduk di situ mereka kelihatan takut-takut dan keliru.Tapi,bila kami menjelaskan yang kami sedang meninjau keadaan di sini dan ingin tahu apa yang boleh dibantu, mereka bertukar menjadi peramah. Dari tinjauan kami, kampung ini mempunyai potensi industri dan pelancongan kerana hampir setiap rumah di sini mempunyai basar(kilang keropok ikan) ,kedai makan ,kedai runcit dan kampong ini mempunyai masjid tua,sungai yang cantik,pantai yang air lautnya sangat jernih,pintu gerbang yang menarik dan makam-makam tua. Apa yang menjadi masalah di kampung itu ialah tahap kebersihan kampung itu, tempat-tempat bersejarah yang ada di situ perlu dibaik pulih, anak-anak seawal umur 12tahun yang sudah terjebak dengan dadah, peniaga-peniaga yang tidak tahu menyusun atur kewangan mereka dan kesedaran untuk belajar bahasa melayu . Kami sampai awal sebelum pukul 11pagi dan saya sakit mata melihat sampah yang banyak di sekolah itu. Saya terus capai penyapu dan menyapu mana yang sempat sementara menunggu kawan-kawan yang lain sampai. Kami menyusun isu dari pemetaan itu rakan saya tiba. berserta resolusi sebaik rakan-

Isu: Kebersihan Dadah Pengangkutan awam Tournament Bengkel-bengkel/Kelas Kemahiran Perlancongan Resolusi: Anjurkan kempen kebersihan peringkat pelajar sekolah tadika(7-12tahun) Anjurkan kempen bahaya dadah peringkat sekolah tadika(7-12tahun) Aturkan pengangkutan awam masuk kampung Aturkan perlawanan dan pertandingan persahabatan seperti perlawanan bola sepak Aturkan bengkel-bengkel/kelas kemahiran seperti bengkel keusahawanan atau kelas menjahit. Mempromosi Kampung Datuk menjadi tempat perlancongan. Kami bergotong royong membersihkan sekolah itu pada waktu petang.
Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

Hasil pemetaan ini telah kami berikan kepada Kam- Nan (Penghulu) Nik Mat yang menaungi Kg Nad Tanjung, Kg Datuk dan Kg Budi. Dia ada menjemput kami makan malam bersamanya dan kami mengambil kesempatan itu untuk membentangkan hasil pemetaan kami.Dia menerimanya dengan baik dan juga mempunyai matlamat untuk menyelesaikan masalah itu.Ustaz Osman yang juga hadir untuk makan malam itu menawarkan saya menjadi guru bahasa Inggeris di sekolah anak yatim di kampung Nad Tanjung bawah seliaannya. Kam Nan Nik Mat pula menawarkan saya mengajarnya secara peribadi.

Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

Makan malam di rumah Kamnan

Selatan Thai bergelap tiba-tiba Selesai mengambil wuduk dan bersedia untuk solat maghrib berjemaah dengan rakan-rakan muslimat saya, tiba-tiba sekolah itu bergelap. Kami teruskan solat.Lampu kecemasan sekolah dipasang tapi pelajar-pelajar tadika itu disuruh pulang dan sesi taaruf kami bersama pelajar-pelajar tahun 4-6(umur 10-12tahun) pada malam itu terpaksa dibatalkan.Kami berkumpul di luar dan masing-masing berasa risau bila mendapat berita seluruh selatan Thai bergelap disebabkan ada kejadian tembakmenembak di Yala.Tak semena-mena berfikir adakah peluang untuk kembali pulang ke Malaysia. Kami sempat menikmati makan malam di perkarangan sekolah itu sambil disinari lampu kecemasan yang sangat terang.Sebelum pukul 12tengah malam.Bekalan letrik kembali pulih.
Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

Masjid Kerisik dan Masjid Al Husain Kami ke masjid Kerisik pada hari ketiga di Patani.Kali pertama saya menjejakkan kaki di situ terasa agak janggal berkaki ayam di tempat yang tak berbumbung hinggalah sampai di muka pintu masjid. Siling masjid yang dikatakan penuh dengan bekas tembakan telah ditutup dengan siling yang diperbuat dengan kayu yang siap dengan ukiran . Masjid berdindingkan batu bertingkap kayu itu boleh memuatkan tidak lebih 50orang di dalamnya.Sebelum masuk ke masjid kami diberi penerangan mengenai sejarah masjid kerisik oleh Encik Husin Bin Jamal yang berusia 80an. Kami kurang faham dengan penerangannya kerana dia menggunakan bahasa Melayu Patani yang agak pekat.

Replika Meriam Sri Patani dalam pembinaan ketika kami berada di hadapan Masjid Kerisik.Ini gambar meriam sudah siap Deep South Watch siarkan seminggu selepas kami sudah di Malaysia. Kami juga melawat Masjid Al Husain di Teluk Manuk(berusia 300tahun) sebelum sampai di Sungai Golok untuk pulang ke Malaysia. Masjid itu diperbuat dari kayu dan bertangga batu. Surau Aur di Kampung Nad Tanjung juga saya lawat buat kali kedua. Surau itu masih utuh biarpun dibina dengan kayu tanpa menggunakan sebatang paku pun. Kesimpulan Ini soalan saya kali kedua..adakah saya akan ke Patani lagi? Dua kali tali beg galas saya putus.Pertama , semasa tahun lepas di pengkalan Tak Bai
Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

dan kali kedua semasa saya di Greenwood semasa menunggu untuk ke Pengkalan Kubu menuju ke Pengkalan Tak Bai. Saya berharap tali beg saya akan putus buat kali ke tiga semasa kembara saya ke Patani kali ketiga. Saya teringat salah seorang pelajar tadika itu bernama Muhammad(10tahun).Dia mengikut ke mana saja kami pergi (jika dia mampu ikut dengan basikalnya). Semasa saya hendak meninggalkan tadikanya dia berkata, kak..mari mulo arh! (Kak.. datang lagi). Saya cuma mengganguk perlahan.Walaupun penduduk di kampung itu tidak mewah tapi mereka mewah dengan budi bahasa.Saya berasa kagum semasa saya tasmik bacaan salah seorang pelajar tadika yang berumur 10tahun.Dia membaca dengan penuh tartil.Berbanding di Malaysia yang aman dan negara yang tidak bergolak, anak-anak di sini membaca quran merangkak-rangkak termasuklah saya sewaktu berumur 10tahun dahulu. Jadi benarlah apa yang dikatakan ibu saya, kalau kita buat baik dahulu tanpa menunggu orang nanti orang akan mengikut kita berbuat baik. Semasa kami menyapu sampah di sekolah, pelajar-pelajar sekolah itu juga mengikut menyapu juga tanpa disuruh. Saya kagum dengan saudara Faris dari Indonesia yang merentas dua negara untuk berbakti demi Islam. Dia tiba di Malaysia dan bersama dengan kami untuk kembara di Patani.Dia memanggil saya Kakak dan sekarang rindu adik saya dari Indonesia kerana dia sangat menghormati saya dan rakan-rakan jejak Patani.Saya juga kagum kerana dia bijak menyesuaikan diri biarpun berlainan bahasa. Saya tahu jika dia baca travelog ini dia akan kata ini semua poyo (Kami telah mengajarkan maksud poyo kepada Faris dan Faris kata lebay itu poyo dalam bahasa Indonesia). Disediakan oleh Ili Akmal bt Mohd Razif radmior@gmail.com

Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 | Patani Thailand

You might also like