You are on page 1of 10

Tutorial Minggu 1

Kumpulan 3 Kueh Yen Nee, Ling Su Su, Loi Hui Li

Poliester

CIRI-CIRI GENTIAN POLIESTER


KEKUKUHAN Gentian poliester adalah gentian yang kukuh walaupun basah. Gentian poliester keras dan kesat, oleh itu gentian tersebut banyak digunakan dalam industri.
KEKENYALAN Gentian adalah kenyal dan tidak mudah renyuk. Oleh itu fabrik dapat tergantung dengan baik. PENYERAPAN LEMBAPAN Poliester adalah gentian hidrofobik yang hanya dapat menyerap sedikit lembapan sahaja. Ini menyebabkan fabrik ini mudah mengalami elektrostatik.

PENEBAT HABA Gentian poliester adalah penebat haba dan ini menyebabkan gentian ini panas apabila dipakai.Fabrik ini hanya memerlukan sedikit haba apabila diseterika. TINDAKAN ASID DAN ALKALI Asid dan alkali tidak memberi kesan kepada warna poliester. KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI Gentian poliester tahan dengan dedahan cahaya matahari dan sesuai digunakan sebagai langsir.

Poliamida

CIRI-CIRI GENTIAN POLIAMIDA


KEKUKUHAN Poliamida adalah gentian yang kukuh. Gentiannya keras serta tidak begitu sesuai untuk dijadikan pakaian. KEKENYALAN Kekenyalan poliamida adalah baik yang menjadikan gentian liat dan sesuai digunakan sebagai pakaian kalis peluru. PENYERAPAN LEMBAPAN Gentian poliamida adalah penyepar lembapan yang baik, kerana gentian ini dapat menyerap lembapan sehingga 7%. Kandungan lembapan yang sedikit menjadikan poliamida mudah mengalami elektrostatik dan tidak selesa dipakai.

PENEBAT HABA Poliamida adalah penebat haba yang menjadikannya panas apabila dipakai. Fabrik poliamida memerlukan haba yang sedikit ketika diseterika. Ia mudah bertukar warna, jika lama diseterika dan kerap dicuci.

TINDAKAN ASID Tindakan asid dapat melemahkan poliamida. Pakaian fabrik poliamida perlu dicuci secepat mungkin jika terkena asid yang mengubahkan warnanya seperti peluh, asid buah-buahan dan cuka.
TINDAKAN ALKALI Gentian poliamida tahan dengan tindakan alkali tetapi fabrik menjadi kuning jika dibiarkan lama di dalamnya. Oleh itu fabrik ini perlu dibilas bersih untuk mengelakkannya daripada menjadi kuning. KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI Gentian poliamida tahan dengan cahaya matahari. Walaupun begitu gentian poliamida perlu disidai di tempat yang teduh untuk mengelakkan perubahan warna.

Akrilik

CIRI-CIRI GENTIAN AKRILIK


KEKUKUHAN Kekukuhan gentian akrilik berkurangan sehingga 20% apabila basah. KEKENYALAN Kekenyalan gentian adalah sederhana kerana fabrik akrilik mudah renyuk. Fabrik ini akan kehilangan bentuk sekiranya ditarik dengan kuat. PENYERAPAN LEMBAPAN Gentian akrilik adalah hidrofobik yang hanya menyerap air sehingga 4% air sahaja. Oleh itu gentian cepat kering dan mudah mengalami elektrostatik serta kekotoran mudah melekat.

PENEBAT HABA Gentian akrilik adalah penebat haba. Gentian ini amat sensitif dan bentuknya mudah hilang pada suhu yang tinggi. Oleh itu fabrik akrilik perlu diseterika dengan menggunakan suhu rendah. Akrilik mudah juga berubah warna jika dibasuh dengan air panas.

TINDAKAN ASID Gentian akrilik tahan terhadap tindakan asid.


TINDAKAN ALKALI Alkali dapat mereputkan gentian akrilik jika terdedah terlalu lama. Sungguhpun begitu bahan pencuci di rumah tidak merosakkan fabrik akrilik. Fabrik yang bewarna putih perlu dibilas dengan rapi untuk mengelakkan fabrik daripada menjadi kuning. KETAHANAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI Gentian akrilik paling tahan jika didedahkan kepada cahaya matahari dan sesuai dijadikan langsir.

You might also like