Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan beranimengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dansebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklaha digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia bersatupadu danmempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik.
3.4 Pendemokrasian Pendidikan
Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara etnik PendemokrasianPendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikanagar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan samaada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Samada di bandar atau luar bandar rekabentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yangdibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah samada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atauBumiputera Sarawak dan Sabah.Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah di mana-manasekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masiang-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupunmereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadualwaktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dankebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yangsewajarnya. Perubahan ini haendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan- perubahan ini harus didasrkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masadepan pelajar mengatasi kepentingan lain. Dengan ini pendemokrasian Pendidikan dapatmemupuk proses integrasi antara etnik.
3.5 Perlaksanaan Sekolah Wawasan
Perlaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi memupuk integrasi antaraetnik di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawahkonep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi diantara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia jugauntuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yangmaksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaanaktiviti.Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri disamping urusan pentadbiran dan penguruasan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Sekolah Wawasanakan membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahansecara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang.Satu jawatankuasa penyelaras yang terdiri daripada guru yang diwakili dari setiap sekolahakan diwujudkan untuk menyelenggarakan segala hal seperti pengurusan kebersihan,keceriaan dan keselamatan. Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkanhubungan pelajar dari pelbagai etnik walaupun berlainan aliran persekolahanSebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami pelbagai perubahandalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan pelbagai etnik, jika tidak diimbangi dengan betul akan mewujudkan pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan
Leave a Comment