• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
 Yusof islam
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-Diambil dari Majalah i Keluaran Disember 2005 ----------------------------------------------------------------------------------------------------Di sini dipaparkan temu bual Yusuf Islam yang dikutip dari pelbagai sumber, menyingkappandangan, pengalaman serta perjalanan hidupbeliau.Dulu anda sangat popular, tetapi disebabkan gaya hidup yang anda jalani menyebabkananda dihinggapi satu penyakit yang berbahaya.Apakah hal tersebut yang menyebabkan anda mengubah haluan hidup?Itu adalah benar. Sebelum itu saya tidak menyedari apa yang terjadi pada diri saya. Sayaterasa menjalani satu kehidupan yangsangat cepat, kehidupan sebagai artis pujaan yang gemerlapan dan mewah. Pada masayang sama saya terpaksa bekerja lebih masa. Hidupsaya seolah-olah tidak normal. Pada masa yang sama saya ketagih minum minuman keras,merokok dan sebagainya.Akhirnya saya terpaksa membayar gaya hidup seperti itu apabila doktor mengsahkan sayadiserang penyakit TB. Ini menghairankan keranapenyakit ini dianggap sudah pupus pada abad ke-20 ini yang kononnya sistem perubatan dangaya hidup manusia sudah canggih.Saya kemudian tersedar dan memikirkan kembali tentang makna hidup saya selama ini danke mana selepas itu. Kesedaran ini mendorongsaya melakukan satu perubahan besar. Rupanya tempoh rawatan yang saya terima, adalahsatu peluang untuk saya merenung perjalanan hidup
 
saya. Inilah hikmah berharga di sebalik penyakit yang menimpa saya kerana dalam keadaanbiasa kita tidak mempunyai masa dan kesempatanuntuk merenung sesuatu yang berharga dalam hidup kita.Selepas anda sihat, khabarnya anda melakukan pengembaraan rohani untuk mencarikebenaran yang akhirnya bertemu dengan agama Islam?Saya mendapat rawatan yang cukup lama di sebuah hospital di Essex, timur London .Selepas sihat saya kemudian banyak mempelajarinilai-nilai Timur seperti Buddha, Hindu, I Chi Zen dan pelbagai lagi. Saya juga sempatmempelajari asal usul fahaman keagamaankeluarga saya yang berasal daripada Kristian Yunani lama.Bagaimanapun semua itu tidak memuaskan hati saya . Saya masih ragu-ragu denganhuraian yang diberikan. Seorang wanita Australimemperkenalkan saya pada ajaran sufi Jalaludin Rumi. Ajaran tersebut sangat memberikesan, tetapi saya masih tidak menjumpai apa yangsaya cari.Suatu hari saya mengalami kemalangan yang mengerikan. Waktu itu saya sedang berada dipantai Malibu, di pinggiran bandar LosAngeles, Amerika Syarikat iaitu kawasan para jutawan bermastautin. Waktu itu saya sedangmelawat rumah pengurus rakaman saya, JerryMoss. Saya memutuskan untuk berenang di pantai pada hari itu dan saya tidak tahu bahawahari itu merupakan hari yang berbahaya untukberenang kerana musim tengkujuh dan ombak yang sangat besar.Semasa mandi, saya diheret oleh satu arus yang menyebabkan saya tenggelam. Dalamkeadaan cemas seperti itu, saya sedar bahawa tidakada yang boleh menolong saya. Secara spontan saya berteriak sekuat-kuatnya, " Tuhan, jikaEngkau selamatkan aku, aku akan bekerjauntukMu!". Tiba-tiba sebuah ombak besar mendorong saya dari belakang menghempas kepantai. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada saya
 
berenang, dan akhirnya selamat. Saya seperti tidak percaya bahawa saya masih hidup.Peristiwa itu sesuatu yang luar biasa.Pada waktu itu saya yakin benar bahawa Tuhan itu ada. Tetapi sebagai manusia, kita seringmelupakan janji-janji yang dilafazkanapabila telah selamat. Tetapi Tuhan tidak pernah melupakannya.Lalu sejak bila Islam memberi kesan kepada kehidupan anda?Tidak lama selepas itu, Islam menyelinap ke dalam hati sanubari saya, melalui abang sayaDavid. Selepas melakukan perjalanan keJerusalem tahun 1976, David sangat tertarik dengan cara orang Islam beribadah di sekitar Masjid al-Aqsa. Menurutnya orang Islam nampaksangat khusyu', tenang semasa beribadah dan tanpa patung dan tanpa gambar. Selepaspulang ke London , David mencari senaskah al-Qurandi sebuah kedai buku. Dia kemudiannya membelikan untuk saya kerana dia tahu sayasedang dalam 'pencarian'.Saya menghabiskan waktu satu tahun untuk membaca al-Quran sehingga habis, sebelummemutuskan untuk memeluk Islam.Pada waktu sangat berat bagi saya bersikap terbuka terhadap Islam kerana saya telahdipengaruhi oleh pelbagai persepsi negatif terhadap Islam. Ayah saya adalah seorang Yunani-Cypriot, dan kerananya semua yangberkaitan dengan Islam dan 'Turki' adalah berbahayadisebabkan mereka musuh ketat kami. Jadi saya pujuk hati saya, bacalah kerana ini hanyasebuah buku dan ia tidak akan melukaimu.Saya mulai membaca al-Quran dan hal pertama yang saya pelajari adalah nama Tuhan.Dimulai dengan..." Dengan nama Allah Yang MahaPengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..."Ini sangat mengejutkan saya kerana saya tidak menyangka bahawa orang Islam itu percaya
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...