• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
UNDANG-UNDANGPERSATUAN PENDUDUKTAMAN SEMENYIH INDAHSEMENYIH, SELANGOR (PPTSI)
FASAL 1
NAMA
(1)
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman SemenyihIndah, Semenyih, Selangor (PPTSI) selepas itu disebut
PERSATUAN
.FASAL 2
TEMPAT URUSAN
(1)
Alamat dan tempat urusan Persatuan ialah 20 Jalan 11, Taman Semenyih Indah,43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan atau tempat-tempat yang akanditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk suratmenyurat ialah 20 Jalan 11, Taman Semenyih Indah, 43500 Semenyih , Selangor Darul Ehsan. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Persatuan tidakboleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3
LOGO
(a)REKABENTUK :
 
Logo Persatuan ini berbentuk segi empat berwarna jinggamengandungi lakaran berbentuk rumah dengan perkataan ‘PP’di tengah-tengah dan perkataan ‘TSI’ di sebelah kanan,gabungan kedua-duanya bermaksud nama ringkas Persatuan.(b)KETERANGAN :
 
Perkataan “PPTSI” adalah ringkasan “Persatuan PendudukTaman Semenyih Indah. Lakaran berbentuk rumah berwarnahijau bermaksud kedamaian kehidupan dalam komuniti.Perkataan ‘PP’ berwarna jingga bermaksud perpaduanpenduduk berbagai kaum. Perkataan ‘TSI’ mengandungi duawarna iaitu hijau dan jingga bermaksud kewujudanpermuafakatan.
1
 
FASAL 4
TUJUAN/MATLAMAT
(1)
Untuk memajukan gerakan kemasyarakatan bagi penduduk yang tinggal di TamanSemenyih Indah, Semenyih, Selangor.
(2)
Untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahli.(3)Bagi mengadakan kegiatan Sukan dan Rekreasi.
(4)
Menjadi penghubung di antara penduduk dengan agensi kerajaan, swasta danpemaju perumahan dalam menyelesaikan perkara-perkara yang berbangkit.
(5)
Untuk menjalankan perniagaan bagi mencapai objektif Persatuan dengan syaratsemua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil daripenyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untukmelanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini dan tidaksebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untukmembayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan.Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yangdibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau Pegawai Persatuan ini dengan syarat merekatelah memberikan perkhidmatan kepada Persatuan ini.FASAL 5
KEAHLIAN
(1)
Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatasdan tinggal di Taman Semenyih Indah, Semenyih, Selangor 
(2)
Seorang yang hendak menjadi ahli Persatuan ini hendaklah menghantar suratpermohonan kepada Setiausaha dengan mengisi borang yang ditetapkan olehJawatankuasa. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarangpermohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(3)
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebutdiatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertamayang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah dia menjadi ahli.
2
 
(4)Seseorang pelajar Universiti/Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahliPersatuan tanpa kebenaran bertulis daripada Naib Canselor Universiti berkenaanterlebih dahulu.FASAL 6
BAYARAN MASUK, YURAN BULANAN AHLI, DAN BAYARAN LAIN
(1)
Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :-Bayaran masuk : RM5.00 (Ringgit Malaysia: Lima Sahaja)Yuran bulanan : RM1.00 (Ringgit Malaysia: Satu Sahaja) 
(2)
Yuran bulanan ahli hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh sepuluh(10) hari dari awal tiap-tiap bulan.
(3)
Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) bulan akanmenerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha . Dua (2) mingguselepas tarikh peringatan, maka hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahlisehingga hutang yurannya dijelaskan.
(4)
Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga(3) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan danJawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambilterhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerimakenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
(5)
Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapayang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
(6)
Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu bolehdipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yangmungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan,maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan,
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...