You are on page 1of 140

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kategori

Kanak-kanak berkeperluan khas Ciri-ciri Kanak-kanak berkeperluan khas Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaraan

PENDIDIKAN INKLUSIF
Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas Perkataan inklusif ini diambil dari perkataan Inggeris inclusive, yang memberikan maksud merangkumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain, tanpa mengira status

ISU MENGENAI PEMBELAJARAN INKLUSIF


Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi murid-murid inklusif tidak disediakan. Murid pendidikan inklusif pada sesi petang lebih terabai kerana tiada guru khas bertugas pada sebelah petang. Ada sesetengah sekolah yang tidak membenarkan murid inklusif menduduki peperiksaan UPSR kerana dikhuatiri prestasi sekolah terjejas. Kebanyakan Guru Besar tiada pendedahan mengenai pengurusan pendidikan inklusif. Malah ada yang tidak pernah dengar mengenai pendidikan ini.

MASALAH PEMBELAJARAN
Gargiulo M.R telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada 9 kategori iaitu : Terencat Akal (Mental Retardation) Kurang Upaya Dalam Pembelajaran (Learning Disability) Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku (Emocional or Behavioral Disorders) Pintar Cerdas dan Berbakat (Gifted and Talented)

SAMBUNGAN.
Masalah Bahasa dan Pertuturan (Speech and Language Disorders) Masalah Pendengaran (Hearing Impairment) Masalah Penglihatan (Visual Impairment) Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder) Kurang Upaya Fizikal atau Masalah Kesihatan (Physical or Health Disability)

MASALAH PEMBELAJARAN
Menurut Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia Murid bermasalah pembelajaran dalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia dalah seperti, Sindrom Down, Autisme Ringan, Hiperaktif, Terencat akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran, dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus.

TANDA-TANDA AWAL

Peringkat umur 4 hingga 6 tahun


Lambat bercakap berbanding kanak-kanak lain. Masalah penyebutan. Lambat membentuk perbendaharaan kata dan sering gagal menggunakan perkataan dengan betul. Sukar membunyikan perkataan. Sukar memberi tumpuan dan sentiasa resah gelisah. Menghadapi masalah dalam interaksi dengan rakan. Sukar mengikut arahan ataupun rutin.

Peringkat umur 6 hingga 7 tahun


Lambat belajar hubung kait antara abjad dan bunyi. Keliru dalam memahami perkataan kata dasar. Sering melakukan kesilapan dalam membaca dan mengeja, termasuk keliru dalam bentuk huruf yang hampir serupa. Sukar mengingat fakta. Sukar mempelajari kemahiran baru terutama yang melibatkan hafalan. Sering bersikap kelam kabut dan gagal membuat perancangan. Tidak dapat memegang pensel dengan betul. Sukar mengingat masa. Mengalami masalah koordinasi mata-tangan. Kurang menyedari keadaan fizikal di sekeliling dan sering melanggar sesuatu objek.

MASALAH KECACATAN FIZIKAL


Kecacatan fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyai kecacatan ortopedik atau anggota badannya. Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang sendi atau otot yang menyebabkan pergerakan leher, pinggang, tangan atau kaki menjadi lemah dan kurang berdaya. Kecacatan ini akan menjejaskan pencapaian akademik, khasnya dalam pelajaran yang bergantung kepada kecekapan anggota-anggota badan. Contohnya, seni lukis, muzik dan pendidikan jasmani.

PUNCA

Kurang zat makanan. Kecederaan disebabkan kemalangan.

IMPLIKASI
a)Strategi
Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain yang mengganggunya. Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai bahan yang tidak diperlukan. Menyediakan masa di mana mereka dapat bercakap dengan guru tanpa kehadiran orang lain. Mereka berpeluang dalam menyatakan perasaannya. Menggunakan pen dan pensil khas yang tidak memerlukan tekanan yang kuat.

b)Objektif P&P
Meningkatkan keyakinan diri mereka. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini. Membantu murid dalam menguasai kemahirankemahiran yang perlu mereka kuasai.

c)Perancangan Aktiviti
Memberi tugasan dengan kerap, tetapi ringkas. Mengatur supaya rakan lain dapat membantu mereka dalam situasi sosial pada masa-masa tertentu.

d) Bahan Bantu Mengajar


Bahan yang sesuai mengikut kecacatan fizikal yang dialami. Penggunaan pita suara. Tayangan video. Penggunaan buku teks elektronik yang dapat membantu murid-murid ini memegang buku. Menggunakan komputer apabila melibatkan penulisan.

e)Motivasi
Beri ganjaran kepada mereka apabila menyiapkan latihan yang diberikan. Semak tugasan mereka secepat mungkin bagi membolehkannya mendapat pengiktirafan segera.

f) Layanan
Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka. Mendekati murid sekerap mungkin dan bertanya sekiranya ada yang mengganggu perasaan mereka.

MASALAH PENGLIHATAN
Masalah penglihatan melibatkan individu yang tidak pernah melihat, atau yang pernah melihat beberapa tahun tetapi lama kelamaan kehilangan penglihatan sedikit demi sedikit atau keseluruhan. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan akan belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, bau, dan rasa.

JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN


1.

2.

Buta / langsung tidak dapat melihat Separa buta / kabur

1.Buta / langsung tidak dapat melihat

Kanak-kanak ini menggunakan tulisan Braille untuk membaca, dan menggunakan tongkat untuk berjalan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) -Kebutaan merupakan penglihatan yang kurang daripada 3/60 mata yang terbaik ataupun medan kelihatan kurang daripada 10 setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa

2. SEPARA BUTA / KABUR

Memerlukan bantuan seperti pemakaian cermin mata atau mendapatkan rawatan doktor pakar.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - Rabun ataupun dikenali medan penglihatan terhad mempunyai penglihatan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa. Masih dapat menggunakan deria penglihatan untuk melakukan aktiviti seharian

8 KATEGORI MASALAH PENGLIHATAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


a. Astigmatisme (rabun). b. Strabismus (juling). c. Amblipia (mata malas). d. Diplopia (nampak dua). e. Glaukoma (tekanan biji mata yang merosakkan urat saraf mata). f. Albinisme (sensitif pada cahaya). g. Myopia (rabun jauh). h. Hyperopia (rabun dekat).

PUNCA
dan keturunan. Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir. Rubela. Sifilis. Kecederaan. Penyakit.
Baka

TAHAP KECACATAN
Sederhana Kanak-kanak masih boleh melihat cahaya dan menjalankan aktiviti yang melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. Teruk Menyebabkan kanak-kanak memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan penglihatan. Sangat Teruk Mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran dalam melakukan aktiviti visual seperti membaca serta perlu bergantung dengan deria-deria yang lain.

TANDA-TANDA MASALAH PENGLIHATAN

Rupa Tingkah Laku Aduan

Rupa

Bebola mata yang selalu berputar-putar. Mata yang selalu bergerak-gerak. Bahagian tepi mata berwarna merah. Mata selalu berair. Mata yang terlalu sensitif pada cahaya.

Tingkah Laku

Kerap berkelip. Kerap menggosok mata. Selalu menutup sebelah mata. Selalu terlanggar objek. Keliru dengan huruf. Kerap menangis. Meniru kerja rakan. Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, contohnya untuk melihat papan tulis ataupun objek. Memegang buku atau bahan bacaan terlalu dekat dengan muka. Selalu mengerut atau mengecilkan mata.

Aduan
Penglihatan kabur. Selalu mengadu sakit kepala, loya dan pening. Nampak dua imej pada satu objek. Sensitif pada cahaya. Mata yang selalu gatal.

IMPLIKASI
a) Strategi Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain yang mengganggunya. Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai bahan yang tidak diperlukan. Menyediakan masa di mana mereka dapat bercakap dengan guru tanpa kehadiran orang lain. Mereka berpeluang dalam menyatakan perasaannya. Meletakkan murid-murid ini pada bahagian hadapan dalam kelas.

b) Objektif P&P Meningkatkan keyakinan diri mereka. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini. Membantu murid dalam menguasai kemahirankemahiran yang perlu mereka kuasai. Supaya kanak-kanak mampu menguruskan dirinya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai sebarang aktiviti yang dilakukan.

c) Perancangan Aktiviti Menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz cetakan yang besar dan sesuai. Menyediakan bahan bacaan yang jelas. Misalnya, adanya perbezaan antara huruf dengan latar belakang kertas, serta perkataan tidak terlalu banyak dalam satu muka surat. d) Bahan Bantu Mengajar Penggunaan tulisan Braille bagi murid yang menghadapi masalah penglihatan yang teruk. Tayangan video. Penggunaan pita suara.

e) Motivasi
Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan. Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut arahan.

) Layanan

Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka. Mendekati murid sekerap mungkin dan bertanya sekiranya ada yang mengganggu perasaan mereka.

MASALAH PEMBELAJARAN
Masalah Tingkah Laku Disleksia Autisme Hiperaktif Lembam (Slow Learner) Terencat Akal Ringan Pintar Cerdas

TANDA-TANDA AWAL MASALAH PEMBELAJARAN


Peringkat umur 4 hingga 5 tahun. Peringkat umur 6 hingga 7 tahun.

PERINGKAT UMUR 4 HINGGA 6 TAHUN


Lambat

bercakap, berbanding kanak-kanak

lain. Masalah penyebutan Lambat membentuk perbendaharaan kata dan sering gagal menggunakan perkataan dengan betul Sukar membunyikan perkataan Sukar memberi tumpuan dan sentiasa resah gelisah Menghadapi masalah dalam interaksi dengan rakan Sukar mengikut arahan ataupun rutin

PERINGKAT UMUR 6 HINGGA 7 TAHUN


Lambat belajar hubung kait antara abjad dan bunyi Keliru dalam memahami perkataan kata dasar Sering melakukan kesilapan dalam membaca dan mengeja, termasuk keliru dalam bentuk huruf yang hampir serupa. Sukar mengingat fakta Sukar mempelajari kemahiran baru terutama yang melibatkan hafalan Sering bersikap kelam kabut dan gagal membuat perancangan Tidak dapat memegang pensel dengan betul Sukar mengingat masa Mengalami masalah koordinasi mata-tangan Kurang menyedari keadaan fizikal di sekeliling dan sering melanggar sesuatu objek

MASALAH TINGKAH LAKU


Perlakuan

yang dimanifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa lama yang akan memberi kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU


tidak memerlukan guru mengambil tindakan disiplin yang serius/tindakan pemulihan MAJOR termasuklah tingkah laku bermasalah minor yang bertambah dari segi kekerapannya dan jumlahnya yang menggangu pembelajaran murid lain KRONIK memerlukan kaunseling/penggunaan teknik modifikasi tingkah laku
MINOR

KAEDAH MENGENAL PASTI MURID YANG MEMPUNYAI MASALAH TINGKAH LAKU


Kaedah

Berasaskan Ujian Kaedah bukan ujian - pemerhatian - temuduga - kaedah penyelidikan Kajian Kes Kajian Dokumen Kajian Rentasan Kajian Menegak

PENGURUSAN MASALAH TINGKAH LAKU


Mengenal

pasti tingkah laku bermasalah murid Tentukan matlamat tingkah laku yang diinginkan Pilih strategi yang sesuai Aplikasi strategi Ubahsuai dan ubah strategi jika gagal Aplikasi strategi baru secara sistematik

TEKNIK PENGURUSAN MASALAH TINGKAH LAKU


Alat

Pengukuran Personal Teknik Pencegahan Tindakan Pembetulan

IMPLIKASI TINGKAH LAKU BERMASALAH KEPADA PROSES P & P Mengawal bilik darjah termasuk mengurus tingkah laku bermasalah akan menjamin keberkesanan P & P. Jika ia tidak diambil dengan serius walaupun persediaan dibuat dengan baik objektifnya tidak akan tercapai.

IMPLIKASI MASALAH TINGKAH LAKU

Strategi

Menggunakan interaksi rakan sebaya dan kerjasama sekerap yang mungkin supaya murid tidak perlu duduk terlalu lama. Menjalankan situasi main peranan dengan murid tersebut. Memberikan tugasan yang ringkas, tetapi kerap. Menggunakan pelbagai teknik visual dan auditori bagi menggalakkan rangsangan murid terhadap pelajaran

Objektif
Meningkatkan keyakinan kanak-kanak ini. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini. Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu mereka kuasai.

Bahan Bantu Mengajar


Menggalakkan penggunaan komputer. Menggunakan kad imbasan yang berwarna terang. Menggunakan pita rakaman.

Perancangan Aktiviti
Memberi tugasan yang ringkas, tetapi kerap. Semak tugasan murid secepat mungkin dan serahkan kembali bagi membolehkannya mendapat pengiktirafan segera. Mendedahkan mereka kepada aktiviti kumpulan kecil dan besarkan kumpulan itu apabila mereka bersedia. Menyediakan bahan yang sesuai dengan tahap kemahiran mereka.

Motivasi

Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri. Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan. Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut arahan.

Layanan

Guru tidak membezakan mereka dengan murid yang lain. Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka. Membenarkan mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

MASALAH PERTUTURAN

Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran.

UNSUR-UNSUR PERTUTURAN

Suara terbentuk dalam 3 komponen iaitu:

Pitch yang merujuk kepada tinggi rendah nada suara. Kekuatan atau kenyaringan suara Kualiti suara.

Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai sebahagian daripada aspek suara. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragakagak atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu komunikasi.

KATEGORI MASALAH PERTUTURAN

1.

Masalah artikulasi Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah mengeluarkan bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai.

MASALAH ARTIKULASI TERDIRI DARIPADA PERKARA-PERKARA BERIKUT :

Penggantian

terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain. Misalnya, malan untuk makan, wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.

Penambahan

Bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan Misalnya, bawa disebut bawah atau bawuah

Penguguran

Melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah atau akhir perkataan. Contohnya : idung untuk hidung

Pengubahan

Terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip Sekirannya untuk perkataan susah, konsonan s disebut dengan henbusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut misalnya sssyusyah.

PUNCA MASALAH ARTIKULASI

Sumbing Masalah pertuturan Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang dewasa persekitaran

2. Masalah Suara
Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan ini menjadi suara sengau atau seperti hidung tersumbat. Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan akan pulih apabia tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan.

3. Masalah kelancaran
Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelincinan pertuturan seseorang Gagap adalah bentuk ganguan kelancaran pertutyran yang biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat dan diikuti ketengangan otot tekak. terjadi akibat gangguan pernafasan berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna.

FAKTA YANG BERKAITAN DENGAN GAGAP:

Gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4 tahun), tetapi akan beransur-ansur pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan persekitaran. Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita Gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetic keluarga.

CIRI-CIRI INDIVIDU YANG GAGAP:

Pertuturan tidak lancer kerana secara tidak sengaja kerap mngulang-ulang menyebut perkataan dan pemanjangan bunyi perkataan. Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang sama Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi. Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar pertuturan, memejamkan matam mengulang suku kata, perkataan atau frasa dan menggerakkan tangan semasa bertutur.

PUNCA MASALAH GAGAP:

Ketidakstabilan mekanisma neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanak-kanak. Ketika kanak-kanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang. Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya persekitaran rumah yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak cukup di antara anak dan ibu bapa. Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai masalah kesihatan. Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang terutamanya ibu bapa, pengalaman yang menakutkan dan menghidap sesuatu penyakit. Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur. Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan masalah gagap akan diturunkan kepada anakanak mereka.

IMPLIKASI

Strategi

Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai bahan yang tidak diperlukan. Menyediakan masa di mana mereka dapat berinteraksi dengan guru tanpa kehadiran orang lain. Mereka berpeluang dalam menyatakan perasaannya. Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain yang mengganggunya. Guru perlu mengetahui dan mahir dalam masalah murid-murid ini.

Objektif P&P

Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu mereka kuasai. Meningkatkan keyakinan diri mereka. Supaya kanak-kanak mampu menguruskan dirinya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai sebarang aktiviti yang dilakukan.

Perancangan Aktiviti
Membantu kanak-kanak dengan menggunakan model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau menggunakan alat audio. Aktiviti yang menekankan pendekatan yang melibatkan pelbagai penggunaan deria.

Bahan Bantu Mengajar

Motivasi

Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan. Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut arahan.

Layanan

Guru tidak membezakan mereka dengan murid yang lain. Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka. Membenarkan mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Memberi kanak-kanak masa yang mencukupi untuk memberi respon.

MASALAH PENDENGARAN

Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu. Walaupun manusia masih boleh belajar melalui deria lihat, bau, sentuhan, cita rasa dan sebagainya namun deria pendegaran memudahkan dan meyempurnakan proses pembelajaran. Masalah pendegaran bermaksud Ia adalah masalahmasalah yang menjejaskan komunikasi - masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

KLASIFIKASI MASALAH PENDENGARAN

Hilang pendengaran jenis konduktif

Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

Hilang Pendengaran jenis sensori neural

Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walau bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.

Hilang pendengaran jenis campuran

Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural.

PUNCA MASALAH PENDENGARAN


jangkitan telinga kronik, fakor keturunan, kecacatan kongenital, sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah ototoksik, kecederaaan kapala, jangkitan virus atau bakteria, pendedahan kapada bunyi bising secara berpanjangan, proses penuaan dan tumor.

Sebelum Lahir

Baka yang disebabkan oleh gen. Jangkitan semasa hamil, terutama oleh virus seperti rubella, deman glandular dan selesema. Si ibu mendapat penyakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti biri-biri dan kencing manis. Semasa hamil, ibu mengambil dadah ataupun bahan kimia seperti kuanin dan streptomycin. Toksemia pada peringkat akhir kehamilan. Kerap hamil.

Semasa lahir
Masa lahir yang terlalu lama ataupun susah yang menyebabkan tekanan yang kuat pada bahagian telinga. Kelahiran tidak cukup bulan. Kecederaaan semasa dilahirkan, terutamanya pada bahagian telinga. Penyakit hemolisis selalunya yang disebabkan oleh factor Rh.

Selepas lahir
Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bacteria dan virus seperti beguk dan demam campak. Kemalangan Pengambilan antibiotic seperti streptomycin. Terdedah pada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama.

TAHAP KEHILANGAN PENDENGARAN

Kurang Pendengaran

Ringan (mild)

Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB. Memahami perbualan. Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh. Memerlukan terapi pertuturan. Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB. Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya. Memahami perbualan. Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas. Memerlukan alat bantu dengar. Memerlukan terapi pertuturan. Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB. Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran. Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi.

Sederhana (moderate)

Sederhana teruk (moderate severe)


Pekak

Teruk (severe)

Tahap kehilangan pendengaran antara 71-90 dB. Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak antara sifar-30.5 sentimeter daripadanya. Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja. Menghadapi masalah dalam pertuturan. Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi. Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB. Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat Memerlukan alat bantu pendegaran dan terapi pertuturan.

Sangat teruk (profound)


Umur ketika kehilangan pendengaran

Kanak-kanak yang hilang pendengaran sebelum memperoleh kemahiran bertutur dan berbahasa adalah dalam kategori pekak pralingual yang biasanya menyebabkan masalah dalam pembelajaran. Kehilangan pendengaran selepas dapat menguasai kemahiran bertutur dan berbahasa diistilahkan sebagai pekak pascalingual.

TANDA-TANDA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN


Kanak-kanak kurang member perhatian di dalam kelas. Kelihatan selalu berkhayal, Butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal. Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang. Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan yang diberikan. Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur. Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan. Pencapaian dalam pelajaran lemah terutamanya yang berkaitan dengan bahasa.

IMPLIKASI

Strategi

Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai bahan yang tidak diperlukan. Menyediakan masa di mana mereka dapat berinteraksi dengan guru tanpa kehadiran orang lain. Mereka berpeluang dalam menyatakan perasaannya. Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain yang mengganggunya. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain. Menggunakan bahasa isyarat jika ada murid yang mengalami kecacatan pendengaran yang teruk.

Objektif P&P

Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai sebarang aktiviti yang dilakukan. Meningkatkan keyakinan diri mereka. Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu mereka kuasai. Supaya kanak-kanak mampu menguruskan dirinya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini.

Bahan Bantu Mengajar


Penggunaan komputer apabila melibatkan aktiviti penulisan. Tayangan video atau slide show. Penggunaan alat bantu pendengaran seperti ear phone.

Motivasi
Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan. Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut arahan.

Layanan

Elakkan daripada menjerit dan meninggikan suara kepada mereka. Tidak membelakangkan mereka semasa memberi sebarang arahan ataupun ketika mengajar. Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka. Mendekati murid sekerap mungkin dan bertanya sekiranya ada yang mengganggu perasaan mereka. Menggunakan bahasa isyarat jika ada murid yang mengalami kecacatan pendengaran yang teruk.

DISLEKSIA
Buta

huruf atau alexia. Perkataan disleksia berasal dari 2 perkataan Greek iaitu dys dan lexia. Dys bermaksud kesukaran manakala lexia bermakna perkataan. Disleksia didefinisikan sebagai ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsirkan kod ayat. Kanak-kanak ini menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis dan mengeja tetapi ramai yang tidak menyedari hal ini dan menyangka kanak- kanak itu malas, bodoh dan lembab.

Seorang

Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968).

Selain

itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik -Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa -Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi moto-mata-tangan

JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia

visual (penglihatan) Disleksia auditori (pendengaran) Disleksia visual-auditori

DISLEKSIA VISUAL(PENGLIHATAN)
Berkaitan

dengan masalah kanakkanak dalam menggunakan deria penglihatan. Walaupun dapat melihat dengan baik tetapi ia tidak dapat membezakan apa yang dilihat ataupun menginterprestasi serta mengingatinya.

DISLEKSIA AUDITORI (PENDENGARAN)


Berkaitan

dengan masalah kanakkanak dalam menggunakan deria pendengaran Walaupun boleh mendengar tetapi ia mengalami kesukaran dalam mendiskriminasikan bunyi, membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenal pasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.

DISLEKSIA VISUAL-AUDITORI
Kanak-kanak

dalam kategori ini berada dalam keadaan yang agak teruk kerana kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantunya menginterprestasi apa yang dilihat dan didengar.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA


Tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca. Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan huruf "b" dianggap "d". Mata mereka tidak dapat mengimbas huruf, kata dan ayat yang berlainan dan ini mengakibatkan banyak yang ditinggalkan ataupun dilangkau.

Tumpuan

dan pemahaman kanak-kanak ini menjadi lemah dalam aspek bacaan, dan seterusnya mereka tidak memahami apa yang mereka baca. Kekerapan ini selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup bulan. Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.

MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA


1.

Mengeja kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m w y g j u n m n cepqhnbd Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti thfv

1.

Membaca
Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti: Batu tuba Gula - lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya Jam jem cat - cat

1.

Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik

4. Nombor

Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya 35-8 9-6

1.

Bercakap dan mendengar


Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

1.

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996,
1.

Keturunan atau genetik Biologi Kematangan

2.

3.

KETURUNAN ATAU GENETIK


Kebanyakan

kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

BIOLOGI
Sejarah

kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar

KEMATANGAN
Terdapat

kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanakkanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

IMPLIKASI MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA


Membawa

berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

Memberikan

bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

AUTISME
Berasal

dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang beerti aliran. Menurut kamus dewan edisi keempat muka surat 91 - Autisme merupakan gangguan mental yang mula muncul pada peringkat kanak-kanak yang menyebabkan seseorang berkelakuan tidak normal dan sukar berkomunikasi dengan masyarakat.

Autisme

adalah kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola permainan dan perilaku emosi. Gejala ini kelihatan sebelum kanak-kanak berumur 3 tahun Sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza.

Kebanyakkan

kanak-kanak autisme mengalami terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain. Mereka tidak dapat mengaitkan sesuatu perkataan dengan maksudnya. Jadi, mereka mungkin mengulang-ulang perkataan-perkataan tertentu, panas baran, dan bertindak balas secara luar biasa.

Mereka

mungkin tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang diperkatakan orang lain. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja. Contohnya Bunyi yang indah mungkin membingitkan telinga mereka. Sentuhan dan belaian yang manja mungkin menjadi sesuatu yang tidak disenanginya.

PUNCA-PUNCA
Faktor genetik Bayi yang dilahirkan kembar hasil daripada satu telur didapati kemungkinan mengalaminya 2. Penyakit Pengaruh virus yang dihidapi oleh ibu semasa hamil seperti rubela, toxo, herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan, keracunan makanan juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang menyebabkan fungsi otak bayi yang dikandung terganggu terutama dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi.
1.

1.

Akibat pencernaan
Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik dan ini menyebabkan protein dalam makanan itu tidak berubah menjadi asid amino ataupun pepton iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif,perhatian dan tingkah laku.

CIRI-CIRI AUTISME
1. 2. 3.

4.
5.

6.

Komunikasi Interaksi sosial Gangguan deria Pola bermain Tingkah laku Emosi

KOMUNIKASI
Perkembangan bahasa yang lambat ataupun tiada langsung Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan orang lain Jarang menggunakan bahasa dan sukar diajak bercakap Kadangkala dapat bertutur sesuatu tetapi sekejap sahaja Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan Meniru perbualan ataupun perkataan orang lain (echolalia) Dapat meniru ayat ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu

INTERAKSI SOSIAL
Suka

bersendirian Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak memandang muka orang lain Tidak gemar bermain dengan rakan dan menolak ajakan rakan Suka menjauhkan diri dan duduk disuatu sudut

GANGGUAN DERIA
Sensitif

pada sentuhan Tidak suka dipegang atau dipeluk Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga Suka mencium dan menjilat mainan atau benda-benda lain Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut

POLA BERMAIN
Tidak

suka bermain seperti kanak-kanak sebayanya Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar atau membaling alat mainan atau apa saje yang dipegangnya Suka dengan objek yang berputar seperti kipas angin Apabila menyukai sesuatu benda akan dipegang dan dibawa kemana-mana sahaja

TINGKAH LAKU
Sama

ada hiperaktif ataupun hipoaktif Melakukan gerakan atau perbuatan yang sama berulang-ulang seperti jalan mundar-mandir, bergoyanggoyang dan mendekatkan mata ke televisyen Tidak suka pada perubahan Dapat duduk tanpa sebarang reaksi

EMOSI
Sering

marah, ketawa dan menangis tanpa

sebab Mengamuk tanpa terkawal, jika tidak menuruti kehendaknya ataupun melarangnya membuat sesuatu Merosakkan apa sahaja yang berada disekitarnya jika emosinya terganggu Adakalanya mencederakan diri sendiri

IMPLIKASINYA DALAM PROSES P &P

Keperluan pembelajaran yang efektif melibatkan kawalan tingkah laku yang kurang sesuai, kemahiran komunikasi dan sosial Bekerjasama dengan ibubapa Mengadakan program pembelajaran yang berstruktur dan menggalakkan ransangan Mengenalpasti faktor pengukuhan seperti pujian dan peneguhan sosial untuk menunjukkan tingkah laku yang baik

HIPERAKTIF
Ataupun

gangguan penumpuan ( Attention Deficit Disorder) Kanak-kanak aktif yang berumur 3 tahun biasanya menjadi hiperaktif jika diminta duduk dan menjalani aktiviti yang pasif selama 20minit Begitu juga dengan kanak-kanak berumur 5 tahun yang mana umur mentalnya adalah pada tahap 3 tahun

PUNCA-PUNCA KANAK-KANAK HIPERAKTIF


Hiperaktif

dipercayai berpunca daripada gangguan mekanisme sistem saraf. Walaupun faktor genetik, infeksi atau kerosakan pada otak sering dikaitkan sebagai punca penyakit ini, namun faktorfaktor seperti masalah di rumah, toksin, kekurangan zat makanan dan alahan kepada makanan mungkin lebih berpengaruh. Mereka seolah-olah sentiasa cergas dan bertenaga setiap masa.

CIRI-CIRI HIPERAKTIF
1.

Tidak memberi tumpuan

1.

Impulsif Hiperaktif

1.

TIDAK MEMBERI TUMPUAN


Selalu

tidak mematuhi arahan Gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian dan tugas. Sukar memberi tumpuan pada sesuatu aktiviti Tumpuan perhatian singkat

IMPULSIF
Bertindak

tanpa berfikir Bertukar kepada satu aktiviti ke aktiviti lain Sukar mengendalikan sesuatu aktiviti Perlu diberi perhatian yang lebih Sukar menunggu giliran

HIPERAKTIF
Aktiviti

fizikal yang agresif dan berlebihan Suka mengganggu orang lain Selalu bercakap banyak Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna. Tidur yang tidak tetap. Terlalu kerap menangis atau ketawa. Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut. Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang. Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

IMPLIKASINYA DALAM P&P


Memberi

perhatian yang lebih kepadanya di dalam kelas Guru perlu memberikan reaksi yang positif kepadanya ketika kanak-kanak memaparkan tingkah laku yang menganggu Memerlukan persekitaran yang konsisten untuk mempelajari peraturan dan kawalan kendiri Memberi ganjaran kepada tingkah lakunya yang baik seperti memuji ataupun hadiah Mengenalpasti had kemampuan kanak-kanak untuk memberi tumpuan supaya keadaan kelas dapat dikawal.

DEFINISI:
Kanak

- kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas, kurikulum , di sekolah biasa terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah atau rendah.

CIRI-CIRI:
Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza. Pendiam / tidak aktif / banyak cakap. Sukar menerima arahan. Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis. Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.

Huruf
Tanpa

terbalik /Urutan dan arah yang salah


ketetapan /Menaik dan menurun

Tanpa

ketetapan dan ketentuan jarak huruf dan perkataan. Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil. Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan tidak tepat.

Tidak

dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa. Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar. Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur. Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa

o o

o
o o o o o o

Baka Tersekat pengalaman Intelek yang rendah Masalah emosi Kekecewaan Rasa rendah diri Kemantangan yang lambat Lemah daya ingatan Mudah terganggu tumpuan

SAMBUNGAN..
o o

o
o o o o o o

Faktor-faktor kesihatan Persekitaran Amalan makanan Kesan semasa mengandung Penyakit semasa pembesaran selepas lahir. Ubat semasa mengandung. Kemalangan. Sosio - ekonomi. Kurang rangsangan

Temubual.

Merujuk

kepada pwgawai / pakar perubatan. Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai & menyeronokkan. Senang ke susah. Konkrit ke abstrak. Melibatkan seberapa banyak pancaindera Banyakan pengukuhan dan latihtubi. Jauhkan dendaan yang negatif

Kanak-kanak

yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari caracara hidup seperti menjaga diri.

Idiot

Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri. Mempunyai darjah kecerdasan antara 35-49% Imbersil Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih. Kadar kecerdasan 50-70% Moron Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas. Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa. Lambat berjalan dan lambat bercakap. Lembab Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa. Darjah kecerdasan 50-70%

Kecacatan

anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal. Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah kecerdasan (Intelligent Quotient, IQ) di antara 35-85. Kanak-kanak dalam ketegori ini biasanya menghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran, kecederaan, warisan baka keluarga, kekurangan zat makanan atau gangguan horman dan sebagainya.

Ciri-ciri kanak-kanak cacat yang mempunyai kecerdasan di antara 50-70%. Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga Darjah 4, sehingga mereka mencapai umur 16 tahun. Taraf pencapaian akademik: hingga daripada taraf pencapaian murid-murid biasa. Hanya boleh membaca atau memahami konsep matematik secara formal apabila umur mencapai 9-12 tahun. Ingatan tidak kekal dan mudah lupa. Belajar lambat dan perlukan bnayak aktiviti pengukuhan untuk kekalkan kemahiran.

Ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan di antara 35-49%:


Boleh

dilatih untuk menguruskan hal peribadi diri sendiri, seperti memakai baju, makan, menjaga kebersihan diri dll. Tidak berupaya belajar kecuali dengan cara menghafal. Mereka tidak boleh mengikuti pelajaran di sekolah biasa.

Ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan di bawah 35%:


Tidak

boleh berdikari langsung. Mudah dikenal pasti kerana mereka tidak boleh menjaga diri dalam sebarang urusan hal peribadi. Memerlukan bantuan orang normal untuk menolong mereka.

Implikasi
Difokuskan kepada kemahiran-kemahiran kesediaan untuk belajar Kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial pula perlu di latih Kanak-kanak perlu ditekankan dengan kemahiran yang dapat membantu mereka berdikari Perlu diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari

Guru

juga berperanan dalam memotivasikan murid denganpelajaran yang menarik serta bermakna Guru perlulah meluangkan masa dengan cara mengambil sedikit waktu belajar, dengan mengisi slot seperti sesi perbincangan, soal jawab, dan rumusan Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam Peranan ibubapa di rumah juga diharapkan dan digalakkan dalam membimbing proses pembelajaran

Secara am, kanak-kanak pintar cerdas merujuk kepada kanak-kanak yang Darjah Kecerdasan melebihi 120. Tergolong dalam 3 kategori iaitu: I. Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi. II. Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta. III. Kanak-kanak yang berbakat khas dalam senilukis, penulisan, drama, muzik, kraftangan,sukan dll.

Menurut

Dr. Chua Tee Tee, pelajar pintar cerdas ialah kanak-kanak yg menunjukkan potensi/kebolehan dengan cemerlang dalam aktiviti intelek. juga mempunyai daya ingatan yang tinggi serta berbakat mencipta/berbakat khas.

Mereka

Dr.

Chua Tee Tee mengenal pasti 7 ciri pelajar pintar cerdas:


1. 2. 3. 4. 5.

6.

7.

Mempunyai keupayaan berfikiran kreatif. Memperolehi kebolehan intelek am. Memiliki kebolehan akedemik khusus. Berbakat dalam satu atau lebih kesenian. Cekap menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi. Boleh bervisi jauh. Mempunyai bakat memimpin.

Ciri-ciri

am: Mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi. Mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat dan ketara. Mempunyai potensi kreativiti dan sensitiviti. Menunjukkan motivisi yang kuat. Mempunyai perasaan afektif yang tinggi.

Ciri-ciri

spesifik dari aspek positif:

Boleh belajar dengan mudah dan cepat. Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam ingatan apa yang dipelajari tanpa banyak latihan berulangulang. Menunjukkan sifat ingin tahu terhadap bidang dan skop yang mendalam dengan kerap kali bertanya serta membaca. Memperolehi perbendaharaan kata yang banyak dengan ditonjolkan dalam pemikiran dan pendapatnya. Suka membaca bahan-bahan di paras kematangan. Mempunyai sifat lucu dan sering nampak riang. dll

Ciri-ciri

spesifik dari aspek negatif:

Hiperaktif dan tidak boleh berdiam diri, tidak boleh menumpukan perhatian dan sering menggangu rakan-rakan di sekeliling. Silap dalam ejaan,tulisan kurang kemas/ silap dalam kiramengira kerana kekurangan kesabaran. Sikap acuh tak acuh terhadap kerja yang diberikan oleh guru. Suka mencari kelemahan dan mengkritik secara terbuka rakan-rakan dan guru.

Implikasi
Penyediaan

pembelajaran murid pintar cerdas menyediakan bahan dan aktiviti yang menarik dan mencabar perlu diberi peluang kepada murid membuat pilihan dan keputusan sendiri tentang bahan dan aktiviti yang ingin dilaksanakan. guru-guru perlu mengadakan program pengayaan Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas

Mok Soon Sang, Perkembangan kanak-kanak, Terbitan Multimedia Sdn. Bhd.,2009


Haliza Hamzah,Joy N.Samuel dan Rafidah Kastawi, Perkembangan kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, Terbitan Kumpulan Budiman Sd. Bhd.,2008

http://www.teachersrock.net/Pemulihan_Siapa_Mengap a.htm http://www.sksenai.com/blogs/index.php/2008/07/23/le mbam-slow-learner?blog=6 http://www.mpaeds.org.my/Nurse/akal.htm http://ratuhati.com/index.php/Tip-dan-Petua/UntukAnak/Bayi/Kanak-kanak-Terencat-Akal http://www.sksenai.com/blogs/index.php/2008/07/23/ker encatan-akal-mental-retardad?blog=6 http://mifzawal.blogspot.com/2008/12/anakhiperaktif.html http://mifzawal.blogspot.com/2008/12/perkembanganotak-anak-hiperaktif-lebih.html

SEKIAN, TERIMA KASIH

DISEDIAKAN OLEH: SUZAINA BINTI MAT SOPARI NOR LATIPAH BINTI CHE YUSOFF

You might also like