BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN4.1 Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum
•
Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu telah dimulakan sejak tahun1949 melalui penubuhan
Community Liaison Committee (CLC)
atau JawatankuasaHubungan antara Kaum.
•
Pihak British memberi syarat supaya
kerjasama kaum diadakan jika inginmendapatkan kemerdekaan.
•
Perkara ini penting bagi menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.Penubuhan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum
Pada peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina.
Orang Melayu diwakili oleh UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar.
Orang Cina diwakili Malayan Chinese Association (MCA) diketuai oleh Tun Tan ChengLock.
Mulai Ogos 1949, CLC turut dianggotai oleh seorang wakil kaum India, Ceylon, Seranidan Eropah.
Pengerusi CLC ialah Dato’ E.E.C. Thuraisingam dan Penasihatnya ialah
Sir MalcolmMacdonald
, Gabenor Jeneral Asia Tenggara.
Dalam rundingan yang dijalankan hampir dua tahun, UMNO telah mengemukakanmemorandumnya mempertahankan ketuanan Melayu.
CLC menolak tuntutan UMNO.
Sebagai tolak ansur kepada kebuntuan rundingan ini, satu kompromi telah dibuat antaraUMNO-CLC.
Perkara penting yang telah dipersetujui:-a)Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan. b)Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu.c)Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat majlis bandaran,negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.d)Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasaMelayu dan bahasa Inggeris sebagai pengantar.
Cadangan ini dilaksanakan selepas tahun 1951.Usaha parti-parti politik mewujudkan perpaduan kaum
Beberapa buah parti politik ditubuhkan sebagai usaha untuk melahirkan perpaduan kaum.
Antaranya ialah Independence of Malaya Party (IMP) dan Parti Negara.
Menteri Besar, pihak British dan Parti Negara mengadakan
Konferensi Nasional
sebagaiuasaha melahirkan kerjasama politik.
Kemudiannya, parti-parti seperti UMNO, MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan.
Sementara itu, Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS) bekerjasama dengan UMNO dalam
Konvensi Nasional.
Konferensi dan Konvensi Nasional adalah
medan perbincangan parti politik untuk mencari jalan merealisasikan perpaduan kaum.
Pedidikan alat perpaduan
Bagi merapatkan jurang perbezaan pendidikan dan membentuk semangat perpaduan dikalangan penduduk Tanah Melayu, beberapa
laporan pelajaran
telah dikeluarkan.